Support My Blog

Showing posts with label TEKNOLOGI TANAMAN KOPI DI MALAYSIA. Show all posts
Showing posts with label TEKNOLOGI TANAMAN KOPI DI MALAYSIA. Show all posts

Friday, September 25, 2020

TEKNOLOGI TANAMAN KOPI DI MALAYSIA (Pt 3)

TANAMAN KOPI (Coffea spp.) di Malaysia masih ini banyak terdapat di Sabah dan beberapa kawasan di Pantai Barat Semenanjung Malaysia khususnya di Negeri Johor. Negeri-negeri lain sudah tidak menanam kopi atau sangat sedikit  termasuk di kawasan Utara Semenanjung dan juga di Pantai Timur. Tanaman Kopi di Malaysia adalaah merupakan salah satu komoditi yang dipilih untuk dimajukan dalam Rancangan Malaysia ke 11 (RMK-11) setelah lebih daripada 15 tahun tiada program khusus untuk pembangunan tanaman kopi. Perkara ini adalah berikutan permintaan terhadap biji kopi mentah untuk diproses amat menggalakkan dimana Malaysia terus mengimport biji kopi mentah sebanyak 115,210 metrik tan pada tahun 2017 yang bernilai  RM1.52 billion. Malaysia mengimport biji kopi mentah daripada Indonesia, Vietnam dan Brazil terutama untuk Kopi Arabica (Coffea arabica) dan Kopi Robusta. Di Malaysia kebanyakan jenis kopi yang ditanam adalah Kopi Liberica (Coffea liberica) dan juga Kopi Robusta (Coffea robusta). Pada tahun 2018 dilaporkan seluas 1,930.1 hektar tanaman kopi diusahakan di Malaysia dengan jumlah keseluruhan pengeluaran hanya sekitar 3,396.2 metrik tan. Keluasan ini menurun berbanding dengan penanaman pada tahun 2017 iaitu seluas 2,588 hektar dengan jumlah pengeluaran sebanyak 8,109 metrik tan kopi (Sumber: Laporan Industri Kopi, Jabatan Pertanian Malaysia 2108). Dalam pada itu hanya dua negeri sahaja di Malaysia yang aktif menanam kopi iaiti di Negeri Sabah (70%) dan bakiny di negeri Johor (20%) sementara negeri-negeri lain hanya sekitar 10% sahaja. Negeri Sabah banyak menanam kopi jenis Robusta dan Liberica serta ada juga sedikit menanam kopi Katimor di Ranau. Kini penanam kopi sudah kurang sedangkan permintaan biji kopi mentah semakin meningkat. Adakah industri penanaman kopi di Malaysia semakin kelam?. Kenapa ramai petani sudah tidak mahu menanam kopi seperti dahulu lagi?. Bagaimana cara untuk menarik minat lebih ramai petani menanam kopi?. Artikel malam ini daripada Villa 1017, A'Formosa Resort Homestay, Alor Gajah, Melaka dalam ''Anim Agro Technology'' saya menulis rencana mengenai industri penanaman kopi untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan.


Pemangkasan tanaman kopi adalah diperlukan bagi membentuk pokok kopi kepada satu bentuk yang bercabang dimana ia boleh menggalakkan pengeluaran hasil yang tinggi. Biasanya pemangkasan pembentukkan pada batang tunggal dilakukan untuk pokok kopi jenis Liberica di mana hanya satu batang utama dibiarkan tumbuh manakala batang atau dahan sekunder akan keluar daripada batang utama ini. Semua sulur air yang keluar daripada batang utama atau batang sekunder akan dibuang. Kaedah pangkasan pengurusan bagi batang berganda biasanya dilakukan bagi kopi jenis Robusta yang luas ditanam di Sabah. Sebanyak 2,3 atau 4 batang utama digalakkan untuk tumbuh dan membesar. Pemangkasan ini juga dibuat seawal di tapak semaian lagi sehingga pokok kopi dibiarkan tumbuh sehingga 20 cm dari paras tanah sebelum dipangkas. Sebanyak 2 - 4 tunas air dibiarkan tumbuh untuk menjadi batang utama. Pemangkasan Batang Berganda di peringkat ladang dimana pokok kopi dipangkas pada ketinggian 180 cm iaitu selepas 4 - 6 bulan pokok kopi tersebut ditanam di ladang. Aktiviti pemangkasan pokok kopi ini mesti sentiasa dijalankan agar pokok kopi akan sentiasa rendah bagi memudahkan kerja amalan agronomi terutama didalam kerja memungut biji kopi yang matang. Belum ada penggunaan jentera memungut atau menuai biji kopi dilaporkan di Malaysia yang telah digunakan oleh petani seperti beberapa estet kopi di Brazil. Kerja pemangkasan ini perlu dijaudalkan dengan musim pembungaan dan penuaian kopi dikebun.


Tanaman Kopi terdedah kepada serangan perosak dan Penyakit. Antara penyakit yang dijumpai seperti Penyakit Karat Daun  (Hemileia vastatrix) dimana cara kawalan menyembur dengan racun kulat seperti triadimefon (0.05 - 0.1%). Cara lain degan memusnahkan semua daun yang berpenyakit.  Kedua adalah Penyakit Hawar Daun Kopi  (Marasmeillus scandens) dikawal dengan memangkas bahagian yang diserang dan musnahkan (Sila lihat foto disebelah). Sembur dengan racun kulat yang mengadungi kuprum. Ketiga adalah Penyakit Cendawan Angin (Oleh patogen Corticum salmonicolor) dikawal dengan pangkas bahagian yang diserang dan musnahkan. Sembur racun atau cat pada bahagian yang baru diserang dengan racun kulat jenis kuprum. Bagi jrnis Penyakit Antraknos Buah  (Collectrichum sp.) kawalan dengan menyembur dengan racun kulat seperti mancozeb atau kuprum oksiklorida. Bagi perosak tanaman kopi terdiri daripada serangga Kumbang Pengorek Buah Kopi (Hypothemes hampel) dikawal denga memungut buah masak dengan segera dan giliran pungutan mesti cepat. Jika serangan teruk, kutip dan musnahkan semua buah kopi yang telah diserang dan yang elok sama ada di atas pokok atau di atas tanah selama 2 - 3 bulan di kawasan yang terlibat. Jika perlu sembur dengan racun serangga chlorpyrifos atau malathion. Serangan oleh perosak Rama-rama Kepak Jernih (Cephanodes hyles) dikawal dengan memungut dan musnahkan ulat yang terdapat pada daun di peringkat awal serangan. Bersihkan ladang dari sampah sarap dan rumput rumpai. Jika perlu sembur dengan racun chlorpyrifos atau malathion. Bagi perosak Kumbang Kaboi  (Apogonia sp.) sebaiknya disembur dengan racun serangga seperti methrin. Bagi Teritip (Lecanium sp.) ia selalu boleh dikawal dengan menyembur white oil atau malathion untuk mengawal semut yang berasingan dengan teritip tadi. Bagi perosak Cacing Nematod (Pratylenchus coffeae)  sebaiknya dikawal dengan racun nematod seperti fenamiphos. Guna pokok penanti dari jenis Coffea robusta yang lebih tahan pada serangga nematod. Haiwan Musang dikawal dengan membersihkan kebun dan kawasan sekeliling kebun. Apa pun biji kopi yang diberakkan oleh musang ini didakwa menjadi biji kopi premium iaitu 'Kopi Luwak' yang sangat popular di Indonesia tetapi tidak dilaksanakan di Malaysia. 


Aktiviti memungut hasil buah kopi  biasanya mengambil masa di antara 8 - 13 bulan bagi jenis Liberica, 7-9 bulan bagi jenis Arabica dan 9 - 10 bulan bagi jenis Robusta dari tarikh mula mengeluarkan bunga hingga buah masak. Kematangan buah kopi jambu adalah berwarna hijau tua semasa di peringkat buah muda. Warna ini bertukar menjadi kuning dan merah apabila cukup masak dan sangat sesuai untuk dipetik. Bagi memastikan mutu biji kopi yang diproses adalah berkualiti tinggi sebaiknya aktiviti pengutipan hasil hendaklah dibuat dengan hanya memetik buah-buah kopi jambu yang berwarna merah dan cukup masak sahaja. Elakkan daripada memetik buah-buah yang masih hijau, separuh kuning atau memungut buahbuah kopi yang berwana hitam. Biji-biji kopi kering digred mengikut kaedah yang dibuat oleh FAMA iaitu Kopi Gred 1 dengan nama FAMA Kopi Beras (FKB 1) dimana biji kopi ini adalah kurang daripada 1% kulit/barang asing, tiada kopi hancur, Tiada biji hitam dengan warna biji kopi biru kekelabuan hijau dan tahap kekeringan biji kopi melebihi 90%. Bagi Kopi Gred 2 iaitu FAMA Kopi Beras (FKB 2) dimana biji kopi ini mempunyai kurang daripada 9% kulit/barang asing,  Selalunya kurang daripada 3% kopi hancur, Kurang daripada 3% biji hitam, warna biji kopi kekuningan emas dengan tahap kekeringan biji kopi melebihi 90%. Bagi jenis Kopi Gred 3 atau FAMA Kopi Beras (FKB 3) cirinya adalah ia kurang daripada 9% kulit/barang asing, Kurang daripada 3% kopi hancur, Kurang daripada 3% biji hitam,  Warna biji kopi kekuningan emas, tahap kekeringan biji kopi melebihi 90%, Bagi Kopi Tiada Gred adala ia termasuk biji kopi yang berlubang dan hancur berdebu.  Artikel ini di tulis dalam 3 segment iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembacaa anim agro technology kali ini. Wasallam....!
MENANAM KOPI... DI NEGARA KITA...
VARIETI KOPI  DITANAM... LIBERICA...
ADA DI SABAH... KOPI ROBUSTA JUGA...
MALAYSIA IMPORT...BERJUTA NILAINYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,

Villa 10107, A'Formosa Resort Homestay,
Alor Gajah, Melaka,
Malaysia.
(6 Zulhijjah 1441H).
Published from:
Pulau Rawa, Mersing, Johor.

Thursday, September 24, 2020

TEKNOLOGI TANAMAN KOPI DI MALAYSIA (Pt 2)

TANAMAN KOPI (Coffea spp.) di Malaysia masih ini banyak terdapat di Sabah dan beberapa kawasan di Pantai Barat Semenanjung Malaysia khususnya di Negeri Johor. Negeri-negeri lain sudah tidak menanam kopi atau sangat sedikit keluasannya termasuk di kawasan Utara Semenanjung dan juga di Pantai Timur. Tanaman Kopi di Malaysia adalah merupakan salah satu komoditi yang dipilih untuk dimajukan dalam Rancangan Malaysia ke 11 (RMK-11) setelah lebih daripada 15 tahun tiada program yang khusus untuk pembangunan tanaman kopi. Perkara ini adalah kerana berikutan permintaan terhadap biji kopi mentah untuk diproses amat menggalakkan dimana Malaysia terus mengimport biji kopi mentah sebanyak 115,210 metrik tan pada tahun 2017 yang bernilai  RM1.52 billion (Sumber: Laporan Tahunan Agromakanan MoA, 2017). Malaysia mengimport biji kopi mentah daripada Indonesia, Vietnam dan Brazil terutama untuk Kopi Arabica (Coffea arabica) dan Kopi Robusta. Di Malaysia kebanyakan jenis kopi yang ditanam adalah Kopi Liberica (Coffea liberica) dan juga Kopi Robusta (Coffea robusta). Pada tahun 2018 dilaporkan seluas 1,930.1 hektar tanaman kopi diusahakan di Malaysia dengan jumlah keseluruhan pengeluaran hanya sekitar 3,396.2 metrik tan. Keluasan ini menurun berbanding dengan penanaman pada tahun 2017 iaitu seluas 2,588 hektar dengan jumlah pengeluaran sebanyak 8,109 metrik tan kopi (Sumber: Laporan Industri Kopi, Jabatan Pertanian Malaysia 2108). Dalam pada itu hanya dua negeri sahaja di Malaysia yang aktif menanam kopi iaiti di Negeri Sabah (70%) dan bakiny di negeri Johor (20%) sementara negeri-negeri lain hanya sekitar 10% sahaja. Negeri Sabah banyak menanam kopi jenis Robusta dan Liberica serta ada juga sedikit menanam kopi Katimor di Ranau. Kini penanam kopi sudah kurang sedangkan permintaan biji kopi mentah semakin meningkat. Adakah industri penanaman kopi di Malaysia semakin kelam?. Kenapa ramai petani sudah tidak mahu menanam kopi seperti dahulu lagi?. Bagaimana cara untuk menarik minat lebih ramai petani menanam kopi?. Artikel malam ini daripada Villa 1017, A'Formosa Resort Homestay, Alor Gajah, Melaka dalam ''Anim Agro Technology'' saya menulis rencana mengenai industri penanaman kopi untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan.

Penanaman kopi bermula dengan kerja penyediaan kawasan. Kawasan kebun yang hendak ditanam dengan tanaman kopi hendaklah dibersihkan. Keperluan pokok pelindung disediakan terutama bagi kopi jenis Robusta atau polihibrid Robusta kerana ia memerlukan pokok naungan dari jenis Gliricidia sp., Leucaniea sp. atau Erythrina sp. boleh ditanam dengan jarak tanaman iaitu 6m x 6m dimana satu pokok naungan bagi setiap empat pokok kopi. Cara penanaman kopi jenis Liberica atau polihibrid boleh dibuat tanpa menggunakan pokok lindungan. Menanam pokok kopi boleh dibuat secara tanaman tunggal atau pun selingan dengan tanaman kelapa yang sedia ada. Bagi jenis Robusta atau polihibrid Robusta disyorkan agar jarak tanaman yang lebih rapat iaitu pada jarak 2.5m x 2.75m dengan kepadatan 1450 pokok sehektar untuk tanaman secara tunggal.  Sistem Tanaman bagi kopi ada beberapa kaedah antarannya petama adalah Sistem Tanaman Tunggal dimana pokok kopi ditanam pada jarak tanaman 3m x 3m segitiga sama dengan kepadatan 1280 pokok sehektar. Kedua pula Sistem Tanaman Selingan dimana pokok kopi ditanam dengan kelapa.  Pokok kopi ditanam pada jarak tanaman 3m x 3m dimana dua barisan kopi ditanam di antara barisan kelapa yang mempunyai jarak 9m x 9m dengan kepadatan 790 pokok sehektar.

Penyediaan Bahan Tanaman atau benih Kopi boleh disediakan dengan Kaedah Menggunakan Biji Benih atau teknik Pembiakan Secara Tampang. Bagi bahan tanaman dari Biji Benih kopi hendaklah dipilih daripada buah kopi yang cukup masak daripada pokok yang mengeluarkan hasil buah kopi yang tinggi. Biji benih mula bercambah 4 - 7 minggu selepas disemai dan lebih kurang 80% percambahan akan diperolehi selepas 8 -10 minggu. Anak benih kopi hendaklah diubah ke ladang selepas 4 - 6 bulan. Teknologi pembiakan Secara Tampang boleh dilakukan dengan dua cara iaitu pembiakan tampang yang biasa digunakan. bagi tujuan ini dua cara tersebut adalah Cara Keratan dan Cara Cantuman. Teknologi Cara Keratan adalah sesuai untuk kopi jenis Robusta tetapi kurang sesuai untuk jenis Liberica. Sementara itu Cara Cantuman Anak Benih kopi yang ditanam dalam polibeg boleh dicantum selepas pokok penanti berumur 6 - 8 bulan (Sila lihat foto sebelah). Kaedah cantuman boleh dibuat dengan menggunakan baka varieti kopi yang mengeluarkan hasil biji kopi yang tinggi dan bermutu. Cantuman pokok kopi dibuat secara cantuman baji menggunakan tunas air daripada pokok baka yang terpilih.

Jadual Pembajaan Tanaman Kopi
Didalam menentukan tanaman kopi dapat hidup subur maka amalan agronomi prlu dilakukan seperti pembajaan, kawalan rumpai, kawalan perosak dan penyakit dan cantasan. Bagi aktiviti pembajaan sama seperti tanaman lain, pokok kopi memerlukan pambajaan yang seimbang dan cukup untuk tumbuh dengan subur dan memberikan hasil tanaman yang maksimum. Pembajaan pokok kopi adalah diperlukan bagi menggantikan nutrien tanah yang hilang melalui proses larut resap, hakisan dan tuaian hasil tanaman. Berikut adalah jadual pembajaan bagi tanaman kopi. bagi tujuan kawalan rumpai sebaiknya bagi jenis Rumpai Daun Lebar ia bersaing dengan dan Rusiga tanaman untuk air, nutrient dan cahaya serta menjadi perumah kepada penyakit dan perosak serangga. Kawalan rumpai dilakukan sebaik sahaja selepas ditanam kawal rumpai secara manual dengan mencabut atau menggunakan cangkul. Bagi kawasan tanaman kopi dewasa racun rumpai seperti glufosinate-ammonium (seperti Basta), Glyphosate (seperti Round-up) dan paraquat dichloride (seperti gramoxone) boleh digunakan di sekeliling pokok, di antara baris bagi pokok muda atau pun dewasa. Artikel ini di tulis dalam 3 segment iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembacaa anim agro technology kali ini. Wasallam....
MENANAM KOPI... DI NEGARA KITA...
VARIETI KOPI  DITANAM... LIBERICA...
ADA DI SABAH... KOPI ROBUSTA JUGA...
MALAYSIA IMPORT...BERJUTA NILAINYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,

Villa 10107, A'Formosa Resort Homestay,
Alor Gajah, Melaka,
Malaysia.
(6 Zulhijjah 1441H).

Wednesday, September 23, 2020

TEKNOLOGI TANAMAN KOPI DI MALAYSIA (Part 1)

TANAMAN KOPI (Coffea spp.) di Malaysia masih ini banyak terdapat di Sabah dan beberapa kawasan di Pantai Barat Semenanjung Malaysia khususnya di Negeri Johor. Negeri-negeri lain sudah tidak menanam kopi atau sangat sedikit  termasuk di kawasan Utara Semenanjung dan juga di Pantai Timur. Tanaman Kopi di Malaysia adalaah merupakan salah satu komoditi yang dipilih untuk dimajukan dalam Rancangan Malaysia ke 11 (RMK-11) setelah lebih daripada 15 tahun tiada program khusus untuk pembangunan tanaman kopi. Perkara ini adalah berikutan permintaan terhadap biji kopi mentah untuk diproses amat menggalakkan dimana Malaysia terus mengimport biji kopi mentah sebanyak 115,210 metrik tan pada tahun 2017 yang bernilai RM1.52 billion. Malaysia mengimport biji kopi mentah daripada Indonesia, Vietnam dan Brazil terutama untuk Kopi Arabica (Coffea arabica) dan Kopi Robusta. Di Malaysia kebanyakan jenis kopi yang ditanam adalah Kopi Liberica (Coffea liberica) dan juga Kopi Robusta (Coffea robusta). Pada tahun 2018 dilaporkan seluas 1,930.1 hektar tanaman kopi diusahakan di Malaysia dengan jumlah keseluruhan pengeluaran hanya sekitar 3,396.2 metrik tan. Keluasan ini menurun berbanding dengan penanaman pada tahun 2017 iaitu seluas 2,588 hektar dengan jumlah pengeluaran sebanyak 8,109 metrik tan kopi (Sumber: Laporan Industri Kopi, Jabatan Pertanian Malaysia 2108). Dalam pada itu hanya dua negeri sahaja di Malaysia yang aktif menanam kopi iaiti di Negeri Sabah (70%) dan bakiny di negeri Johor (20%) sementara negeri-negeri lain hanya sekitar 10% sahaja. Negeri Sabah banyak menanam kopi jenis Robusta dan Liberica serta ada juga sedikit menanam kopi Katimor di Ranau. Kini penanam kopi sudah kurang sedangkan permintaan biji kopi mentah semakin meningkat. Adakah industri penanaman kopi di Malaysia semakin kelam?. Kenapa ramai petani sudah tidak mahu menanam kopi seperti dahulu lagi?. Bagaimana cara untuk menarik minat lebih ramai petani menanam kopi?. Artikel malam ini daripada Villa 1017, A'Formosa Resort Homestay, Alor Gala, Melaka dalam ''Anim Agro Technology'' saya menulis rencana mengenai industri penanaman kopi untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan.


Tanaman kopi merupakan tanaman yang penting di kalangan pekebun kecil. Ianya diusahakan secara tanaman tunggal atau secara selingan di kawasan kelapa yang sedia ada. Tanaman kopi dikatakan berasal dari kawasan Tropika di Benua Afrika. Ianya dibawa ke Semenanjung Malaysia pada tahun 1779 dimana jenis Arabica merupakan jenis yang mula diperkenalkan. Perusahaan kopi tempatan mula berkembang apabila kopi jenis Liberica diperkenalkan oleh Leonard Wray pada tahun 1875. Apabila kedua jenis ini sangat peka terhadap serangan penyakit karat daun (Hemileia vastatrix), kopi jenis Robusta dan jenis Arabica yang didapati tahan terhadap penyakit ini dibawa masuk pada tahun 1900. Pada masa ini kopi jenis Liberica (Coffea liberica Bill ex Hiem) sesuai ditanam di Semenanjung Malaysia. Negeri pengeluar utama jenis kopi ini ialah Johor dan Selangor. Manakala kopi jenis Robusta dahulu penah ada banyak ditanam di Utara Semenanjung Malaysia serta Sabah dan Sarawak tetapi kini sudah hampir pupus kecuali di Sabah sahaja.

Tanaman pokok kopi tergulung di dalam keluarga Rubiaceae dimana tanaman ini dikatakan mempunyai sebanyak 66 spesies tetapi hanya tiga spesies sahaja yang sesuai ditanam secara komersil. Spesies ini adalah kopi jenis Liberica (Coffea liberica var. liberiansis), Robusta (Coffea robusta) dan Arabica (Coffea arabica). Bagaimanapun hanya dua spesies sahaja yang sesuai ditanam di negara ini iaitu jenis Liberica dan Robusta. Spesies kopi adalah berlainan antara satu dengan yang lain melalui ciri-ciri pertumbuhan pokok, pembentukan daun serta buah dan biji kopi. Pokok Pokok kopi adalah dalam golongan tanaman saka. Tanaman ini boleh hidup sehingga 25 tahun dan membesar sehingga kepada paras ketinggian 6 -15 meter sekiranya tidak dikawal. Sistem Akar Pertumbuhan akar pokok kopi banyak juga ia bergantung kepada keadaan fizikal tanah, keadaan tahap kelembapan serta taburan hujan. Daun Daun kopi biasanya tumbuh secara berpasangan pada batang, dahan serta cabang. Daun-daun kopi Liberica dan Arabica berwarna hijau tua manakala Robusta pula warna hijaunya cerah sedikit.

Bunga Pokok kopi ditanam menggunakan biji benih mula mengeluarkan bunga lebih kurang setahun selepas ditanam di ladang mengikut varieti. Pokok kopi adalah dari jenis yang tidak serasi sesama sendiri. Buah Buah kopi jambu berwarna hijau semasa muda dan bertukar menjadi kuning dan merah apabila masak. Keperluan persekitaran faktor iklim bagi pokok kopi memerlukan taburan hujan antara 2,000 - 3,000mm setahun. Dalam masa yang sama pokok kopi juga memerlukan musim kering untuk pembentukan primordia bunga (janabunga) bagi tujuan pengeluaran hasil yang baik. Robusta dan Liberica tahan kepada suhu yang tinggi di mana suhu optimumnya ialah 18- - 20 Celcius serta kelembapan antara 70% - 90%. Pokok kopi boleh tumbuh dengan baik di kebanyakan jenis tanah. Ini termasuk tanah yang berasal dari lahar, granit, dan batu pasir. Tanah gembur yang mempunyai bahan organik yang tinggi serta mengandungi bahan mineral yang memang mencukupi adalah sangat sesuai. Tanah yang sesuai untuk tanaman kopi ialah Siri Briah, Carey, Cempaka, Jempol, Kaki Bukit, Jawa, Kangkong, Lubuk Kiat, Lundang, Kantan, Rotan, Sabrang, Selangor, Semberin, Tok Yong dan Tualang. Jenis Klon Di antara tiga jenis pokok kopi diatas, jenis Liberica merupakan yang paling banyak ditanam terutama di kawasan Pantai Barat Semenanjung Malaysia. Jenis Robusta banyak terdapat di kawasan di Sabah dan Sarawak. Kopi jenis polihibrid adalah baka kacukan yang boleh mengeluarkan hasil yang lebih tinggi. Kopi jenis Arabica (Coffea arabica var. arabica) merupakan jenis yang banyak ditanam di kawasan sub tropika. Artikel ini di tulis dalam 3 segment iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembacaa anim agro technology kali ini. Wasallam....
MENANAM KOPI... DI NEGARA KITA...
VARIETI KOPI  DITANAM... LIBERICA...
ADA DI SABAH... KOPI ROBUSTA JUGA...
MALAYSIA IMPORT...BERJUTA NILAINYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,

Villa 10107, A'Formosa Resort Homestay,
Alor Gajah, Melaka,
Malaysia.
(6 Zulhijjah 1441H).

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...