Support My Blog

Thursday, March 19, 2020

ASAM KANDIS - BUAH JARANG JUMPA

POKOK BUAH ASASM KANDIS (Garcinia xanthochymus) merupakan pokok yang jarang dijumpai di Malaysia akan tetapi selalu dipamerkan semasa pesta MAHA atau HPPNK diruangan buah-buahan nadir Malaysia. Saya percaya memang ramai pembaca blog ini yang tidak pernah dengar mahu pun melihat pokoknya atau buahnya apa lagi kalau ditanya sama ada pernah memakannya. Malaysia yang kaya dengan flora dan fauna seerta pokok-pokok sayuran, buah-buahan (termasuk buah nadir) serta ulam-ulaman memang beruntukj ada pihak tertentu yang masih menyimpan khazanah tumbuh-tumbuhan tempatan di dalam negara kita. Walau pun selalu ada mendengar bagaimana beberapa spesis orkid liar negara telah dicuri bawa keluar dan pihak atau negara tertentu membiakkannya akan tetapi masih banyak lagi koleksi yang belum dikenali. Semasa pamerran selalunya jika ada sudut buah nadir anda boleh melihat, menyentuh dan bertanya kepada petugas yang mana satu buah asam kandis. Dalam pada itu apa yang diketahui penulis blog dimana buah Asam Kandis adalah salah satu bahan yang seringkali ditambahkan dalam masakan sahaja. Walau pun ada kemungkinan pokok ini ada di tempat anda tetapi kalau tidak kenal maka ia dianggap tubuhan yang tidaka nilai ekonomi. Bagaimana pun setelah membaca artikel atau mana-mana sumber info yang boleh dipercayaai maka anda boleh kongsikan info dan kegunaan buah atau pokok ini kepada orang lain yang berminat. Artikel pada tengahmalam ini di Melaka saya menulis dalam "Anim Agro Technology" megenai buah asam kandis sebagai bahan bacaan dan rujukkan anda.

Dalam membuat rujukkan di wikipedia menyatakan bahawa tumbuhan dengan nama Garcinia xanthochymus ini dipanggil dalam bahasa Inggeris sebagai 'The False Mangoesteen' atau maknyanya Manggis Tiruan atau juga dipanggil sebagai Gamboge atau pun Manggis Liar Kecil (Sila lihat foto disebelah). Ia juga dipercayai natif di Malaysia dan terdapat dibeberapa negara lain yang seakan dengan buahnya seperti berada di Jepun, India, Indo-China dan Selatan China. Dalam keadaan hutan di Malaysia ia memerlukan habitat yang lembap, gelap sedikit dan ketinggan diantara 0 - 1,400 daripada aras laut sama ada dikawasan lembah sehingga kawasan berbukit. Pokoknya tumbuh menegak dengaan banyak cabang dimana ia juga mempunyai ketinggian sekitar 8 - 15 meter dengan batang yang mempunyai warna kulit kelabu coklat (batang tua). Bagaimana pun dahan muda masih tetap berwarna hijau. Bentuk daunnya adalah Oblong sehingga Lanceolate dengan Lanceolate berukura 15 - 30 cm c 6 - 12 cm. Panjanag tangkai daun (petiol) pula adalah sekitar 1.5 - 2.5 cm. Pokok ini tumbuh dengan subur pada tanah yang kaya dengan nutrien dan subur. Tumbuhan ini mempunyai bunga yang berwarna hijau putih dengan ia dari jenis monoecious iaitu jambaknya mempunyai sekitar 4 -10 bunga berukuran 1.3 cm garispusat. Buah muda berwarna hijau semasa muda dan menjadi warna kekuningn isinya apabila buah masak. Lazimnya ukuran buahnya sekitr 5.0 - 9 cm ukuran garispusat dimana didalamya mengandungi sebanyak5 biji benih. Biasanya bunga akan keluar berkembang pada bulan Mac - Mei dan buahnya akan masak sekitar bulan Ogos hingga bulan November saban tahun. Bagaimana pun dalam keadaan cuaca tidak menentu ini didapat musim asam kandis berbunga dan berbuah juga ada sedikit perubahan.


Dalam penulis blog berbincang dengan rakan-rakan serta beberapa orang yang mempunyai pokok asam kandis ini didapati dimana di Malaysia ada beberapa spesisnya. Beberapa jenis asam kandis yang terdapat di Semenanjung Tanah Melayu yang lain dikenalpasti sebagai Garcinia griffithii yang mana ia dijumpai di beberapa tempat lain dikenali sebagai asam kandis gajah atau asam kandis beruang (Garcinia nervosa) dan ditempat lain pula ia ada disebut sebagai asam kandis gajah juga (Garcinia xanthochymus Hook.f.) daripada keluarga Clusiaceae. Penulis blog lebih mirip kepada beberapa rujukkan yang terkini dimana Buah Asam kandis (Garcinia xanthochymus) adalah pokok hijau berukuran maksima 15 meter yang dikatakan berasal dari India dan tu,buh tinggi (Sila lihat foto disebelah). Tumbuhan ini juga masih sekeluarga dengan buah manggis dan asam gelugur yang mana ia mempuyai buah yang bentuknya agak bulat, sedikit runcing dengan diameter mencapai 9 cm, berwarna jingga pucat atau kuning pekat. Tumbuhan ini suka pada keadaan persekitaran yang lembab (redup). Pada kebiasaannya, pembungaan berlaku selepas musim kering yang cukup panjang (minimum tiga bulan) dan boleh berbunga dua kali setahun.Apa pun saya katakan sayangnya, pokok Buah Asam Kandis semakin sukar ditemui zaman ini. Jika ada menanamnya mereka ini juga sangat beruntung dan bolehlah memanfaatkannya untuk kegunaan sendiri atau dijual.


Dalam beberapa rujukkan didapati sama dengan Asam Gelugur, Buah Asam kandis banyak digunakan dalam masakan Melayu. Rasanya masam dan sering digunakan dalam penyediaan Gulai Kari, Gulai Lemak Kuning dapur atau sekadar perasa masam untuk merebus ikan. Apa yang dilakukan oleh usahawan yang memproses menggeringkan Asam Kandis dengan cara yang sangat mudah dimana ia hanya memerlukan kerajinan dan kesabaran. Buah Asam Kandis yang cukup matang dibelah dua dan dikeluarkan bijinya. Sebaik sahaja dibelah, terus rendam air yang banyak bertujuan untuk menggelakkan isinya menjadi hitam sekali gus membuang sisa getah. Buah Asam Kandis dibelah dua dan dibuang bijinya (Silalihat fto disebelah). Selepas itu i perlu direndam lebih kurang 15-20 minit dan buah Kandis dibersihkan dan ditapis airnya. Kemudian baru boleh ianya dijemur di tengah panas matahari sehingga kering. Lazimnya jika dalam keadaan cuaca baik maka proses mengeringkan Asam Kandis tidak memakan masa lama. Selepas benar-benar kering kemudian perlu ia digaulkan semua kepingan Asam Kandis dengan garam kasar supaya asam sentiasa dalam keadaan lembab dan tidak berkulat. Selepas itu untuk tujuan penyimpanan maka bolehlah masukkan ke dalam bekas kedap udara.Memang Asam kandis banyak dimanfaatkan untuk membuat masakan khas Sumatera. Rendang, kari dan gulai jadi makin sedap karena tambahan asam kandis ini. Rasanya masam dan agak pahit sedkit bagaimana pun ia memiliki khasiat hebat untuk mencegah berbagai penyakit kronik. 


Dilaorkan juga dimana selain dikeringkan menjadi rmuan untuk masakan, asam kandis juga banyak dibuat menjadi jem yng enak. Asam kandis yang dikeringkan juga berfungsi sebagai pewarna makanan dan menghasilkan warna makanan yang hitam pekat. Kajian yang dibuat dilaporkan dimana ada bukti bahwa terdapat bahan Rubraxanthone dan Isocowanol di dalam asam kandis yang didalwa mampu mencegah penyempitan pembuluh darah yang menjadi punca kepada kes kejadian Stroke. Kulit dan buah asam kandis yang berwarna kuning cerah juga kaya dengan bahan antioksidan dan mampu mengawal radikal bebas. Dalam pada itu buah asam kandis digunakan selalu didalam masakan denga cara menghancurkannya dahu;u ataupun dicampur dengan bahan ramuan lain. Asam kandis ada djual dibeberapa lokasi tertentu dan agak sukar mendapatkannya dl luar musim penghasilan buahnya.  Semuga anda pembaca anim agro technology kali ini menapat info berguna untuk kebaikan anda semua. Wasallam!!!...
ASAM KANDIS... JARANG BERJUMPA....
SAMA ASAM GELUGOR.. FUNGSINYA... 
BUAHNYA KECIL... MASAM RASANYA...
DALAM MASAKKAN...TAMBAH PERISA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Persimpangan Bukit Beruang,
Bandar Melaka, Melaka,
Malaysia.
(21 RabiulAkhir 1441H). 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...