Support My Blog

Monday, March 9, 2020

INDUSTRI KELULUT MAMPU CAPAI BILLION RINGGIT

INDUSTRI TERNAKAN KELULUT (Trigina spp) didakwa mampu mencapai jualan sehingga nilai RM3.03 bilion setahun!. Itulah laporan BERNAMA pada 3 Mac 2020 yang dipaparkan menunjukkan satu potensi terbaik kepada industri yang semakin ramai usahawan muda terlibat. Berita daripada Kuala Nerus, Terenggani ini menyatakan dimana industri ternakan kelulut di Malaysia berpotensi mencapai anggaran jualan maksimum sebanyak RM3.03 bilion setahun sekiranya industri tersebut terus dikembangkan dan ianya terus dimajukan. Penulis blog yang telah banyak menulis artikel mengenai kelulut mendapati berita ini memang ada kebenarannya apabila lebih ramai usahawan yang telah mempelajari ilmu penternakan kelulut di Malaysia melalui beberapa Jabatan Kerajaan dan pihak swasta. Anda boleh membaca berpuloh artikel mengenai kelulut dalam tulisan saya dengan pautan (Sila klik disini)(Sila klik disini), (Sila klik disini) dan banyak lagi. Menurut Pensyarah Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Pembangunan Sosial Universiti Malaysia Terengganu (UMT) Profesor Dr Nur Azura Sanusi berkata jumlah tersebut berdasarkan anggaran pengambilan madu kelulut oleh setiap rakyat Malaysia iaitu sebanyak 330 gram dalam tempoh setahun. Didakwa pada ketika ini nilai jumlah pasaran yang telah dicapai dalam industri kelulut negara hanya RM33.6 juta, sedangkan potensi pasaran yang boleh diteroka sebenarnya jauh lebih tinggi iaitu RM67.2 juta. Perkara Ini membuktikan industri ternakan kelulut di Malaysia sangat berpotensi dijadikan sebagai sumber pendapatan untuk meningkatkan taraf sosio-ekonomi dalam kalangan pengusahanya iaitu sama ada secara kecil-kecilan atau ternakan komersial. Bagaimana perlu ada perancangan yang betul didalam industri ini melibatkan semua pihak daripada mereka yang mengendalikan bajet tahunan (kerajaan dan swasta), teknologi, baka kelulut, kawalan kualiti madu kelulut, promosi dan insentif yang sesuai dalam industri ini. Artikel tenngahari ini dala blog "Anim Agro Technology" saya paparkan ulasan laporan Bernama mengenai potensi industri ternakan kelulut yang bernilai tinggi untuk bahan rujukkan anda semua.

Artikel tersebut menyebut dimana Prof Dr Nur Azura yang juga merupakan seorang daripada Ahli Jawatankuasa Penyediaan Pelan Pembangunan Industri Kelulut Negara 2020-2030 dimana ia telah dilancarkan November tahun lepas ada menyatakan ia sebagai antara usaha kerajaan untuk mengangkat industri kelulut sebagai sumber pendapatan baharu yang mampan dan kukuh. Dakwanya berdasarkan data Jabatan Pertanian pada 2017 dilaporkan dimana pengeluaran madu kelulut di Malaysia adalah 134,244 kilogram (kg) dengan nilai jualan RM19.3 juta manakala produk hiliran seperti sabun dan krim kecantikan merekodkan nilai jualan RM143,000 dan ia terus meningkat saban tahun. Bagaimanapun dakwanya jumlah pengeluaran itu masih sangat kecil berbanding permintaan pasaran iaitu 802,962kg dengan nisbah hampir enam kali ganda. Oleh itu bagi meningkatkan lagi pengeluaran madu kelulut, beberapa strategi telah dikenal pasti antaranya bantuan daripada jabatan dan agensi kerajaan kepada pengusaha termasuk kursus dan bimbingan keusahawanan. Dalam pada itu masih terdapat keperluan untuk mewujudkan pusat pengumpulan madu kelulut sebagai satu pusat sehenti yang menjadi rujukan dari segi piawaian, ketulenan dan pensijilan bagi memastikan semua pengusaha mematuhi spesifikasi yang telah ditetapkan dan secara tidak langsung memberi keadilan kepada pengguna. Dalam pada itu menyentuh aktiviti pengeksportan madu kelulut, Nur Azura berkata sehingga 2018, Malaysia telah mengeksport 100kg madu kelulut ke Jepun, 300kg ke Singapura dan 500kg lagi ke India, Taiwan dan China. Sehingga tahun tersebut, tiada aktiviti import melibatkan madu kelulut di seluruh negara direkodkan. Industri itu menghadapi beberapa cabaran di peringkat pasaran dunia antaranya disebabkan masih banyak negara belum dapat mengiktiraf madu kelulut sebagai satu daripada jenis madu memandangkan rasanya yang masam dan berbeza dengan madu lebah. Rasa unik tersebut boleh menjadi salah satu kelebihan untuk tujuan mempromosi madu kelulut secara meluas serta boleh  menggambarkan ciri-ciri Malaysia di dalamnya dan ia juga merupakan antara strategi promosi industri pelancongan.

Pada penulib blog Lebah Kleulut atau dikenali dengan 'Stingless Bee' kini merupakan satu perkara yang menjadi sebutan ramai kerana Madu Kelulut telah diistihar sebagai "Super Food Malaysia" oleh Perdana Manteri pada 18 September 2016. Datuk Seri Najib Razak, hari ini melancarkan kempen 'Mulakan Hari Anda Dengan Madu' bagi menggalakkan pengambilan madu tempatan setiap hari sebagai makanan kesihatan tambahan bagi rakyat Malaysia. Kempen itu bertujuan menimbulkan kesedaran orang ramai mengenai nilai-nilai nutrien dan manfaat madu dalam membantu mengekalkan kesihatan dan meningkatkan kecergasan diri, menurut kenyataan daripada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, berkata Malaysia akan mengadakan promosi secara besar-besaran supaya madu kelulut Malaysia diterima di peringkat Pertubuhan Makanan dan Pertanian sebagai 'super food' Malaysia yang pertama. Madu kelulut (Trigona spp) sememangnya mempunyai banyak khasiat. Perkara ini adalah disebabkan lebah kelulut lebih kecil berbanding lebah biasa seperti Lebah Keran (Apis cerana) atau Lebah Import (Apis mellifera) dan Lebah Tualang (Apis dorsata). Kajian saintis mendapati bagaimana pun dilaporkan lebah kelulut mampu menghisap nektar daripada bunga sehingga kepada ruang paling dalam dalam bunga kerana saiznya yang kecil. Penulis mengesahkan daripada tinjauan dibanyak lokasi dimana kelulut mampu untuk menghasilkan madu daripada nektar yang dihisap mengandungi lebih banyak vitamin dan mineral. Antara bahan penting lain yang dihasilkan oleh kelulut ialah propolis. Propolis dihasilkan oleh lebah melalui campuran air liurnya dengan bahan makanannya seperti debunga, kulit kayu, pucuk-pucuk pokok dan bunga. Anak-anak lebah kelulut dan kokun sangat sensitif kepada masaalah serangan virus, kulat dan serangga perosak. Oleh itu untuk memastikan sarang sentiasa bersih, steril dan kondisi terkawal, lebah kelulut menghasilkan propolis yang berfungsi sebagai antikulat, antivirus dan antibakteria. Khasiat propolis ialah mengandungi kesemua 16 jenis Asid amino, glukosa, vitamin A,B,C,D dan E, bioflavanoid dan pelbagai mineral. Bioflavanid sangat baik untuk kelancaran dan baik pulih sistem tubuh manusia dan ternakan.


Merujuk kepada beberapa hasil dari penyelidikan yang dilakukan oleh beberapa pihak penulis blog mendapati kehadiran madu kelulut kini telah memberi nilai tambah kepada bekalan madu tempatan dan madu import yang menyebabkan permintaan melebihi bekalan. Ini kerana didapati madu lebah diketahui mengandungi bahan Anti-oksidan yang tinggi dan ia amat baik untuk kesihatan. Kajian telah dilakukan di Mardi menunjukkan madu kelulut mempunyai nilai dalam perubatan tertentu. Kajian awal yang dilakukan di Pusat Penyelidikan Teknologi Makanan, Mardi menunjukkan kandungan seperti Asid fenilpropanaoik, Asid protocatechuik dan Asid 4-hidroksifenilasetik adalah di antara bahan utama yang telah berjaya dikenalpasti dalam madu kelulut. Bahan-bahan ini tergolong dalam kumpulan Asid fenolik bebas dan kehadirannya dalam madu kelulut memberikan jumlah khasiat yang signifikan. Asid fenolik bebas merupakan bahan aktif yang boleh bertindak sebagai Antikanser dan juga sebagai Antioksidan dimana bahan ini lebih mudah untuk diserap dalam tubuh manusia berbanding bahan aktif lain seperti flavonoid. Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) juga telah merekodkan bahawa madu mempunyai khasiat dari segi perubatan. Kajian makmal telah dilakukan ke atas tikus yang telah disuntik dengan diabetes dimana ia kemudian menunjukkan madu berupaya untuk menurunkan glukosa. Selain daripada itu madu kelulut didapati mampu untuk mengurangkan kerosakan fungsi ginjal dan ia juga dapat mengurangkan stress aksidatif. Selain itu kajian pada tikus yang telah di buang ovari untuk kajian menapous juga telah menunjukkan madu kelulut ini mampu mengurangkan atrofi pada uterus dan vagina serta meningkatkan ketebalan trabekular tulang yang mana bermakna ia membantu manguatkan tulang melalui penyerapan kalsium. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca anim agro technology kali ini. Wasallam!...
 INDUSTRI KELULUT... POTENSINYA ADA...
DISELURUH NEGARA... BOLEH LAKSANA...
ORANG BIASA...DAN GOLONGAN MUDA...
SESUAI DI MAJUKAN... UNTUK NEGARA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precing 11, Putrajaya,
Wilayah Persekutuan,
Malaysia.
(6 Rejab 1441H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...