BUNGA LAVENDER atau LAVANDULA (Lavandula spp) merupakan sejenis tumbuhan yang banyak kegunaannya daripada keluarga Lamiaceae. Tumbuhan lavandula ini dilaporkan mempunyai sebanyak 39 spesis iaitu sejenis tumbuhan berbunga dalam keluarga pudina. Ia adalah sejenis tumbuhan yang dipercayai berasal atau natif dari Cape Verde dan Kepulauan Canary di Eropah sebelum ianya berkembang ke utara dan timur Afrika, Mediterranean, Barat Daya Asia ke Tenggara India. Bagaimana pun dilihat dimana kebanyakan spesis pokok lavender ini diusahakan secara meluas di negara beriklim sederhana sebagai tumbuhan hiasan untuk kegunaan taman dan landskap. Ia juga ditanam bertujuan untuk digunakan sebagai herba masakan dan juga secara komersial untuk pengekstrakan minyak pati. Spesies yang ditanam secara meluas didunia adalah daripada jenis dikenali sebagai Lavandula angustifolia yang mana ia sering disebut sebagai bunga lavender sehinggakan ia diberikan nama khusus sebab warna dinamakan sempena bunga spesis ini. Dari segi botani penulis blog dapati tumbuhan ini adalah termasuk tumbuhan saka herba tahunan atau kekal lama serta mempunyai bentuk pokok seperti saka renek, sub renek atau renek kecil. Biasanya ia mempunyai bentuk daun adalah pelbagai merentasi genus. Ia adalah mudah dikenali kepada sesetengah spesies biasa yang ditanam walau pun ada spesis lain ia mempunyai ciri pinat bergigi atau berpinat dan juga kadang-kadang berbilang pinat dan terbelah. Dalam kebanyakan spesis umumnya bahagian daun dilindungi dalam bulu halus atau indumentum yang biasanya diekatrak kerana ia memang mengandungi minyak pati. Bunga yang melekat dalam pusaran pada batang atau tangkai meninggi di atas daun dan tangkai bunga ini lazimnya juga akan menjadi bercabang dalam beberapa spesis tertentu. Apa pun juga ada sesetengah spesies menghasilkan braktea yang manaia ia berwarna pada apeks. Bunga-bunganya boleh menjadi warna Biru, Ungu atau Ungu Lembut dalam jenis yang liar. Bagaimana pu selalu juga ia berwarna kehitaman ungu atau kuning. Kaliks bunga adalah berbentuk tiub. Korola juga berbentuk tiub dan biasanya dengan lima cuping (bibir atas sering rekah dan bibir yang lebih rendah dimana ia mempunyai dua liang-liang). Artikel malam ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai sejenis bunga iaitu Bunga Lavender atau Lavandula sebagai bahan rujukkan dan bacaan anda semua.
Jenis lavandula yang paling biasa ditanam adalah English Lavender (Lavandula angustifolia) yang mana nama botaninya yang terdahulu adalah Lavandula officinalis. Beberapa jenis bunga lavender yang agak popular adalah seperti French Lavender, Fern Lavender, Dutch Lavender, Egyptian Lavender (L. multifida) dan beberapa lagi. English lavender merupakan antara tumbuhan keluarga ini yang paling disukai kerana mempunyai paling banyak kultivar yang sudah komersil. Antara spesis English Lavender yang popular adalah seperti Lavandula stoechas dan Lavandula dentata. Ia juga paling meluas ditanam diseluruh dunia terutama untuk tanaman ornamental dan juga penghasilan ekstrak pati minyak. Tumbuhan ini pernah juga dikelaskan sebagai 'tumbuhan invasif' kerana apabila bercampur dengan spesis liar makan ia sudah sukar dikenalpasti dan kawalannya semakin sukar. Sebagai contoh di negara Australia timbuhan lavandula ini telah diistiharkan sebagai 'noxious weeds' semenjak tahun 1920 di Victoria apabila ia menyebar keseluruh benua kecil tersebut dan bermasaalah. Lavandula juga telah diistiharkan sebagai rumpai (weeds) di beberapa kawasan penradbiran di Sepanyol. Baagaimana pun tumbuhan lavender ini tumbuh baik dikawasan kering, saliran sempurna dalam tanah berpasiratau sedikit berbatu. Tumbuhan ini perlukan sedikit baja dengan perlukan pengudaraan yang baik untuk berbunga. Dikawasan yang iklimnya lembap lazimnya akan berlaku serangan akar reput (root rot) disebabkan oleh serangan agen kulat. Penggunaan bahan sungkupan organik dipangkal pokok mengurangkan kadar serangan reput akar. Kesesuaian kemasaman tanah adalah sekitar pH6 - pH8. Kebanyakan aktiviti penuaian lavender (bunga daun dan biji) dilakukan bergantung kepada tujuan penggunaannya.
Dalam industri penanaman lavender secara komersil kebanyakannya adalah untuk mendapatkan 'pati minyak'. Pati minyak lavender dari spesis English Lavender (Lavandula angustifolia) paling berharga disebebkan oleh kualitinya (sweet overtones). Minyak pati ini selalu digunakan untuk membuat Balms, Salves, Minyak wangi (perfumes), kosmetik dan sebagainya. Dilaporkan juga Dutch Lavender (Lavandula intermedia) mempunyai hasil tinggi ekstrak pati minyak tetapi mengandungi bahan terpentin termasuk camphor tinggi yang dimintai ramai untuk dijadikan minyak wangi yang sangat mahal (Sila lihat foto disebelah). Didakwa dimana Dutch Lavender merupakan spesis hasil kacukan hibrid diantara L. angustifolia dengan L. latifolia yang mana ia sudak dikomerilkan penanamannya secara meluas. Memang kedua jenis ini semakin popular iaitu English Lavender dengan Dutch Lavender sebagai industri dibeberapa negara. Pihak berkuasa Makanan dan Dadah USA (GRAS) telah mengiktiraf akan penggunaan minyak pati lavender untuk tujuan kesihatan dan ubatan. Kajian dimakmal mendapati akan kandungan nutrisi pati minyak lavender di temui. Antara kandungannya adalah dari 100 fitokimia yang ada pada lavender adalah Lynalyl Acetate (30 - 55%), Linalool (20 - 35%) serta bahan Tanin (5-10%) serta bahan Caryophyllene (8%). Bahan lain ditemui terdiri daripada fitokimia seperti Sesquiterpenoids, Perillyl alcohols, Esters, Oxides, Ketones, Cineole, Camphor, Beta-ocimene, Limonene, Caproic acid dan juga Caryophyllene oxide.
Berbalik ke Malaysia dimana dilaporkan dalam media BH tempatan bertajuk "Pesona lavender tanah tinggi" sesuai dijadikan bahan rujukkan. Akhbat tersebut dakwa permandangan memukau dalam taman dilatari bunga-bungaan eksotik hidup liar pada suhu dingin seperti lavender, lazimnya dilihat di negara empat musim seperti di Eropah. Suasana itu sebenarnya dinikmati di negara kita, tanpa perlu berjalan jauh dan membelanjakan wang yang banyak untuk ke luar negara. Destinasi percutian tanah tinggi di Cameron Highlands, Pahang menyediakan pemandangan indah ini dalam suasana persekitaran yang nyaman. Pengunjung berpeluang menyaksikan ribuan kuntum lavender pelbagai warna, selain daisy yang hidup liar dan segar, tenang mata memandang. Pada mulanya sukar percaya bila lavender dan daisy boleh ditanam secara komersial di Tanah Tinggi Cameron. Selepas melihat sendiri penulis berpeluang menikmati keindahan alam semula jadi dengan bunga-bungaan eksotik akhirnya 'bersatu' di taman indah. Lebih istimewa, bunga-bungaan yang ditanam di Cameron Highlands, hidup subur dan kelopaknya mekar sepanjang Melangkah ke Taman Lavender Cameron Highlands terletak di pekan Tringkap, pengunjung seolah-olah berada di lautan bunga berwarna ungu kerana kebanyakan spesies lavender di taman itu menampilkan rona terang. Lavender dengan mharuman semerbak, boleh hidup liar dalam cuaca dingin, namun tidak boleh terlalu terdedah kepada hujan, justeru tamat itu dilindungi kanvas plastik untuk mengelakkan daripada berlebihan air selain membolehkannya mendapat pancaran matahari secukupnya.
Pesona lavender dengan pelbagai warna terang yang lain seperti merah hati dimana ini menjadikan kawasan taman itu bercahaya, jiwa kosong pasti terubat dengan keindahan yang memukau. Lavender Sepanyol yang berwarna ungu adalah spesies paling popular dan digemari ramai. Spesies ini juga dikenali dengan Lavender Perancis atau Lavender Itali. Spesies ini tumbuh liar di kebanyakan negara Eropah terutama Sepanyol dan Itali, selain di Belanda. Daripada spesies Lavender Sepanyol saja, ada beberapa jenis iaitu, bellerina, Madrid blue, Madrid purple dan van gogh. Lavender ditanam secara meluas untuk tujuan komersial kerana patinya menghasilkan minyak wangi, selain menghalau nyamuk. Lazimnya para pengunjung di Lavender Garden Cameron Highlands pasti tidak melepaskan peluang bergambar dan swafoto apabila melewati setiap inci taman berkenaan. Mereka berasakan seolah-olah berada di Sepanyol, Itali dan Belanda!. Bagi pasangan kekasih atau pengantin baharu, tidak perlu risau untuk mencari destinasi indah merakam detik manis foto perkahwinan kerana sebaik memasuki taman bunga ini, setiap sudut mahupun ruang, menjanjikan pemandangan mempesona. Pengalaman memetik sendiri bunga daisy, jangan dilepaskan, namun ada sedikit bayaran dikenakan kepada pengunjung. Sekiranya berkunjung ke taman lavender pada hujung minggu, bersedialah berdepan kesesakan lautan manusia yang memenuhi setiap ruang. Antara aktiviti lain termasuk sesi minum petang di kafe berdekatan, pengunjung juga berpeluang menikmati persekitaran nyaman dan pemandangan mempesona. Dapatkan ole-ole sebelum pulang sebagai kenang-kenangan. Selepas menghabiskan masa kira-kira dua jam di 'taman fantasi' tanah tinggi, penulis sarankan destinasi baharu ini sebagai lokasi wajib kunjung jika anda sekeluarga berkunjung ke Cameron Highlands. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
BUNGA LAVENDER.. ADALAH LAVANDULA...
DO CAMEROON HIGHLAND... SUDAH ADA...
ENGLISH LAVENDER... LAIN CANTIKNYA...
MEMBACA ARTIKEL... INFINYA DITERIMA..
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Apartment 429, Copthorne Hotel,
Brinchang, Cameroon Highland,
Pahang, Malaysia.
(26 JamadilAkhir 1441H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.