AISKRIM NANGKA merupakan satu lagi produk yang amat sesuai dipromosikan di Malaysia sebagai salah satu lagi jenis makanan yang berpotensi. Tanaman nangka (Artocarpus heterophyllus) merupakan sejenis tanaman yang telah diberikan perhatian oleh kerajaan di Malaysia sebagai salah satu daripada 7 jenis buah bernilai ekonomi yang kini meluas penanamannya. Pada tahun 2018 terdapat seluas 5,097 hektar tanaman nangka dengan jumlah pengeluarannya sebanyak 30,150 metrik tan di laporkan di Malaysia (Sumber: Booklet Statistik, Jabatan Pertanian Malaysia Tahun 2018). Negeri Pahang merupakan antara yang paling luas menanam nangka terutama varieti Tekam Yellow (J33) dikawasan Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) yang dikelolakan oleh Jabatan Pertanian dengan seluas 2,146 hektar dan menghasilkan sebanyak 9,218 metrik tan pada tahun 2018. Di TKPM Lanchang sahaja terdapat seluas 1,900 hektar tanaman nangka yang telah berbuah yang merupakan kawasan tanaman nangka paling luas di Malaysia pada satu lokasi. Kawasan lain negeri yang luas menanam nangka adalah di Johor seluas 848 hektar dan Negeri Sembilan seluas 616 hektar. Kebanyakan nangka yang ditanam adalah varieti Tekam Yellow sementara varieti lain yang ditanam seperti Nangka Mantin, Nangka Mastura, Nangka Kristal, J29, J30, J31 dan beberapa lagi. Nangka ini kebanyakanya adalah untuk pasaran segar walau pun sebahagian lagi diproses menjadi kerepek nangka, jus nangka dan yang terkini adlah aiskrim nangka. Artikel petang Jumaat ini sempena Perintah Larangan Pergerakan Kerajaan bagi menangani Covid-19 saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai aiskrim nangka sebagai bahan bacaan dan rujukkan anda semua.
Penulis blog pernah membuat ujirasa aiskrim nangka Mastura semasa bertugas di Pahang dahulu. Aiskrim ini telah di laporkan oleh akhbar Harian Metro dengan tajuk "Aiskrim Nangka' dimana berita yang dipetik dari Bandar Temerloh ini menceritakan produk aiskrim nangka. Laporan menyebut dimana penggunaan sebanyak 100 tan nangka jenis J33 dan Mastura sebulan bagi menghasilkan aiskrim PASFA Arto serta pes dapat mengatasi lambakan buah berkenaan yang banyak dihasilkan di negeri ini. Pengurus kilang pengeluaran aiskrim nangka Pertubuhan Peladang Negeri Pahang (PASFA) Saiful Hafiz Ahmad dakwa bagi memenuhi permintaan maka pihaknya turut menyediakan nangka sedia dimakan untuk pasaran tempatan. Kini kilang yang beroperasi di Kawasan Perindustrian Songsang, sudah memerlukan lebih satu tan nangka jenis J33 dan Mastura sehari bagi menghasilkan aiskrim, pes serta nangka sedia dimakan. PASFA turut juga bertindak sebagai pembekal nangka segar kepada syarikat di Rawang, Selangor yang menghasilkan beberapa produk hiliran seperti jem untuk pasaran tempatan dan luar negara. Biasanya pengeluaran nangka di negeri ini dua kali setiap tahun iaitu pada Mei hingga Julai dan kemuncaknya pada November hingga Disember. Jika tidak ada usaha untuk mempelbagaikan produk maka lambakan akan berlaku. Apa pun pengeluaran aikrim nangka ini pernah dihentikan untuk beberapa ketika semasa ada masaalah operasi kilang yang ditambahbaik.
Kemudiannya pihak PASFA mengambil pendekatan menghasilkan aiskrim PASFA Arto dan pes khusus untuk pasaran tempatan. Sambutan terhadap produk berkenaan begitu menggalakkan dan kualiti produk masih ditambahbaik. Beberapa pihak lain terlibat dengan teknologi menghasilkan airkrim ini termasuk pihak MARDI, Jabatan Pertanian dan UMP yang berikan beberapa bantuan didalam pembanguna resepi. Kini mereka menggunakan varieti nangka Mastura banyak ditanam di daerah Temerloh, Maran dan Raub walau pun varieti Tekam Yellow J33 belum diproses kerana ia mendapat permintaan menggalakkan peminat buah-buahan tempatan dari dalam dan luar negara dengan harga lebih tinggi. Dilaporkan dimana sebelum ini kebanyakan pekebun yang menanam nangka jenis Mastura hampir berputus asa selepas setiap tahun berlaku lambakan hingga ada yang bertindak menukar tanaman lain. Bagaimana pun selepas PASFA berjaya membuka kilang menghasilkan aiskrim dan pes, lambakan buah tidak berlaku lagi. Mereka menyasarkan sebanyak 3,000 cawan aiskrim nangka dikeluarkan sehari bertujuan hanya untuk pasaran tempatan. Aiskrim nangka mempunyai penggemarnya dan usaha mempromosi akan terus dilakukan. Nangka Mastura mempunyai beberapa ciri-ciri khas hasil daripada program kacukan melibatkan 6 varieti nangka terpilih selama 6 tahun dijalankan aktiviti didalam penyelidikan. Diantara ciri yang baik pada varieti ini adalah seperti saiz buah yang besar (purata mencecah seberat 25 kg keatas sebiji), warna isi buah yang kuning keemasan dan juga mempunyai bau atau aroma yang kuat. Saya pernah menanam dan banyak kali makan nangka mastura segar yang mempunyai rasa yang manis, rangup (crunchy) , saiz ulas yang besar dan bahagian isi yang tebal. Anda boleh membaca lebih lanjut mengenai nangka mastura dengan pautan artikel saya sebelum ini (Sila klik disini). Nangka ini juga sesuai ditanam di banyak lokasi di Malaysia.
Dalam pada itu ada pula usahawan lain yang membuat Aiskrim Malaysia dengan perisa aiskrim nangka. Membuat aiskrim Malaysia memang mudah dilakukan sendiri dirumah dengan beberapa keperluan yang mudah disediakan. Bagi tujuan tersebut penulis blog memberikan resepi ais krim Malaysia perisa nangka iaitu 1 kg isi nangka, 250 gram gula pasir dan juga 1,200 ml air serta plastik aiskrim. Cara untuk membuatnya dimulakan dengan merebus nangka bersama air dan gula sehingga mendidih dan empuk. Pastikan guna nangka yang telah masak betul dari jenis yang sesuai dan warna yang menarik. Kemudian apabila nangka sudah empuk maka boleh di tutup api dan sejukkan. Kemudian perlu dikisar (blender) isi nangka bersama air rebusan tadi. Pastikan mengisar sehingga hancur dan tuangkannya ke dalam jug. Sebaiknya jika terlalu manis maka anda boleh tambahkan air masak secukupnya. Seterusnya air jus nangka tersebut di tuang didalam plastik sehingga tigasuku penoh dan kemudian dihujung plastik perlu diikat. Pastikan cara mengikat plastik aiskrim dengan ketat dan kemas. Kemudian ia dimasukkan kedalam 'freezer' peti ais sehingga ia membeku sepenohnya. dan pada keesookan harinya boleh diambil untuk dinikmati. AisKrim Malaysia perisa buah nangka ini amat mudah disediakan sama seperti perisa buah lain yang boleh dibuat seperti perisa tembikai, mangga, oren, jambu batu, nanas dan sebagainya. Diharap akan ada lebih ramai usahawan yang akan membuat aiskrim berasaskan buah-buahan tempatan dimasa akan datang. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca anim agro technology kali ini. Wasallam!....
DIMAKAN SEGAR... AISKRIM BOLEH JUGA...
MEMANG SEDAP... SELEPAS BUAT UJIRASA...
By,
M Anem,
Senior Agronoomist,
Precint 11, Putrajaya,
Wilayah Persekutuan,
Malaysia.
(3 Syaaban 1441H).

SUDAH DITANAM.... BUAH NANGKA...
TEKAM YELLOW... ADA JUGA MASTURA...DIMAKAN SEGAR... AISKRIM BOLEH JUGA...
MEMANG SEDAP... SELEPAS BUAT UJIRASA...
By,
M Anem,
Senior Agronoomist,
Precint 11, Putrajaya,
Wilayah Persekutuan,
Malaysia.
(3 Syaaban 1441H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.