Support My Blog

Thursday, March 12, 2020

TANAMAN MAKANAN DI ESTET - DASAR BARU

MALAYSIA merupakan sebuah negara di Asia Tenggara beriklim tropika yang kaya dengan pelbagai jenis tanaman dan ekosistem serta tanah yang subur. Dari segi sejarah, negara kita pernah dijajah oleh beberapa negara penjajah termasuk oleh British selama ratusan tahun yang mana mereka nengambil hasil bumi seperti perlombongan dan juga pembukaan ladang-ladang yang ditanam dengan tanaman getah (Hevea brazilliensis) dan kelapa sawit (Elaeis guineensis). Tanaman padi yang merupakan ke 3 terpenting dilakukan dibaberapa kawasan Jelapang Padi dan tanaman kelapa ditanam dikawasan pesisir pantai. Penjajah ini juga telah mengambil tanah-tanah subur dari kategori kelas 1 dan kelas 2 dibangunkan sebagai perladangan (estet) dibanyak negeri dengan tanaman getah untuk dieksport. Malaysia pernah mencatatkan sebagai pengeluar getah asli utama dunia selama berpuloh tahun sebelum kebanyakan estet ini ditukar kepada tanaman Kelapa Sawit. Ladang ini lazimnya dibangunkan denga keluasan sehingga beribu-ribu ekar dengan kemudahan jalanladang, pusat pengumpulan hasil, kilang sehingga terkini dijadikan kawasan perumahan pula. Pendek kata pembanggunan sektor pertanian khususnya untuk sistem perladangan di Malaysia merupakan satu modeliti yang amat berjaya dan praktikal sehingga pihak Malaysia mengambil alih daripada pemilik asalnya. Tanaman Industri seperti getah dan kelapa sawit sangat tersusun dengan kebanyakkan tanahnya adalah dari tanah subur kelas 1, Kelas 2 dan bercampur sedikit dengan kelas 4 dan 5. Ini bermakna jika tanah yang subur ini diudahakan dengan tanaman getah dan kelapa sawit dan pengurusan cekap maka ladang ini adalah produktif dan menguntungkan. Bagaimana pula dengan sektor pekebun kecil yang menghasilkan makanan kepada rakyat tempatan?. Ini merupakan aspek yang akan dibincangkan didalam artikel kali ini. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" dipaparkan pendapat penulis mengenai strategi baru didalam sektor agromakanan yang munglin melibatkan dasar dan perancangan tepat untuk masa akan datang.


Pekebun kecil yang mana mereka lazimnya tinggal dikawasan pesisir sungai atau tepi laut yang mana pada masa dahulu kaedah pengangkutan hanya tertumpu pada cara pengangkutan air. Kawasan pendalaman yang mempunyai tanah yang subur tidak ada jalan sehingga pihak perladangan membuka tanah tersebut dan ditanam dengan kelapa. getah dan beberapa jenis tanaman lain. Kebanyakan kawasan tanah tepi sungai ini merupakan tanag jenis alkuvial sungai yang sering berlaku kejadian banjir yang memusnahkan tanaman dikawasan sepanjang sungai. Apabila tiba musim monsoon atau musim banjir maka lazimnya tanah pertanian di kawasan tanaman makanan ini akan ditenggelami air dan memusnahkan tanaman. Kawasan tanaman makanan iang banjir inii menyebabkan petani akan mengalami kerugian yang teruk (Sila lihat foto disebelah). Kerosakkan akibat banjir atau kemarau ini berlaku dengan kerap yang mana ini boleh menyebabkan infrastruktur kebun dan ini menjadikan kos pengeluaran bahan makanan meningkat. Petani dan pekebun kecil walau pun sejak dahulu menerima banyak insentif dan bantuan daripada kerajaan didalam usaha pembangunan tanaman makanan akan tetapi peningkatan prodiktivi mereka masih ditahap sederhana dan rendah akibat dari pelbagai faktor. Bagaimana pun pengenalan konsep pembangunan Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) yang dijalankan oleh Jabatan Pertanian sedikit sebanyak menyumbang kepada pengeluaran makanan negara. 

Dalam banyak perkara penulis blog setuju dimana Malaysia memang berjaya membangunkan sektor tanaman industri seperti kelapa sawit yang menjadi tanaman paling luas di Malaysia mencecah jutaan hektar. Kita akui kejayaan dalam industri kelapa sawit dan tanaman getah mencetus industri pembuatan bertaraf dunia yang berasaskan dua komoditi ini. Namun begitu penulis dapati sejarah pertanian kita mampu menampilkan beberapa simptom membimbangkan dimana pengeluaran getah negara terus merosot kepada hanya nombor lima (5) pengeluar getah asli terhebat dunia masa kini dibelakang Thailand, Indonesia, Vietnam dan China. Sejak mula dulu penanaman komoditi industri banyak bertumpu kepada kelapa sawit yang mana ia kini menggunakan 75 peratus daripada tanah pertanian pada 2016. Bagaimana pun harga komoditi sawit yang terus merudum sejak beberapa tahun kebelakangan ini juga telah menyebabkan sumbangan daripada sektor ini terjejas apabila beberapa negara pengimport minyak sawit Malaysia beralih kepada negara jiran yang lebih kompetetif. Dalam masa sama sejak dahulu kuota atau syer pembangunan untuk tanaman makanan menurun daripada 30 peratus pada 1990 kepada hanya 10 peratus. Sebagai contoh kawasan tanaman kelapa (Cocos nucifera) menurun daripada 130,000 hektar pada 1990 kepada hanya 84,500 hektar sahaja pada 2019. Apa yang kita dapat lihat dimana tanaman industri menunjukkan tiga pola gelagat. Kelapa sawit (pertumbuhan eksponen), getah (kian mengecil) dan koko (menghampiri kepupusan). Cuma kelapa sawit dapat bertahan sedkit disebebkan kerana ia masih mencapai tahap siling seluas 6.5 juta hektar iaitu menjelang 2023. Penulis blog dapati keluasan tanaman di Malaysia didahului kelapa sawit, getah, padi dan kelapa akan terus berubah dalam masa akan datang.

Beberapa buah perladangan swasta telah berjaya menukar tanaman di sebahagian ladang sawit mereka kepada tanaman makanan seperti kelapa, nanas dan sebagainya. Ladang Nanas KPF (Kulim Pineapple Farm) di Ulu Tiram Johor kini telah berjaya meebang tanaman sawit mereka kepada tanaman nanas MD2 seluas hampir 1,000 ekar dengan mereka memasarkan nanas jenama MELITA keseluruh dunia. Kini syarikat tersebut membuka lagi kawasan ladang untuk tanaman nanas mD2 seperti di Tanah Abang, Mersing seluas 300 ekar dan beberapa lokasi lain. Sebuah syarikat disebaraikan di KLCI seperti Gopeng Berhad di Perak telah membuka seluas 250 ekar ladang sawit mereka dengan juga tanaman nanas MD2 dan mula menuai dojangka pada April 2020. Difahamkan dari LPNM Perak dimana Gopeng Berhad merancang menebang 1,000 ekar secara berperingkat ladang sawit mereka untuk penanaman nanas MD2 terutama untuk pasaran eksport ke China (Sila lihat foto paling atas). Tanah estet yang subur dengan infra ladang seperti jalan ladang, sistem perparitan, tenaga kerja dan pengurusan baik menjamin kejayaan pengeluaran nanas dari ladang ini dimasa akan datang. Sementera itu penulis blog melalui Sagil Estet di Sagil, Daerah Tangkan dimana mereka telah menebang hampir 100 ekar pokok sawit dan kinii ditanam dengan kelapa (Cocos nucifera). Difahamkan sebahagian besar ditanam dengan varieti Matag dan sebahagian lagi dengan varieti renek. Di tepi jalan utama Kebun Baru, Sagil pula hampit 200 ekar ladang sawit ditebang dan di tanam dengan Durian Musang King (D197) dengan pokok telah berumur 2-3 tahun. Apabila ditanya kepada Pejabat Pertanian didakwa pemilik syarikat ada meminta bantuan teknologi penanaman durian yang mana kelak hasilnya akan dieksport juga (Sila lihat foto disebelah). Durian Musang King mendapat harga yang amat baik masa kini dipasaran domestik dan eksport. Estet kelapa sawit yang ingun menukar tanaman mereka kini memang amat digalakkan kerana harga sawit dan getah yang lama pada paras rendah

Kerajaan melalui beberapa Kememterian seperti Kementerian Perladangan dan Komoditii Utama dan Kementerian Pertanian dan Makanan yang boleh mengadakan skim galakkan atau insentif kepada mana-mana estet kelapa sawit dan estet getah serta estet koko untuk menukar tanaman ini kepada tanaman makanan termasuk buah-buahan untuk pasaran domestik dan eksport. Bentuk insentif seperti bantuan one-off, perlepasan cukar, khidmat nasehat teknikal, insentif penukaran tanaman dan sebagainya. DIjangka jika ada insentif yang menarik maka akan ada pihak estet yang mahu mencebur didalam aktiviti penanaman makanan dengan lebih cekap, produktiviti tinggi dan lebih produktif. Pengurusan estet yang cekap didakwa mampu untuk mereka mengurukan penanaman, amalan agronomi sehingga kepada aspek pemasaran dan eksport. Kalau sekitar 5 - 10 % daripada kawasan sawit dan getah ditukar kepada tanaman makanan maka sumbangannya amat signifikan terhadap kebergantungan import makanan negara yang kini mencecah hampir RM52 billion. Keperluan makanan negara terus meningkat saban tahun dengan pertambahan penduduk dan peningkatan taraf hidup dan jika tidak ada langkah agressif untuk aktiviti pengeluaran makanan (khususnya buah-buahan, sayuran, tanaman gantian import) maka dikhiatiri jumlah bill import makanan akan terus meningkat. Lihat sahaja bekalan kelapa yang mana kita mengimport lebih daripada 180 juta biji setahun dari Indonesia yang dibimbangi jika mereka tidak mengeksport makan kilang memproses santan dalam negara akan ditutup kerana bekalan kelapa tidak mencukupi. Penanaman kelapa dan nanas di kawasan tanah estet yang subur merupakan salah satu kombinasi terbaik masa kini didalam industri pertanian di Malaysia. Semuga artikel ini memberi sedikit info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
TANAH ESTET SWASTA... SAWIT LUASNYA...
TANAHNYA SUBUR...TUKAR TANAMANNYA...
TANAMAN MAKANAN... PELBAGAI JENISNYA....
POLISI DAN DASAR... PERLU DISEDIA JUGA...
INSENTIF MENARIK.... MEREKA PUN SUKA....
HARAPAN SAYA... SEMUGA TERLAKSANA...

By,
M Anem,'
Senior Agronomist Expert,
Precint 11, Putrajaya,
Wilayah Persekutuan,
Malaysia.
(15 Rejab 1441H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...