Support My Blog

Saturday, September 19, 2020

BUAH DURIAN - KENAPA MAHAL?

DURIAN MAHAL?. Itulah yang telah menjadi tajuk perbualan dan viral di Malaysia apabila harga durian sama ada jenis premium atau durian kampung dikatakan sangat mahal. Terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP, PKPD, PKPB dan PKPP) akibat wabak pandemik Covid19 kini rakyat Malaysia terpaksa membayar harga mahal untuk menikmati buah durian. Adakah kes ini terkait dan merupakan salah satu 'Norm Baru" akibat Covid19 yang kita perlu hadapi pada masa sekarang?. Buah Durian (Durio zibethinus) merupakan sejenis buah yang menjadi kesukaan ramai orang sehingga ia digelar "King Of The Fruit''. Di Malaysia sahaja terdapat seluas 72,464 hektar tanaman durian pada tahun 2018 dengan pengeluaran sebanyak 251,950 metrik tan. Kemanakan buah-buah durian sebanyak ini diedarkan dan kenapa harga buah durian ini memang agak tinggi pada tahun 2020?. Anda boleh membaca akan tulisan saya sebelum ini mengenai trend  harga durian di Malaysia yang ditulis sebelum ini (Sila klik disini). Memang harga durian tinggi kepada tahun 2017 dan isu sama wujud kepada tahun 2020. Harga durian yang agak tinggi pada tahun 2020 banyak mendapat komen didalam media cetak dan media elektronik dan sesuai untuk tujuan dibincangan didalam artikel pada kali ini. Dalam keadaan wabak covid ini memang didapati beberapa jenis buah-buahan termasuk buah durian agak mahal berbanding dengan tahun lepas. Terdapat banyak faktur yang menyebabkan perkara ini berlaku. Blog "Anim Agro Technology'' paparkan mengenai isu harga durian yang mahal pada tahun 2020 untuk dijadikan bahan rujukkan anda semua.


Dalam sebuah portal tempatan bertajuk ''Kenapa harga durian mahal sangat sekarang ini?" menarik untuk dibaca bersama. Ramai peminat buah durian pada tahun 2020 ini agak kecewa dan malahan ada yang 'hampir gila' apabila mereka  berhenti ditempat menjual durian dan bertanya serta tengok sahaja akan harga buah durian yang mahal ini tanpa membelinya atau beli sedikit sahaja. Tinjauan mendapati dimana harga durian sewaktu artikel ini ditulis adalah 'di tahap gila' kerana harga buah durian Musang King (dikatakan baka durian yang paling sedap dalam dunia) sudah naik sampai RM90 sekilogram disekitar Kuala Lumpur. Walau pun selalunya dilaporkan harga setakat RM60 -RM68 perkilogram tetapi kini ia naik berlipat ganda dan menakutkan para peminat dan pembeli durian. Tinjauan kini rata-rata menunjukkan dimana harga durian varieti Musang King setakat ini sudah hampir dua kali ganda lebih mahal daripada harga durian yang sama dipamerkan pada dua tahun lepas. Jika dibandingkan  pada durian yang paling popular sekarang dilihat dimana durian Musang King boleh mencecah dalam RM90 - RM100 sekilogram kerana semasa membeli adalah bukan musim buah sekarang bukan musim lagi. Berbanding dua tahun lepas (2018) dimana harga Musang King dulu cuma RM50 sahaja iaitu cuma separuh daripada harga sekarang, Keadaan ini dilaporkan pada masa bukan musim durian. Kalau ditengah-tengah musim pula maka harga Musang King boleh jatuh sampai RM30 - RM40 sekilogram. Salah seorang pemborong dan penjual durian dikenali sebagai Wui Heong menerangkan lagi yang harga durian ni ditentukan oleh Permintaan dan Musim. Antara jenis durian lain yang mana  popular ialah Thailand Hong Xia (atau udang merah) yang cuma RM30 sekilo sebab kurang permintaan. Dari segi musim dilihat durian memerlukan tempoh hari cerah yang lama supaya ia boleh membuahkan hasil iaitu dalam tempoh 3 - 4 bulan supaya bunga tersebut berkembang jadi buah-buahan. Dua tahun lepas iaitu 2018 dimana hasil tuaian lebih memberangsangkandimana dapat hasil durian ini dari bulan Mei sampai Ogos kat Semenanjung Malaysia.


Dalam pada itu bagi peminat buah durian memang kalau sudah tiba musim dan tidak dapat makan sehingga ada yang sampai tahai termimpi-mimpi untuk membelinya. Tetapi bila mereka berhenti di tempat jual durian dan tengok akan harganya tetapi tidak jadi membeli kerana mahal. Harga durian yang mahal ini menyebabkam hilang selera untuk makan durian premiium dan hendak membeli durian murah sudah tahu tidak akan dapat 'kepuasan sebenar' peminat durian. Akhirnya terpaksa juga mendapatkan durian varieti lain yang memang kurang puas jika hendak dibanding dengan durian Musang King, Duri Hitam, D24, Tekka dan sebagainya. Banyak pokok-pokok durian masa kini akan mengeluarkan hasil pada musim utama dari bulan Mei sehingga September saban tahun akan tetapi kini telah banyak yang mampu dalam mengeluarkan buah luar musim dari Disember sehingga Januari. Bagaimana pun kehadiran buah durian premium luar musim ini sangat kurang berbanding dengan buah durian musim utama. Apa pun di Malaysia semasa musim durian, terdapat penjual durian disesetengah tempat (contohnya penjual berada Kg Baru, KL) boleh dapat bekalan sampai 1,000 biji daripada petani dari Raub, Pahang. Bagaimana pun kalau bukan musim durian maka dia hanya boleh dapat dalam 100 biji. Beza banyaknya buah bila tengah musim dengan bukan musim ialah sebanyak 10 kali ganda yang menentukan strategi harga jualan durian.


Penulis blog dapati dimana durian memang mempunyai pelbagai gred. Kalau berat sebiji durian itu lebih daripada sekilo secara kasar ia akan dijadikan buah Gred A. Kalau kurang daripada sekilo sebiji maka ia akan dijual sebagai Gred B. Beza harga runcit durian diantara Gred A dan Gred B pula ialah dalam 40%. Mereka yang berduit akan memilih durian gred A dengan kuantiti yang banyak dan berani membayarnya akan tetapi kalangan masyarakat pertenghan yang ramai anak dan ramai kawan akan hany dapat membelinya dengan kuantiti sedikit sahaja. Apabila dibawa pulang dengan kulitnya dan isinya dimakan, maka satu rumah akan berbau durian sehingga jiran sebelah rumah akan terganggu akibat buah durian ini. Kalangan orang yang kurang duit hanya mampu membeli buah durian yang gred rendah (atau overipe)  dan dibawa pulang untuk dijadikan makanan seperti bubur kacang, santan pulut durian dan sebagainya. Kalau dahulu harga tinggi durian didakwa disebabkan oleh eksport ke negara China dan ramai rakyat China datang melaancong ke Malaysia untuk makan durian, Tetapi semasa covid19 sedang 'menggila' hampir tiada pelancong China datang ke Malaysia dan ada usaha unrtu menghantar buah durian ke China tetapi ianya tidak mudah dilakukan. Harga durian di Malaysia semasa artikel ini ditulis masih tinggi walau pun tiada pelancong asing.

Pemerhatian penulis blog mendapati hasil pemantauan bersama SU Persatuan Pengekaport Durian Malaysia iaitu Dr Tan keadaan dimana memang warga dari negara China ini suka sangat durian. Mereka sanggup untuk mengimport buah durian sehingga sebanyak sebanyak  300,000 tan yang bernilai sebanyak US$568 (RM2.4 juta) dari Malaysia dan Thailand. Thailand merupakan negara terbesar dalam menghantar durian ke China dengan monopoli sebanyak 96% daripada jumlah import durian di China. Dalam pada itu produk durian dieksport ke China tidak lagi termasuk pes dan produk durian lain. Dahulu mungkin ada petani tempatan yang lebih berminat untuk eksport durian ke China sebab dikatakan boleh dapat untung yang berlipat ganda tetapi ia masih perlu ditentusahkan. Persatuan mendakwa dimana bagi setiap RM100 (S$32) sekilogram yang orang Singapura bayar untuk buah durian sebenarnya ada juga pelancong China sanggup untuk membayar sampai RM200 atau RM300 sekilogram untuk durian sama kualiti. Kumpulan China juga sanggup untuk membeli secara pukal. Pandemik Covid19 telah pun menjadikan kisah ini sebagai ingatan kita semua. Ada juga dilaporkan bagaimana beberapa warga dari China telah melabur dengan membeli dan berkongsi dengan petani tempatan untuk pembangunan kebun durian. Didakwa pemain Badminton Dunia Lin Dan juga sudah ada kebun durian di Kelantan. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...

BUAH DURIAN... KEMBALI DIA...
HARGA MAHAL..BANYAK PUNCA....
PEMBELI PENING...BELI SIKIT SAJA...
TUNGGU LAMBAKKAN... ADAKAH DIA?...

By,
M Anim,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
26 Zulkaedah 1441H.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...