Support My Blog

Sunday, September 20, 2020

PERLIS DOLOMITE INDUSTRY

PERLIS DOLOMITE INDUSTRY (PDI) merupakan salah satu pengeluar beberapa produk berasaskan batuan dolomite yang terletak di Chuping, Perlis. Penulis blog sempat untuk dapat membuat tinjauan ke lokasi ini di Lot 5202, Felda Rimba Mas, Mukim Titi Tinggi, Padang Besar, Perlis atas jemputan oleh pengeluar bagi melihat bagaimana proses pengeluaran produk Dolomite (pelbagai produk) ini dikeluarkan sehingga sesuai untuk dipasarkan. Daripada brochure yang diberikan kepada penulis blog dapati produk daripada Perlis Dolomite Industries ini adalah sesuai dan bermanafaat untuk kegunaan banyak sektor termasuk sektor pertanian. Dolomite dari kawasan ini dihantar untuk kegunaan Kilang Kaca (gelas), Kilang Besi), Kilang Baja dan sebagainya. Dijelaskan bahawa DOLOMITE adalah sebatian daripada batu sedimen yang mengandungi mineral berfaedah. Kandungan tertinggi adalah Kalsium (Ca) dan Magnesium (Mg) dalam bentuk Okside (O2) dan Karbonat (CO3). Dilapangan dimana kompaun ini dapat menyediakan mineral tambahan kepada tanah untuk proses pertumbuhan pokok dengan lebih baik kerana bahan didalamnya dan kemampuannya untuk meneutralkan tanah yang berasid. Terdapat banyak sebab tanah berasid yang mana antaranya adalah disebabkan oleh penggunaan baja kimia yang berlebihan dimana dalam keadaan tanam masam maka nutrien tidak dapat diambil oleh akar pokok. Adalah penting untuk pembaca mengetahui akan sifat-sifat dolomite ini kerana asasnya adalah mineral dolomite yang menjadi batuan kristal didalam sistem 'trigonal-rombohedral' yang berwarna keputihan, coklat, kelabu atau ada seakan merah muda. Produk serbuk Dolomite PDI ini daripada risalah diberikan sesuai digunakan untuk Tanaman, Ternakan dan ternakair. Kesemuanya adalah untuk memperbaiki tanah (soil enhancement) dimana produk ini meningkatkan lagi hasil aktiviti pertanian yang dijalankan. Artikel malam ini dari Tingkat 9, Hotel Amerin, Skudai, Johor Bahru, Johor, saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai produk Dolomite PDI yang dihasilkan dari kilang ini untuk bahan rujukkan pembaca semua.

Dalam penjelasan diberikan dari risalah jelas dinyatakan ianya adalah bagi kegunaan untuk tanaman. Produk Dolomite PDI ini mengandungi unsur yang menggemburkan serta mampu untuk membaiki pengudaraan dalam tanah dan membaikpulih struktur tanah. Kesannya akan membolehkan akar cepat berkembang dalam tanah yang subur untuk menyerap nutrisi. Bahan dolomite ini juga mampu untuk menstabil dan mampu meningkatkan pH tanah (keasidan tanah) serta dapat membantu dalam proses Fotosintesis dimana kesannya ia akan menghijaukan daun. Dolomite mengandungi bahan mineral semulajadi dimana ia adalah tidak merbahaya kepada semua jenis kehidupan, ternakan dan juga tanaman. Dalam jangkamasa singkat ianya akan membantu dan membolehkan cacing dan bakteria baik (good pathogen) untuk berkembang biak. Kesan penggunaan dolomite didakwa mampu untuk mencegah pertumbuhan semua jenis kulat (fungi) dan lumut (moss) dipermukaan tanah dan dipokok. Ia juga didakwa memang mampu untuk mencegah anai-anai, penyakit akar putih, cacing nematod, bakteria dan patogen yang hendak menyerang tanaman. Memang dolomite ini dilaporkan amat berkesan (effective) dalam membaikpulih tanah jerlus, tanah tepu dan juga pada tanah gambut. Aplikasi penggunaan dolomite dengan kadar 1-3 metrik tan sehektar dilaporkan sesuai mengikut jenis tanaman dan kesesuaiannya. Kilang PDI ini menghasilkan sebuk dolomite paling halus dengan piawaian sehalus 100 mesh yang menggunakan teknik Nanoteknologi. Mesin pemprosesan yang moden ini mampu menghasilkan dolomite berkualiti.

Dolomite juga amat berguna didalam aktiviti pertanian termasik bidang PENTERNAKAN dan TERNAKAIR (Akuakultur). Ternakan Lembu, Kambing, Ayam,  Itek dan Ruminan lain juga penggunaannya telah dilaporkan amat berkesan. Produk Dolomite PDI ini diberikan sedikit didalam makanan atau pun minuman ternakan sebagai sumber tambahan Kalsium yang diperlukan untuk pertumbuhan tulang dan seterusnya tumbesaran haiwan ternakan yang kemudian diambil susu atau dagingnya. Dolomite jug dilaporkan mampu meningkatkan sistem untuk metabolisma, meneuteralkan asid jahat dan ia didakwa mampu untuk mencegah penyakit dalam perut termasuk cacing. Dolomite PDI yang ditabur didalam kandang atau reban adalah sangat efektif dalam mengawal kehadiran bakteria, lalat dan abau busuk dari kandang. Penggunaan Dolomite PDI didalam kolam ikan atau kepada ternakan air akan membersihkan kolam, membunuh patogen serta nematod didasar kolam. Ia juga akan mengelakan penyakit jangkitan kulat seperti 'white spot ikan' atau pada udang. Dolomite akan meneuteralkan bahan Sulfide, Arsenik dan Amonia dalam tanah. Ini akan menjadikan kolam atau anak sungai akan menjadi jernih air sehibgga akan kelihatan dasar kolam. Dolomite ini mampu untuk menembuskan iaitu cahaya matahari sehingga kedasar kolam ikan atau kolam udang yang jernih dimana ini membolehkan hidupan plankton mendapatkannya untuk berkembangbiak sebagai sumber makanan ternakan ikan dan udang. Penggunaan dolomite untuk menjernihkan air menjadikan ia bahan selamat untuk semua hidupan.

Lazimnya dolomite adalah jenis kristal jenis karbonat berganda dengan susunan struktur Kalsium dan Mangnesium yang berselang seli. Terdapat juga sejumlah kecil zat Besi (Fe) dalam struktur bahan asal dimana ini akan memberikan kristal berwarna kuning sampai coklat.  Bahan Manganese (Mn) yang ada di dalam struktur juga sampai sekitar 3% MnO. Kandungan Mn ini jika jumlahnya tinggi menyebabkan warna pink kemerahan pada batuan kristal. Disebabkan oleh bahan dolomite ini boleh  juga dengan air yang sedikit asidik maka ia adalah penting sebagai Akuifer dan bertindakbalas terhadap pembentukan medan Karst. Akuifer adalah lapisan bawah tanah yang mengandung air dan dapat mengalirkan air. Melalui akuifer inilah air tanah dapat diambil. Penelitian aliran air di akuifer dan karakterisasi akuifer disebut sebagai Hiderologi yang ada dalam berbagai kedalaman. Karst adalah sebuah bentuk permukaan bumi yang pada umumnya adalah mempunyai ciri terdapat keadaan depresi tertutup (closed depression), saliran permukaan dan gua. Daerah ini dibentuk terutama oleh pelarutan oleh perbatuan. Produk Dolomite dari Perlis Dolomite Industry (PDI) mempunyai kandungan tinggi mineral seperti dianalisa piawaian dimakmal yang sesuai untuk digunakan ramau usahawantani di Malaysia. Untuk pertanyaan lanjut mengenai produk ini boleh layari lamanweb  www.perlisdolomite.com. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!....


DOLOMITE PDI... PRODUK TEMPATAN...
KUALITI BAIK... DIGUNA ADA JAMINAN...
AMAT BERKESAN... HARGA BERPATUTAN..
MAMBACA ARTIKEL... DAPAT FAHAMKAN...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 922, Amerin Hotel,
Skudai, Johor Bahru,
Johor, Malaysia.
(1 Safar 1422H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...