Support My Blog

Tuesday, March 10, 2020

MANGGA CARABAO - POPULAR DIFILIPINA

MANGGA CARABAO (Mangifera indica) merupakan satu varieti premium yang popular di Filipina kerana ciri-ciri seperti kemanisannya dan juga citarasa eksotiknya. Mangga ini juga dipanggil sebagai Mangga Carabao (Kerbau), Mangga Filipina, Mangga Manila, Kalabaw Mango dan juga Manila Super Mango. Laporan dari Wikipedia mendakwa dimana mangga ini telah memecahkan Guinnes Book of World Record pada tahun 1995 apabila ia direkodkan sebagai varieti mangga termanis didunia. Mangga ini dinamakan sebagai Carabao Manggo kerana mengambil nama Carabao (Kerbau) atau dalam bahasa inggersi dikenali sebagai Water Buffalo yang dahulu banyak didapati dinegara tersebut. Kerbau merupakan sejenis haiwan ruminan yang suka tinggal dikawasan sawah padi dan berkubang didalam air. Berlainan pula dengan ternakan kerbau di India dan Pakistan iaitu kerbau spesis Raavi yang diternak untuk menghasilkan susu dan apabila tua dan  tidak produktif lagi ia akan di ambil dagingnya. Daging kerbau yang banyak dibawa masuk ke Malaysia sebagai daging beku (Sila klik disini). Berbalik kepada buah mangga dimana penulis blog yang baru-baru ini dapat berkunjung ke negara tersebut sempat meninjau pokok mangga carabao dan membeli serta ujirasa mangga ini yang memang manis dan aromanya enak. Dimaklumkan terdapat sebanyak 14 jenis mangga carabao yang dikenalpasti oleh Jabatan Pertanian Filipina termasuk beberapa  varieti popular seperti Talaban, Fresco of Guimaras, MMSU Gold (dari Illocos), Lamao, Sweet Elena dan beberapa lagi. Kajian menunjukkan varieti Sweet Elena dari kawasan Zambales merupakan varieti (strain) mangga carabao paling manis dapat direkodkan. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya paparkan varieti mangga carabao yang popular di Filipina sebagai sejenis mangga kebangaan mereka untuk bahan bacaan dan rujukkan anda semua.


Penulis blog mula mendengar akan Mangga Filipina atau Mangga Carabao semasa melawat Sabah berbelas tahun dahulu dan ada membelinya dipasar awam. Menurut rakan-rakan dari Jabatan Pertanian Sabah memang banyak buah mangga jenis ini akan dijual di Sabah apabila musimnya tiba sekitar bulan Jun sehingga Ogos walau pun memang terdapat pada bulan-bulan lain dengan kuantiti yang sedikit. Baru-baru ini penulis blog berkunjung ke Cagayan de Oro, iaitu bandar terbesar di Misamis Oriental terletak di utara Mindanao. Rombongan kami seramai 4 orang ini sebenarnya adalah bertujuan untuk melawat ladang nanas MD2 di Bukidnon kira-kira 2 jam perjalanan ke Selatan. Saya ambil peluang ke beberapa lokasi termasuk pasar bagi melihat bagaimana buah mangga ini dijual dan terus membelinya. Kembali kehotel terus sahaja membelahnya dan dapat buat ujirasa Mangga Manila pada indeks Masak Ranum yang dibeli dengan harga 120Peso (Sekitar RM10.00) sekilogram dengan kulit yang berwarna kunig keemasan (Sila lihat foto disebelah). Selain daripada aromanya yang enak didapati rasanya juga sangat manis dan habis 3 baiji saya seorang memakannya. Rakan saya adalah 0rang berasal Sabah tidak mahu makan sebab dia sudah selalu makan mangga ini di Sabah dari jenis yang sama.


Manila Mango atau Carabao Mango merupakan buah tropika yang menjadi kebangaan Filipina dan mendudukki tempat ke 3 kepentingannya selepas Pisang dan Nanas. Buah Pisang merupakan salah satu industri pertanian penting di Filipina dengan mereka menanam terutama Pisang Cavendish sehingga dieksport keseluruh dunia dengan jenama 'DOLE'. Begitu juga dengan buah nanas jenis MD2 yang juga menggunakan jenama DOLE dihantar keseluruh dunia dengan mempunyai keluasan ratus ribu ekar secara perladangan komersil. Buah Mangga Manila ini yang disebut sebagai 'Fruits of Gods' kerana kualitinya dan keenakannya. Buahnya bersaiz besar dengan bentuk menarik mempunyai warna kulit dan isi kuning keemasan apabila masak (Sila lihat foto disebelah). Cara makan buah ini bagi orang Filipina adalah dengan mengupas kulitnya dan dipotong kepingan sama dengan cara kita makan mangga tetapi lebih popular dengan memotong kiub dan dimakan terus. Ada juga yang suka membuat jus mangga manila segar dimana memang tidak perlukan tambahan apa-apa bahan lain. Mangga ini juga dibuat mango float iaitu sejenis makanan snek kegemaran mereka.


Penanaman Mangga Carabao ini sesuai dikawasan yang mempunyai saliran baik dengan tanah subur mempunyai pH5.5 - pH7.5 iaitu dikawasan tanah volkanik. Jenis tanah yang sesuai kombinasi diantara tanah lom, berpasir dan ada liat dimana direkodkan tanah lom berpasir didapati paling sesuai. Pemberian baja organik akan menjadikan manga ini menjadi lebih manis dan berkualiti. Baja organik terdiri daripada baja kompos dan tinja ternakan, cecair rumpai laut (liquid seaweed) dan sisa tumbuhan yang dipiproses amat signifikan untuk digunakan.  Pengairan di kebun mangga ini penting diberikan terutama untuk menentukan kelembapan tanah konsistent sepangang masa. Baja organik ini akan menjadikan kehidupan bakteria didalam tanah dan membolehkan kesuburan tanah dikekalkan. Pemberian cecar seaweed membekalkan banyak bahan minerak sebagai baja didalam tanah seperti unsur Ca, Mg, Fe dan Sulfur. Pemberian baja kimia dielakan dalam masa 2 tahun penanaman kecuali baja Nitrojen. Mereka dakwa baja kimia jika digunakan akan menganggu kehidupan bakteria dan mikrob didalam tanah. Pokok akan berbunga selepas musim kemarau dan kemudian buahnya keluar dengan warna kulit hijau (Sila lihat foto disebelah). Buah ini akan matang dan dituai sebelum ianya diperam sehingga menjadi warna kuning. Ada juga manga manla yang masak dengan kulitnya masih berwarna hijau. 


Tinjauan penulis blog di beberapa buah deretan gerai buah-buahan di Cagayan de Oro menarik sekali. Buah-buah yang djual digerai ini termasuk Mangga MAnila, Nanas MD2, Limau Bali, Pisang Cavendish, Belimbing, Pelbbagai jenis limau, Papaya, Jambu Batu dan juga buah-buahan yang lain. Melihat susunan mangga carabao terus penulis blog melihat tanda harga di pasang iaitu semurah 75Peso sehingga 120 Peso (Sila anda lihat foto disebelah). Kadar pertukaran duit Peso dengan Ringgit Malaysia semasa itu adalah RM1 = 11.5Peso maka anda boleh kira sendiri harga tersebut. Grading dibuat mengikut saiz buah, warna kulit buah dan juga kecacatan dilihat. Buah yang dijual paling murah dilihat bersaiz kecil dan kulitnya juga ada yang dilihat ada tompok-tompok kehitaman. Pada penulis blog pastinya akan membeli buah yang paling mahal dengan mengambil sebanyak 7 biji dan ditimbang dan dibawa pulang ke hotel untuk menikmatinya. Dakwa penjual menyatakan ketika musam buah ini banyak harganya jauh lebih murah daridada sekarang kerana bekalannya adalah sedikit. Balik hotel barulah dapat ujirasa mangga ini yang menjadi kebangaan negara Filipina. Memang enak dan manis sekali mangga ini dan sesuai ianya dijual didalam negara dan juga dieksport keluar negara. Semuga artikel ini ,e,eri info berguna kepada pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
 MANGGA CARABAO... MANGGA MANILA...
MEMANG MANIS... KUNING WARNANYA...
HARGA BERPATITAN...DAPAT UJIRASA...
MELAWAT FILIPINA... PERLU MENCARINYA..

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Terminal 2, Ninoy Aquino International Airport,
Pagay, 1300 Metro Manila,
Filipina.
(29 RabiulAwal 1441H)..

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...