Dikalangan kita apabila menyebut 'Air Gula' sering merujuk kepada air gula pasir yang dimasak sehingga latur dan pekat. Air gula ini banyak digunakan sebagai pemanis kepada banyak jenis minuman dan makanan dan menambah perisa. Gula biasa adalah berbeza dengan gula semula jadi yang terdapat di dalam buah-buahan memandangkan gula semula jadi wujud secara asli dan tidak ditambah semasa proses pembuatan. Biasanya gula semula jadi wujud dalam bentuk gabungan serat, air, antioksida dan nutrien lain. Gula biasa ini akan dicerna dan diserap dengan lebih perlahan dan tidak menyebabkan peningkatan gula darah secara mendadak. Apa pun terdapat hasil kajian yang berbeza mengenai sama ada jus buah-buahan boleh meningkatkan risiko untuk menghidap diabetes atau tidak. pada sesetengah kajian mendapati bahawa jus buah-buahan berpotensi meningkatkan risiko diabetes disebabkan oleh kandungan gula yang tinggi dengan kandungan serat yang rendah. Air tebu pula mengandungi kandungan gula semula jadi dan pelbagai kandungan nutrisi yang baik seperti mana yang telah dinyatakan sebelum ini. Air kelapa seperti 'Buko' yang popular di Filipina merupakan campuran ai kelapa dengan air gula yang sejuk semasa diminum (Sila lihat foto disebelah). Minuman seperti cendol juga akan dibubuh air gula (biasanya gula merah) bagi rasa manisnya.
Pesakit diabetis juga perlu mengambil tahu akan apakah kebaikan dan juga keburukan minum air gula dan air tebu. Perkara ini adalah disebabkan dimana kandungan gula semula jadinya yang tinggi serta pengambilan jus ini perlulah dikawal agar tidak diambil secara berlebihan. Bagaimana pun pakar makanan dan nutrisi menyatakan dimana ada kesan sampingan jika mengambil air tebu dengan tidak terkawal. Antaranya adalah ia akan meningkatkan jumlah kalori. Air Tebu dilaporkan mengandungi jumlah kalori yang agak tinggi dengan segelas jus tebu mengandungi sebanyak 269 kalori yang bersamaan dengan 35 gram gula dimana ia tidak sesuai untuk pesakit diabetes. Air tebu juga mengandungi kandungan fruktosa dan sukrosa yang tinggi yang boleh meningkatkan tahap gula darah anda. Bagi mereka yang bukan terdiri daripada penghidap diabetes sebaiknya kadar pengambilan air tebu secara kerap boleh meningkatkan faktor risiko bagi menghidap diabetes. Meminum air tebu juga memberi kesan kepada gigi kerana air tebu mempunyai kandungan fruktosa dan sukrosa yang tinggi dan ia berpotensi merosakkan gigi anda, lebih-lebih lagi sekiranya anda kurang memberus gigi. Kajian dijalankan mendapati jika air tebu diambil secara kerap maka airtebu tersebut boleh merosakkan lapisan enamel gigi, melemahkan gigi dan gusi dan mendedahkan gigi anda kepada kaviti. Keburukan ke 4 adalah dimana ia memberikan masalah kepada perut. Beberapa penyelidik telah menyatakan bahawa pengambilan air tebu boleh menyebabkan pening, sakit kepala dan loya selain sakit perut yang disebabkan oleh kandungan gula semula jadinya yang tinggi yang ditukarkan kepada glukosa dalam tubuh. Akhir sekali ke 5 dimana boleh berlaku risiko penyakit hati berlemak bukan alkohol. Air tebu mengandungi kandungan fruktosa yang tinggi dan untuk pengetahuan anda bahan fruktosa perlu diproses oleh hati. Sekiranya hati perlu memproses fruktosa dengan terlalu banyak daripada diet yang tinggi fruktosa dimana ia akan menyebabkan pelbagai masalah lain seperti penyakit hati berlemak dan diabetes jenis 2. Air tebu dikategorikan sebagai sejenis jus yang tinggi dengan kandungan gula. Jika berlaku pengambilannya secara kerap boleh meningkatkan risiko anda untuk mengalami peningkatan gula dalam darah. Sama ada anda merupakan penghidap diabetes atau tidak dinasihatkan aar mengelakkan daripada mengambilnya air tebu secara berlebihan dengan cara mengehadkan pengambilan maksima sebanyak satu gelas dalam sehari.
Kajian lain mendapati sama anda pembaca mengatahui dimana air tebu dengan air gula adalah daripada bahan yang sama walau pun ada juga dakwaan iaitu kandungan nutrisi air tebu dan air gula biasa ternyata berbeza. Air tebu merupakan perahan semulajadi yang masih lagi mengandungi nutrisi asli dari tanaman batang tebu. Itu sebabnya dilaporkan iaitu nutrisi air tebu menjadi lebih bervariasi dibandingkan air gula biasa. Air tebu memiliki rasa manis khas yang lebih lagi menyegarkan terutama jika diminum dengan ais. Meski pun demikian, nutrisi yang terdapat pada air tebu tidak hanya terdiri atas gula dan karbohidrat tetapi juga terdapat unsur kandungan zat lain yang ada dalam air tebu seperti bahan dikenali sebagai Karbohidrat dan Indeks glikemik. Dalam pada itu gula pasir dan air tebu memiliki kandungan karbohidrat yang berbeza. Gula pasir terdiri atas sukrosa dan sementara air tebu terdiri atas glukosa dan fruktosa. Perbezaan ini juga akan pengaruhi nilai terhadap indeks glikemik keduanya. Dalam pada itu Indeks Glikemik adalah ukuran untuk tujuan menunjukkan seberapa cepat karbohidrat dalam makanan diubah menjadi gula darah. Semakin tinggi nilai glikemik suatu makanan maka semakin besar pengaruhnya terhadap kadar insulin dan gula darah. Skala indeks glikemik berkisar antara 0-100. Gula pasir memiliki indeks glikemik sekitar 68 mata, sedangkan air tebu memiliki indeks glikemik sebesar 43 mata. Nilai ini tergolong rendah sehingga relatif lebih menyehatkan. mengenai kandungan gula dan kalori dimana bagi segelas air tebu sebanyak 240 mL mengandung 180 kalori dan 30 gram gula. Sementara itu dalam satu sudu gula pasir terdiri atas 50 kalori dan 13 gram gula. Air tebu memang lebih asli dimana sebaiknya anda tetap perlu memerhatikan jumlah air tebu yang diminum.
Kementerian Kesihatan menghadkan kadar pengambilan gula harian sekitar 50 gram sahaja atau setara dengan 4 sudu makan. Jika mengambil kuantiti lebih dari kadar tersebut makan anda berisiko mengalami obesiti, masalah gula darah se hingga kemungkinan membawa kepada sakit jantung. Didakwa dimana air tebu memiliki kandungan antioksidan yang disebut juga sebagai Polifenol. Bahan ini bermanfaat untuk melindungi sel tubuh dari kerosakan akibat radikal bebas maupun racun yang berasal dari lingkungan. Apa pun yang dibuat dari tebu memang ternyata dimana ada gula yang tidak memiliki kandungan antioksidan. Gula hanya mengandung glukosa sahaja. Polifenol memiliki fungsi sebagai antiviral, antialergi, dan antiperadangan dimana bagi tujuan mendapatkan khasiatnya pilihlah air tebu asli yang diperah dari mesin tebu terus diminum dari batang tebu. Sebaiknya elakkan daripada meminum air tebu yang telah diproses atau disimpan lama atau berkabonat. Ini kerana biasanya air tebu disimpan lama tanpa bahan pengawey mengandungi polifenol yang rosak. Ada kajian mendapati dimana air tebu sebenarnya tidak termasuk dalam kumpulan makanan kaya vitamin dan mineral. bagaimana pun minuman ini memiliki beberapa unsur mineral walaupun jumlahnya sedikit. Dilaporkan sebelum diproses dimana batang tebu mengandung 187 miligram Kalsium, 56 miligram fosforan, 4,8 miligram zat besi, 757 miligram kalium, dan 97 miligram natrium. Jumlahnya memang sedikit akan tetapi lebih baik dibandingkan dengan kandungan mineral air gula yang tidak mengandungi mineral apa pun. Sebagai kesimpulan mengenai artikel ini dinyatakan dimana air tebu ternyata bukan sekadar air gula sebalknya ia minuman yang kaya dengan nutrisi. Minuman ini juga memiliki indeks glikemik yang rendah dan mengandung sedikit kalori sehingga selamat untuk diminum oleh pesakit kencing manis atau diabetes. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca anim aro technology kali ini. Wasallam!!...
KEDUA-DUA MANIS... SELALU GUNA...
KANDUNGAN NUTRISI... BERBEZA...
BACA ARTIKEL... DAPAT INFONYA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(4 JamadilAkhir 1442H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.