Support My Blog

Tuesday, March 3, 2020

DOLE - JENAMA HEBAT DUNIA

DOLE merupakan satu jenama hebat didunia dalam mereka mengeksport beberapa jenis buah tropika terutama Pisang dan Nanas. Ia merupakan sebuah syarikat Multinasional yang hebat bermula dengan Municipal di South Mindanao, Filipina iaitu di Kota Polomolok yang menubuhkan syarikat ini pada  Ogos 1957. Para peneroka dari Polomolok ini telah pun berpindah kekawasan berbukit untuk merek ini bercucuk tanam dimana mereka menjana pendapatan dari sektor tanaman makanan. Dari segi rekod sejarah apabila syarikat Dole ditubuhkan pada tahun 1963, mereka telah mengalami pertumbuhan ekonomi yang hebat dengan syarikat ini juga bercadang membuka estet atau perladangan menanam nanas untuk ditinkan diluar Hawai yang mana kawasan di Pulau Hawai semakin berkurangan untuk penanaman nanas akibat sektor perumahan dan aktiviti perbandaran. Masa itu di Hawai ada 10 buah syarikat penanaman nanas tetapi pada tahun 1950 dilaporkan hanya 3 sahaja syarikat yang masih beroperasi dimana yang lain ditutup atau berpindah. Dole Plantation telah mula membuka estet seluas 700 hektar dengan menanam kopi dan koko berhampiran Kem Spring di Mindanao. Pada permulaan operasi syarikat Perladangan Polomolok Dole memang sukar kerana kerja-kerja asas dikawasan tersebut susah akibat tidak ada eletrik dan juga kemudahan jalan serta air bersih. Pada peringkat awal kilang yang hampir dengan kem tentera Spring dibuat kilang kopi  dan pejabat sehingga kerja-kerja pembukaan tanah selesai. Pejabat ladang yang berhampiran hutan belantara waktu itu sering diganggu dengan binatang buas. Bertahun selepas itu barulah Kilang Polomolok Cannery telah dinaiktaraf untuk pengeluaran lebih berkualiti produk asas nanaa serta semua  kemudahan pekerja. Artikel malam ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis sejarah mengenai syarikat Dole Plantation yang berjaya menjadi salah satu gergasi dunia dalam pengeluaran buah nanas dan pisang untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan anda semua. 


Kemudian Dole Plantation melaksanakan pertanian bersepadu dengan mereka menggabungkan tanaman kopi, pisang dan nanas di kawasan Polomolok, Selatan Cotabato (Kota Batu), Filipina. Buah-buahan nenas dan pisang segar yang dikilangkan di pusat pengumpulan mereka adalah dari ladang sendiri dan juga usahawan (koperasi) atau petani disekitar premis mereka. Kemudian selain beroperasi di Polomolok, Dole membuka kawasan penanaman nanas di Surallan dan Calumpang di wilayah General Santos City. Kilang nanas Dole berjaya didalam menyediakan banyak produk berasaskan nanas seperti kepingan nanas, chunks, tidbits, pes, jus, pekatan nanas dan juga produk lain untuk pasaran domestik dan eksport ketika itu dan diteruskan sehingga kini sebagai satu cabang perniagaan yang berjaya. Sehingga kini operasi penuaian buah nanas segar untuk pasaran domestik dan eksport terus menjadi sumber ekonomi penting di Filipina Selatan ini. Bagaimana pun dari beberapa rujukan termasuk bahan dari wikipedia menunjukkan Dole Food Company, Inc adalah syarikat milik Amerika dengan ibupejabatnya berada di Westlake Village, California, USA. Dilaporkan syarikat ini adalah syarikat pegeluar dan pengeksport buah-buahan dan sayuran terbesar didunia dengan seramai 74,300 orang pekerja. Mereka menghasilkan sebanyak 300 produk dengan melibatkan sebanyak 90 negara didunia. Produk makanan utama mereka termasuk Nanas, Pisang, Anggur, Strawberri, Salad, Buah Sejukbelu dan juga Jus. Dole mempunyai satu sistem rangkaian perkapalan (shipping lines) yang dikenali dengan nama Dole Ocean Cargo Express. Sistem pengedaran perkapalan ini membolehkan syarikat ini menghantar buah-buahan segar dan produk proses keseluruh duna dengan cekap dan kos efektif.


Dole merupakan syarikat yang ke 3 terbesar sebagai pegimport pisang di USA. Dilaporkan dimana Dole dan Chiquita merupakan dua syarikat yang masih mengungguli industri pisang di USA dengan anggaran pendapatan tahunan sebanyak USD7.2 billion pada tahun 2011. Dole juga mempunyai banyak ladang buah-buahan di Amerika Tengah dan Amerika Selatan, Region Asia Pasific dan juga Filipina. Dole mempunyai 3 pusat pengumpulan dan pusat pemprosesan buah tropika di Thailand bertempat di Hua Hin dan juga Chumphon. Bagaimana pun pada tahun 2012 dilakukan penstrukturan semua Syarikat Dole dengan makanan dalam bunggkusan (packaged  food) dengan Japanese Trading House iaitu Itochu bernilai USD1.7 billion dalam bentuk tunai. Penstrukturan ini berjaya mengukuhkan syarikat Dole ini dalam perniagaan buah segar dan sayuran yang diuruskan oleh Dole International Holding. Dole yang beroperasi secara bersepadu mempunyai 19 buah kalap berhawa dingin untuk membawa buah-buah pisang dan nana keseluruh dunia. Dole masih beroperasi dalam pengeluaran buah nanas segar serta produk asas nanas serta pelbagai sayuran lain. Dalam mengembangkan syarikat, Dole pada tahun 1998 telah beroperasi di Colombia sehingga mampu mengeluarkan dan mengedarkan bunga keratas tebesar di USA. Bagaimana pun akibat kemelesetan ekonomi dunia 2008, perniasaan asas bunga keratan telah mengalami kerugian besar di USA dan sektor ini dijual kepada syarikat lain.


Negara Thailand mempunyai Dole Thailand Inc yang beroperasi di bawah Syarikat Island Canning Co., Ltd iaitu usahasama diantara Usahawan Thai dengan Dole. Mereka membina kilang mengetin (kaleng) buah nanas dimana memulakan penanaman nanas seluas 128 hektar di Ratchaburi, Thailand. Kini seluas 1,300 hektar kawasan tanaman nanas di Amphoe Nongrub, Prachuabkhirikhan dibuka bagi membekal nanas untuk dikalengkan iaitu di Hua Hin Factory (Sila lihat fotoo disebelah).  Perkembangan syarikat ini kemudian berubah mengikut masa dimana pada tahun 1974 syarikat ini telah pun ditukar nama kepada Dole Thailand Co Ltd atau ringkasnya sebagai DoleThai. Kini mereka mampu untuk memproses sebanyak 300,000 metrik tan buah nanas setiap tahun dengan menambah kawasan ladang penanaman nanas di wilayah Amphoe Ta Sae dan juga di wilayah Chumphorn. Bagaimana pun terkini DoleThai Ltd telah mempelbagaikan produk mereka daripada nanas dalam tin kepada fruit salads, limau mandarin, buah peach, dan juga jus nanas. Selain daripada hasil dari ladang syarikat mereka juga mendapat bekalan bahan mentah daripada seramai 1,200 pekebun kecil yang menerima program ladang kontrek serta teknologi agronomi dibawah bimbingan DoleThai Ltd. Ini bagi mempastikan bahan mentah yang dijual kepada DoleThai mempunyai piawain yang seragam. Sehingga 2015 dilaporan Dolethai mempunyai seramai lebih 7,000 orang pekerja di seluruh Thailand. Penguasaan Dole didalam dunia penanaman dan pengeluaran serta pengedaran buah tropika khususnya nanas dan pisang memang amat dibanggakan. Semuga artikel kali ini memberi info berguna kepada semua pembaca anim agro technology. Wasallam!!!...
 DOLE PLANTATION... SATU JENAMA...'
MULTINASIONAL... IBUPEJABAT DI USA...
NANAS... PISANG ANTARA DAGANGANNYA...
BACA ARTIKEL... MENDAPAT INFONYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11 Putrajaya,
Wilayah Persekutuan,
Malaysia.
(18 RabiulAkhir 1441H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...