BERONOK (Acaudina molpadioides) ialah sejenis hidupan laut yang seakan-akan haiwan Gamat selalunya dan hidup di kawasan pantai yang tanahnya berselut. Beronok adalah haiwan yang selalunya di makan mentah dan di Langkawi Kedah ia dijadikan sebagai kerabu dan merupakan makanan eksotik komuniti Melayu. Apabila di ambil dari dasar laut dilihat dimana Beronok atau Bronok ini adalah berwarna coklat atau merah jambu dan kenyal seakan-akan isi kelapa dan jika dimakan mentah setelah dibuang isi perutnya maka rasanya agak masin. Beronok juga tidak boleh didedahkan kepada haba kerana ia akan menjadi cair dan tidak boleh disimpan didalam air tawar kerana ianya cepat membusuk. Apabila telah disiang dan dibuang isinya maka perlu disimpan dengan menggunakan air laut yang masin juga. Penulis blog bberapa kali dapat membuat ujirasa makanan kerabu beronok ini di Langkawi dan mendapati ianya memang enak dan boleh diterima masyarakat dari luar Pulau Langkawi. Malahan kini sudah ada beberapa restoren yang khusus menghidangkan kerabu beronok untuk dinikmati oleh para pelancong ke Pulau Langkawi ini. Artikel dalam blog "Anim Agro Technology" subuh ini saya paparkan mengenai beronok dan laporan media mengenai haiwan ini untuk dijadikan bahan rujukan anda semua.
Dalam akhbar Berita Harian (BH) bertajuk 'Langkawi 'diserang' bronok' baik untuk kita merujuknya. Baru-baru inii hujan lebat dan angin kencang sejak beberapa hari lalu mungkin telah pun mencemaskan penduduk pulau ini. Apa pun fenomena alam tersebut turut juga melimpahkan rezeki buat masyarakat setempat khusus di kawasan Kuala Teriang dan Kuala Muda. Ini kerana sejak beberapa hari lalu kawasan berkenaan ‘diserang' bronok atau nama saintifiknya Acaudina molpadioides iaitu sejenis hidupan laut yang seakan-akan gamat yang kelihatan memenuhi kawasan berselut dan pesisir pantai di lokasi berkenaan membuatkan masyarakat setempat, termasuk kakitangan sebuah resort berhampiran tidak menang tangan memungut hidupan laut itu (Sila lihat foto disebelah). Apa yang didakwa oleh Pengurus Jualan dan Pemasaran Ombak Villa Langkawi iaitu Mohd Hafiz dakwaa pihaknya menyedari kawasan pantai di resort tersebut mula dipenuhi dengan hidupan laut yang memiliki tekstur licin dan mempunyai beberapa warna antaranya coklat kehitaman atau merah jambu semasa proses pembersihan pantai dilaksanakan kakitangannya. Biasanya bronok ditemukan di kawasan berselut namun kali ini agak berbeza kerana angin kencang bersama ombak kuat menyebabkan kita jumpa bronok jauh hingga kawasan berpasir di pantai ini.
Biasanya di Langkawi setiap Ogos dan September memang dinantikan oleh penduduk sekitar bagi memungut dan mengumpul bronok yang enak dijadikan kerabu. Bronok yang sudah dibersihkan akan diadun bersama sambal kelapa, cili, lengkuas, kerisik menjadi makanan eksotik dan wajib cuba sekiranya berkunjung ke pulau peranginan bebas cukai ini. Menurut Pegawai daripada Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Daerah Langkawi iaitu Encik Azahar nyatakan dimana kejadian haiwan bronok ditemukan dalam kelompok yang banyak di kawasan pantai berpasir berlaku disebabkan oleh hujan lebat bersama angin kencang. Beliau berkata kebiasaannya bronok ditemukan di kawasan berselut dan percaya kejadian bronok terdampar di kawasan pantai berpasir berlaku akibat dibawa oleh arus dan ombak kuat. Kawasan Kuala Teriang sehingga kawasan Pasir Berdengung, Kuala Muda memang kawasan dimana pertumbuhan hidupan laut berkenaan dan sering menjadi sumber pendapatan nelayan sekitar kawasan itu. Kejadian bronok ditemukan dengan banyak di kawasan berpasir di pantai tersebut mungkin berlaku disebabkan oleh arus dan ombak kuat yang membawa bronok ke kawasan pantai berpasir.
Kerabu Bronok Di Langkawi merupakan satu produk dari Langkawi yang terkenal. Pukau yang terkenal sebagai destinasi pelancongan sebenarnya menyimpan rahsia di sebalik hidupan lautnya. Hidupan laut yang di kenali sebagai Bronok diolah menjadi makanan eksotik iaitu kerabu. Bronok merupakan spesies hidupan laut seakan-akan gamat atau timun laut. Ianya hidup di kawasan pantai yang berselut seperti Langkawi. Teksturnya licin seperti sotong dan ianya juga mempunyai beberapa warna seperti coklat kehitaman atau merah jambu. Bersifat kenyal dan rasanya agak masin seperti air laut. Sifat Bronok yang mana ia alah kepada haba dan ia akan mencair menjadi air masin jika di panaskan. Mungkin ada di antara anda yang tak berselera untuk makan selepas tengok fizikal lain seperti lintah gergasi. Tetapi bagi sesetengah orang, kerabu Bronok ni memang sedap dan menyelerakan. Bagi penduduk disekitar Langkawi kerabu Bronok ni menjadi benda wajib untuk majlis kenduri. Aku biasa pergi dengan kawan mencari Bronok ..dan caranya lebih kurang seperti kita mencari kerang di laut. Kerabu Bronok Di Langkawi disediakan dengan bahan asas beronok untuk menghasilkan Kerabu Bronok. Untuk menyediakan kerabu Bronok ni adalah perlu di potong pangkal kepala dan ekornya bronok perlu di potong untuk membuang isi perutnya. Sila gunakan pisau yang tajam untuk menghirisnya nipis-nipis bagi menghasilkan kerabu yang sedap jadi ketilitian amatlah penting sekali. Bahan asas untuk membuat kerabu Bronok ini sama juga dengan kerabu-kerabu lain, jadi barang-barang asasnya adalah seperti Sambal kelapa, Bawang, Cili, Lengkuas, Kerisik dan daun gajus yang dirincik halus. Bahan-bahan tadi mestilah di gaulkan dengan bronok yang dibersihkan tadi. Sebenarnya ini pengalaman pertama aku di Langkawi. Pada sesiapa yang baru kali pertama lihatnya amat geli sekali kalau nak pegang kerana didalam badannya hanya nampak air saja. Semua artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...

GELINYA BERONOK... DI LANGKAWI...
MACAM GAMAT...MELIHAT AGAK GELI...
DIBUAT KERABU..DIMAKAN ENAK SEKALI...
SUDAH UJIRASA... HENDAK CUBA LAGI...
By,
M Anem,
MACAM GAMAT...MELIHAT AGAK GELI...
DIBUAT KERABU..DIMAKAN ENAK SEKALI...
SUDAH UJIRASA... HENDAK CUBA LAGI...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 320, Hotel Adya,
Kuah, langkawi,
Kedah, Malaysia.
(14 Zulhijjah 1441H).
Room 320, Hotel Adya,
Kuah, langkawi,
Kedah, Malaysia.
(14 Zulhijjah 1441H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.