TANAMAN KOPI (Coffea spp.) di Malaysia masih ini banyak terdapat di Sabah dan beberapa kawasan di Pantai Barat
Semenanjung Malaysia khususnya di Negeri Johor. Negeri-negeri lain sudah tidak menanam kopi atau sangat sedikit termasuk di kawasan Utara Semenanjung dan juga di Pantai Timur. Tanaman Kopi di Malaysia adalaah merupakan salah satu komoditi yang dipilih untuk dimajukan dalam Rancangan Malaysia ke 11 (RMK-11) setelah lebih daripada 15 tahun tiada program khusus untuk pembangunan tanaman kopi. Perkara ini adalah berikutan permintaan terhadap biji kopi mentah untuk diproses amat menggalakkan dimana Malaysia terus mengimport biji kopi mentah sebanyak 115,210 metrik tan pada tahun 2017 yang bernilai RM1.52 billion. Malaysia mengimport biji kopi mentah daripada Indonesia, Vietnam dan Brazil terutama untuk Kopi Arabica (Coffea arabica) dan Kopi Robusta. Di Malaysia kebanyakan jenis kopi yang ditanam adalah Kopi Liberica (Coffea liberica) dan juga Kopi Robusta (Coffea robusta). Pada tahun 2018 dilaporkan seluas 1,930.1 hektar tanaman kopi diusahakan di Malaysia dengan jumlah keseluruhan pengeluaran hanya sekitar 3,396.2 metrik tan. Keluasan ini menurun berbanding dengan penanaman pada tahun 2017 iaitu seluas 2,588 hektar dengan jumlah pengeluaran sebanyak 8,109 metrik tan kopi (Sumber: Laporan Industri Kopi, Jabatan Pertanian Malaysia 2108). Dalam pada itu hanya dua negeri sahaja di Malaysia yang aktif menanam kopi iaiti di Negeri Sabah (70%) dan bakiny di negeri Johor (20%) sementara negeri-negeri lain hanya sekitar 10% sahaja. Negeri Sabah banyak menanam kopi jenis Robusta dan Liberica serta ada juga sedikit menanam kopi Katimor di Ranau. Kini penanam kopi sudah kurang sedangkan permintaan biji kopi mentah semakin meningkat. Adakah industri penanaman kopi di Malaysia semakin kelam?. Kenapa ramai petani sudah tidak mahu menanam kopi seperti dahulu lagi?. Bagaimana cara untuk menarik minat lebih ramai petani menanam kopi?. Artikel malam ini daripada Villa 1017, A'Formosa Resort Homestay, Alor Gala, Melaka dalam ''Anim Agro Technology'' saya menulis rencana mengenai industri penanaman kopi untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan.
Tanaman kopi merupakan tanaman yang penting di kalangan pekebun kecil. Ianya diusahakan secara tanaman tunggal atau secara selingan di kawasan kelapa yang sedia ada. Tanaman kopi dikatakan berasal dari kawasan Tropika di Benua Afrika. Ianya dibawa ke Semenanjung Malaysia pada tahun 1779 dimana jenis Arabica merupakan jenis yang mula diperkenalkan. Perusahaan kopi tempatan mula berkembang apabila kopi jenis Liberica diperkenalkan oleh Leonard Wray pada tahun 1875. Apabila kedua jenis ini sangat peka terhadap serangan penyakit karat daun (Hemileia vastatrix), kopi jenis Robusta dan jenis Arabica yang didapati tahan terhadap penyakit ini dibawa masuk pada tahun 1900. Pada masa ini kopi jenis Liberica (Coffea liberica Bill ex Hiem) sesuai ditanam di Semenanjung Malaysia. Negeri pengeluar utama jenis kopi ini ialah Johor dan Selangor. Manakala kopi jenis Robusta dahulu penah ada banyak ditanam di Utara Semenanjung Malaysia serta Sabah dan Sarawak tetapi kini sudah hampir pupus kecuali di Sabah sahaja.
Tanaman pokok kopi tergulung di dalam keluarga Rubiaceae dimana tanaman ini dikatakan mempunyai sebanyak 66 spesies tetapi hanya tiga spesies sahaja yang sesuai ditanam secara komersil. Spesies ini adalah kopi jenis Liberica (Coffea liberica var. liberiansis), Robusta (Coffea robusta) dan Arabica (Coffea arabica). Bagaimanapun hanya dua spesies sahaja yang sesuai ditanam di negara ini iaitu jenis Liberica dan Robusta. Spesies kopi adalah berlainan antara satu dengan yang lain melalui ciri-ciri pertumbuhan pokok, pembentukan daun serta buah dan biji kopi. Pokok Pokok kopi adalah dalam golongan tanaman saka. Tanaman ini boleh hidup sehingga 25 tahun dan membesar sehingga kepada paras ketinggian 6 -15 meter sekiranya tidak dikawal. Sistem Akar Pertumbuhan akar pokok kopi banyak juga ia bergantung kepada keadaan fizikal tanah, keadaan tahap kelembapan serta taburan hujan. Daun Daun kopi biasanya tumbuh secara berpasangan pada batang, dahan serta cabang. Daun-daun kopi Liberica dan Arabica berwarna hijau tua manakala Robusta pula warna hijaunya cerah sedikit.
Bunga Pokok kopi ditanam menggunakan biji benih mula mengeluarkan bunga lebih kurang setahun selepas ditanam di ladang mengikut varieti. Pokok kopi adalah dari jenis yang tidak serasi sesama sendiri. Buah Buah kopi jambu berwarna hijau semasa muda dan bertukar menjadi kuning dan merah apabila masak. Keperluan persekitaran faktor iklim bagi pokok kopi memerlukan taburan hujan antara 2,000 - 3,000mm setahun. Dalam masa yang sama pokok kopi juga memerlukan musim kering untuk pembentukan primordia bunga (janabunga) bagi tujuan pengeluaran hasil yang baik. Robusta dan Liberica tahan kepada suhu yang tinggi di mana suhu optimumnya ialah 18- - 20 Celcius serta kelembapan antara 70% - 90%. Pokok kopi boleh tumbuh dengan baik di kebanyakan jenis tanah. Ini termasuk tanah yang berasal dari lahar, granit, dan batu pasir. Tanah gembur yang mempunyai bahan organik yang tinggi serta mengandungi bahan mineral yang memang mencukupi adalah sangat sesuai. Tanah yang sesuai untuk tanaman kopi ialah Siri Briah, Carey, Cempaka, Jempol, Kaki Bukit, Jawa, Kangkong, Lubuk Kiat, Lundang, Kantan, Rotan, Sabrang, Selangor, Semberin, Tok Yong dan Tualang. Jenis Klon Di antara tiga jenis pokok kopi diatas, jenis Liberica merupakan yang paling banyak ditanam terutama di kawasan Pantai Barat Semenanjung Malaysia. Jenis Robusta banyak terdapat di kawasan di Sabah dan Sarawak. Kopi jenis polihibrid adalah baka kacukan yang boleh mengeluarkan hasil yang lebih tinggi. Kopi jenis Arabica (Coffea arabica var. arabica) merupakan jenis yang banyak ditanam di kawasan sub tropika. Artikel ini di tulis dalam 3 segment iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembacaa anim agro technology kali ini. Wasallam....
MENANAM KOPI... DI NEGARA KITA...
VARIETI KOPI DITANAM... LIBERICA...
ADA DI SABAH... KOPI ROBUSTA JUGA...
MALAYSIA IMPORT...BERJUTA NILAINYA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Villa 10107, A'Formosa Resort Homestay,
Alor Gajah, Melaka,
Malaysia.
(6 Zulhijjah 1441H).

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.