Support My Blog

Thursday, March 26, 2020

FAKTA EPAL DAN KESIHATAN

EPAL (Malus domestica) merupakan sejanis buah yang sangat popular didunia daripada keluarga Rosaceae. Ia juga dipanggil apple (Inggeris) dan Tuffah (Arab) serta beberapa nama lain. Biasanya bahagian yang dimakan dan digunakan adalah buahnya yang isinya berwarna putih dengan kulitnya yang berbagai warna seperti hijau, merah, kuning, ungu dan sebagainya (Sila lihat foto diatas). Didunia sekurang-kuranya ada dilaporkan dimana sebanyak 55 juta tan epal ditanam dengan pengeluaran sebanyak 64.25 juta metrik tan (Sumber: FAOSTAT). Dianggarkan nilai ekonomi buah epal  di seluruh dunia pada tahun 2015 bernilai kira-kira USD10 bilion (RM42 bilion). Direkodkan dimana negara pengeluar epal terbesar di dunia adalah China menghasilkan kira-kira 27.51 juta metrik tan epal atau 2/5 daripada jumlah tersebut. Ini diikuti dengan USA (4.23 juta mt), Iran (2.66 jta mt), Turki (2.26 juta mt) dan beberapa negara utama lain seperti Rusia, Itali, India, Perancis, Chile dan Argentina. Kombinasi pengeluaran epal dari China dan USA merangkumi sebanyak 75% pengeluaran epal dunia. Di Malaysia memang tidak ada penanaman epal walau pun pernah dicuna di Cameroon Highland, Long Semado, Borneo Height tetapi sudah tiada dilaporkan masa kini. Indonesia menanam epal dan berjaya menghasilkan lebih 415,000 metrik tan epal terutama di Malang, Kota Batu dan juga Pasuruan. Di USA dilaporkan dimana lebih 60% daripada semua epal yang dijual secara komersil ditanam di negeri Washington. Epal yang diimport dari New Zealand dialporkan memberi saingan hebat kepada pengeluar epal daripada USA. Malaysia merupakan negara pengimport tegar buah epal dengan nilai dagangan tinggi sepanjang tahun. Buah epal merupakan sejenis buah yang mudah didapati dipasar buah, pasaraya, pasar malam, pasar tani dan kedai runcit diseluruh negara. Artikel subuh ini dalam bloh "Anim Agro Technology" saya paparkan fakta mengenai buah epal dan aspek khasiat serta kesihatan yang boleh didapati dari buah epal untuk rujukkan anda semua.


Dari segi sejarah dilaporkan dimana pokok epal berasal dari Asia Barat di mana pokok induk liarnya ditemui. Kini terdapat lebih daripada 7,500 kultivar (baka) epal yang dikenali diseluruh dunia yang ditanam dan ia mempunyai pelbagai ciri-ciri yang sesuai untuk dikomersilkan. Kultivar epal berbeza dari segi hasil tanaman dan saiz sebenar atau bentuk pertumbuhan pokoknya walaupun benihnya dibuat dari pokok penanti yang sama. Penulis blog berpeluang melawat banyak kebun epal di Indonesia, Korea, China, Jepun, Austria, Hungary, Jerman, Netherland, Czech Republic dan beberapa negara lain lagi (Sila lihat foto disebelah)Pokok epal kecil dan berdaun luruh dimana ia mampu mencapai ketinggian 3 - 12 meter dengan sstem perabangan yang lebar dan selalunya banyak ranting. Lazimnya pokok epal akan mempunyai jenis daun tersusun berselang-seli dan berbentuk bujur ringkas berukuran 5 -12 cm dan selebar 3 - 6 cm pada petiol 2 - 5 cm dengan hujungnya yang tajam. Pada daun matang biasanya dibahagian tepi bergerigi dan di bahagian bawahnya yang sedikit berbulu. Bunga epal mekar pada musim bunga dengan serentak sama dengan masa pengeluaran pucuk daun baru selepas musim sejuk. Dalam pada itu bunganya yang berwarna putih dengan baur merah jambu yang beransur pudar dan lazimnya mempunyai sebanyak lima kelopak. Bunga berukuran diameter 2.5 - 3.5 cm dan akan menghasilkan bbuah selepas proses pendebungaan. Buah epal akan masak pada musim luruh dimana ia biasanya berukuran 5 -  9 cm dengan ada bahagian teras buah epal mengandungi lima karpel yang tersusun seperti bintang lima mata. Biasanya bagi setiap satunya mengandungi 1 - 3 biji benih.


Keseluruhan buah epal adalah boleh dimakan termasuk isinya dan kulitnya kecuali bahagian bijinya boleh jejaskan sesetengah pengguna (Sila lihat foto disebelah). Selain daripada buah epal dimakan segar ia boleh dijadikan jus minuman, serbuk dan juga cuka epal. Antara produk dari buah epal seperti jus epal, cuka epal, mentega epal, jelly epal dan sebagainya. Epal merupakan jenis buah dianggap sebagai buah 'pencuci mulut' yang banyak dihidangkan di hotel, majlis perkahwinan, barang hantaran pertunangan dan sebagainya dalam masyarakat kita.  Pai Epal (apple pie) dan Epau Puree merupakan makanan yang popular berasaskan epal. Kalau sesiapa ke rangkaian restoren McDonald tentu boleh makan Apple Pie MCD yang enak dan manis. Bagaimana pun dalam penyimpanan buah epal penting diketahui dimana jika ada sebiji epal yang rosak dalam bekas maka ia didapati boleh merosakkan kesemua biji epal yang lain didalamnya. Ini kerana epal yang rosak akan keluarkan gas etilin yang mana banyak dan boleh merosakkan buah epal yang lain dengan agak cepat. Sebaiknya jika anda mempunyai simpanan buah epal yang banyak perlu selalu periksa dan buang buah epal atau asingkan buah epal yang telah rosak keluar dari dalamnya.


Buah Epal memang kaya dengan zat dan berkhasaiat dengan kandungan bahan Antioksidan, Fitonutrien, Polifenol, Vitamin C, Serat dan juga Asid Ursolik serta bahan mineral. Dalam dunia perubata dilaporkan dimana buah epal boleh mengurangkan risiko barah kolon, barah prostat dan barah barah paru-paru. Bahan antioksidan dalam buah epal dikaitkan dengan mengurangkan oksidasi lemak sel membran. Makan buah epal mampu elakan serangan jantung tersumbat kerana pengiksidan asid lemak elakkan masaalah jantung yang kronik.  Fitonutrien dalam epal mampu mengawal gula dalam darah dengan cara ia dapat menyeimbangkannya. Kndungan bahan Polifenol dalam epal juga mampu mengurangkan penyerapan glukosa dari saluran penghadaman dimana ini mampu menlakukan kawalan gula dalam darah. Epal biasa bekalkan sebanyak 8 miligram vitamin C dan bahan serat yang tinggi kepada mereka yang memakannya. Serat epal membantu pergerakan usus secara lembut dan mengurangkan akan kesan risiko barah kolon. Kajian saintis di USA melaporkan dimana terdapat banah Asid Ursolik dalam epal yang mampu mengekalkan tahap kolesterol dalam darah baik untuk ibu yang menyusukan anaknya.  


Dalam dunia perubatan juga perlu kita ketahui akan kehebatan buah epal ini. Bagi masaalah sembelit sebaiknya diambil sebiji epal dimakan selepas makan malam mampu elakan sembelit. Bagi mereka yang kekurngan darah dgalakan makan buah epal setiap hari. Bagi atasi luka yang parah diambil pembalut herba daripada belahan buah epall dan campur dengan minyak zaitun ditampal pada kulit. Masaalah cirit birit diatasi dengan ambil 7-10 biji epal dan diparut dan diberikan kepada pesakit 3 hari berturutan kemudian diikuti dengan makanan oat. Makan buah epal juga tatasi masaalah kentut selalu kerana ia akan selesakan perut anda. Selain itu buah epal didapati baik merawat kutu dikepala dengan melumatkan 4 biji bawang putih dicampur cuka epal dan disimpan dalam botol untuk fermentasi selama 8 hari. Kemudian cecair ini disapukan dikepala dan dipicit kulit kepala dimana semua kutu akan mati. Buah epal juga didakwa merawat masaalah Reumatisme, Badan terlalu kurus, masaalah sukar buang air kecil (kencing), kanak-nanak yang cirit, selsema atau Influenza dan juga sakit telinga. Bagi mereka yang ada masaalah sembelit kronik boleh makan sebiji epal sebelum tidur dan minum 500 ml air dan elakkan minum susu. Buah epal juga didakwa mampu membuang racun atau asid urik didalam badan dengan memakan epal selepas makan malam dan sebiji selepas gosok gigi pagi hari. Jika ada masaalah demam panas juga boleh dirawat dengan membuat jus epal dan diminum apabila sejuk setiap 4 jam. Sebaiknya juga diberikan air asam jawa atau air jus timun. Semuga artikel ini mampu memebri info berguna kepada anda semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!...
MAKAN EPAL... MUDAH MEMBELINYA...
BANYAK JENIS... ADA BEBAGAI WARNA...
BAGUS... VITAMIN C, ANTIOKSIDAN ADA..
AMALKAN SELALU... SIHAT SENTIASA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Persmpangan Bukit Beruang,
Bandar Melaka, Melaka,
Malaysia.
(4 RabiulAwal 1441H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...