MANGGA EPAL (Mangifera indica) atau Mangga Apple merupakan sejenis varieti mangga yang pernah popular di Malaysia sekitar tahun 1980'an dimana ia merupakan satu varieti mangga yang sangat produktif. Penulis blog memang sudah amat biasa dengan mangga epal kerana mempunyai sebatang pokok di rumah sewa di Melaka sekitar tahun awal 1980'an yang berbuah sepanjang tahun dan didapati masih hidup sehingga hari ini (berumur lebih 30 tahun). Mangga Epal dimana di Indonesia ia di panggil sebagai 'Mempelam Apel' merupakan diantara varieti mangga yang paling tidak mengecewakan apabila ditanam dikawasan sesuai kerana ia sejenis varieti mangg yang sangat produktif. Mangga Epal telah didaftarkan di dalam Nasional Varieti Plant Listing dibawah Jabata Pertanian dengan nombor rujukkan MA194 pada tahun 1973. Alamat pendaftar varieti ini adalah Stesyen Pertanian Serdang di Selangor pada waktu itu yang mana mempunyai beratus-ratus koleksi varieti mangga (Dulu dipanggil sebagai 'Klon Mangga'). Di Malaysia telah pun ada direkodkan sebanyak 113 varieti mangga yang telah didaftarkan (termasuk Mangga Epal) dan ada 48 lagi varieti mangga yang masih belum didaftarkan. Penulis blog merupakan salah seorang yang pernah berusaha untuk mendaftarkan banyak varieti buah-buahan di Malaysia dan membuat pengesyoran varieti untk dikomersilkan. Walau pun sekitar awal tahun 1980'an mangga epal menjadi 'havoc' dikalangan peminatnya akan tetapi kini ia sudah kurang diperkatakan. Ramai yang kini hanya kenal beberapa varieti mangga komersil seperti Mangga Harumanis, Mangga Sala, Mangga Cokanan dan beberapa jenis lagi. Artikel petang ini sempena Larangan Perjalanan sebab virus pendemik Covid-19 saya menulis lagi dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai tanaman mangga varieti Epal untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca semua.
Mangga Epal memang unik kerana bentuknya seakan-akan buah epal sebenar terutama jika ia dari jenis Epal Merah (Sila lihat foto disebelah). Buah ini akan menjadi hijau kemerahan dengan bentuk sama apabila ia masak ranum dipokok seperti yang penulis blog dahulu selalu tuai. Sebiji buah mangga epal ini mampu mencapai ukurlilit sekitar 25 - 30 cm apabila ia dijaga dengan baik dan dibuat penjarangan semasa peringkat putik dipokok. Bagaimana pun sebenarnya mangga apel ini ada yang matang hanya berwarna hijau sahaja dan akan gugur sendiri apabila terlalu masak. Mangga epal ini bagaimana pun tidak sama dengan mangga komersil yang lain kerana isinya adalah MASAM. Hanya buah yang masak ranum sahaja agak kurang masamnya dan memang penulis blog dapati tidak pernah mengatakan mangga epal ini rasanya 'manis'. Buahnya memang banyak pada satu tangkai secara berangkai dimana jika dibaja dan dijaga dengan baik maka ia memang melekat dengan baik. Bagaimana pun kehebatan mangga epal yang mungkin ramai tidak tahu adalah kurangnya buah busuk akibat diserang lalat buah (Daucus spp) walau pun ia tidak dibalut. Kalau hendak bandingkan dengan buah apel kita boleh katakan menyamai dengan buah apel hijau yang muda kemasamannya.
Penanaman mangga epal ini boleh dilakukan dikebun, dikawasan-kawasan perumahan atau sepanjang jalan di taman perumahan atau ada yang menanam didalam pasu besar sahaja. Benih mangga epal boleh dibeli daripada nurseri swasta atau penjual benih bertauliah dengan harga yang murah sahaja berbanding dengan mangga premium yang lain. Ia sesuai ditanam dengan jarak 6m x 6 m didalam kebun dan sanya sepokok dua jika ditanam dikawasan rumah teres. Kalau rumah banglo mungkin boleh menanam sehingga 10 pokok disekeliling rumah. Cara menanam dengan menyediakan lubang penanaman dan diisikan dengan baja organan, CIRP serta anakbenih perlu disiran diperingkat awal penanaman. Daripada pemerhatian penulis blog di Melaka dilaporkan mangga epal ini mampu berbunga dan berbuah awal diantara 3-4 tahun sahaja. Ia berbunga pada bulan Febuari -Mac dan boleh mengutip hasil sekitar Mei sehingga Ogos mengkut lokaliti. Bagaimana pun pokok yang ditanam di Melaka mampu berbuah dua kali setahun dan ada juga yang 3 kali setahun. Ini kerana Daerah Melaka Tengah memang jatuh didalam zon tanaman mangga (MFZ2) yang telah dikenalpasti oleh Jabatan Pertanian. Kini tanaman mangga dijadikan sebagai tanaman 'avenue planting' oleh beberapa syarikat perumahan.
Antara beberapa perkata yang perku penulis blog kongsikan dengan pembaca mengenai mangga epal adalah ciri buahnya. Antara perkata tersebut adalah seperti buah ini mempunyai masaalah sebelah rasa masam dan sebelah rasa manis apabila matang (Sila lihat foto disebelah). Pokok yang tidak dibaja atau dijaga baik berkemungkinan menjadikan perkara ini berlaku berbanding dengan cara pembajaan dengan baja foliar yang dilaporkan mampu mengelakan kejadian ini (Awal tahun 1980'an belum ada teknologi penggunaan baja foliar). Satu lagi perkara adalah dimana buah yang terdedah dengan cahaya matahari akan memberikan warna kuning kemerahan jika dibandingkan dengan buah yang terlindung dengan cahaya matahari tetap berwarna hijau. Buah mangga epal mempunyai kadar kejadian putik buah melekat yang memang tinggi berbanding dengan mangga jenis lain. Oleh itu satu pokok dewasa dengan ketinggian 2 meter mampu menghasilkan sehingga 150 biji buah dimusim puncak. Bagaimana pun pokok mangga epal perlu selalu dibuat cantasan pembentukkan dengan membuang dahan tengah untuk membolehkan pokok tidak terlalu tinggi dan 'gila daun'. Aktiviti mencantas perlu dilakukan secara rutin sehingga mendapat pokok mangga epal yang sesuai terutama jika ia ditanam dikawasan keliling rumah anda.
Mangga Epal ini sesuai dimakan segar (buah yang masak ranum) atau pun lebih sesuai untuk diperoses menjadi jeruk, halwa dan sebagainya. Buah yang muda atau hampir matang sesuai dijadikan jeruk dengan memetiknya. Ia perlu dibasuh bersih dan kemudian dipotong-potong bersama kulitnya atau dikupas kulitnya. Ambil sekitar 15 - 20 biji mangga epal dan beberapa bahan lain diperlukan seperti 2 gengam garam kasar, 1 sudu kapor (dibancuh dengan air), 1 kg gula pasir, 3 cawan air masak dan juga 2 balang plastik besar. Hirisan mangga epal kemudian di masukkan kedalam balang plastik dan dimasukkan garam kasar segenggam dan disimpan didalam peti ais semalaman. Pada keesokan harinya keluarkan air dan sejatkan dan isikan kembali hirisn ini kedalam balang lain. Bancuh kapor dengan air sekitar paras semua hirisan mangga tenggelam disimpan didalam balang dan peramam selama 6 - 12 jam. Kemudian dimasukkan 1 kg gula sehingga larit dengan 3 cawan air dan disejukkan. Ambil hirisan mangga yang direndam dalam air kapor tadi ditoskan kemidian masukkan kedalam balang lain dimana akhirnya dimasukkan air gula. Ada hirian mangga yang tidak tenggelam (timbul diatas balang) tetapi tidak mengapa kerana kelak buah mangga akan berair sendiri. Simpan didalam peti ais semalaman dan esok hari boleh dibuka untuk hidangan. Ia enak dimakan semasa sejuk atau ditoskan dahulu dan dihidangkan untuk dinikmati kenakkan jeruk mangga epal. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!...
MANGGA EPAL... POPULAR DULUNYA...
BERBENTUK EPAL... MASAM RASANYA...
BERBUAH LEBAT... IA SENANG DIJAGA...
DIBUAT JERUK... SENANG MEMBUATNYA...
By,
M Anem,
Senior Agronoomist,
Precint 11, Putrajaya,
Wilayah Persekutuan,
Malaysia.
(27 Rejab 1441H).

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.