TANAMAN DAPUR KELILING RUMAH merupakan satu aktiviti yang perlu dan sesuai dilakukan setiap keluarga sama ada mereka tinggal dikawasan perumahan dibandar mahu pun di kawasan kampong. Ini kerana terdapat jenis-jenis tanaman herba serta sayuran yang sering diperlukan tetapi tidak banyak kuantiti keperluannya dimana ia sesuai ditanam sendiri dirumah. Antara jenis tanaman yang biasa dan sering digunakan untuk masakan dirumah adalah seperti daun pandan, daun kunyit, daun kari, serai, halia, daun ubi kayu, cekur, cili padi, ulam raja, daun bawang dan beberapa lagi. Ia selari dengan konsep 'Bumi Hijau' dahulu dan kini lebih popular dengan 'Pertanian Bandar' atau pun kebun komuniti. Pada penulis blog bukan sukar untuk menanam tanaman terpilih di rumah dan juga tidak juga mudah untuk menjaganya. Apa yang perlu adalah kawasan sesuai, masa lapang, ada ilmu asas penanaman, bahan rujukkan (buka internet sahaja) dan yang paling utama adalah MINAT dan sokongan ahli kelurga dan rakan serta jiran-jiran. Kajian oleh Jabatan Pertanian melalui Laporan Keberkesanan Program Bumi Hijau kepada Jabatan Perdana Menteri (JPM) pada tahun 2000 (yang mana penulis blog menyediakannya (waktu itu) menyatakan aktiviti ini mampu menjimatkan perbelanjaan setiap isirumah yang terima sebanyak 25 - 36% hasil aktiviti ini atau dinilaikan diantara RM36 - RM48 sebulan. Apa tidaknya setiap keluarga tidak perlu lagi pergi membeli bahan asas untuk masakan keluarga terutama dari jenis sayuran daun, ulam-ulaman dan rempah ratus. Selain daripada hasilnya ditanam sendiri dengan kualiti segar, lazimnya hasil dari keliling rumah juga lebih selamat kerana kurang kesan sisa racun. Cuaca di Malaysia yang mendapat sinaran matahari sepanjang tahun dengan menggunakan media tanaman sesuai ia mampu menghasilkan keperluan dapur yang mencukupi malahan boleh dijual dengan jiran-jiran sebelah yang memerlukannya jika sesuai. Artikel petang Khamis ini saya menulis lagi iaitu dalam blog "Anim Agro Technology" iaitu artikel ke 6,025 mengenai 12 jenis tanaman mudah disekeliling rumah untuk diamalkan semua semuga ianya memberi menafaat kepada semua pembaca.
(9) HALIA (Ginger)
Tanaman Halia (Zingiber officinale) kini merupakan sejenis tanaman umbisi yang sesuai ditanam secara komersil di dalam keun, ditanam cara fertigasi dalam polibeg atau pun ditanam didalam pasu besar disekeliling rumah. Halia merupakan umbisi yang dekat dikalangan masyarakat Malaysia terutama dikaitkan dengan kemampuannya membuang angin. Ada yang masukkan keratan halia di dalam sup dan ada yang letak dalam teh (menjadi kegemaran penulis blog) dan ada makan macam halia setelah diproses menjadi halwa dan serbuk. Cara untuk menanam halia dengan memilih halia yang sudah bertunas supaya lagi cepat ia membesar. Tanamkan halia itu di dalam pasu dan pastikan ia diletak pada kawasan yang separuh teduh. Elakkan dari terkena cahaya matahari secara terus bagi mengelakan kerosakkan. Tanaman halia tua selalunya akan mengambil masa agak lama lama sikit sebelum boleh dituai selama lebih dari 12 bulan tetapi halia muda boleh dituai dalam masa 6 - 8 bulan sahaja. Bagaimana pun ramai beritahu dimana hasilnya juga sangat mengguntungkan sebab kuantitinya banyak.
10) KUNYIT (Tumeric)
Kunyit (Cucuma domestica) merupakan satu jenis tumbuhan yang dikategorikan sebagai jenis herba berkhasiat daripada keluarga Zingiberaceae. Tumbuhan ini dari segi sejarah dipercayai telah lama di tanam di negara India sejak zaman silam lagi dengan nama kunyit ini wujud dalam bahasa sanskrit. Mungkin ada kalangan masyarakat kita yang telah menanam kunyit sendiri dekat rumah sama ada dalam pasu atau dalam tanah. Apa pun memang masakan yang enak selalunya akan menggunakan kunyit segar atau pun kunyit hidup. Masakkan Rendang dan Pindang pula akan menggunakan daun kunyit yang berikan aroma khusus menambahkan selara. Bila masak ayam goreng kunyit letak kunyit hidup yang dikisar pun lagi terangkat rasanya. Menanam kunyit ini jangan kata kudah kerana ada caranya tersendiri yang berbeza sedikit dari cara-cara yang kita selalu tengok. Caranya dengan mengambil lebihan kunyit yang belum dipotong dan balutkan dalam kertas surat khabar yang lembap. Kemudian selepas 2-3 minggu baru tunasnya akan keluar dan masa tu boleh tanam dalam pasu berisi tanah. Pastika selalu dijaga denga menyiram air (jangan berlebihan) dan tuai apabila cukup umurnya. Daun kunyit boleh dipetik mengikut keperluan.
11) POKOK LIMAU PURUT
Limau Purut (Citrus hystrix) merupakan sejenis tanaman daru kumpulan limau (Citrus) tetapi ia juga dikategorikan sebagai tanaman Herba. Limau purut juga dikenali dengan beberapa nama lain diseluruh dunia seperti Keiffer lime atau Kafir lime dalam bahasa Inggeris. Kegunaan utama limau purut ialah daunnya yang sering digunakan dalam masakan. Daun limau purut menjadi kemestian dalam masakan seperti Asam Pedas, Masak Asam dan beberapa hidangan lain seperti Rendang dan sebagainya. Walau bagaimanapun, buahnya dengan kulit yang berkedut, tebal dan isinya yang tidak berapa berair juga turut digunakan. Penulis pun sentiasa menanam pokok limau purut dalam pasu disekeliling rumah untuk kegunaan sendiri. Oleh itu ia agak berbeza daripada limau jenis lain yang tersohor kerana keenakan buahnya. Nama spesies limau purut ialah hystrix yang bermaksud landak dalam bahasa greek kerana pokoknya yang berduri. Keunikan aroma minyak pati yang disuling daripada daun limau purut adalah disebabkan oleh sebatian yang dikenal pasti sebagai Sitronelal. Kandungan sebatian ini di dalam minyak pati daun limau purut adalah lebih kurang 80%. Sebatian lain yang terdapat dalam minyak pati daun limau purut ialah sitronelol (10%), Nero-I dan Limonena. Komposisi minyak pati daripada kulit buah limau purut pula terdiri daripada Limonena dan B-pinena. Gunakan benih dari tut dan ditanam didalam pasu berisi media tanah campuran atau cocopeat diletak dibawah sinaran matahari.
(12) CEKUR
Cekur (Kaempferia gigantica) atau dalam bahasa saya (Jawa) dikampong sebagai 'Kencur' memang merupakan sejenis herba yang tidak berbatang dan sesuai ditanam didalam pasu dikeliling rumah. Memang berbeza diantara Cekur dengan Cekur manis (Sauropus androgynus) yang mana keduanya adalah jenis sayur dan ulaman. Penulis blog banyak menulis artikel mengenai cekur dan cekur manis. Cekur mempunyai tunas pucuk yang tumbuh daripada batang rizomnya yang mana rizom berada dalam tanah dan hanya daunnya berwarna hijau berada diatas tanah. Bergantung kepada penjagaan dan kesuburan biasanya setiap rumpun mempunyai diantara 3 - 8 helai daun yang tebal dan lebar yang berbentuk bujur telur. Menanam cekur dengan menggunakan rizom segar yang dimasaukkan kedalam tanah didalam pasu atau pilibeg yang mengandungi tanah atau medium cocopeat. Pastikan selalu dibasahkan dengan menyiram tetapi jangan berlebihan. Dalam masa 2 bulan sahaja rizom ditanam didalam pasu yang media cocopeat atau tanah campuran sudah cukup besar. Baja jenis organik yang diberikan memberikan tahap kesuburan terbaik kepada tanaman cekur. Pokok yang cukup tua sering mengeluarkan bunga berwarna putih yang mekar dalam masa singkat sahaja. Cekur amat enak dimasak pecel sama ada pecel ikan pari, pecel ikan keli, pecel ayam bakar atau pecel terung. Makanan ini memang enak dimakan dengan nasi putih waktu tengahari. Artikel ini mempunyai 3 segmen iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3 untuk dibaca bersama. Semuga artikel ini memberi info berguna kapada pembaca anim agro technology kali ini. Wasallam!..
TANAM POKOK... DI RUMAH SAHAJA...
PILIH YANG SESUAI... BOLEH DIGUNA...
POKOK DISIRAM... SENTIASA DIJAGA...
HASIL SEGAR... SELAMAT DIMAKAN JUA..
By,
M Anem,
Senior Agronommist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(15 Muharram 1442H).

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.