INDUSTRI BUAH-BUAHAN DI MALAYSIA merupakan salah satu bidang sektor tanaman yang terus meningkat dengan potensi beberapa jenis buah-buahan untuk asaran domestik dan eksport. Rekod daripada Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Malaysia menunjukkan pada masa ini terdapat seluas sekitar 209,295 hektar tanaman buah-buahan dengan purata pengeluaran sebanyak 1.639 juta metrik tan (Sumber: Booklet Statistik Tanaman, Jabatan Pertanian Malaysia 2018). Tanaman pisang (Musa spp) merupakan jenis buah paling banyak dihasilkan pada tahun 2018 sebanyak 376,690 metrik tan diikuti dengan jumlah pengeluaran buah nanas (Ananas comosus) sebanyak 375,900 metrik tan pada tahu yang sama. Buah Durian (Durio zibhethinus) menduduki tempat ke 3 dengan jumlah pengeluaran sebanyak 251,950 metrik tan diikuti dengan buah tembikai sebanyak 183,815 metrik. Buah betik pula hanya menghasilkan sebanyak 88,840 metrik tan dimana ia mula pulih selepas serangan penyakit Papaya Dieback dan PSRV sebelum ini. Potensi pasaran domestik dan eksport buah-buahan dari Malaysia untuk pasaran domestik dan eksport terus berkembang dimana buah durian dan nanas serta betik dan tembikai masih mendominasi segmen pasaran eksport. Dianggarkan nilai eksport buah-buahan dari Malasyai mencecah lebih dari RM500 juta dimasa akan datang dengan sistem penanaman dan teknologi lepas tuai yang lebih baik dimasa akan datang. Beberapa dasar baru untuk pembangunan segmen buah-buahan didalam Dasar Pertanian Negara (DPN) dan Dasar Agromakanan Negara (DAN) telah dirangka dan pada saya sehingga kini Malaysia masih belum sampai ketahap membanggakan untuk proses pembangunan buah-buahan setakat hari ini. Artikel tengahari ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis dan mengupas isu industri buah-buahan dan teknologi yang berkaitan dengan perkara ini untuk bahan rujukkan semua.
Buah-buahan di Malaysia dari apa yang penulis blog rujuk dengan pihak MARDI dimana kajian teknikal dilakukan kepada 7 jenis buah-buahan penting yang dikenalpasti iaitu Buah Nanas, Betik, Tembikai (Melon), Belimbing, Pisang, Nangka dan Durian. Buah-buahan ini dilaporkan mempunyai potensi yang baik untuk pasaran domestik dan eksport seperti mana yang dijalankan sebelum ini. Nanas merupakan antara buah yang paling dominan dibangunkan dengan adalnya beberapa varieti premium seperti nanas varieti MD2, Josapine, N36 dan beberapa lagi sementara bagi buah betik pula adalah dari jenis Betik Sekaki. Bagi durian pula sudah ada varieti Musang King (D197) yang mana ia mendapat harga pasaran domestik dan eksport yang tinggi. Kini dengan adanya protokol pengeksportan durian dan nanas ke China ia memberikan ruang besar bagi pemasaran buah segar kenegara tersebut. Bagi nangka pula didapati nangka Tekam Yellow (J33) mempunyai potensi luas untuk tujuan pasaran domestik dan eksport yang luas ditanam di Pahang dan beberapa negeri lain melalui projek khas Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) kelolaan Jabatan Pertanian Malaysia. Bagi buah belimbing pula lazimnya varieti B10 dan juga B17 sementara varieti belimbing baru MARDI Bintang Mas yang baru dilancarkan akan menyusul kemudian.
Antara beberapa isu yang menjejaskan keupayaan industri buah-buahan di Malaysia adalah Penyakit Papaya Bacteria Dieback (PBD) yang menyebabkan eksport betik menurun daripada RM130.6 juta setahun kepada RM43.5 juta setahun. Bagaimana pun serangan yang bermula penghujung tahun 1900'an ini selepas serangan penyakit Papaya Ringspot Virus (PRSV) telah pulih dan terkawal sekitar tahun 2017. Ketiada varieti betik Sekaki yang kebal dan teknologi kawalan dilaporkan telah melumpuhkan industri betik negara untuk satu jangkamasa agak lama. Malaysia merupakan antara negara pengeksport utama betik di Hong Kong dan China semenjak lama dahulu. Seranagn Penyakit Moko (Banana Blood Disease) yang disebebkan oleh patogen Ralstonia solanacerum juga telah menyebabkan industri tanaman oisang negara lumpuh bermula pada tahun 2006 (Masa itu saya bertugas di Pejabat Pertanian Daerah Muar, Johor). Serangan ini menyebabkan buah pisang menjadi busuk dan pokok yang diserang akhirnya mati. Banyak kajian dan amalan agronomi dilakukan termasuk menggunakan agen mikroorganism bagi mengawal masaalah serangan penyakit moko ini. Serangan patogen Ervinia spp pada tanaman pokok buah naga melumpuhkan isndustri yang asalnya berkembang baik di Malasyia. Banyak usahawan komersil terpaksa 'gulong tikar' apabila serangan serius terhadap tanaman buah naga (Hylocerus spp) dimana ia memusnahkan banyak tanaman ini sekitar tahun 2006 - 2010.
Bagi tanaman belimbing pula serangan oleh serangga Lalat Buah dikenali (Bactocera carambolae) menyebabkan petani mesti membalut buah belimbing diperingkat awal. Ini menjadikan kos pengeluaran tinggi bagi tanaman belimbing apabila setiap biji buah belimbing ini perlu dibalut. Ada artikel menarik yang boleh dibaca tulisan saya mengenai perkara ini dalam blog ini (Sila klik disini). Kini tanaman nangka pula mash ada isu Karat Buah Nangka dan juga beberapa masaalah lepas tuai. Di Malasysia dilaporkan kadar kehilangan buah selepas diuai adalah sangat tinggi. Ini disebebkan kebanyakan buah yang dihasilkan di Malaysia adalah jenis buah tropika yang mudah rosak (perishable fruit). Teklonogi dan aplikasi lepas tuai yang rendah dan kaedah penyimpanan baik didakwa telah menyebabkan kergian dalam rantaian nilai. Kesedaran petani, pengumpul dan pengendali serta kemudahan infrastruktur asas mengenai aktiviti lepas tuai perlu dipertingkatkan. Kini perlu dipertingkatkan protokol kuarantin didalam memenuhi keperluan negara pengeksport untuk meningkatkan kapasiti eksport buah-buahan dari Malaysia. Sehingga hari ini telah ada protokol untuk buah nanas, nangka, belimbing, durian dan beberapa lagii yntuk pasaran eksport.
Agensi penyelidikan pertanian di Malaysia yang dilakukan MARDI dan beberapa universiti dan pihak swasta harus ditumpukan kepada mendapatkan varieti buahbuahan yang unggul dengan memberikan hasil berkualiti dan tingggi, tahan serangan penyakit serta cepat berhasil. Antara beberapa conto adalah membuat kajian biakbaka tanaman betik dimana Betik Eksotika 2 dihasilkan hasil penyelidikan kacukan Eksotila Line 19 dengan Eksotika Line 20 beberapa tahun untuk menghasilkan betik segar berkualiti (Sila lihat foto disebelah). Eksotika II didakwa mempunyai warna dan tekstur isi lebih menarik, rasa lebih manis serta jangkamasa simpanan yang lebih lama. Kajian mengenai amalan agronomi untuk meningkatkan hasil dengan penggunaan bahan input sesuai juga dilakukan mengikut jenis buah terpilih. Bagi nanas pula pihak MARDI berjaya menghasilkan Nanas Josapine (AC5). Josapiine adalah biakbaka kacukan antara nanas Johor dengan Nanas Sarawak yang mana kini menrupakan antara jenis nanas yang luas ditanam di Malaysia. Bagaimana pun varieti Nanas Maspine (AC4) tidak berapa luas ditanam di Malaysia dan hanya diusahakan oleh segelintir usahawan di Johor sahaja. Selain nanas MD2 yang menerima pasaran baik untuk eksport terkini nanas Josapine dan N36 juga dihantar ke Timur Tengah, jepun dan Korea sebagai pasaran baru. Banyak lagi kajian mengenai buah-buahan di Malaysi aperlu dijalankan bagi mempastikan industri ini akan terus berkembang dimasa akan datang. Semuga artikel ini mampu memberi info berguna kepada semua pembaca anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
BUAH-BUAHAN TROPIKA... DI MALAYSIA...
POTESNI DITANAM... SUDAH DIRANGKA...
DURIAN, NANAS,,, BETIK DIANTARANYA....
PASARAN EKSPORT...PERLU DITEROKA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11F, Putrajaya,
Wilayah Persekutuan,
Malaysia.
(1 Syaaban 1441H).
STAY HOME... GET RID OF COVID19!...

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.