Support My Blog

Wednesday, September 16, 2020

ARANG BIO SEKAM PADI - PERAPI TANAH

ARANG BIO SEKAM PADI (ABSP) adalah hasil sampingan utama dari kilang pemprosesan padi dimana terdapat dalam kuantiti yang banyak dan berkos rendah. Arang bio sekam padi mampu meningkatkan pertumbuhan tanaman dan hasil apabila digunakan sebagai perapi tanah atau baja kerana mengandungi sifat kimia-fizik yang sesuai untuk menambah baik sifat tanah. Teknologi perapi tanah berasaskan ABSP dibangunkan hasil daripada penyelidikan yang dijalankan di MARDI untuk meningkatkan penggunaan semula sisa industri untuk kelestarian hasil pertanian dan alam sekitar. Hasil kajian menunjukkan tahap kesuburan tanah dari segi pH, KPK dan porositi tanah meningkat dengan penggunaan ABSP pada kadar 5 -19 t/ha mengikut jenis tanah. Untuk tanah lom berpasir yang ditanam dengan tomato, timun dan kubis, kadar penggunaan ABSP pada 5 t/ha mampu meningkatkan kadar KPK tanah sebanyak 2.2 – 4% dan porositi 4 - 5.6% selepas dua musim penanaman. Kadar pH tanah didapati meningkat daripada nilai pH asal 5.1 kepada pH 5.9 - 6.2. Penambahan ABSP pada kadar 18 tan/ha mampu meningkatkan pH tanah daripada 3.3 kepada 4.5. Keputusan kajian juga mendapati penambahan ABSP pada kadar 9 t/ha mampu meningkatkan KPK tanah sebanyak 3% dan kadarpegangan air sebanyak 9% selepas dua musim penanaman bagi tanaman jagung. Keputusan hasil pengeluaran tanaman juga mempunyai kaitan yang positif dengan peningkatan kesuburan tanah. Potensi penggunaan ABSP sebagai perapi tanah menunjukkan keberkesanan untuk meningkatkan kesuburan tanah dan juga pengeluaran hasil khasnya penanaman di tanah bermasalah. Dalam jangka masa panjang, penggunaan ABSB sebagai perapi tanah mampu mengurangkan jumlah aplikasi baja kepada tanaman dan boleh menjamin pengeluaran tanaman yang lestari. Artikel subuh ini pada curi 1 Muharam 1442 saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology'' mengenai hasil kajian MARDI dan tinjauan teknologi penulis blog sendiri dibeberapa lokasi mengenai temuan teknologi perapi tanah arang bio sekam padi bagi tujuan pengurusan tanah bermasalah dan pengeluaran tanaman yang lestari untuk bahan rujukan anda smeua.

Sebagai pengenalan penulis blog dapati dimana arang bio yang berasal daripada sekam padi boleh didapati dalam jumlah yang banyak di Malaysia. Ia adalah hasil sampingan pembakaran sekam padi pada suhu yang rendah dengan oksigen yang terkawal bertujuan untuk menjana tenaga elektrik dan haba bagi kegunaan kilang pemprosesan padi. Penggunaan semula arang bio sekam padi (ABSP) didapati masih rendah di sesetengah negeri, khususnya Kelantan dan Kedah di mana kos tambahan terpaksa dikeluarkan oleh kilang untuk tujuan pelupusan. Arang bio sekam padi mempunyai ciri-ciri kimia-fizik yang sesuai digunakan sebagai perapi tanah dan bahan tambahan organik dalam baja. Beberapa kajian telah dijalankan di MARDI dan pemerhatian oleh Jabatan Pertanian dan LPNM mengenai keberkesanan bahan ABSP terhadap peningkatan kesuburan tanah dan pengeluaran tanaman. Laporan ini juga bertujuan untuk menyebarkan maklumat dimana ABSP mampu untuk ianya meningkatkan penggunaan semula sisa industri ini dalam sektor pertanian. Antara kajian penggunaan ABSP sebagai perapi tanah yang telah dijalankan adalah ke atas pengeluaran tanaman tomato, timun dan kubis di ladang organik MARDI Serdang dan tanaman jagung serta padi di MARDI Bachok. Teknik aplikasi perapi tanah ABSP pada tanah yang berbeza Kajian telah dijalankan di beberapa lokasi yang mempunyai jenis tanah yang berbeza seperti tanah lom, tanah asid sulfat dan tanah berpasir bris untuk dua musim penanaman. Setiap tanah ditanam dengan tanaman yang berlainan mengikut kesesuaian. Sampel tanah diambil sebelum (penyediaan tanah) dan selepas penambahan ABSP iaitu selepas aktiviti penuaian dijalankan dan dianalisis untuk sifat kimia-fizik.Ciri-ciri kimia-fizik ABSP. Kadar dan cara aplikasi ABSP adalah berbeza mengikut jenis tanah seperti dirancang. Beberapa kadar aplikasi ABSP dikaji untuk tanah yang sama bagi menentukan nilai optimum bagi peningkatan hasil tanaman terpilih dan pemuliharaan tanah. Bagi kajian ini, pembajaan menggunakan baja kimia NPK dilakukan mengikut keperluan tanaman dalam kadar yang biasa petani amalkan. Hasil tanaman direkod pada musim kedua dengan mengambil berat secara purata bagi tanaman sayuran dan jagung. Manakala hasil padi dinilai dengan menggunakan kaedah hasil komponen padi (CCT) yang mengambil kira berat tangkai bernas dan berat bijian padi secara purata. Hasil pengeluaran tanaman dibincangkan dari segi peratus peningkatan selepas rawatan ABSP berbanding dengan plot tanpa rawatan ABSP.

Diantara beberapa makluman penting mengenai kelebihan ABSP sebagai perapi tanah Keputusan kajian perapi tanah dibincangkan. Hasil kajian menunjukkan ciri-ciri kimia-fizik ABSP seperti nilai pH yang tinggi, keupayaan peneutralan asid, keupayaan pegangan air adalah faktor utama yang menjadikan ABSP sebagai perapi tanah yang sesuai. Kelebihan ABSP seperti kedapatan ruang rongga mikro dan kadar keluasan permukaan yang tinggi membolehkannya menyerap air dan nutrien dengan efisien. Bagi tanah lom berpasir akan ada peningkatan hasil pengeluaran tanaman sangat berkadaran dengan peningkatan pH, KPK dan porositi tanah. Kadar peningkatan hasil sebanyak 10 - 25% dicapai dengan penambahan kadar ABSP yang berbeza daripada 3 - 10 t/ha bagi tanaman kubis, timun dan tomato. Bagi tanah yang bermasalah seperti tanah asid sulfat, kadar perapi ABSP adalah lebih tinggi dengan 19 t/ha bagi padi dan 9 t/ha untuk tanaman jagung. Bagi tanah pasir bris yang juga merupakan tanah bermasalah, keupayaan pegangan air tanah merupakan faktor penting untuk peningkatan hasil tanaman. Penambahan ABSP sebanyak 9 t/ha mampu menaikkan keupayaan pegangan air (KPA) tanah daripada nilai permulaan 7.2 - 10.1% kepada 12.5 - 20.2% selepas dua musim penanaman. Bagi tanah asid sulfat, nilai pH meningkat daripada pH 3.3 kepada pH 4.2 untuk tanaman padi dan pH 4.5 untuk tanaman jagung. Kajian ini mampu untuk menunjukkan peningkatan pH tanah menjadi faktor utama dalam peningkatan hasil tanaman selepas dua musim penanaman. Penambahan ABSP juga meningkatkan porositi untuk kesemua jenis tanah yang dikaji mengikut kadar yang dibekalkan. Peningkatan porositi tanah yang paling tinggi didapati pada tanah asid sulfat yang telah dibekalkan ABSP pada kadar 19 t/ha. Peningkatkan kapasiti pegangan kation (KPK) tanah hanyalah sebanyak 2 - 3 cmol +/kg tanah selepas penambahan ABSP. Perbezaan peningkatan KPK tidak begitu ketara berbanding dengan parameter tanah yang lain. Ini disebabkan nilai KPK bagi ABSP itu sendiri agak rendah iaitu 17 cmol +/kg sahaja berbanding dengan nilai pH dan KPA ABSP yang tinggi. Namun begitu, peningkatan beberapa unit KPK pada dua musim penanaman didalam menunjukkan potensi penggunaan ABSP untuk jangka masa panjang.

Dilaporkan dimana arang bio sekam padi ialah bahan yang berpotensi sebagai perapi tanah dan bahan tambahan baja yang kos efektif. Penggunaan ABSP untuk pengeluaran tanaman merupakan satu teknik pengurusan sisa industri yang efisien di samping mampu memberi peningkatan kelestarian tanaman dan pemuliharaan tanah bermasalah. Kadar dan cara aplikasi ABSP telah disyorkan daripada kajian ini mengikut jenis tanah dan tanaman. Bagi kawasan pengeluaran tanaman yang berdekatan dengan kilang pemprosesan padi, penggunaan ABSP merupakan kaedah yang kos efektif selain dapat mengurangkan masalah pengumpulan sisa industri. Bahan ABSP adalah hasil sampingan utama dari kilang pemprosesan padi, terdapat dalam kuantiti yang banyak dan berkos rendah. Arang bio sekam padi mampu meningkatkan pertumbuhan tanaman dan hasil apabila digunakan sebagai perapi tanah atau baja kerana mengandungi sifat kimia-fizik yang sesuai untuk menambah baik sifat tanah. Teknologi perapi tanah berasaskan ABSP dibangunkan hasil daripada penyelidikan yang dijalankan di MARDI untuk meningkatkan penggunaan semula sisa industri untuk kelestarian hasil pertanian dan alam sekitar. Hasil kajian menunjukkan tahap kesuburan tanah dari segi pH, KPK dan porositi tanah meningkat dengan penggunaan ABSP pada kadar 5 - 19 t/ha mengikut jenis tanah. Untuk tanah lom berpasir yang ditanam dengan tomato, timun dan kubis, kadar penggunaan ABSP pada 5 t/ha mampu meningkatkan kadar KPK tanah sebanyak 2.2 - 4% dan porositi 4 - 5.6% selepas dua musim penanaman. Kadar pH tanah didapati meningkat daripada nilai pH asal 5.1 kepada pH 5.9 - 6.2. Penambahan ABSP pada kadar 18 t/ha mampu meningkatkan pH tanah daripada 3.3 kepada 4.5. Keputusan kajian juga mendapati penambahan ABSP pada kadar 9 t/ha mampu meningkatkan KPK tanah sebanyak 3% dan kadar pegangan air sebanyak 9% selepas dua musim penanaman bagi tanaman jagung. Keputusan hasil pengeluaran tanaman juga mempunyai kaitan yang positif dengan peningkatan kesuburan tanah. Potensi penggunaan ABSP sebagai perapi tanah menunjukkan keberkesanan untuk meningkatkan kesuburan tanah dan juga pengeluaran hasil khasnya penanaman di tanah bermasalah. Dalam jangka masa panjang, penggunaan ABSB sebagai perapi tanah mampu mengurangkan jumlah aplikasi baja kepada tanaman dan boleh menjamin pengeluaran tanaman yang lestari. Semuga anda mendapat info terbaik dari artikel ini. Wasallam!!...
ARANG BIO SEKAM PADI... APA GUNA...
KAJIAN DIBUAT ...AMAT MEMPERSONA...
TANAH DIPULIHKAN... SESUAI DIGUNA...
HASIL MENINGKAT... AMALKAN SENTIASA...

By,
M ANem,
Senior Agronomist,
Precint 11,
WP Putrajaya,
Malaysia.
1 Muharam 1442H.
Sumber Asal: Buletin Teknologi MARDI Bil. 18 (2020): 111 -116

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...