Support My Blog

Sunday, March 15, 2020

NANAS MD2 KG SG MERAB

NANAS (Ananas comosus) merupakan satu usaha komersil yang di usahakan oleh seorang usahawan di Kg Sungai Merab, Selangor yang memang berhampiran dengan Pusat Pentadbiran Persekutuan Putrajaya. Usahawan Muda tersebut yang mempunyai akaun FB sebagai 'Saudagar Nanas' adalah En Hardy yang mengusahakan penanaman nanas dan juga penjualan nanas MD2 disekitar kampung beliau dan Putrajaya. Penulis blog mengenali beliau sebagai salah seorang tetamu jemputan di dalam Program Wanita Hari Ini di TV3 Sri Pentas semasa program khas bersama warna nanas dan promosi produk berasaskan nanas pada tahun 2018. Pengalaman sebagai pegawai pemasaran nanas MD2 disebuah syarikat terkenal di Serdang beliau kemudian mencari satu kawasan tanah seluas 4.5 ekar untuk ditanam dengan nanas. Kawasan belukar bercerun ini dibersihkan dengan jentera dan dibuat batas tanaman sebelum diluluskan bantuan benih nanas daripada LPNM Selangor dan sebahagian benih dibeli sendiri oleh beliau. Penanaman nanas MD2 diatas tanah mineral memerlukan ilmu mengenai nanas dimana dia hadir dalam kursus asas penanaman nanas yang beliau hadir anjuran LPNM Selangor sebelum memulakan projek tanaman nanas komersil. Negeri Selangor merupakan diantara negeri yang banyak juga menanam nanas terutama dari varieti Nanas Yankee atau nama lainnya sebagai 'Selangor Sweet'. Nanas Yankee ini mengambil masa diantara 18 - 20 bulan untuk ditanam sebelum ia dihormon dan dituai hasilnya. Kawasan utama tanaman nanas Yankee di Selangor seperti di Daerah Banting dan Daerah Kelang. Nanas Yankee mempunyai pasaran yang amat baik di Lembah Kelang dan Selangor walau pun jangkamasa ketahananya adalah agak singkat. Artikel pada malam ini dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai usahawan tanaman nanas MD2 di Sungai Merab untuk dijadikan bacaan dan rujukkan.


Nanas varieti MD2 merupakan sejenis nanas hibrid yang kini menjadi tumpuan ramai pengusaha dan penanam nanas. Nanas ini diberi nama MD2 atau nama sebenarnya sebegai 'Millie Dillard 2' berasal daripada baka hasil kajian di Hawai. Antara ciri-ciri buah nanas MD2 yang di tanam oleh En Hardy ini adalah kemanisannya dan juga aroma serta warnanya. Buah Nenas MD2 merupakan buah yang sangat popular masa kini untuk pasaran domestik dan pasaran segar. Nenas ini lebih popular untuk makan segar. Varieti MD2 yang ditanam di Malaysia adalah baka yang dibiakkan oleh Pineapple Research Institute of Hawai (PRI) sekitar tahun 1980an dimana baka ini terhasil daripada kacukan antara PRI Induk hybrids 58-184 dengan PRI Hybrids 59-433. Hasil buahn MD2 ini bercirikan hybrid nenas 'Smooth Cayene 17', 'Smooth Guatamala 5', Pernambuco 4 dan Queen 1. Daripada rujukkan yang penulis baca, varieti MD2 ini sangat cergas pertumbuhannya sehingga sesuai untuk tanaman padat mencapai 70,000 pokok sehektar (Nenas biasa yang lain hanya sekitar 42,000 - 45,000 pokok sehektar sahaja). Ini bagaimana pun tidak digalakkan dikawasan tanah kebun nenas yang melebihi 25 Celcius kerana akan berlaku masaalah saiz buah menjadi kecil (Taniguchi et. al, 2009). Buah yang bersaiz sederhana in mempunyai bentuk iaitu SELINDER (cylindrical shape) dengan berat sekitar 1.3 - 2.5 kg sebiji. Warna buah yang matang adalah hijau tua dengan terdapat sebanyak 120 - 160 mata (Sila lihat foto disebelah). Buan MD2 mempunyai saiz empulur 1.6 - 2.2 cm dengan kadar kandungan gula 0.3 - 0.5% sahaja. Isinya berwarna kuning keemasan dan mempunyai aroma serta rasa rangup. Warna permukaan atas braktea nenas MD2 adalah hijau dan mata buahnya tidak timbul. Penulis blog telah lama 'familiar' dengan makan buah nenas MD2 dan meminati makan segar berbanding dengan varieti lain masa kini. Buah yang dihasilkan dengan amalan teknologi organik juga kini telah mendapat permintaan tinggi dengan harga baik.



En Hardy memilih nanas MD2 ditanam dikebunnya kerana beliau mendapati nanas ini memang mendapat permintaan baik dikalangan pengguna. Nanas ini ditanam dengan benih sulur yang mana ia diberikan oleh LPNM dan khidmat nasehat juga daripada LPNM. Kini beliau sudah faham apabila melihat kepada ciri marfologi varieti nenas MD2 ini perlukan kemahiran dan juga asas pengalaman dengan pembelajaran. Penulis blog selalu menyatakan dimana kadar pertumbuhan sulur varieti ini adalah separa menegak dengan warna dominan permukaan atasnya adalah hijau (adaxial) dan perlu dijaga baik (Sila lihat foto disebelah). Varieti ini tiada kehadiran anthocyanin pada daunnya. Varieti MD2 ada duri terutama pada bahagian apeks sahaja (Sila lihat foto disebelah). Bagaimana pun sebaran duri pada daun adalah tidak teratur dengan susunan mengikut arah. Arah duri lazimnya adalah mengarah keatas pucuk hujung daun. Warna duri pada daun adalah hijau dengan saiz duri yang kecil sahaja. Bagaimana pun ada beberapa nenas MD2 yang 'mutant' dimana durinya banyak atau tiada duri langsung. Benih nenas MD2 kini terdapat dalam dua punca iaitu daripada pokok induk melalui Sulur Tanah, Sulur Angin dan Jambul (Crown). Beberapa syarikat swasta kini telah menghasilkan dan menjual benih nenas MD2 kepada pekebun kecil kerana agak sukar untuk mendapatkan bekalan benih MD2 dengan kuantiti yang banyak. Oleh itu ramai penanam nenas membeli benih nenas kultur tisu yang mana ia tidak digalakkan. Ini kerana benih kultir tisu nenas akan menyebabkan apa yang didakwa sebagai 'Somaclonal variation' yang membolehkan pokok nenas MD2 tidak sama dengan pencirian pokok nenas MD2 sebenar.

Setelah lebih daripada 14 bulan menanam dan menjaga, kini beberapa plot telah pun mula mengeluarkan hasilnya. Beliau telah mula memetik buah nanas yang matang biasanya sekitar 140 hari selepas pokok dihormon. Beberapa aplikasi pemberian baja khas menjadikan buah nanas beliau manis dan sesuai dimakan segar. Satu biji memberikan purata berat 2 kg sehingga 2,5 kg dengan penjagaan pokok yang baik. Kini beliau menjual sendiri buah nanas MD2 di kampungnya  iaitu Restoren Itik Salai Mashtar Sg Merab. Beliau mempunyai gerai jaualan nanas segar dan jus nanas di pintu masuk restoren ini yang menghidangkan pelbagai menus berasaskan masakan salai seperti itek salai, ikan salai, daging salai dan menu makan tengahari yang lain. Buah nanas MD2 ini dijual dengan harga RM6.00 sekilogram bagi semua gred (Sila lihat foto disebelah). Bagi jualan jua nanas MD2 pula dijual didalam dua saiz iaitu saiz besar berharga RM5.00 secawan dan bagi saiz kecil RM3.00 secawan. Semua jus nanas disediakan adalah daripada buah nanas MD2 yang telah masak ranum. Menurut Hardy lazimnya seminggu beliau mampu menjual sebanyak 1 metrik tan dan meningkat kepada 2 tan seminggu pada hari kelepasan am. Belia juga agen bagi produk karipap nanas yang dibuat di Simpang Rengam, Johor dimana produk ini menjadi kesukaan ramai pelanggan disekitar Putrajaya dan Sepang serta Kuala Lumpur. Penanaman nanas MD2 di Kg Sungai Merab ini juga turut mendapat sokongan padu daripada Ketua Kampung Sg Merab iaitu Th Hj Aris serta Pegawai Daerah Sepang yang beberapa kali melawat kebun ini. Pada masa akan datang HArdy bercadang untuk meambah produk agro pelancungan berasaskan tanaman nana, produk nanas dan makanan salai dikampungnya sebagai satu aktiviti. Semuga beliau terus berja sebagai usahawan nanas di Selangor. Diharap artikel ini memberi info berguna kepada pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!..
MENANAM NANAS... SG MERAB DEKATNYA...
NANAS MD2.. DITANAH MINERAL LOKASINYA...
SUDAH BERBUAH... SUNGGUH MANIS BUAHNYA...
BUAT TINJAUAN... BELIAU CUKUP GEMBIRA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
Wilayah Persekutuan,
Malaysia.
(7 Rejab 1441H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...