Support My Blog

Tuesday, September 22, 2020

MENYEDIAKAN BENIH NILAM

TANAMAN NILAM (Pogostemon cablin Benth) merupakan sejenis tanaman herba yang mampu menghasilkan minyak pati (extract oil). Salah satu usaha didalam penanaman herba terpilih seperti nilam ini adalah penyediaan benih nilam yang dapat ditanam mengiku jadual penanaman. Benih yang hendak disediakan ini mestilah mempunyai jumlah yang cukup, saiz seragam, berkualiti dan bebas daripada adanya sebarang penyakit. Pengalaman penulis blog semasa ada membuat tinjauan tanaman nilam di Ladang Herba Nasuha di Pagoh, Muar dahulu mendapati tanaman ini perlukan bekalan benih yang banyak jika hendak ditanam mengikut kuantiti. Tanaman nilam umumnya dibiakan melalui keratan batang dimana keratan ini kemudian akan dimasukkan dalam polibeg sehingga sesuai untuk dipindahkan. Apa pun isu yang sering dihadapi adalah bagaimana caranya hendak menyediakan benih sendiri  kuantiti yang mencukupi dimana ia disebabkan selalunya jumlah benih yang dihasilkan adalah adak terbatas semantara ia juga sering diserang penyakit. Proses pembiakan atau aktiviti untuk memperbanyakkan benih nilam secara in-vitro diharapkan dapat menghasilkan benih yang banyak, seragam dan bebas penyakit. Teknik Pembiakan secara in-vitro boleh dilakukan melalui dua cara iaitu Teknik Organogenesis dan Teknik Embriogenesis. Teknik Organogenesis adalah suatu proses membentuk dan menumbuhkan tunas dari jaringan meristem (Pardal 2002), sedangkan embriogenesis adalah proses pembentukan embrio tanpa melalui fusion gamet akan tetapi berkembang dari sel somatik (Srilestari 2005). Dalam penyelidikan yang dilakukan dimana proses kultur tisu melalui teknik organogenesis langsung atau tanpa melalui calus sehingga kemungkinan tidak terjadi mutasi. Keuntungan kaedah pembiakan secara kultur tisu (TC) melalui organogenesis langsung adalah dengan beberapa faedah atau pun kebaikan. Antara faedah dimana waktu perbiakan akan lebih cepat, jumlah benih yang dihasilkan tidak terbatas bilangan dimmana jumlah eksplan yang digunakan bersaiz kecil (tunas terminal aksilar);. Benih dihasilkan adalah bebas dari serangga dan penyakit serta hanya memerlukan lokasi yang kecil sahaja. Lazimnya ia menghasilkan benih dimana mempunyai ciri genotype sama dengan induknya (George dan Sherington 1984). Perbanyakan benih nilam dengan secara in-vitro memerlukan bahan tanaman dan media yang sesuai. Artikell subuh ini saya menulis dalm blog "Anim Agro Technology" mengenai hasil satu kejian yang dijalankan secara invitro atau kaedah ultur Tisu bagi benih nilam bagi dijadikan bahan rujukkan anda semua. 

Air kelapa merupakan endosperm atau sejenis minuman atau makanan cair yang mengandungi sumber tenaga selain mengandungi beberapa unsur zat pengatur pertumbuhan (growth regulator). Air kelapa yang baik untuk digunakan dimakmal sebagai media kultur tissu adalah air kelapa muda yang isi dagingnya masih berwarna putih, belum keras tetapi masih dapat diambil dengan sudu. Air kelapa merupakan air yang ada bahan hormon semulajadi dari kumpulan Auksin dan Cytokinin. Dalam teknik pembiakan kultur tisu, lazimnya komponen auksin berperanan dalam proses pembentukan Callus serta mempercepatkan proses penghasilan cytokinin, membentuk klorofil dalam kalus (callus). Ia juga akan membantu proses morfogenesis kalus, membentuk akar kemudian membantu dalam proses embriogenesis. Cytokinin berperanan dalam membantu dalam pembelahan sel, proliferasi meristem hujung, membantu proses pembentukan akar dimana ia juga akan membantu dalam proses pembentukan klorofil pada kalus (Anonim 2010). Kepekatan air kelapa pada kadar iaitu 5 -10% yang dicampur dengan media asas seperti sukrosa dapat membantu proses percambahan embrio tanaman Arachnis labrosa. Penggunaan media yang mengandung air kelapa jika dikombinasikan dengan BA dan NAA sesuai dilakukan dalam ujikaji kultur tisu bagi menentukan kadar (dos) air kelapa yang tepat untuk perbanyakan benih nilam secara in vitro. Di Malaysia terdapat banyak makmal kultur tisu yang sedia membantu pengeluaran benih nilam secara komersil. 

Hasil kajian mendapati dimana media MS yang ditambah air kelapa 10% didalam menghasilkan tunas tumbuh 100% dengabn keputusan mampu untuk jumlah tunas terbanyak (3 unit), saiz tunas tertinggi (sehingga 1,61 cm) dan jumlah daun terbanyak (9 -10 helai daun). Dilaporkn dimana jika lebih tinggi peratus tunas hidup, jumlah tunas, tinggi tunas dan jumah daun disebabkan oleh ppengaruh bahan Aauksin dan Cytokinin dalam air kelapa. Auksin yang berperanan memicu pembentukan kalus, menghambat kerja sitokinin, membentuk klorofil dalam kalus, serta iamembantu dalam proses morfogenesis kalus. Selain itu ia membantu dalam proses pembentukan akar dan proses embriogenesis. Cytokinin pula mampu memacu pembelahan sel dan proliferasi meristem pda bahagian hujung, menghambat pembentukan akar dan memacu pembentukan klorofil pada kalus. Hasil penyelidikan ini adalah selaras dengan menentukan beih nilam yan diperlukan untuk penanaman. Dilaporkan bahawa kombinasi rawatan bahan sukrose dan air kelapa 5%, 10% dan 15% meningkatkan daya pertumbuhaan embrio. Sebagai kesimpuln pula penggunaan media MS ditambah air kelapa 10% pada perbanyakan nilam secara in vitro menghasilkan peratus tunas hidup putara 100%. Teknik pengeluaran anakbenih nilam secara komersil sesuai menggunakan benih hasil kultur Tisu untuk penanaman komersil. 

Penyediaan benih nilam walau pun selalunya menggunakan kaedah keratan batang akan tetapi terkini kaedah kultur tisu amat digalakkan. Bagi kawasan seluas 3 hektar biasanya sebanyak 40,000 anakbenih nilam diperlukan dengan saiz ukuran benihnya sekitar 15 - 20 cm sesuai dipindahkan kekebun. Bagaimana pun penyediaan tanah perlu disiapkan dahulu dengan membajak, memasang sistem pengairan dan memberikan baja asas terutama baja organik. Bagi sesetengah petani mereka akan menyembur racun pracambah dahulu beberapa minggu sebelum menanam nilam. Rumpai aka bersaing dengan pokok nilam dan menjejaskan pertumbuhannya. Penulis blog pernah membuat tinjauan di satu lokasi dimana akibat suhu tinggi dan kekurangan air maka tanaman jilam terus mengecil kerana kekurangan air dan selepas beberapa minggu sahaka ;ebih 80% pokok mati dan merugikan. Kemudian petani tersebut menuai selepas 4 bulan menanam dan telah kehilangan sebanyak 90% penghasilan yang dianggarkan sebanyak 75 metrik tan akan tetapi cuma mendapat sekitar 7 metrik tan sahaja. Pengusaha ini kerugian sebanyak RM25,400 kerana hasil yang rendah selain daripada kualitinya juga mendapat harga pasaran yang rendah kerana kualiti yang kurang bermutu. Menurut beliau penggunaan benih dari keratan dan kemarau menyebabkan kerugian hasil penanaman nilam kali ini. Beliau akan menukar benih kultur tisu pada musim penanaman seterusnya. Ini kerana benih keratan yang digunakan amat mudah kena serangan penyakit dan berisiko. Antara masaalah yang dihadapi adalah serangan Layu Bakteria disebabkan oleh patogrn dikenali dengan nama Ralstonia solanacerum yang memang semulajadi ada didalam tanah. Kini beliau akan menanam dengan membuat jaduall aru penanaman nilam. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!..
MENANAM NILAM... CARI BENIHNYA...
BENIH KERATAN... TINGGI RIRIKONYA...
BENIH KUTUR TISU... GUNA AIR KELAPA...
LEBIH SELAMAT... PENGHASILAN ADA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Mlaysia.
(12 Syawal 1441H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...