Support My Blog

Wednesday, March 18, 2020

DOLOMITE, ZEOLITE DAN AZOMITE - APA DIA?

DOLOMITE, ZEOLITE DAN AZOMITE merupakan satu perkataan yang jarang didengar atau ramai mungkin tidak mengetahui akan kegunaannya. Penulis blog bagaimana pun kali pertama mendengar perkataan ini semasa tahun 2 belajar di universiti sekitar 40 tahun dahulu. Bagaimana pun kini memang agak mudah untuk mencari maklumat segala jenis perkataan melalui capaian internet dalam masa yang singkat sahaja. Penulis blog mendapat sebahagian dari info mengenai perkara ini dari internet dalam masa 0.036 saat sahaja mempaparkan sebanyak 1.950 juta pautan dari seluruh dunia. Begitu canggih dunia maklumat masa kini dimana ia akan membantu ramai orang yang ingun  tahu dan mengetahui lebih lanjut mengenai apa dia dolomite, zeolite serta juga azomite ini. Pada hari saya menulis artikel ini sebanyak 22.07 juta pautan atau pageview yang telah dapat membaca tulisan didalam blog anim agroo technology semenjak lebih 10 tahun dahulu. Seramai purata 350,000 - 380,000 membuat pautan kepada blog saya setiap bulan. Apa pun kali ini saya terpanggil untuk menulis mengenai dolomite, zeolite dan juga azomite dalam blog "Anim Agro Technology'' untuk dijadikan bahan rujukan anda semua.


DOLOMITE adalah merujuk kepada batu mineral yang mengandungi unsur bahan Magnesium (MgO) dimana khadirannya adalah melebihi 18%, Apa yang penulis blog hendak kongsi info dimana dolomite juga bahan yang mengandungi bahan Kalsium (Ca). Sebenarnya fungsi dolomite didalam industri adalah banyak termasuk ia digunakan didalam industri pembuatan besi dan gelas sebagai salah satu bahan semasa pembuatannya. Dalam pada semasa pembinaan rumah akan ditabur bahan dolomite beryujuan mengelakan serangan anai-anai (termite). Bagaimana pun anda perlu tahu dimana dolomite paling meluas digunakan didalam sektor pertanian khususnya dalam tenaman untuk menyubirkan tanah.  Ini kerana penggunaan batu kapor semenjak dahulu memang telah digunakan secara meluas untuk menaikan keasidan tanah sebagai perawat tanag atau 'soil confitioner' sejab berpuloh tahun. Kandungan bahan Mg, Ca dan silikon didalamnya akan mempebaiki pH tanah sehingga optimum untuk pertumbuhan tanaman. Didakwa dolomite merupakan bahan terbaik digunakan didalam merawat tanah dengan kos yang ekonomik dan keberkesanan terbaik. 


Baja dolomite ini dilaporkan memberikan daya kesuburan tanaman. Ini disebebkan dimana baja dolomite memang kaya dengan unsur makro nutrien seperti Unsur Magnesium (18-23%) dan juga Unsur Kalsium (30-34%). Para saintis dakwa dimana antara kebaikan Magnesium (MgO) adalah dimana ada keupayaannya untuk Mg ini menarik unsur Nitrogen dan unsur Fosforus (N,P) dalam tanah. Bahan Magnesium mampu untuk menghijaukan daun dengan cara meningkatkan proses membantu fotosintesis sepenuhnya. Dolomite juga menggemburkan tanah, mencegah serangan anai-anai, membaik pulih struktur tanah serta membaiki pengudaraan tanah. Paling hebat dimana rawatan dengan dolomite ini dilaporkan akan menggalakan aktiviti cacing tanah dan juga menggalakan aktiviti bakteria baik dan memudahkan akar pokok menyedut nutrisi dalam tanah. Memang dikatakan dolomite ini akan mmenstabil dan juga akan  menaikkan pH tanah, mampu membunuh bakteria jahat, membaiki tanah jerlus dan akan memulihkan tanah gambut. Peranan lain adalah seperti ia akan menyah zat besi yang merbahaya kepada pokok serta peranannya dalam ia membunuh cacing nematodes (Meloigyne spp). Kehebatan bahan juga didakwa mampu membunuh phatogen yang mana ia adalah punca segala jangkitan kulat, mampu memudahkan akar masuk ke dlm tanah, mencegah akar putih serta merupakan bahan mineral semulajadi. Bahan ini memang didapati tidak bahaya kepada manusia, tanaman dan ternakan.


ZEOLITE adalah merupakan kumpulan galian yang unik dimana ia terhasil daripada proses endapan berjuta-juta tahun dahulu. Ia merupakan batuan yang terhasil dari proses luluhawa dari letupan gunung berapi sejak lama dahulu. Saintis mendapati zeeolite mengandungi bahan nutrien yang tinggi iaitu Kalsium (Ca), Potassium (P), Magnesium (Mg) dengan kadar pertukaran Kation (CEC) adalah sebanyak 126 meq/100 gram. Komposisi kandunagan nutrien didalam clinoptilolite (batu gunung berapi) adalah K(4), Na (12), Mg (18) dan juga  Ca (85). Dalam menngaitan mengenai kesuburan tanag sebenaraya CEC (Cation Exchange Capacity) ini sangat berkait rapat dengan ia penting untuk mengikat dan menarik baja didalam tanah. Ia juga berfungsi untuk mengikat nutrien lebih lama sebelum ia diserap oleh akar tumbuhan. Kegunaan zeolite untuk pertanian khususnya bagii tanaman ada banyak diantaranya seperti ia akan membantu menyerao nutrien dalam tanah dan kemudian ia mengagihkannya kepada seluruh bahagian tumbuhan. Zeolite membantu mencegah kehilangan nutrien dalam tanah dan membantu proses tumbesaran tanaman. Zeolite juga didakwa mampu meningkatkan dayatahan tanaman dari diserang perosak dan penyakit serta meningkatkan kualiti dan jumlah hasil tanaman. Zeolite mampu memulihara dan memulihkan tanah dengan baik sekali. Peranan zeolite didalam menyerap 55% air dan mengedarkannya kepada keseluruhan tumbuhan dengan cekap. Uniknya zeolite didakwa mampu untuk mengurangkan kejadian akar busuk atau akar tumbuhan rosak terutama pada  musim kemarau yang sederhana.


Kehebatan zeolite didakwa mampu untuk mempercepatkan tumbesaran pokok dan seterusnya pokok sihat dimana ini akan menghasilkan hasil meningkat dari segi berat seperti  hasil buah-buahan, sayuran, kelapa sawit, getah dan tanaman makanan lain. Kesan zeolite membolehkan dayatahan kepada serangan oleh penyakit bertambah dan secara tidak langsung ia menyababkan penggunaan baja kimia dikurangkan disambing hasil tanaman lebih baik. Zeolite merupakan bahan yang mesra alam dimana ia juga mampu mengelakkan daripada kerosakkan tanah. Dalam bidang ternakan pula dilaporkan dimana pemberian zeolite mampu kurangkan kematian haiwan ternakan, kurangkan kehadiran lalat dan dan serangga didalam kandang dan juga membantu mencegah penyebaran penyakit. Zeolite akan mengurangkan kenaikan kandungan amonia serta mampu memberikan pulangan baik kepada penternak. Dalam bidang akuakultur pula dilaporkan zeolite selalu mengimbangi pH dalam kolam serta meningkatkan tumbesaran ikan serta hidupan akua yang lain. Zeolite akan menyerap logam berat dalam kolam setersunya mengelak pembentukkan lapisan logam beat dalam air kolam. Ia sering digunakan pada dasar kolam dan mampu kurangkan kandungan amonia didalam kolam. Didalam industri penapisan air serta pembersihan air zeolite digunakan untuk meningkatkan aktiviti biologi dalam kolam, kolam kumbahan dan penguraian sisa. Dalam industri perlombongan pula ia juga digunakan didalam proses pengasingan logam berat dalam industri perlombingan.


AZOMITE pula berbeza dengan zeolite kerana ia mengandungi 70 mineral aktif semulajadi an juga mineral tambahan. Azomite dilapor terjadi daripada letusan gunung berapi dan 100% asli tanpa bahan pengawit atau bahan tambahan. Dilaporkan lebih 60 tahun dahulu bahan ini telah digunakan didalam usaha peningkatan hasil ternakan dan tanaman di Utah, USA dan berkesan. Bagaimana pun penulis blog amat jarang mendengar akan azomite ini digunakan atau dijual di Malaysia berkemungkinan ia agak sukar diperolehi serta mahal atau pun sebab-sebab lain. Bahan ini bagaimana pun memang selalu digunakan diluar negara terutama dinegara maju didakwa memberikan kesan baik kepada tanaman dan ternakan. Memang benar pun kerana bahnan ini adalah bahan mineral yang hanya didapati di Utah, USA sebagai bahan mineral yang kaya dengan unsur mineral yang sesuai untuk pertumbuhan tanaman. Ini kerana ia didakwa mampu meningkatkan dayatahan (immune system) tumbuhan dan ternakan dari serangan penyakit. Hanya negara-negara maju yang mampu membeli bahan ini untuk sektor pertanian mereka dan dilaporkan dijual dengan harga RM8.00/kg atau pun RM140.00 bagi 20 kg (satu kampit) di pasaran. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca anim agro technology yang mencecah 11 tahun dengan seramai 22 juta pautan di Malaysia setakat ini. Wasallam!!...
BAJA KAPOR....DOLOMITE NAMANYA...
ZEOLITE... GUNUNG BERAPI ASALNYA...
PELBAGAI BENTUK... BANYAK GUNA...
MEMBACA ARTIKEL... INFOO DITERIMA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
Wilayah Persekutuan,
Malaysia.
(22 Rejab 1441H).


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...