Support My Blog

Friday, January 15, 2021

APB TANAMAN SAWIT TANAH BUKIT

AMALAN PERTANIAN BAIK (APB) bagi tanaman kelapa sawit (Elaeis guineensis) dikawasan tanah bukit bercerun adalah agak berbeza sedikit dengan jenis tanah lain. Pada masa ini penulis blog dapati dimana keluasan tanaman sawit di Malaysia sudah melebihi 5 juta hektar dimana ini meliputi kawasan berbukit atau kawasan yang bercerunan kurang daripada 25 darjah. Malaysisa merupakan pengeluar munyak sawit utama dunia bersama Indonesia ketika ini. Kawasan yang berbukit dilaporkan mempunyai tanah yang mana kurang sesuai untuk pertumbuhan sawit kerana tanah di kawasan ini kurang kandungan nutrien jika dibandingkan dengan kawasan tanah lanar. Jadi dilaporkan adalah penting untuk mengambil langkah pemuliharaan air dan tanah supaya tanah di kawasan berbukit ini sentiasa subur dan tidak menjejaskan prestasi pertumbuhan pokok sawit selain tidak memberi kesan negatif terhadap pengeluaran hasil Buah Tandan Segar (BTS). Bagi kawasan berbukit atau bercerun yang sesuai untuk tujuan penanaman sawit pakar mendapati adalah disyorkan dimana jika ia mempunyai kecerunan tidak melebihi 5 darjah .Walau bagaimanapun struktur teres perlu dibina untuk mencegah berlakunya larian air di permukaan tanah bagi kawasan tanah yang berkecerunan melebihi 6 darjah. Jika sturuktur teres tidak dibina dengan sempurna maka air hujan sukar untuk diserap ke dalam tanah. Bagi kawasan yang mempunyai kecerunan melebihi 25 darjah memang ia tidak disyorkan untuk penanaman sawit kerana ia akan mengundang pelbagai masalah. Antaranya kesukaran untuk menggunakan jentera bagi memudahkan operasi pengurusan ladang seperti mengangkut keluar hasil tuaian, membaja, meracun rumpai, menuai dan lain-lain lagi. Selalunya akan berlaku larian air di permukaan tanah dimana proses larian air di permukaan tanah mudah berlaku di kawasan yang berkecerunan tinggi. Hakisan tanah akan berlaku disebabkan oleh larian air di permukaan tanah. Kejadian ini akan menyebabkan berlaku kemusnahan pada struktur tanah. Perkara ini seterusnya boleh mengakibatkan lapisan tanah atas yang banyak mengandungi nutrien penting untuk pertumbuhan sawit akan hilang. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya paparkan bagaimana Amalan Pertanian Baik (APB) yang mesti diamalkan oleh pekebun sawit dikawasan tanah bukit untuk rujukan semua pembaca.

Apa yang berlaku adalah dimana lapisan tanah atas (top soil) merupakan lapisan tanah yang paling penting. Ini kerana pada bahagian ini terkandung segala jenis nutrien yang mana ia diperlukan untuk pertumbuhan kelapa sawit. Sekiranya berlaku hakisan tanah maka ini akan menyebabkan kehilangan tanah atas dan tanah akan menjadi kurang subur. Kaedah pemuliharaan tanah dikawasan tanah berbukit ini ada beberapa kaedah atau langkah pemuliharaan air dan tanah yang boleh dijalankan. Penulis blog dapati ada 4 (empat) kaedah kurangkan risiko hakisan tanah dibukit iaitu dengan menggunakan pelepah yang telah dipangkas dari pokok sawit atau menggunakan tandan buah kosong (TBK) atau menggunakan Eco-mat atau membina longkang mendakan (silt pits) dan juga membina teres.  Teres merupakan satu kaedah paling popular dilakukan dikalangan estet kelapa sawit kerana ia cekap, mudah dibina dan amat praktikal (Sila lihat foto disebelah). Saiz teres untuk tanaman kelapa sawit disesuaikan dengan kecerunan tanah bukit dan kedudukan teres yang hendak dibina. Teres Tanaman Sawit berbeza dengan teres untuk dijadikan laluan dan juga tanaman yang biasanya lebih lebar. Sistem atau cara pembinaan teres ini pelu sesuai untuk kurangkan berlakuknya larian air dan menyebaban hakisan. Lazimnya pembinaan teres dilakukan dalam musim kering dan penanaman tanaman penutup bumi disegerakan selepas membina teres. Teres dibina bertujuan untuk menyediakan ruang supaya setiap pokok sawit memperoleh cahaya matahari, air dan nutrien yang mencukupi. Di samping membantu memudahkan kerja pengurusan sawit terutamanya kerja menuai, teres juga memainkan peranan penting untuk meminimumkan hakisan tanah dengan mengurangkan kelajuan larian air di permukaan dan seterusnya dapat membantu untuk mengurangkan kehilangan nutrien dalam tanah. Teres hendaklah dibina bagi kawasan bukit yang berkecerunan di antara 6 -25 darjah dengan menggunakan jentera yang memotong bahagian tanah mengikut garisan kontur. Permukaan teres perlu dicuramkan ke arah bukit dengan kecerunan 100 -150 iaitu kira-kira 0.3 meter dalam. Bagi mengelakkan larian air di permukaan yang mengalir deras, bonggol atau longgokan tanah dibina pada jarak setiap 20 meter di sepanjang teres. Tapak teres yang lebar boleh digunakan untuk laluan jentera bagi memudahkan aktiviti pengurusan ladang seperti aktiviti membaja, merumpai, menuai dan lain-lain.

Penggunaan Pelepah Sawit yang telah dipangkas (pruning) sebagai bahan melindungi hakisan tanah dikawasan berbukit sesuai dilakukan. Ini kerana pelepah sawit yang telah dipangkas di kawasan berbukit sebaiknya disusun di hujung teres.Cara ini bertujuan untuk mengurangkan berlakunya hakisan tanah dan mengelakkan kehilangan baja antara pokok yang disebabkan oleh larian air di permukaan. Teknologi meletakan pelepah sawit dalam kawasan ladang dapat membantu untuk mengekalkan suhu dan kelembapan tanah di samping membantu untuk meningkatkan kandungan organik tanah. Secara purata biasanya lebih kurang 10 tan sehektar setahun pelepah sawit yang telah dipangkas daripada pokok terhasil. Satu tan pelepah sawit yang telah kering akan menyumbang kandungan nutrien kepada tanah sebanyak 2.75% N (59.8 kg urea), 0.223% P (14 kg CIRP), 1.99% K (39.8 kg MOP) dan 0.45% Mg (27.8 kg Kieserite). Tandan Buah Kosong (TBK) pula adalah produk sampingan terhasil daripada BTS. TBK mengandungi banyak nutrien dan diguna pakai semula di ladang sebagai sumber bahan atau baja organik (Sila lihat foto disebelah). kajian mendapati dimana sebanyak 5 tan sehektar setahun boleh diperoleh pada setiap pengeluaran 25 t/ha/thn BTS. Ini memberikan persamaan kandungan baja sebanyak 15.3 kg SOA (N), 2.8 kg RP (P), 19.3 kg MOP (K) dan 4.4 kg Kieserit (Mg). Di samping itu, TBK juga membantu dalam memperbaiki struktur tanah, kelembapan tanah dan pegangan air dalam tanah. Ia juga meningkatkan kandungan organik tanah, keliangan tanah, aktiviti mikrob tanah, kadar pertukaran kation tanah selain mengurangkan hakisan dan juga kehilangan nutrien dalam tanah melalui proses larian air di permukaan. 

Teknik keempat didalam mengawal hakisan kebun sawit dikawasan tanah berbukit adalah dengan menggunakan apa yang dikatakan sebagai ECO-MAT. Bahan Eco-mat adalah produk yang dihasilkan daripada tandan buah kosong (TBK). TBK yang terhasil daripada BTS diproses dan dijadikan dalam bentuk tikar. Eco-mat ini adalah produk biodegradasi dan mesra alam. Ia membantu dalam mengekalkan suhu serta kelembapan tanah dan akar pokok sawit meskipun di bawah cuaca panas terik. Selain itu aplikasi bahan eco-mat juga dapat mengawal rumpai dengan lebih berkesan serta membekalkan nutrien kepada tanah (Sila lihat foto disebelah). Ia juga menjaga struktur tanah daripada terpecah dengan menghalang air hujan yang turun dengan lebat daripada terus mengenai permukaan tanah. Secara tidak langsung ia turut menghalang daripada berlakunya larian air di permukaan yang boleh menyebabkan kehilangan tanah atas dan menjadikan tanah tidak subur. Eco-mat adalah fleksibel dan mesra pengguna kerana ia ringan, padat dan mudah untuk dikendalikan. Walau bagaimanapun, eco-mat ini telah kehilangan sebahagian nutrien yang ada terkandung dalam TBK setelah ia diproses menjadi eco-mat banyak bahan organik dan nutrien penting bagi pertumbuhan pokok sawit yang sempurna. Longkang mendakan ini digali dengan 3 m (panjang) x 1 m (lebar) x 0.5 m (dalam). Kedalamannya hendaklah tidak melebihi 1 meter supaya air yang terkumpul dapat diserap sepenuhnya oleh pokok sawit. Longkang mendakan ini juga berfungsi sebagai takungan air ketika berlakunya hujan lebat dan membolehkan air tersebut untuk meresap ke dalam tanah dan diserap oleh akar pokok sawit. Walau bagaimanapun longkang mendakan ini mudah runtuh dan musnah serta memerlukan kos untuk membinanya semula (Sila lihat foto paling bawah).  Bagi kawasan berbukit yang berkecerunan melebihi 25 darjah adalah tidak disyorkan untuk penanaman sawit. Kawasan ini hendaklah dibiarkan untuk tujuan biodiversiti.  Sebagai kesimpulan dimana pembana perlu faham  dimana tanah merupakan salah satu faktor yang penting dalam penentuan pengeluaran hasil BTS yang tinggi. Oleh itu, langkah pemuliharaan air dan tanah perlu dijalankan sejak peringkat awal penanaman sawit lagi bagi mendapatkan hasil yang optimum. Pelbagai langkah pemuliharaan air dan tanah telah dikenal pasti dan boleh dipraktikkan di ladang tetapi kesesuaian kawasan serta penilaian dari sudut ekonomi perlu diambil kira. Kesuburan tanah juga perlu dipelihara untuk memastikan pertumbuhan pokok sawit yang sempurna. Perkara ini sangat penting dan perlu dititikberatkan oleh semua penanam sawit. Pokok sawit yang sempurna dan sihat seterusnya akan menjamin pengeluaran hasil BTS yang tinggi. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!...
TANAH BUKIT... SAWIT DITANAMNYA...
DIBUAT TERSES... IKUT KONTORNYA...
DISUSUN PELEPAH...MUDAH SAHAJA...
PASANG ECO MAT...EFEKTIF JUGA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(29 JamadilAwal 1442H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...