SOM TAM (Kerabu Betik) merupakan sejenis makanan kegemaran penulis blog kalau berkunjung ke restoren makanan Ala-Thai di Malaysia. Som tam juga merupakan salah satu hidangan yang disediakan di restrien seperti ini selain daripada makanan popular mereka iaiti Tom Yam, Ikan Masak Sweet Sour, Goreng Telur Ayam, Sup Sayur, Nasi Putih, Telur Bungkus, Nasi Paprik, Nasi Goreng Kampong dan sebagainya. Somtam merupakan hidangan salad betik mentah atau mangga mentah dengan ramuan seperti kacang tanah, cili, pla ra, ketam, plum dan limau dan beberapa lagi. Ia merupakan sejenis makanan dari kategori salad dengan ia disediakan iaitu bahan utamanya betik mentah atau penulis suka juga mangga mentah. Ia adalah salad betik mentah adalah salad berempah agak pedas yang diperbuat daripada kepingan atau hirisan nipis betik mentah. Hidangan ini dulu dipercayai berasal dari Laos akan tetapi dipopularkan oleh orang di Thailand terutama di rangkaian restoren Ala-Thai dan lazim disajikan di Asia Tenggara. Di Kemboja disebut bok l'hong sementara di Laos PDR ia disebut tam som atau tepatnya tam maak hoong, di Thailand pula ia telah dikenali sebagai som tam dan di Vietnam disebut gỏi đu đủ. Dari rekod menunjukkan makanan Som tam yang disediakan ala jenis Thai masuk dalam senarai nombor 46 dari senarai 50 Jenis Makanan Paling Lazat di Dunia oleh CNN Go pada 2011. Ada satu filem semasa penulis menaiki kapalterbang yang mana hero (Mat Salleh) menjadi kuat setelah makan somtam dan mempu beraksi dan bertarung di Thailand. Artikel malam ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai hidangan som tam sebagai sakah satu makanan kegemaran penulis untuk bacaan dan rujukkan anda semua.
Makanan som tam memang ianya sedia menggabungkan lima utama rasa utama dari masakan tempatan iaitu masam limau, pedas cili, sos ikan masin, savuri dan kemanisan ditambah oleh gula melaka. Bahan-bahan yang diadun secra tradisional penyediaannya akan ditumbuk dalam lesung batumenjadikan ia selalu dipanggil sebagai "masam yang ditumbuk". Betik muda yang dipetik daripada pokok sesuai digunakan dan memang tidak menggunakan betik hampir masak kerana warnanya adalah putih susu sahaja. Betik muda ini tidak manis sebaliknya selalu memberikan sedikit rasa masam dengan ia mempunyai tekstur isi yang kuat, teguh dan kadang-kadang mencapai satu tahap kerangupan sesuai (crispy texture). Secara tradisional buah betik ini juga ditumbuk dalam lesung batu sehingga dapa bertahan lama dan elok teksturnya. Betik muda ini masih bergetah ketika dipetik dan kulit luar berwarna hijaunya perlu dibuang dengan menggunakan alat seperti pemgupas kulit (peeler). Kemudian dengan pisau ia akan diracik-racik halus atau menggunakan alat penghilis khusus (Sila lihat foto disebelah). Bagaimana pun resepi membuat som tam ini ada berbagai cara sama ada ia disediakan dengan bahan asas atau pun dicampur dengan pelbagai ramuan lain yang disukai. Bagaimana pun yang paling selalu diubahsuai adalah 'tahap kepedasan' yang mana ia ditentukan oleh jenis cili api yang digunakan dan julah yang dimasukkan dalam som tam ini. Lagi hendakkan rasa 'super pedas giler' maka tambahlah jumlah cili api didalamnya. Kalau ke restoren Ala-Thai di Malaysia mereka berikan kepedasan yang sederhana sahaja tetapi boleh beritahu jika anda hendakan yang super pedas atau kurang pedas semasa membuat tempahanan makanan.
Resepi pertama yang saya paling suka adalah som tam mangga muda yang mana ia memang paling enak sekali. Ia merupakan sejenis makanan mudah disediakan dan cepat. Bahan-bahannya adalah 3 biji mangga muda (apa jenis pun boleh tetapi saya selalu gunakan mangga epal kerana ia kurang masam dan seratnya juga adalah halus), 3 - 4 tangkai kacang panjang perlu di potong dalam 2 inci, 1 biji buah tomato-potong baji, 4 biji cili padi kalau hendak tanbah pedas boleh tambah lagi, 2 peket kecil udang kering yang digoreng tanpa minyak), 1/2 cawan kacang tanah yang di goreng tanpa minyak, 2 sudu gula somtan, sos ikan secukupnya, 2 biji limau nipis dan di ambil airnya. Cara-cara menyediakan somtam mangga adalah dengan mengupas mangga mentah dan isinya di racik halus dan dimasukkan didalam bekas. Kemudian masukkan cili padi dalam lesung ditumbuk atau dilumatkan sehingga hancur dan masukkan udang kering serta tumbuk hati-hati sahaja. Seterusnya dimasukkan kacang panjang yang mesti tumbuk manja. Kemudian dimasukkan tomato baji dan ia di tumbuk manja juga. Masukkan gula somtam-lenyekkan semua bahan. Masukkan sos ikan dalam 2 sudu kedalam ramuan dan kemudian dimasukkan air perahan limau. Kemudian di tuangkan kesemua bahan ramuan yang di tumbuk kedalam bekas berisi parutan mangga. Buat beberapa kali gaul rata sebelum dibuat ujirasa mengenai citarasa masin, manis dan masam secukupnya. Kemudian dimasukkan kedalam mangkuk untuk di taburkan kacang tanah diatasnya dan dihidangkan.
Bagi resepi ke dua iaitu Som Tam Betik Muda Ala Thai perli disediakan bahan iaitu 1 biji betik mengkal saiz kecil seeloknya ada warna), 1 biji mangga muda, 1 sudu udang kering yang ditumbuk kasar, 5 sudu kacang goreng ditumbuk kasar, 2 sudu sos ikan, 1 sudu gula, 7 biji limau kasturi yang mesti diambil jusnya, garam secukup rasa (jika perlu), Sementara iru bahan-bahan kedua adalah untuk dikisar iaitu 3 batang kacang panjang, 2 kuntum bunga kantan, 8 biji cili api, 3 biji cili merah, 2 biji bawang besar, 2 tangkai daun ketumbar dan juga 1 biji tomato. Cara menyediakan dan memasak som tam betik dengan mbuangkan kulit betik dan mangga. kemudian racik memanjang. Campurkan betik, mangga, kacang panjang, tomato, cili , udang kering, kacang goreng, bunga kantan, daun ketumbar dan bawang besar masukkan sos ikan, gula dan jus limau dan gaulkan sehingga rata dan kemudian diisikan kerabu mangga kedalam pinggan dan boleh dimakan segera. Resepi ketiga adalah menyediakan Kerabu Betik (Som Tam) yang paling enak. Bahan-bahan diperlukan terdiri dari Bahan A iaitu 1 biji betik mengkal (Saiz kecil), 1 biji mangga muda, 2 sudu makan sos ikan , 7 biji limau kesturi (Diambil jusnya), 1 sudu makan udang kering (Ditumbuk kasar), 5 sudu makan kacang tanah (Digoreng dan ditumbuk kasar), 1 sudu makan gula serta garam secukupnya. Bagi bahan B (Dihiris) adalah 3 batang kacang panjang, 2 kuntum bunga kantan, 8 biji cili api, 3 biji cili merah, 2 labu bawang besar dan 2 pokok daun ketumbar. Cara menyediakan dan memasak dengan mngupas kulit betik dan mangga. Kemudian diracik secara memanjang. Gaulkan sos ikan, gula, dan perahan limau kesturi. Kacau rata. Kemudian di campurkan betik, mangga, udang kering, kacang tanah, gula, garam dan bahan B. Gaul sehingga rata. Masukkan dan gaulkan campuran sos ikan tadi dan gaul rata sekali lagi. Somtam betik ini sudah sedia dihidangkan. Semuga anda smeua mendapat info berguna dari anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
MAKANAN SOM TAM... PELBAGAI RASA...
MASAM, PEDAS... MANIS SEMUA ADA...
BAHAN MURAH...SENANGNYA DISEDIA...
MAKANAN SALAD... DI INDOCHINA ASALNYA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Persimpangan Bukit Beruang,
Bandar Melaka, Melaka,
Malaysia.
(16 JamadilAwal 1441H).

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.