Support My Blog

Sunday, March 22, 2020

KEBUN NANAS GOLDENPINE - TINJAUAN

KEBUN NANAS GOLDENPINE merupakan salah satu kebun nanas yang bejaya menjadi kebun yang mendapat pengiktirafan MyGAP dan SPBT di Pontian, Johor. Pemilik syarikat ini iaitu Tan Sey Tan atau mesra dengan panggilan 'Cikgu Tan' telah lama berkecimpong didalam industri nanas di Maaysia dimana kini beliau menanam lebih daripada 40 ekar diatas tanah gambut. Menurutnya minat menanam nanas sejak beliau kecil merupakan satu usaha yang menguntungkan jika dijalankan dengan baik dan mengikut amalan agronoomi sehingga mampu menghasilkan buah yang berkualiti. Kalau dahulu nanas jenis Moris, Gandul, N36 dan Josapine yang luas ditanam akan tetapi kini ia banyak menanam nanas MD2. Selain daripada ia menghasilkan buah untuk pasaran domestik lazimnya banyak juga buah yang dihantar kepasaran eksport ke Singapura. Kebanyakan tanah untuk kawasan tanaman nanas adalah disewa daripada pemiliknya untuk jangkamasa agak panjang sekitar 12 - 20 tahun dimana kebanyakannya adalah kebun yang ditanam dengan kelapa sawit. Kemudian seteah perjanjan dimeterai maka beliau akan membina jalan dan sistem perparitan dan menebang pokok sawit sehingga sesuai untuk ditanam dengan nanas. Kos pembinaan jalanladang di kawasan tanah gambut disini sekitar RM1,400 satu km dengan batu gravel terpaksa diambil jauh dari kebun. Penanaman nnanas MD2 kini dianggap sebagai antara yang mampu menjamin pendapatan dengan penjualan buah segar dan juga benih nanas MD2 dan benih nanas lain. Mempunyai kelengkapan ladang yang baik dan tenagakerja pekerja asing seramai 30 orang beliau mampu menghasilkan lebih daripada 550 metrik tan nanas setahun. Artikel malam ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai operasi usahawan nanas berjaya di Johor untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan anda semua.

Penulis blog mengenali Cikgu Tan semasa beliau membentangkan inovasi Penutup Buah Nanas dalam Pertandingan Inovasi Pertanian lebih 5 tahun lalu (Sila klik disini). Masa itu penulis blog tidak juga  menyangka pada Jun 2015 saya dapat berjumpa dengan pencipta tudung buah nenas ini dengan membentangkan Versi Tudung Nenas Version 2 yang lebih baik dan juga pelbagai guna dalam pertandingan inovasi pertanian Jabatan Pertanian 2015. Encik Tan Sey Tai merupakan usahawan nenas dan juga pencipta tudung nenas yang berjaya dalam mengatasi masaalah kejadian risiko Penyakit Mata Hantu pada buah nenas di Malaysia. Kejadian serangan penyakit ini adalah disebabkan oleh Sinaran Cahaya Matahari yang berlebihan dan suhu tinggi atau panas dimana ianya akan boleh menyebabkan penyakit mata hantu. Beliau telah memperkenalkan tudung versi 1 pada tahun 2006-2007 dimana ia banyak digunakan sekitar negeri Johor terutama penanam nenas dikawasan tanah gambut. Jenis tudung telah digunakan hampir 10 tahun oleh ramai petani dengan spesifikasi yang mempunyai diameter 19 cm berbanding dengan versi 2 yang diperkenalkan pada 2015 dengan diameter lebih besar iaitu 24 cm dan beberapa ciri tambahan. Pada masa dulu ramai penanam nenas yang akan menggunakan kain, kertas surat khabar, net atau guni sebagai pelindung buah nenas. Ia menyebabkan buah nenas mudah diserang penyakit buah hantu dan menghasilkan buah nenas yang masam, warna tidak seragam dan bentuk buah yang tidak menarik. Cara lama ini menyebabkan kualiti buah nenas rendah tetapi memerlukan kos bahan yang tinggi dan kos pemasangan yang juga tinggi. Ia perlukan satu teknik baru untuk mengatasi masaalah ini. Kini telah pun diperkenalkan Tudung nenas Plastik Kecil MD2 pada 2006-2007 dimana ia berukuran 9.5 cm tetapi hanya sesuai pada buah berzaiz kecil sahaja. Jenis ini tidak boleh diguna untuk buah nenas bersaiz besar dan cuma tahan 1 atau 2 kali penggunaan sahaja. Ini kerana ia perlu dipecahkan kerana jambul nenas terlalu besar dan menjadikan tudungnya rosak. Penelitian penulis di ladang nenas di Kluang mendapati ia telah meluas digunakan dengan kos sekitar 60 sen sekeping. Versi ini juga banyak digunakan untuk jenis nanas kecil seperti MD2 dan Josapine serta beberapa varieti lain.


Penanaman nanas MD2 lazimnya akan menghasilkan buah selepas 14 bulan ditanam. Selepas dihormon pada umur 8-10 bulan buah akan dituai sekitar 130 - 145 hari mengikut tahap iaitu indeks kematangan dan kemudian pokok akan dicantasun untuk tujuan pengeluaran anak benih atau sulur benih (Suckers). Bergantung kepada kesuburan pokok dan amalan agronomi yang dilakukan maka sepokok nanas mampu mengeluarkan sekitar 4 - 6 sulur benih dalam masa 3-4 bulan. Walau pun ada usahawa yang membuat 'ratoon' dengan membiarkan sepokok nanas untuk meghasilkan buah akan tetapi praktis ini tidak dilakukan Cikgu Tan keran buah yang dihasilkan adalah rendah kualitinya. Sebaiknya selepas pokok ini sudah diambil benihnya akan dibuang dilakukan penanaman baru. Sulur tanah yang keluar biasanya alabila tumnbuh sepanjang 25 - 30 cm akan dipetik dangan tangan dan dikumpulkan dekebun sebegai benih tanaman (Sila lihat foto disebelah). Harga benih sulur nanas MD2 diantara RM1.20 - RM1.60 dikebun (tidak termasuk kos pengangkutan). Benih ini perlu dirawat dengan racun kulat dengan merendamnya dahulu selama 5 minit sebelum diterbalikkan diatas para untuk mengeringkannya sebelum ditanam atau dihantar kelokasi kebun lain. Beliau mempunyai persijilan Skim Pengesahan Bahan Tanaman (SPBT) daripada Jabatan Pertanian dan mengikuti SOP pengeluaran benih mengikut skim tersebut. Belau merupakan salah satu yang mendapat tender bekalan benih nanas MD2 oleh LPNM semenjak beberapa tahun.


Bagaimana pun penulis blog ada membuat pemeriksaan kualiti benih nanas MD2 yang dikeluarkan. Walau pun kualiti benih yang dikutip mengikut spesifikasi (SIRIM Standard Benih Tanaman Nanas) tetapi berlaku beberpa sulur benih yang tidak mengikuti standard tersebut. Antaranya ada sukur yang dipotong diatas paras perdu yang mana ia menyebabkan kerosakana pada sulur tersebut (Sila lihat footo disebelah). Setiap ikatan (50 sulur seikat) diperiksa dengan teliti dan kejadian benih rosak akan direkodkan megikut pekerja yang mengutipnya dan bayaran akan dipotong jika ada benih yang rosak. Menurutnya benih sulru nanas MD2 akan tahan lama diletakan dikebun akan tetapi jika dilonggokkan didalam ikatan dawai atau ditimbun diatas tanah maka benih tersebut akan rosak dan membusuk. Sebaiknya ia disusun diatas rak-rak dawai sehingga sedia untuk ditanam. Menurut beliau kini permintaan untuk sulur nanas MD2 agak tinggi kerana peanam nanas sudah sedar dengen kempen agar ELAKKAN MENANAM NANAS BENIH TC IKultur Tisu) yang menyebabkan Somaclonal Variation. Benih Kultur Tisu (TC) ini memang todak disyorkan untuk ditanam kerana ia akan menjejaskan industri nanas MD2 itu sendiri dimasa akan datang. Menurut Cikgu Tan penanam nanas yang baru menceburi penanaman nanas MD2 perlu sabar untuk mendapatkan benih nanas MD2 sulur yang telah diakreditasi bagi menjamin ketulinannya. Kebun Nanas Cikgu Tan antara yang terbaik di antara beberapa usahawan nanas dikawasan tanah gambut di Johor. Semuga beliau akan terus berjaya sebagai pemilik ladang nanas Goldenpine dimasa akan datang. SEmua anda mendapat info berguna dari anim agro technology kali ini. Wasallam!!!!..
NANAS MD2.. TANAH GAMBUT BERADA...
USAHAWAN BERJAYA...IA SUDAH LAMA...
MENJUAL BUAH... BENIH PUN SAMA JUGA...
MENANAM NAS=NAS... BELIAU GEMBIRA...

By,
M Anem,
Senior AGronomist,
Room 102, T5 Boutique Hotel,
Pontian, Johor,
Malaysia.
(15 RabiulAwal 1441H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...