TERNAKAN UDANG LOBSTER AIR TAWAR (Cherax quadricarinatus) merupakan satu bidangusaha yang baru dan sudah mula popular di negara kita Malaysia. Ramai yang sebelum ini tidak kenal akan haiwan ini akan tertanya apakan dia Lobster Air Tawar. Sebenarnya Lobster Air Tawar atau dikenali sebagai LAT adalah haiwan jenis Omnivore yang berasal dari Australia dan Papua New Guinea dan dikenali sebagai Redclaw atau Crayfish. Pada awalnya udang ini dibawa masuk ke Malaysia sebagai ternakan hiasan dan pada tahun 2013 telah ia kemudian telah pun dikomersialkan sebagai ternakan bagi tujuan makanan yang lazat dan mendapat permintaan baik. Daripada ujirasa dilaporkan ia hampir sama debgan dengan citarasa jenis lobster laut dan dikatakan rendah kolestrol. Kini terdapat usahawan yang telah menternak secara komersil lobster ini dengan menggunakan pelbagai teknik. Di Malaysia kini LAT semakin popular dan ramai telah mula ternak Lobster Air Tawar di rumah samada secara komersial dan juga kecil-kecilan di rumah untuk dijadikan makanan, jualan anak benih untuk dibeli oleh penternak lain dan juga sebagai ternakan hiasan. Kajian menunjukkan dimana harga pasaran Lobster Air Tawar Matang pada tahun 2020 adalah bergantung kepada gred. Bagi udang yang berukuran 4″ - 5″ dijual runcit dengan harga sekitar RM 75.00 sekilogram, bagi ukuran 5″ - 6″ pula berharga RM 90.00 sekilogram dan bagi udang bersaiz 6″- 7″ pula adalah setinggi RM 120.00 sekilogram. Hanya mereka yang 'berduit' dan suka makan udang lobster dimana akan membelinya. Bagaimana pun dari tinjauan penulis blog mendapati anak benih LAT dibeli mengikut saiz iaitu anak benih berukuran 1″ berharga RM 1.00 seekor, bagi ukuran 2″ berharga RM 3.00 seekor dan paling besat berukuran 3″ berharga RM 5.00 seekor. Artikel malam Isnin ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis lagi mengenai usaha penternakan Udang Lobster Air Tawar yang semakin menarik minat ramai untuk dijadikan bahan rujukkan anda semua.
Mereka yang ingin berkecimpong dalam usaha penternakan LAT ini sebaiknya mempunyai ilmu pengetahuan asas dan lanjutan melalui kursus atau lawatan ke kolam komersil sedia ada. Terdapat perbezaan diantara LAT Jantan dengan LAT Betina dimana cara mengenali boleh dilihat dari ciri khusus. Biasanya LAT jantan mempunyai garisan jelas berwarna oren kemerahan di bawah sepit dan LAT betina tidak mempunyai garisan tersebut. Cara kedua untuk mendapat kepastian adalah dengan melihat di bahagian bawah LAT dan LAT betina mempunyai 2 bulatan kiri dan kanan pada kaki ketiga dari belakang. LAT jantan pulak tidak memiliki bulatan tersebut. Dalam pada itu memang penting diketahui bagaimana cara pembiakan LAT. Ini kerana lazimnya LAT membiak dengan cara bertelur. LAT betina akan mula bertelur apabila ianya mencapai saiz 4” dan keatas dimana ada juga yang mula bertelur ketika bersaiz 2.5”-3”. LAT Saiz 4” biasanya boleh menghasilkan telur antara 80-300 biji telur dan jumlah ini adalah bergantung kepada saiz LAT, tahap kesuburan, kualiti air dan kandungan protein dalam makanan LAT. Masa yg diperlukan untuk pengeraman telur adalah 40-45 hari. Apa yang menarik adalah makanan untuk menternak LAT, Kini sudah dipastikan dimana jenis makanan yang sering digunakanterdiri daripada Pellet, Kacang Hijau dan Ubi Kentang. Sebagai makanan tambahan boleh diberikan daripada tumbuhan akuatik seperti jenis Hydrillia, Azola, Keladi Bunting dan Kiambang. Jenis makanan lain untuk udang ini walau pun ia tidak digalakkan kerana boleh menyebabkan air cepat kotor termasuk Nasi, Telur Rebus, Isi Ayam, Isi Ikan, Usus Ayam dan juga Sisa Makanan.
Sebaiknya kaedah penternakan udang lobster ini dipilih sama ada didalam kolam simen, kolam kanvas atau pun jenis tangki fiber. Kualiti air bagi setiap kolam ternakan mesti mempunyai sumber air tersendiri sama ada dari sungai dan bekalan air bawah tanah (lokasi inni mendapat air bersih dari gunung). Air dari sumber sebegini kaya dengan kandungan mineral yang diperlukan untuk udang lobster ini. Sebarang sumber air perlu dikumpulkan dalam satu tempat dan diheningkan (dibiarkan) sekurang-kurangnya sehari semalam pad lokasi lain. Ini bertujuan memendapkan bahan-bahan terlarut dalam air seperti kelodak atau lumpur. Kandungan klorin dalam air (Jika ada) juga harus dirawat atau dihapuskan terlebih dahulu dengan anti-klorin. Suhu air yang sesuai ialah antara 25 - 29 darjah Celsius dengan pH air sesuai 7- 9 dan pastikan dimana air sentiasa jernih. Perlu juga diberikan garam air atau ia bergantung pada kandungan air pada bekas yang diguna. Oksigen yang terlarut dalam air sangat penting dimana ia boleh di pam dengan saiz yang sesuai untuk memastikan air sentiasa mengalir dan menghasilkan buih oksigen dan p ini perlu beroperasi 24 jam (Ladang ini tidak memasang pam ketika tinjauan dibuat). Keperluan alat khas untuk udang lobster ini menjadikannya sebagai tempat persembunyiannya. Ia amat penting semasa hari siang dan bersalin kulit. Gunakan hidupan atas air seperti keladi bunting atau kangkung serta menggunakan batang paip PVC atau jenis kayu yang sesuai dengan saiz lobster. Ia penting untuk proses bersalin kulit dan pembesaran udang. Perlu juga tempat persembunyian untuk mengurangkan proses kanabalisme (carnivore atau makan sama sendiri). Jumlah kepadatan populasi sesuatu tempat ternakan perlu dihadkan untuk mengelakkan kanabalisme. Lazimnya induk matang akan melakukan proses penetasan telur anak udang dan pembesaran dalam akuarium terkawal dengan memindahkan induk jantan ke lain tempat dipilih. Tempat penetasan boleh berupa akuarium ukuran 40 cm x 30 cm x 30 cm. Apa pun setelah 8-15 hari maka anak lobster sudah memiliki bentuk yang mirip induknya dan sesuai untuk dipindahkan ke tempat ternakan yang terpisah dari induknya. Sebaiknya benih yang ditebarkan berumur 8-15 hari dengan kepadatan 20-30 ekor/m2 luas kolam. Pemeliharaan pertama telah dilakukan selama 2 bulan. Selanjutnya, pemeliharaan dilakukan selama 4 bulan untuk memperoleh lobster 20-30 gram/ekor. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!...
HARGA MAHAL...SETANDING YANG ASLINYA...
MARI MENTENAK... POTENSI MEMANG ADA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(27 Muharram 1442H).

Tinjauan penulis blog ke Mai Farm di Kalumpang, Selangor membuat dimana udang LAT ini menarik untuk sama-sama dibincangkan (Sila lihat foto disebelah). Tinjauan ini mendapati dimana LAT atau Udang Kara Air Tawar ini memang sesuai diternak secara komersil jika kolam mendapat belakan air bersih tidak tercemar seperti daripada persekitaran gunung berhampiran dan ada kepakaran untuk aktiviti menternaknya. Udang karang jenis ini atau lebih dikenali sebagai 'lobster' ini merupakan hidangan enak tetapi berharga mahal. Di ladang ini harga ladang udang yang bersaiz 5 - 6 inci ialah RM60 - RM 80 sekilogram. Lobster Air Tawar (LAT) ini merupakan jenis Red Claw (bersepit merah) dimana ia juga adalah berasal dari jenis krustasia yang hidup di sungai-sungai kecil di utara Australia. Walaupun saiznya lebih kecil berbanding udang kara laut akan tetapi isinya mendapat permintaan tinggi kerana isinya dilaporkan memang lebih enak. Paling penting didalam penternakan ini adalah untuk mendapatkan baka indunya. Bagi pemilihan induk sebaiknya ia diambil dari induk bersaiz matang untuk ia dijadikan induk dengan sebaiknya berumur 7-10 bulan. Saiz sesuai bagi induk jantan adalah berukuran 4 inci ke atas manakala saiz induk betina pula sekitar 3.5- 4.0 inci keatas. Biiasanya seekor induk betina yang sihat mampu untuk menghasilkan sebanyak 80 - 300 biji telur setiap kali bertelor. Pemberian makanan dilakukan 2 kali sehari iaitu sebanyak 30 % waktu pagi dan 70 % lagi diberikan pada waktu petang. Sebaiknya diberikan pelet makanan dari jenis yang boleh tenggelam dalam air (Kalau untuk ikan dari pelet yang terapung). Makanan tambahan lain adalah seperti jenis kekacang dan sayuran dimana ia juga seeloknya dimasak terlebih dahulu atau ia dikisar halus.
Sebaiknya kaedah penternakan udang lobster ini dipilih sama ada didalam kolam simen, kolam kanvas atau pun jenis tangki fiber. Kualiti air bagi setiap kolam ternakan mesti mempunyai sumber air tersendiri sama ada dari sungai dan bekalan air bawah tanah (lokasi inni mendapat air bersih dari gunung). Air dari sumber sebegini kaya dengan kandungan mineral yang diperlukan untuk udang lobster ini. Sebarang sumber air perlu dikumpulkan dalam satu tempat dan diheningkan (dibiarkan) sekurang-kurangnya sehari semalam pad lokasi lain. Ini bertujuan memendapkan bahan-bahan terlarut dalam air seperti kelodak atau lumpur. Kandungan klorin dalam air (Jika ada) juga harus dirawat atau dihapuskan terlebih dahulu dengan anti-klorin. Suhu air yang sesuai ialah antara 25 - 29 darjah Celsius dengan pH air sesuai 7- 9 dan pastikan dimana air sentiasa jernih. Perlu juga diberikan garam air atau ia bergantung pada kandungan air pada bekas yang diguna. Oksigen yang terlarut dalam air sangat penting dimana ia boleh di pam dengan saiz yang sesuai untuk memastikan air sentiasa mengalir dan menghasilkan buih oksigen dan p ini perlu beroperasi 24 jam (Ladang ini tidak memasang pam ketika tinjauan dibuat). Keperluan alat khas untuk udang lobster ini menjadikannya sebagai tempat persembunyiannya. Ia amat penting semasa hari siang dan bersalin kulit. Gunakan hidupan atas air seperti keladi bunting atau kangkung serta menggunakan batang paip PVC atau jenis kayu yang sesuai dengan saiz lobster. Ia penting untuk proses bersalin kulit dan pembesaran udang. Perlu juga tempat persembunyian untuk mengurangkan proses kanabalisme (carnivore atau makan sama sendiri). Jumlah kepadatan populasi sesuatu tempat ternakan perlu dihadkan untuk mengelakkan kanabalisme. Lazimnya induk matang akan melakukan proses penetasan telur anak udang dan pembesaran dalam akuarium terkawal dengan memindahkan induk jantan ke lain tempat dipilih. Tempat penetasan boleh berupa akuarium ukuran 40 cm x 30 cm x 30 cm. Apa pun setelah 8-15 hari maka anak lobster sudah memiliki bentuk yang mirip induknya dan sesuai untuk dipindahkan ke tempat ternakan yang terpisah dari induknya. Sebaiknya benih yang ditebarkan berumur 8-15 hari dengan kepadatan 20-30 ekor/m2 luas kolam. Pemeliharaan pertama telah dilakukan selama 2 bulan. Selanjutnya, pemeliharaan dilakukan selama 4 bulan untuk memperoleh lobster 20-30 gram/ekor. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!...
UDANG LOBSTER... AIR TAWAR JENISNYA...
SESUAI DITERNAK... USAHAWAN MALAYSIA...HARGA MAHAL...SETANDING YANG ASLINYA...
MARI MENTENAK... POTENSI MEMANG ADA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(27 Muharram 1442H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.