Support My Blog

Monday, March 30, 2020

MANGGA SALA - KENALI DIA

MANGGA SALA (Mangifera indica) merupakan slah satu varieti mangga yang semakin popular di Malaysia. Gelaran diberikan kepada mangga sala adalah 'Perlis Sunshine'. Mangga Sala lebih popular dikalangan orang utara terutama di Kedah dan Perlis dimana rekod daripada Jabatan Pertanian Kedah menunjukkan mangga ini agak banyak ditanam di kedua-dua negeri tersebut sebagai pilihan lain kepada mangga premium Harumanis (MA128). Penulis blog ada banyak menulis artikel mengenai mangga sala didalam artikel sebelum ini yang boleh dicapai melalui pautan berikut (Sila klik disini), (Sila klik disini) dan beberapa artikel lagi. Mangga sala ini masih belum didaftarkan lagi dengan Jabatan Pertanian didalam Plant Variety National Listing dan ia dipercayai sejenis mangga daripada negara jiran Thailand. Mangga ini pernah dijadikan sebagai satu pilihan di Kedah dan Perlis sebagai varieti yang digalakkan untuk ditanam bersama-sama dengan mangga harumanis. Ini kerana wamau pun ia ditanam bersama akan tetapi mangga ini mempunyai daya ketahanan yang lebih baik dari segi serangan penyakit dan perosak serta mampu menghasilkan buah dengan kuantiti penghasilan yang lebih banyak. Bagaimana pun diperingkat awal perlaksanaannya dilaporkan ramai petani menolak rancangan tersebut kerana apabila tiba musimnya ia mampu berbuah banyak sehingga harga jualan diperingkat ladang kurang dari RM1.00 sekilogram. Harga murah tersebut menyebabkan petani di utara lebih memilih tanaman mangga harumanis yang mampu mencecah sebingga lebih RM40.00 sekilogram pada musim tertentu. Apa pun penulis blog amat gemar makan buah mangga sala ini kerana dari segi kualiti permakanan ia hampir setanding dengan mangga premium lain kecuali aromanya sahaja yang kurang. Artikel subuh ini sempena duduk rumah akibat arahan Perintah Larangan Keluar Rumah disebebkan oleh Virus Covid19 saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai buah mangga sala sekadar dijadikan bahan bacaan dan rujukkan anda semua. 


Mangga Sala ini atau Perlis Sunshine memang sejenis mangga yang sesuai ditanam di negeri utara Semenanjung Malaysia. Tinjauan penulis blog yang pernah membeli buah mangga sala di Pasat Tani Putrajaya menunjukkan ia dijual dengan harga RM10.00 untuk 4 kilogram dimana kalau dikira hanya RM2.50 sekilogram iaitu jauh lebih murah daripada jualan runcit mangga harummanis yang ada dijual bersebelahan. Kemungkinan kerana isinya yang berwarna putih pucat menyebabkan orang kebanyakan kurang suka dengan mangga sala berbanding dengan mangga lain yang isinya kuning oren. Penanaman mangga ini boleh menggunakan biji buah atau anak benih cantum yang ada dijual di nurseri atau beli sahaja daripada pembekal yang mempunyai skim persijilan SPBT (Skim Pengesahan Bahan Tanaman) daripada Jabatan Pertanian. Benih mangga sala memang murah dan mudah didapati di negeri utara Semananjung Malaysia dengan harga berpatutan. Kerja-kerja penyediaan kawawan dengan membajak dan menyediakan lubang penanaman dengan jarak 6m x 6m. Setiap lubang diberikan baja asas dan baja organik dan sebelum penanaman. Pokok mangga ini dijaga dengan baik seperti aktiviti penyiraman, pembajaan dan kawalan rumpai serta kawalan perosak dan penyakit. Pokok akan berbuah dalam masa 3-5 tahun selepas ditanam bergantung kepada penjagaan tanaman. Buah ini merupakan sejenis pokok buah bermusim yang mana berbuah setahun sekali walau pun ada sesekali ia berbuah diluar musim. Kelebihan mangga sala adalah kadar lekat putik buah yang tinggi menjadikan hasilnya adalah tinggi.


Antara ciri-ciri buah mangga sala adalah dimana ia masak berwarna hijau kulitnya. Buah yang matang lazimnya mempunyai berat sekitar 350 - 450 gram dimana ada juga dilaporkan mencapai sehingga 1 kg beratnya. Isi buah mangga sala berwarna kuning pucat dengan rasa manis dan masam dan penulis blog suka makan buah yang agak masam ini. Kemungkinan rasa masam ini yang menyebabkan ramai pengguna tidak berapa suka. Faktur harga yang murah memnyebabkan ramai pengusaha jeruk mangga akan mengambil mangga sala sebagai salah satu varieti mangga yang sesuai untuk diproses. Syarikat Jeruk Pak Ali diantara syarikat yang sangat popular menghasilkan jeruk buah mangga dimana salah satu daripada jenis mangga yang ada digunakan adalah jenis mangga sala. Mangga sala kurang masaalah penjagaan kerana ia kurang aspek serangan serangga dan penyakit. Selain daripada dimakan segar mangga ini sesuai juga dimakan dengan pulut mangga dengan santan yang sesuai untuk hidangan. Pada penulis blog buah mangga sala yang masih belum matang sesuai juga dipotong-potong dan dimakan dengan kicap atau garam dan enak sekali dimakan dengan serbuk asam boi. Sebuah syarikat di Perlis berjaya membuat MeeGo iaitu sejsni mee kuning yang mencampur mangga sala sebagai ramuannya.


Mangga ini walau pun dijual dengan harga agak rendah akan tetapi ia akan menjadi mahal apabila dijual diluar musim buah mangga. Daripada tinjauan mendapati jika pokok dijaga dengan baik dan mumim mengena hasil setiap pokok yang matang mencecah pulohan malahan ada beratus-ratus biji malahan ada melaporkan pokok dewasa tuaian buah boleh mencecah ribu biji. Buah ini jika dijaga baik kurang serangan ulat pengorek buah tidak sama seperti buah mangga harumanis yang perlu dibalut untuk elakkan serangan lalat buah (Daucus spp). Ini menjadikan kes buah mangga sala yang rosak akibat ada ulat didalam buah adalah rendah. Penuaian buah mangga sala juga mudah dilakukan sebelum ianya dikumpulkan dan dibuat penggredan mengikut saiz dan tahap kematangan (Sila lihat foto disebelah). Buah yang difgredkan ini akan dimasukkan kedalam bakul sebelum dihantar kelokasi pasaran termasuk disekitar Lembah Kelang. Kepada mereka yang berminat untuk menanam mangga sala ini boleh mendapatkan benih daripada surseri bertauliah. Anda juga boleh menanam mangga sala didalam pasu besar yang boleh berbuah dalam masa singkat sahaja. Semuga artikel ini mampu memberi info berguna kepada pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam...!!
MENGENALI MANGGA...VARIETI SALA...
BANYAK DITANAM... DI NEGERI UTARA...
KULIT HIJAU... AMAT MANIS RASANYA...
SUDAH MUSIM... JANGAN LUPA BELINYA..

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
Wilayah Persekutuan,
Malaysia.
(26 Rejab 1441H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...