Support My Blog

Showing posts with label TANAMAN MUDAH KELILING RUMAH. Show all posts
Showing posts with label TANAMAN MUDAH KELILING RUMAH. Show all posts

Sunday, September 6, 2020

TANAMAN MUDAH KELILING RUMAH (Part 3)

TANAMAN DAPUR KELILING RUMAH merupakan satu aktiviti yang perlu dan sesuai dilakukan setiap keluarga sama ada mereka tinggal dikawasan perumahan dibandar mahu pun di kawasan kampong. Ini kerana terdapat jenis-jenis tanaman herba serta sayuran yang sering diperlukan tetapi tidak banyak kuantiti keperluannya dimana ia sesuai ditanam sendiri dirumah. Antara jenis tanaman yang biasa dan sering digunakan untuk masakan dirumah adalah seperti daun pandan, daun kunyit, daun kari, serai, halia, daun ubi kayu, cekur, cili padi, ulam raja, daun bawang dan beberapa lagi. Ia selari dengan konsep 'Bumi Hijau' dahulu dan kini lebih popular dengan 'Pertanian Bandar' atau pun kebun komuniti. Pada penulis blog bukan sukar untuk menanam tanaman terpilih di rumah dan juga tidak juga mudah untuk menjaganya. Apa yang perlu adalah kawasan sesuai, masa lapang, ada ilmu asas penanaman, bahan rujukkan (buka internet sahaja) dan yang paling utama adalah MINAT dan sokongan ahli kelurga dan rakan serta jiran-jiran. Kajian oleh Jabatan Pertanian melalui Laporan Keberkesanan Program Bumi Hijau kepada Jabatan Perdana Menteri (JPM) pada tahun 2000 (yang mana penulis blog menyediakannya (waktu itu)  menyatakan aktiviti ini mampu menjimatkan perbelanjaan setiap isirumah yang terima sebanyak 25 - 36% hasil aktiviti ini atau dinilaikan diantara RM36 - RM48 sebulan. Apa tidaknya setiap keluarga tidak perlu lagi pergi membeli bahan asas untuk masakan keluarga terutama dari jenis sayuran daun, ulam-ulaman dan rempah ratus. Selain daripada hasilnya ditanam sendiri dengan kualiti segar, lazimnya hasil dari keliling rumah juga lebih selamat kerana kurang kesan sisa racun. Cuaca di Malaysia yang mendapat sinaran matahari sepanjang tahun dengan menggunakan media tanaman sesuai ia mampu menghasilkan keperluan dapur yang mencukupi malahan boleh dijual dengan jiran-jiran sebelah yang memerlukannya jika sesuai. Artikel petang Khamis ini saya menulis lagi iaitu dalam blog "Anim Agro Technology" iaitu artikel ke 6,025 mengenai 12 jenis tanaman mudah disekeliling rumah untuk diamalkan semua semuga ianya memberi menafaat kepada semua pembaca.
 
(9) HALIA (Ginger)

Tanaman Halia (Zingiber officinale) kini merupakan sejenis tanaman umbisi yang sesuai ditanam secara komersil di dalam keun, ditanam cara fertigasi dalam polibeg atau pun ditanam didalam pasu besar disekeliling rumah. Halia merupakan umbisi yang dekat dikalangan masyarakat Malaysia terutama dikaitkan dengan kemampuannya membuang angin. Ada yang masukkan keratan halia di dalam sup dan ada yang letak dalam teh (menjadi kegemaran penulis blog) dan ada makan macam halia setelah diproses menjadi halwa dan serbuk. Cara untuk menanam halia dengan memilih halia yang sudah bertunas supaya lagi cepat ia membesar. Tanamkan halia itu di dalam pasu dan pastikan ia diletak pada kawasan yang separuh teduh. Elakkan dari terkena cahaya matahari secara terus bagi mengelakan kerosakkan. Tanaman halia tua selalunya akan mengambil masa agak lama lama sikit sebelum boleh dituai selama lebih dari 12 bulan tetapi halia muda boleh dituai dalam masa 6 - 8 bulan sahaja. Bagaimana pun ramai beritahu dimana hasilnya juga sangat mengguntungkan sebab kuantitinya banyak.
 
10) 
KUNYIT (Tumeric)
Kunyit (Cucuma domestica) merupakan satu jenis tumbuhan yang dikategorikan sebagai jenis herba berkhasiat daripada keluarga Zingiberaceae. Tumbuhan ini dari segi sejarah dipercayai telah lama di tanam di negara India sejak zaman silam lagi dengan nama kunyit ini wujud dalam bahasa sanskrit. Mungkin ada kalangan masyarakat kita yang telah menanam kunyit sendiri dekat rumah sama ada dalam pasu atau dalam tanah. Apa pun memang masakan yang enak selalunya akan menggunakan kunyit segar atau pun kunyit hidup. Masakkan Rendang dan Pindang pula akan menggunakan daun kunyit yang berikan aroma khusus menambahkan selara. Bila masak ayam goreng kunyit letak kunyit hidup yang dikisar pun lagi terangkat rasanya. Menanam kunyit ini jangan kata kudah kerana ada caranya tersendiri yang berbeza sedikit dari cara-cara yang kita selalu tengok. Caranya dengan mengambil lebihan kunyit yang belum dipotong dan balutkan dalam kertas surat khabar yang lembap. Kemudian selepas 2-3 minggu baru tunasnya akan keluar dan masa tu boleh tanam dalam pasu berisi tanah. Pastika selalu dijaga denga menyiram air (jangan berlebihan) dan tuai apabila cukup umurnya. Daun kunyit boleh dipetik mengikut keperluan.


11) POKOK LIMAU PURUT 

Limau Purut (Citrus hystrix) merupakan sejenis tanaman daru kumpulan limau (Citrus) tetapi ia juga dikategorikan sebagai tanaman Herba. Limau purut juga dikenali dengan beberapa nama lain diseluruh dunia seperti Keiffer lime atau Kafir lime dalam bahasa Inggeris. Kegunaan utama limau purut ialah daunnya yang sering digunakan dalam masakan. Daun limau purut menjadi kemestian dalam masakan seperti Asam Pedas, Masak Asam dan beberapa hidangan lain seperti Rendang dan sebagainya. Walau bagaimanapun, buahnya dengan kulit yang berkedut, tebal dan isinya yang tidak berapa berair juga turut digunakan. Penulis pun sentiasa menanam pokok limau purut dalam pasu disekeliling rumah untuk kegunaan sendiri. Oleh itu ia agak berbeza daripada limau jenis lain yang tersohor kerana keenakan buahnya. Nama spesies limau purut ialah hystrix yang bermaksud landak dalam bahasa greek kerana pokoknya yang berduri. Keunikan aroma minyak pati yang disuling daripada daun limau purut adalah disebabkan oleh sebatian yang dikenal pasti sebagai Sitronelal. Kandungan sebatian ini di dalam minyak pati daun limau purut adalah lebih kurang 80%. Sebatian lain yang terdapat dalam minyak pati daun limau purut ialah sitronelol (10%), Nero-I dan Limonena. Komposisi minyak pati daripada kulit buah limau purut pula terdiri daripada Limonena dan B-pinena. Gunakan benih dari tut dan ditanam didalam pasu berisi media tanah campuran atau cocopeat diletak dibawah sinaran matahari. 


(12) CEKUR 

Cekur (Kaempferia gigantica) atau dalam bahasa saya (Jawa) dikampong sebagai 'Kencur' memang merupakan sejenis herba yang tidak berbatang dan sesuai ditanam didalam pasu dikeliling rumah. Memang berbeza diantara Cekur dengan Cekur manis (Sauropus androgynus) yang mana keduanya adalah jenis sayur dan ulaman. Penulis blog banyak menulis artikel mengenai cekur dan cekur manis. Cekur mempunyai tunas pucuk yang tumbuh daripada batang rizomnya yang mana rizom berada dalam tanah dan hanya daunnya berwarna hijau berada diatas tanah. Bergantung kepada penjagaan dan kesuburan biasanya setiap rumpun mempunyai diantara 3 - 8 helai daun yang tebal dan lebar yang berbentuk bujur telur. Menanam cekur dengan menggunakan rizom segar yang dimasaukkan kedalam tanah didalam pasu atau pilibeg yang mengandungi tanah atau medium cocopeat. Pastikan selalu dibasahkan dengan menyiram tetapi jangan berlebihan. Dalam masa 2 bulan sahaja rizom ditanam didalam pasu yang media cocopeat atau tanah campuran sudah cukup besar. Baja jenis organik yang diberikan memberikan tahap kesuburan terbaik kepada tanaman cekur. Pokok yang cukup tua sering mengeluarkan bunga berwarna putih yang mekar dalam masa singkat sahaja. Cekur amat enak dimasak pecel sama ada pecel ikan pari, pecel ikan keli, pecel ayam bakar atau pecel terung. Makanan ini memang enak dimakan dengan nasi putih waktu tengahari. Artikel ini mempunyai 3 segmen iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3 untuk dibaca bersama. Semuga artikel ini memberi info berguna kapada pembaca anim agro technology kali ini. Wasallam!..
TANAM POKOK... DI RUMAH SAHAJA...
PILIH YANG SESUAI... BOLEH DIGUNA...
POKOK DISIRAM... SENTIASA DIJAGA...
HASIL SEGAR... SELAMAT DIMAKAN JUA..

By,
M Anem,
Senior Agronommist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(15 Muharram 1442H).

Thursday, September 3, 2020

TANAMAN MUDAH KELILING RUMAH (Part 2)

TANAMAN DAPUR KELILING RUMAH merupakan satu aktiviti yang perlu dan sesuai dilakukan setiap keluarga sama ada mereka tinggal dikawasan perumahan dibandar mahu pun di kawasan kampong. Ini kerana terdapat jenis-jenis tanaman herba yang sering diperlukan tetapi tidak banyak kuantitinya dan sesuai ditanam sendiri dirumah. Antara jenis yang biasa dan sering digunakan untuk masakan dirumah adalah seperti daun pandan, daun kunyit, daun kari, serai, halia, daun ubi kayu, cekur, cili padi, ulam raja, daun bawang dan beberapa lagi. Ia selari dengan konsep 'Bumi Hijau' dahulu dan kini lebih popular dengan 'Pertanian Bandar' atau pun kebun komuniti. Pada penulis blog bukan sukar untuk menanam tanaman terpilih di rumah dan juga tidak juga mudah untuk menjaganya. Apa yang perlu adalah kawasan sesuai, masa lapang, ada ilmu asas penanaman, bahan rujukkan (buka internet sahaja) dan yang paling utama adalah MINAT dan sokongan ahli kelurga dan rakan serta jiran-jiran. Kajian oleh Jabatan Pertanian melalui Laporan Keberkesanan Program Bumi Hijau kepada Jabatan Perdana Menteri (JPM) pada tahun 2000 (yang mana penulis blog menyediakannya waktu itu)  menyatakan aktiviti ini mampu menjimatkan perbelanjaan setiap isirumah yang terlina sebanyak 25 - 36% hasil aktiviti ini atau dinilaikan diantara RM36 - RM48 sebulan. Apa tidaknya setiap keluarga tidak perlu lagi membeli bahan asas untuk masakan keluarga terutama dari jenis sayuran daun, ulam-ulaman dan rempah ratus. Selain daripada ianya ditanam sendiri dengan kualiti segar, lazimnya hasil dari keliling rumah juga lebih selamat kerana kurang kesan sisa racun. Cuaca di Malaysia yang mendapat sinaran matahari sepanjang tahun dengan anda menggunakan media tanaman sesuai mampu menghasilkan keperluan dapur yang mencukupi malahan boleh dijual dengan jiran-jiran sebelah yang memerlukannya. Artikel petang Khamis ini saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology" iaitu artikel ke 6,025 mengenai 12 jenis tanaman mudah disekeliling rumah untuk diamalkan semua semuga ianya memberi menafaat kepada semua pembaca.


(5) DAUN BAWANG
Daun bawang (Allium cepa) ini memang dikira pelengkap selera banyak makanan dimana keperluannya adalah penting. Jenis makanan perlu ditabur dengan daun bawang terutama kalau makan sup, mihun goreng, mi goreng, nasi goreng dan sebagainya. Biasanya kalau hendak membeli daun bawang ini memeng tidak boleh nak beli sikit-sikit dan kalau lama disimpan didalam peti ais akan rosak dan busuk dimana akhirnya ia sudah jadi lembik dan tak sedap dah makan. Kalau dibayangkan dimana setiap kali hendak masak dan dapat potong yang daun bawang segar dari pokok sendiri memang seronok. Menanam daun bawang pun mudah sahaja dan memerlukan kawasan kecil. Menanamnya mudah dengan memotong dulu bahagian atas bawang merah itu sedikit untuk cepatkan percambahan dan tanamkan bahagian akarnya di dalam pasu yang bertanah. Pastikan agar disiram sekali sehari dan pokok mendapat cahaya matari. Dalam masa 3 minggu sahaja maka ia akan mula membesar dan mengeluarkan daun.  Cara terbaru yang mana biasanya menggunakan papan telur untuk tumbuhkan daun bawang. Caranya dengan membasahkan papan telur dan letak tanah sedikit pada setiap ruangan dan letakkan bawang merah yang dah dipotong bahagian atasnya. Kemudian bawang tersebut akan membesar dan tinggi daunnya dan bolehlah memotong daun bawang yang nak digunakan.


(6) DAUN SADERI 
Daun Saderi (Apium graviolens) merupakan sejenis sayuran jenis berdaun dari keluarga Umbelliferae yang ditanam di Malaysia dan selalu digunakan dalam masakan yang mana ia terdapat diseluroh dunia. Keperluan daun ini seakan menjadi Wajib dan memang kena ada bila masak sup. Kalau tiada daun ini maka memang boleh tidak enak sup tersebut. Ada juga yang suka ratah daun (makan mentah) daun saderi ini kerana didakwarasanya sangat rangup dan menyegarkan. Biasanya untuk menanam daun saderi di perlukan lebihan bahagian akar sayur saderi itu sendiri. Caranya dengan mengambil dalam 3 inci bahagian akar saderi dan ia di cucukkan dengan batang lidi dari bahagian luar supaya akar tak mencecah bawah bekas dan rendamkan di dalam bekas berisi air. Kemudian diletakkan bekas pada tempat yang kena cahaya matahari. Bila dilihat daun saderi dah mula bercambah maka boleh alihkan ke pasu berisi tanah dan siram dua kali sehari. Sila pastikan tanah sentiasa lembap untuk daun saderi tumbuh dengan segar.  


(7) DAUN PUDINA (Mint)
Daun Pudina (Mentha pipenta) merupakan satu lagi jenis tumbuhan kategori herba dari keluarga Lamiaceae yag sangat sinonim dengan kegunaannya sebagai penyedap makanan atau pun sebagai ulam. Tanaman ini merupakan sejenis tumbuhan herba yang banyak ditanam secara kecil-kecilan di kawasan kebun komersil dan juga disekeliling rumah. Kegunaan daun pudina ini berkait apabila ternampak gambar daun pudina akan terus terbayang air sejuk-sejuk lepas diletak lemon dan daun pudina. memang sungguh enak kalau dapat minum masa musim panas dimana ia selain ia diguna untuk diletak dalam air selalunya daun pudina ini memang banyak digunakan dalam masakan Arab atau India. Menanam daun pudina sendiri dirumah juga mudah dilakukan dengan membeli daun pudina segar dan kemudian keratan batangnya dibuang daundibahagian bawahnya. Batang keratan ini seterusnya di susuk terus didalam pasu yang berisi tanah campuran atau medium cocopeat atau polimer kristal dan selalu disiram sehingga tumbuh akar dan daunnya. Apabila sudah berdaun banyak maka bolehlah ia dipetik terus dan digunakan.

 
(8) DAUN KETUMBAR

Daun Ketumbar (Coriandrum sativum) merupakan sejenis tanaman dari keluarga Apiaceae yang dikategorikan sebagai tanaman rempahratus atau herbs. Tanaman ini dipercayai berasal dari kawasan Eropah Selatan, Benua Afrika Utara dan Kawasan Asia Barat. Rakyat Malaysia ada menggunakan ketumbar dalam bentuk biji ketumbar dan juga daun ketumbar dalam makanan mereka. Saya rasa ketumbar mesti ada setiap masa dalam simpanan di dapur kerana khasiatnya dan memberikan rasa makanan yang sangat lazat. Memang ada sesetengah orang memang sangat gemar dengan daun ketumbar tetapi ada juga yang tidak suka dengan baunya. Daun ketumbar ini penting dalam masakan India dan Timur Tengah dimana hampir semua menu utama mereka akan menggunakan bahan ini sama ada ia dijadikan sebagai perisa masakan ataupun sebagai hiasan. Memang sangat berbaloi untuk jadikan tanaman daun ketumbar dalam rumah sebabnya caranya tersangat mudah. Caranya dengan mendapatkan daun yang ada akar dalam 2-3 inci dan rendam dalam bekas berisi air. Bila sudah nampak besar lagi beberapa inci maka masukkan ke dalam pasu yang berisi tanah campuran. Timbuskan bahagian akar didalam tanah dan bahagian batang itu dan dipastikan tidak masuk dalam tanah jadi pokoknya boleh tumbuh dengan elok. Tuaian mengikut keperluan masakan. 
Artikel ini mempunyai 3 segmen iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3 untuk dibaca bersama. Semuga artikel ini memberi info berguna kapada pembaca anim agro technology kali ini. Wasallam!..
TANAM POKOK... DI RUMAH SAHAJA...
PILIH YANG SESUAI... BOLEH DIGUNA...
POKOK DISIRAM... SENTIASA DIJAGA...
HASIL SEGAR... SELAMAT DIMAKAN JUA..

By,
M Anem,
Senior Agronommist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(15 Muharram 1442H).

TANAMAN MUDAH KELILING RUMAH (Part 1)

TANAMAN DAPUR KELILING RUMAH merupakan satu aktiviti yang perlu dan sesuai dilakukan setiap keluarga sama ada mereka tinggal dikawasan perumahan dibandar mahu pun di kawasan kampong. Ini kerana terdapat jenis-jenis tanaman herba yang sering diperlukan tetapi tidak banyak kuantitinya dan sesuai ditanam sendiri dirumah. Antara jenis yang biasa dan sering digunakan untuk masakan dirumah adalah seperti daun pandan, daun kunyit, daun kari, serai, halia, daun ubi kayu, cekur, cili padi, ulam raja, daun bawang dan beberapa lagi. Ia selari dengan konsep 'Bumi Hijau' dahulu dan kini lebih popular dengan 'Pertanian Bandar' atau pun kebun komuniti. Pada penulis blog bukan sukar untuk menanam tanaman terpilih di rumah dan juga tidak juga mudah untuk menjaganya. Apa yang perlu adalah kawasan sesuai, masa lapang, ada ilmu asas penanaman, bahan rujukkan (buka internet sahaja) dan yang paling utama adalah MINAT dan sokongan ahli kelurga dan rakan serta jiran-jiran. Kajian oleh Jabatan Pertanian melalui Laporan Keberkesanan Program Bumi Hijau kepada Jabatan Perdana Menteri (JPM) pada tahun 2000 (yang mana penulis blog menyediakannya waktu itu)  menyatakan aktiviti ini mampu menjimatkan perbelanjaan setiap isirumah yang terlina sebanyak 25 - 36% hasil aktiviti ini atau dinilaikan diantara RM36 - RM48 sebulan. Apa tidaknya setiap keluarga tidak perlu lagi membeli bahan asas untuk masakan keluarga terutama dari jenis sayuran daun, ulam-ulaman dan rempah ratus. Selain daripada ianya ditanam sendiri dengan kualiti segar, lazimnya hasil dari keliling rumah juga lebih selamat kerana kurang kesan sisa racun. Cuaca di Malaysia yang mendapat sinaran matahari sepanjang tahun dengan anda menggunakan media tanaman sesuai mampu menghasilkan keperluan dapur yang mencukupi malahan boleh dijual dengan jiran-jiran sebelah yang memerlukannya. Artikel petang Khamis ini saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology" iaitu artikel ke 6,024 mengenai 12 tanaman mudah disekeliling rumah untuk diamalkan semua semuga ianya memberi menafaat kepada semua pembaca.

Tanaman keliling rumah ini perlu dipilih atau disesuaikan dengan kehendak kita sendiri. Kalau mereka yang suka masak pedas Ala Negeri Sembilan tentunya perlu menanam Cili Padi (Capsicum frustecens) dimana ia boleh ditanam dikawasan lapang dengan menggunakan siatem fertigasi atau cara konvensional. Tetapi bagi mereka yang lebih advance lagi mungkin boleh menanam jenis cili lain seperti cili besar (Sweet Cili) yang memerlukan teknologi yang khusus (Sila lihat foto disebelah). Paling mudah dan mesti ada dikawasan rumah adalah pokok pandan, pokok serai, cekur dan juga pokok daun kari. Tanaman ini penulis blog semenjak lebih 40 tahun dahulu memang sentiasa ada menanamnya dalam pasu dan juga diatas tanah. Bila-bila masa sahaja petik daun kari untuk masak kari, daun pandan untuk menyapu minyak membuat roti jala atau bahan wajib didalam memasak nasi lemak. Keperluan batang serai memang boleh dikatakan banyak digunakan dalam masakan dan memang mudah mengambilnya sendiri dikeliling rumah sahaja. Banyak persoalan apakah jenis tanaman yang agak sesuai ditanam dikawasan rumah. Tanaman seperti ini jika dijaga baik boleh menceriakan ruang dan kawasan rumah serta ia juga boleh menjadi sangat berguna untuk tujuan menyegarkan udara, memasak, dan sebagai hiasan. 

(1) PANDAN
Pandan (Pandanus amaryllilfolius) adalah tumbuhan jenis monokot yang mempunyai daunnya tebal, sedikit lebar, panjang meruncing dan tajam dibahagian hujung. Ia mudah ditanam dalam pasu atau atas taah yang subur dan lembap. Daunnya tumbuh dari bahagian perdu rumpun dan menegak keatas. Apabila daun tua ianya akan kering. Warna daun adalah hijau tua di pangkal dan hijau muda di bahagian hujung. Akar Pandan ada dua jenis iaitu akar serabut dalam tanah dan juga akar udara (aerial roots). Batang terbentuk daripada bekas node daun yangtelah tua dimana pada satu peringkat apabila pokok telah tua akan mati jika tidak diuruskan dengan baik sebab ajar serabut tidak mendapat bekalan air dan nutrien dari tanag kerana akar udara tidak berfungsi baik. Siram anak pokok apabila perlu terutama dimasa cuaca kering dan pokok dalam pasu. Cabut dan buang rumpai yang tumbuh keliling pokok. Tabur baja NPK (21:21:21) sebanyak 5 gm/pokok bagi tanaman dalam pasu dan sebanyak 10 gm/pokok bagi tanaman dikebun atau diatas tanah di sekitar rumah. Sebaiknya berikan baja organik dengan kadar 100 g sepokok setiap 3-4 bulan.

(2) DAUN KARI
Pokok daun kari (Murraya koenigii) adalah sejenis tumbuhan jenis renek yang diambil daunnya untuk djadikan bahan masakan terutamanya masak kari. Tumbuhan tropika dari keluarga Rutaceae ini dipercayai natif di India dan Sri Lanka tetapi ia juga sesuai untuk tumbuh di negara kita Malaysia sebagai tanaman keliling rumah yang sangat penting. Pokok Kari adalah jenis tumbuhan renek yang tumbuh menegak dengan beberapa cabang dan boleh mencecah ketinggian sehingga 4 - 6 meter. Bagaimana pun ketinggian ini dapat dikawal dengan menanamnya dalam pasu yang mudah kita petik dan dijadikan macam tanaman 'bonsai'. Batangnya berkayu dengan ukurlilit batang mampu membesar sehingga 40 cm dan mempunyai kulit berwarna coklat kehijauan bergantung kepada kedudukan batang atau cabang. Daun pokok kari berada dalam tangkai daun dengan bentuk daun dikenali sebagai 'pinnate' dan susuna bertentangan pada tangkai. Warna daun adalah hijau dan agak berkilat. Kajian dan pemerhatian yang saya buat mendapati bilangan laidaun setiap tangkai adalah sekitar 11 - 21 helai daun. Benih boleh diambil dar pokok induk yang banyak anaknya.


(3) SERAI
Serai (Cymbopogon spp) merupakan sejenis tanaman renek (herbs) dari keluarga Poaceae iaitu sama dengan keluarga jenis tumbuhan rumput. Serai dipercayai mempunyai sebanyak 37 jenis tetapi di Malaysia terdapat 2 jenis serai yang dikomerssilkan dan banyak ditanam iaitu Cymbopogon citratus dan juga Cymbopogon flexus. Tanam 2-3 batang benih dalam lubang penanaman dengan jarak 0.6-1.0 meter antara baris dan 0.3-1.0 meter antara dalam barisan atau didalam pasu yang mengandungi media tanah campuran atau cocopeat. Benih ditanam dengan bahagian batang diatas tanah dan 10-15 cm dalam tanah. Pembajaan pada peringkat awal gunakan Baja NPK 15:15:15 pada kadar 400 kg/ hektar yang ditabur diantara baris dengan 3 kali tabur berperingkat2. Kali pertama tabur 100 kg/ ha selepas 1 bulan penaman kemudian sebanyak 150 kg/hektar pada bulan ketiga dan 100 kg/ hektar pada bulan ke lima. Serai juga boleh di buat ratun dimana pembajaan dibuat 3 kali iaitu sebanyak 100 kg/ha selepas menuai, bulan pertama ratoon (150 kg/ha) dan bulan ketiga ratun sebanyak 150 kg/ha. Sentiasa pastikan dituai dan di pasukan semula apabila cukup saiz dan umurnya. 

(4) CILI PADI
Cili Padi (Capsicum frustecens) merupakan bahan penting bagi mereka yang gemar makan pedas. Ini kerana cili padi ni memang antara bahan dapur yang selalu kena ada dalam peti ais. Ramai kita kalau makan tidak rasa pedas cili padi dakwa macam hilang nikmat makanan tersebut. Sebaiknya kalau berminat dengan cili padi cuba tanam sendiri dekat rumah. Kalau hendak makan pun senang dimana ia dapat petik yang masih segar lagi. Caranya menanam juga mudah saja dengan hanya perlu potong cili padi dan ambil bijinya untuk disemai. Sediakan pasu berisi tanah dan masukkan biji cili tadi dan siram dua kali sehari. Kalau anda nak guna benih cili yang jual di kedai tu pun boleh juga. Bila sudah nampak anak pokok cili dah mula bercambah maka ia boleh alihkan ke pasu yang lebih besar sehingga berbuah. Pastikan selalu dibaja dan beri air secukupnya dan elakkan daripada cili padi diserang perosak dan penyakit. Massalah utama adalah serangan TMV (virus) atau selalu disebut penyakit kerinting daun cilli. Ia perlu dikawal dan dielakkan setiap masa. Artikel ini mempunyai 3 segmen iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3 untuk dibaca bersama. Semuga artikel ini memberi info berguna kapada pembaca anim agro technology kali ini. Wasallam!..
TANAM POKOK... DI RUMAH SAHAJA...
PILIH YANG SESUAI... BOLEH DIGUNA...
POKOK DISIRAM... SENTIASA DIJAGA...
HASIL SEGAR... SELAMAT DIMAKAN JUA..

By,
M Anem,
Senior Agronommist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(15 Muharram 1442H).

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...