Support My Blog

Monday, September 21, 2020

JAMU - APAKAH DIA?

JAMU (Herba berubat) merupakan satu nama yang sinonim dengan negara Indonesia sejak lama dahulu. Jamu adalah sebutan untuk sejenis ubat tradisional dari Indonesia dimana sekarang ia telah berubah daripada kaedah pembuatan dan penjualan tradisional kearah lebih moden. Jamu dibuat dari bahan-bahan semulajadi seperti sebahagian dari tumbuhan seperti rimpang atau umbisi, akar kayu, daun-daun, kulit batang kayu dan juga daripada buah herba terpilih. Ada juga cara pembuatan jamu yang menggunakan bahan dari tubuh haiwan seperti menggunakan hempedu kambing, hempedu ular atau alat kelamin buaya (tangkur). Lazimnya jamu juga menggunakan kuning telur ayam kampung sebagai bahan penting untuk tambahan campuran pada jamu gendong (Sila lihat foto diatas). Daripada banyak resepi pembuatan jamu memang semua mendakwa dimana jamu biasanya berikan rasa PAHIT (Bitter Taste) sehingga perlu ditambah madu lebah sebagai bahan pemanis agar rasanya lebih dapat diterima oleh peminumnya. Bagaimana pun diatas kreativiti penjual jamu kini telah ada pula jamu yang ditambah dengan perasa anggur terutama mereka berjualan di kompleks belibelah kerana ia mampu hilangkan rasa pahit selain buah anggur juga berfungsi untuk menghangatkan tubuh. Daripada laporan didapati Kabupaten Sukoharjo merupakan lokasi penjualan jamu tradisional yang cukup dikenal di Indonesia yang letaknya dalam Provinsi Jawa Tengah. Ia juga menyediakan penjual jamu tradisional sebagai ikon bandar tersebut sehingga dibina patung Jamu Gendong yang berdiri teguh di Bulakrejo. Biasanya patung Jamu Gendong menjadi kunjungan pelancong sebab patung tersebut juga  menggambarkan seorang petani dan seorang penjual jamu gendong. Artikel malam ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai jamu sebagai salah satu bahan bacaan dan rujukkan anda semua.

Penulis blog yang beberapa kali melawat negara indonesia juga sering melihat penjual jamu gendong ini tetapi tidak pernah sekali pun mencubanya. Ini kerana ada rakan yang tidak pernah mengambil jamu apabia dicuba meminumnya menyebabkan sakit perut mencohor (kepanasan). Bagaimana pun memang sudah menjadi lumrah melihat ada wanita yang berjalan membawa gendongan bahan jamu ini di negara tersebut dan dikalangan masyarak mereka dimana minuman jamu sebagai minuman yang sihat dan minuman menyegarkan. Kini telah ada beberapa kilang jamu diusahakan oleh perusahaan besar seperti jenama Jamu Air Mancur, Nyonya Meneer atau Djamu Djago dimana ia ada dijual di berbagai kedai ubat dalam kemasan sachet atau paket mudah diguna. Jamu moden seperti ini biasanya hanya perlu dibuka dan kemudian ia dilarutkan dalam air panas terlebih dahulu sebelum diminum. Pada masa kini industri jamu berkembang baik dengan produk jamu juga dijual dalam bentuk tablet, kapsul dan kapslet. Daripada beberapa rujukan dinyatakan dimana jamu (herbal medicine) iaitu sebagai salah satu bentuk bahan perubatan tradisional didakwa mempunyai peranan penting dalam dunia perubatan penduduk di negara Indonesia. Dianggarkan sekitar 70-80% populasi di negara Indonesia masih bergantung kepada kaedah perubatan tradisional termasuk penggunaan jamu sebagai kaedah rawatan. Dalam pada itu secara umum jamu dianggap tidak beracun dan tidak menimbulkan kesan sampingan kepada pengguna. Khasiat jamu telah diuji oleh proses jangkamasa lama daripada zaman dahulu dimana dilaporkan memberikan kesan poditif kepada manusia.

Berbalik kepada jenis Jamu Gendong yang dilihat tradisional dan mudah didapati sebenarnya ia merupakan produk homemade (industri asas tani) yang mudah proses membuatnya. Jamu gendong adalah jamu dari beberapa bahan herba asas dimana semasa menjulnya maka penjual memasukan hasil ramuan jamu yang telah dibuat ke dalam botol-botol yang kemudian disusun di dalam bakul. Seterusnya bakul tersebut akan digendong oleh si penjual sehingga disebut namanya menjadi 'jamu gendong'. Jamu ini dijual dengan cara penjual berjalan sekeliling setiap hari dimana pengguna akan meminumnya bertujuan untuk menjaga kesihatan. Pelanggan pun lazimnya mereka yang sudah biasa minum jamu seharian dengan kos yang sangat berpatutan. Salah satu jenis jamu popular dikenali sebagai 'Jamu Beras Kencur' iaitu didakwa mampu menghilangkan rasa sengal atau keletihan pada tubuh dan sebagai minuman tonik atau pun minuman penyegar selepas penat bekerja. Mereka yang sudah biasa minum jamu beras kencur lazimnya mempunyai keegaran dan tidak rasa letih. Didakwa juga jamu beras kencur boleh melegakan batuk dan merupakan minuman yang tepat merawat masaalah batuk. Bahan asas bagi membuat  jamu beras kencur ada pelbagai resepi akan tetapi terdapat dua utama iaitu Beras dan Cekur (kencur). Kepada anda yang hendakkan info kcekur boleh paut dengan tulisan saya sebelum ini (Sila klik disini). Kedua-dua bahan ini merupakan bahan asas membuat jamu dimana biasanya membuat jamu ini mempunyai komposisinya tidak selalu sama di antara penjual jamu. Bahan-bahan lain yang biasa dicampurkan ke dalam racikan jamu beras kencur adalah biji termasuk petai kerawung (kedawung), umbisi halia, biji kapulogo, asam jawa, kayu-kayu herba dan sebagainya. Lazimnya bagi memaniskan jamu akan digunakan gula merah dicampur gula pasir.

Cara membuat jamu beras kencur dengan menggoreng tanpa minyai (sangrai) beras dan kemudian ia perlu ditumbuk halus dan diayak halus. Ramuan bahan lain juga perlu dihancurkan dengan menumbuk sehingga halus menggunakan lesung. Kemudian semua ramuan ini digaulkan rata dan seterusnya perlu dituangkan air mendidih untuk mengambil patinya dan kemudian diperas dengan dibungkus dalam kain kasa dan dipastikan smua patinya dikumpulkan. Kemudian ia perlu dimasukkan kedalam botol-botol khas yang bersih dan sedia untuk digunakan atau jualan. Jenis jamu kedua yang popular dikenalpasti sebagai 'Jamu Pedas' atau dinamakan lokal sebagai 'Jamu Cabe Puyang' yang baik untuk merawat lenguh-lenguh (pegal linu). Jamu ini didakwa paling baik menyembuhkan sakit pinggang dan beberapa lagi. Menurut beberapa laporan jamu jenis ini mampu menghilangkan rasa kebas kaki dan tangan serta mampu menyembuhkan demam panas dan hilangkan rasa panas sejuk pada badan. Ada juga dakwaan dimana kepada ibu mengandung jika mengamalkan jamu jenis ini makan bayi yang akan dilahirkan akan bersih dan bau tidak hamis. Jamu cabe puyang banyak mengandung zat besi dan berkhasiat untuk menambah kandungan darah merah bagi yang kurang darah atau anemia. Jamu Cabe Puyang mudah disediakan iaitu campuran utama Halia dan Cili Padi. Bahan lain yang ditambahkan seperti adas, pulosari, rimpang kunir, biji kedawung, keningar dan asam kawak. Sebagai pemanis selalu menggunakan gula merah yang dicampur gula pasir dan kadang kala mereka juga mencampurkan sedikit garam. Banyak lagi jenia dan jenama jamu dipasaran dimana pengguna boleh memilih jenis jamu yang sesuai dan serasi untuk diminum. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca anim agro technolgy kali ini. Wasallam!!...
NAMA JAMU ... POPULAR DI INDONESIA...
RASANYA PAHIT... DI CAMPUR JUGA GULA...
MENYIHATKAN BADAN... PADA PENGGUNA,..
KALAU BERMINAT... CUBALAH MINUMNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11F, Putrajaya,
Wilayah Persekutuan,
Malaysia.
(4 Ramadan 1441H).
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI...

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...