Support My Blog

Tuesday, March 31, 2020

KHASIAT BIJI BETIK

BIJI BETIK (Carica papaya Linn) adalah biji lazimnya ia berwarna kehitaman yang terdapat didalam buah betik (Sila lihat foto diatas). Betik adalah sejenis tanaman jenis buah-buahan tropika yang ditanam di Malaysia untuk tujuan domestik dan ekspot dari keluarga Caricaceae. Selain daripada pasaran domestik, betik dari Malaysia dieksport krlur negara seperti Singapura, Hong Kong dan beberapa negara lain. Betik merupakan buah yang dimakan segar dan juga diproses untuk dijadikan jeruk, sos dan pelbagai produk lain berasaskan buah betik. Penanaman betik untuk penghasilan papain juga dilakukan dibeberapa negara. Papain adalah bahan yang mempunyai nilai pasaran yang baik. Begaimana pun baru-baru ini diperkatakan bagaimana BIJI BETIK ini boleh dimenafaatkan untuk kesihatan. Semakan penulis mendapati tanaman betik di Malaysia pada tahun 2010 dilaporkan seluas 3,403 hektar dengan hasil sebanyak 49,790 metrik tan. Tanaman betik paling luas di tanam di Kedah (1,274 hektar) dengan Daerah Padang Terap merupakan daerah paling luas menanam betik iaitu seluas 1,224 hektar pada tahun 2010. Negeri lain yang luas menanam betik adalah Pahang (845 hektar di Daerah Temerloh dan Bentong) dan Negeri Johor (345 hektar – Daerah Muar dan Segamat). Tanaman betik juga dikenali juga sebagai 'paw-paw', Gandul (Indonesia), Papaya (English) dan pelbagai lagi iaitu merupakan sejenis tumbuhan herba jenis saka yang hidup sederhana singkat. Tanaman ini dipercayai berasal dari West Indies atau Mexico. Betik mengandungi banyak vitamin, zat2 galian dan dapat membentu mencernakan serta elakan sembelit. Artikel kali ini penulis berbicara dalam "Anim Agro Technology" tentang khasiat dan bagaimana menggunakan biji betik sebagai bahan yang berkhasiat.

Buah betik yang matang lazimnya akan menghasilkan biji yang banyak (Sila lihat foto disebelah). Buah betik jenis hermaprodit ini mempunyai bentuk buah yang sesuai untuk dipasarkan berbanding dengan buah betik betina. Pokok betik jantan lazimnya tidak mengaluarkan buah betik sebaliknya hanya bunga sahaja. Biji betik lazimnya berbentuk bulat dengan ada lendir disekelilingnya dan berwarna kelabu kehitaman. Jika dikeringkan dengan menjemur maka ia meninggalkan biji berwarna hitam dengan kulit tidak rata (Sila lihat foto disebelah). Biji betik boleh digunakan untuk bahan tanaman (biji benih) dengan menyemainya menggunakan sistem tapak semaian untuk penanaman. Pemilihan biji betik daripada varieti terpilih boleh dilakukan sendiri oleh petani yang faham dan mempunyai kemahiran. Pada masa ini mungkin tidak banyak yang tahu bahwa biji betik (Juga sering dipanggil sebagai 'papaya') yang selalunya dibuang selepas makan buahnya mempunyai segudang atau banyak manfaat. Beberapa laporan yang penulis baca menyatakan biji betik mampu untuk menyingkirkan racun-racun yang terkumpul dan melekat pada usus dan hati manusia. Kajian oleh beberapa saintis juga menyatakan bahawa racun boleh menumgumpul atau melekat pada usus dengan jumlah berat terkumpul sehingga 8 kilogram dalam usus manusia. Betulkan ia sebanyak itu?. Ini merupakan dakwaan umum mengenai perkara tersebut yang pernah kita dengar. Kalau 8 kg itu agaknya jumlah keseluruhan berat usus manusia. Tetapi fakta ini boleh disemak daripada sumber yang lebih dipercayai.

Laporan juga ada menyatakan bahawa ekstrak biji betik didakwa mampu untuk melindungi ginjal dari racun yang merbahaya kepada kegagalan fungsi buah pinggang. Ini kerana didakwa bahawa biji betik juga mampu untuk membunuh parasit dalam bersarang dalam sistem pencernaan dalam badan manusia. Biji betik juga mengandung zat antikolesterol yang hebat dan ia boleh dimanafaatkan. Sesiapa yang makan buah betik dan ekstrak biji betik juga mendapat faedah sebagai antioksidan dalam darah dan mendapatkan zat nutrisi daripada buah betik. Makan buah betik mampu meningkatkan sistem pencernaan dan mudah untuk buang air besar. Dalam laporan tersebut dinyatakan mengenai jus biji buah betik secara signifikan dapat menurunkan kadar kolesterol dan LDL (Low density Lipoprotein). Ia juga dilaporkan mampu meningkatkan kadar HDL (High Density Lipoprotein). Ekstrak biji betik ini memiliki kandungan alkaloid, flavonoid, tanin, saponin anthraquinones dan anthocyanocides. Lazimnya dengan adanya kandungan ekstrak tersebut daripada biji pepaya ini mempunyai kesan iaitu 'hipolipidemia' dan 'antioksidan' dalam darah yang luar biasa. Kesan daripada hipolipidemia ini adalah ianya sangat berguna bagi rawatan terapi alternatif hiperlipidemia yang disebabkan adanya lemak tepu atau kolesterol dalam jumlah terlalu tinggi. Kandugan Saponin yang ada dalam biji betik juga memberi manfaat untuk menurunkan aktiviti kolesterol serum seperti tindakbalas resin. Ia mampu untuk tujuan mengurangkan peredaran (circulation) Enterohepatik iaitu dalam organ Hempedu.

Apa yang didapati melalui tindakbalas dan juga reaksi pengoksidanan antara kolesterol LDL ini maka dapat ianya menurunkan kadar kolesterol dalam darah. Ini memjadikan kandungan Fitokimia memiliki peranan aktif bagi pencegahan penyakit. Sementara Flavonoid merupakan antioksidan yang dapat untuk menangkap radikal bebas. Bagaimanakah cara-cara untuk menggunakan biji betik yang didakwa dan menyihatkan itu?. Ada dua cara dicadangkan sesuai mengambil khasiat daripada biji betik. Pertama dengan mengambil biji betik dan kemudian dikisar dengan 'blender' sehingga hancur dan disajikan seperti kita membuat jus buah-buahan. Bagi menambah perisa jus tersebut boleh ditambahkan bahan seperti gula, garam dan sebagainya. Cara kedua adalah dengan cara mengambil biji betik dan mengeringkannya dan kemudian mengisar dengan blender. Kemudian ramuan tersebut ditapis dan dicampur dengan air panas seperti kita bancuhan kopi. Langkah yang harus dilakukan bagi kaedah kedua dengan mengambil biji betik dan basuh biji betik sehingga bersih dan kemudian dijemur 2-3 hari. Setelah biji kering ia dikisar atau ditumbuk biji betik tersebut sehingga menjadi serbuk. Kemudian ambil satu sudu teh serbuk dan campur dengan satu gelas air suam. ia boleh dicampurkan dengan madu atau sedikit gula agar rasanya lebih nikmat. Bagi menambah keenakkan maka jus tersebut boleh dicampur dengan isi betik dan diminum 1-2 gelas jus biji pepaya tersebut setiap hari. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pem Wasallam!.
BUAH BETIK...ADA BANYAK BIJINYA...
BOLEH DIKISAR...SERBUK JADINYA...
DICAMPUR AIR... JUS DIMINUMNYA...
BADAN SIHAT... JADI AMALAN SEMUA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,Expert
Precint 11F, Putrajaya,
Wilayah Persekutuan
Malaysia.
(4 Syaaban 1441H)
DUDUK RUMAH... ELAKKAN DARI PANDEMIK COVID-19!.

Monday, March 30, 2020

MANGGA SALA - KENALI DIA

MANGGA SALA (Mangifera indica) merupakan slah satu varieti mangga yang semakin popular di Malaysia. Gelaran diberikan kepada mangga sala adalah 'Perlis Sunshine'. Mangga Sala lebih popular dikalangan orang utara terutama di Kedah dan Perlis dimana rekod daripada Jabatan Pertanian Kedah menunjukkan mangga ini agak banyak ditanam di kedua-dua negeri tersebut sebagai pilihan lain kepada mangga premium Harumanis (MA128). Penulis blog ada banyak menulis artikel mengenai mangga sala didalam artikel sebelum ini yang boleh dicapai melalui pautan berikut (Sila klik disini), (Sila klik disini) dan beberapa artikel lagi. Mangga sala ini masih belum didaftarkan lagi dengan Jabatan Pertanian didalam Plant Variety National Listing dan ia dipercayai sejenis mangga daripada negara jiran Thailand. Mangga ini pernah dijadikan sebagai satu pilihan di Kedah dan Perlis sebagai varieti yang digalakkan untuk ditanam bersama-sama dengan mangga harumanis. Ini kerana wamau pun ia ditanam bersama akan tetapi mangga ini mempunyai daya ketahanan yang lebih baik dari segi serangan penyakit dan perosak serta mampu menghasilkan buah dengan kuantiti penghasilan yang lebih banyak. Bagaimana pun diperingkat awal perlaksanaannya dilaporkan ramai petani menolak rancangan tersebut kerana apabila tiba musimnya ia mampu berbuah banyak sehingga harga jualan diperingkat ladang kurang dari RM1.00 sekilogram. Harga murah tersebut menyebabkan petani di utara lebih memilih tanaman mangga harumanis yang mampu mencecah sebingga lebih RM40.00 sekilogram pada musim tertentu. Apa pun penulis blog amat gemar makan buah mangga sala ini kerana dari segi kualiti permakanan ia hampir setanding dengan mangga premium lain kecuali aromanya sahaja yang kurang. Artikel subuh ini sempena duduk rumah akibat arahan Perintah Larangan Keluar Rumah disebebkan oleh Virus Covid19 saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai buah mangga sala sekadar dijadikan bahan bacaan dan rujukkan anda semua. 


Mangga Sala ini atau Perlis Sunshine memang sejenis mangga yang sesuai ditanam di negeri utara Semenanjung Malaysia. Tinjauan penulis blog yang pernah membeli buah mangga sala di Pasat Tani Putrajaya menunjukkan ia dijual dengan harga RM10.00 untuk 4 kilogram dimana kalau dikira hanya RM2.50 sekilogram iaitu jauh lebih murah daripada jualan runcit mangga harummanis yang ada dijual bersebelahan. Kemungkinan kerana isinya yang berwarna putih pucat menyebabkan orang kebanyakan kurang suka dengan mangga sala berbanding dengan mangga lain yang isinya kuning oren. Penanaman mangga ini boleh menggunakan biji buah atau anak benih cantum yang ada dijual di nurseri atau beli sahaja daripada pembekal yang mempunyai skim persijilan SPBT (Skim Pengesahan Bahan Tanaman) daripada Jabatan Pertanian. Benih mangga sala memang murah dan mudah didapati di negeri utara Semananjung Malaysia dengan harga berpatutan. Kerja-kerja penyediaan kawawan dengan membajak dan menyediakan lubang penanaman dengan jarak 6m x 6m. Setiap lubang diberikan baja asas dan baja organik dan sebelum penanaman. Pokok mangga ini dijaga dengan baik seperti aktiviti penyiraman, pembajaan dan kawalan rumpai serta kawalan perosak dan penyakit. Pokok akan berbuah dalam masa 3-5 tahun selepas ditanam bergantung kepada penjagaan tanaman. Buah ini merupakan sejenis pokok buah bermusim yang mana berbuah setahun sekali walau pun ada sesekali ia berbuah diluar musim. Kelebihan mangga sala adalah kadar lekat putik buah yang tinggi menjadikan hasilnya adalah tinggi.


Antara ciri-ciri buah mangga sala adalah dimana ia masak berwarna hijau kulitnya. Buah yang matang lazimnya mempunyai berat sekitar 350 - 450 gram dimana ada juga dilaporkan mencapai sehingga 1 kg beratnya. Isi buah mangga sala berwarna kuning pucat dengan rasa manis dan masam dan penulis blog suka makan buah yang agak masam ini. Kemungkinan rasa masam ini yang menyebabkan ramai pengguna tidak berapa suka. Faktur harga yang murah memnyebabkan ramai pengusaha jeruk mangga akan mengambil mangga sala sebagai salah satu varieti mangga yang sesuai untuk diproses. Syarikat Jeruk Pak Ali diantara syarikat yang sangat popular menghasilkan jeruk buah mangga dimana salah satu daripada jenis mangga yang ada digunakan adalah jenis mangga sala. Mangga sala kurang masaalah penjagaan kerana ia kurang aspek serangan serangga dan penyakit. Selain daripada dimakan segar mangga ini sesuai juga dimakan dengan pulut mangga dengan santan yang sesuai untuk hidangan. Pada penulis blog buah mangga sala yang masih belum matang sesuai juga dipotong-potong dan dimakan dengan kicap atau garam dan enak sekali dimakan dengan serbuk asam boi. Sebuah syarikat di Perlis berjaya membuat MeeGo iaitu sejsni mee kuning yang mencampur mangga sala sebagai ramuannya.


Mangga ini walau pun dijual dengan harga agak rendah akan tetapi ia akan menjadi mahal apabila dijual diluar musim buah mangga. Daripada tinjauan mendapati jika pokok dijaga dengan baik dan mumim mengena hasil setiap pokok yang matang mencecah pulohan malahan ada beratus-ratus biji malahan ada melaporkan pokok dewasa tuaian buah boleh mencecah ribu biji. Buah ini jika dijaga baik kurang serangan ulat pengorek buah tidak sama seperti buah mangga harumanis yang perlu dibalut untuk elakkan serangan lalat buah (Daucus spp). Ini menjadikan kes buah mangga sala yang rosak akibat ada ulat didalam buah adalah rendah. Penuaian buah mangga sala juga mudah dilakukan sebelum ianya dikumpulkan dan dibuat penggredan mengikut saiz dan tahap kematangan (Sila lihat foto disebelah). Buah yang difgredkan ini akan dimasukkan kedalam bakul sebelum dihantar kelokasi pasaran termasuk disekitar Lembah Kelang. Kepada mereka yang berminat untuk menanam mangga sala ini boleh mendapatkan benih daripada surseri bertauliah. Anda juga boleh menanam mangga sala didalam pasu besar yang boleh berbuah dalam masa singkat sahaja. Semuga artikel ini mampu memberi info berguna kepada pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam...!!
MENGENALI MANGGA...VARIETI SALA...
BANYAK DITANAM... DI NEGERI UTARA...
KULIT HIJAU... AMAT MANIS RASANYA...
SUDAH MUSIM... JANGAN LUPA BELINYA..

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
Wilayah Persekutuan,
Malaysia.
(26 Rejab 1441H).

Sunday, March 29, 2020

INDUSTRI BUAH DAN TEKNOLOGI DI MALAYSIA

INDUSTRI BUAH-BUAHAN DI MALAYSIA merupakan salah satu bidang sektor tanaman yang terus meningkat dengan potensi beberapa jenis buah-buahan untuk asaran domestik dan eksport. Rekod daripada Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Malaysia menunjukkan pada masa ini terdapat seluas sekitar 209,295 hektar tanaman buah-buahan dengan purata pengeluaran sebanyak 1.639 juta metrik tan (Sumber: Booklet Statistik Tanaman, Jabatan Pertanian Malaysia 2018). Tanaman pisang (Musa spp) merupakan jenis buah paling banyak dihasilkan pada tahun 2018 sebanyak 376,690 metrik tan diikuti dengan jumlah pengeluaran buah nanas (Ananas comosus) sebanyak 375,900 metrik tan pada tahu yang sama. Buah Durian (Durio zibhethinus) menduduki tempat ke 3 dengan jumlah pengeluaran sebanyak 251,950 metrik tan diikuti dengan buah tembikai sebanyak 183,815 metrik. Buah betik pula hanya menghasilkan sebanyak 88,840 metrik tan dimana ia mula pulih selepas serangan penyakit Papaya Dieback dan PSRV sebelum ini. Potensi pasaran domestik dan eksport buah-buahan dari Malaysia untuk pasaran domestik dan eksport terus berkembang dimana buah durian dan nanas serta betik dan tembikai masih mendominasi segmen pasaran eksport. Dianggarkan nilai eksport buah-buahan dari Malasyai mencecah lebih dari RM500 juta dimasa akan datang dengan sistem penanaman dan teknologi lepas tuai yang lebih baik dimasa akan datang. Beberapa dasar baru untuk pembangunan segmen buah-buahan didalam Dasar Pertanian Negara (DPN) dan Dasar Agromakanan Negara (DAN) telah dirangka dan pada saya sehingga kini Malaysia masih belum sampai ketahap membanggakan untuk proses pembangunan buah-buahan setakat hari ini. Artikel tengahari ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis dan mengupas isu industri buah-buahan dan teknologi yang berkaitan dengan perkara ini untuk bahan rujukkan semua.


 Buah-buahan di Malaysia dari apa yang penulis blog rujuk dengan pihak MARDI dimana kajian teknikal dilakukan kepada 7 jenis buah-buahan penting yang dikenalpasti iaitu Buah Nanas, Betik, Tembikai (Melon), Belimbing, Pisang, Nangka dan Durian. Buah-buahan ini dilaporkan mempunyai potensi yang baik untuk pasaran domestik dan eksport seperti mana yang dijalankan sebelum ini. Nanas merupakan antara buah yang paling dominan dibangunkan dengan adalnya beberapa varieti premium seperti nanas varieti MD2, Josapine, N36 dan beberapa lagi sementara bagi buah betik pula adalah dari jenis Betik Sekaki. Bagi durian pula sudah ada varieti Musang King (D197) yang mana ia mendapat harga pasaran domestik dan eksport yang tinggi. Kini dengan adanya protokol pengeksportan durian dan nanas ke China ia memberikan ruang besar bagi pemasaran buah segar kenegara tersebut. Bagi nangka pula didapati nangka Tekam Yellow (J33) mempunyai potensi luas untuk tujuan pasaran domestik dan eksport yang luas ditanam di Pahang dan beberapa negeri lain melalui projek khas Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) kelolaan Jabatan Pertanian Malaysia. Bagi buah belimbing pula lazimnya varieti B10 dan juga B17 sementara varieti belimbing baru MARDI Bintang Mas yang baru dilancarkan akan menyusul kemudian.


Antara beberapa isu yang menjejaskan keupayaan industri buah-buahan di Malaysia adalah Penyakit Papaya Bacteria Dieback (PBD) yang menyebabkan eksport betik menurun daripada RM130.6 juta setahun kepada RM43.5 juta setahun. Bagaimana pun serangan yang bermula penghujung tahun 1900'an ini selepas serangan penyakit Papaya Ringspot Virus (PRSV) telah pulih dan terkawal sekitar tahun 2017. Ketiada varieti betik Sekaki yang kebal dan teknologi kawalan dilaporkan telah melumpuhkan industri betik negara untuk satu jangkamasa agak lama. Malaysia merupakan antara negara pengeksport utama betik di Hong Kong dan China semenjak lama dahulu. Seranagn Penyakit Moko (Banana Blood Disease) yang disebebkan oleh patogen Ralstonia solanacerum juga telah menyebabkan industri tanaman oisang negara lumpuh bermula pada tahun 2006 (Masa itu saya bertugas di Pejabat Pertanian Daerah Muar, Johor). Serangan ini menyebabkan buah pisang menjadi busuk dan pokok yang diserang akhirnya mati. Banyak kajian dan amalan agronomi dilakukan termasuk menggunakan agen mikroorganism bagi mengawal masaalah serangan penyakit moko ini. Serangan patogen Ervinia spp pada tanaman pokok buah naga melumpuhkan isndustri yang asalnya berkembang baik di Malasyia. Banyak usahawan komersil terpaksa 'gulong tikar' apabila serangan serius terhadap tanaman buah naga (Hylocerus spp) dimana  ia memusnahkan banyak tanaman ini sekitar tahun 2006 - 2010.


Bagi tanaman belimbing pula serangan oleh serangga Lalat Buah dikenali (Bactocera carambolae) menyebabkan petani mesti membalut buah belimbing diperingkat awal. Ini menjadikan kos pengeluaran tinggi bagi tanaman belimbing apabila setiap biji buah belimbing ini perlu dibalut. Ada artikel menarik yang boleh dibaca tulisan saya mengenai perkara ini dalam blog ini (Sila klik disini). Kini tanaman nangka pula mash ada isu Karat Buah Nangka dan juga beberapa masaalah lepas tuai. Di Malasysia dilaporkan kadar kehilangan buah selepas diuai adalah sangat tinggi. Ini disebebkan kebanyakan buah yang dihasilkan di Malaysia adalah jenis buah tropika yang mudah rosak (perishable  fruit). Teklonogi dan aplikasi lepas tuai yang rendah dan kaedah penyimpanan baik didakwa telah menyebabkan kergian dalam rantaian nilai. Kesedaran petani, pengumpul dan pengendali serta kemudahan infrastruktur asas mengenai aktiviti lepas tuai perlu dipertingkatkan. Kini perlu dipertingkatkan protokol kuarantin didalam memenuhi keperluan negara pengeksport untuk meningkatkan kapasiti eksport buah-buahan dari Malaysia. Sehingga hari ini telah ada protokol untuk buah nanas, nangka, belimbing, durian dan beberapa lagii yntuk pasaran eksport


Agensi penyelidikan pertanian di Malaysia yang dilakukan MARDI dan beberapa universiti dan pihak swasta harus ditumpukan kepada mendapatkan varieti buahbuahan yang unggul dengan memberikan hasil berkualiti dan tingggi, tahan serangan penyakit serta cepat berhasil. Antara beberapa conto adalah membuat kajian biakbaka tanaman betik dimana Betik Eksotika 2 dihasilkan hasil penyelidikan kacukan Eksotila Line 19 dengan Eksotika Line 20 beberapa tahun untuk menghasilkan betik segar berkualiti (Sila lihat foto disebelah). Eksotika II didakwa mempunyai warna dan tekstur isi lebih menarik, rasa lebih manis serta jangkamasa simpanan yang lebih lama. Kajian mengenai amalan agronomi untuk meningkatkan hasil dengan penggunaan bahan input sesuai juga dilakukan mengikut jenis buah terpilih. Bagi nanas pula pihak MARDI berjaya menghasilkan Nanas Josapine (AC5). Josapiine adalah biakbaka kacukan antara nanas Johor dengan Nanas Sarawak yang mana kini menrupakan antara jenis nanas yang luas ditanam di Malaysia. Bagaimana pun varieti Nanas Maspine (AC4) tidak berapa luas ditanam di Malaysia dan hanya diusahakan oleh segelintir usahawan di Johor sahaja. Selain nanas MD2 yang menerima pasaran baik untuk eksport terkini nanas Josapine dan N36 juga dihantar ke Timur Tengah, jepun dan Korea sebagai pasaran baru. Banyak lagi kajian mengenai buah-buahan di Malaysi aperlu dijalankan bagi mempastikan industri ini akan terus berkembang dimasa akan datang. Semuga artikel ini mampu memberi info berguna kepada semua pembaca anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
BUAH-BUAHAN TROPIKA... DI MALAYSIA...
POTESNI DITANAM... SUDAH DIRANGKA...
DURIAN, NANAS,,, BETIK DIANTARANYA....
PASARAN EKSPORT...PERLU DITEROKA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11F, Putrajaya,
Wilayah Persekutuan,
Malaysia.
(1 Syaaban 1441H).
STAY HOME... GET RID OF COVID19!...

Saturday, March 28, 2020

AISKRIM NANGKA - ENAKNYA DIA!

AISKRIM NANGKA merupakan satu lagi produk yang amat sesuai dipromosikan di Malaysia sebagai salah satu lagi jenis makanan yang berpotensi. Tanaman nangka (Artocarpus heterophyllus) merupakan sejenis tanaman yang telah diberikan perhatian oleh kerajaan di Malaysia sebagai salah satu daripada 7 jenis buah bernilai ekonomi yang kini meluas penanamannya. Pada tahun 2018 terdapat seluas 5,097 hektar tanaman nangka dengan jumlah pengeluarannya sebanyak 30,150 metrik tan di laporkan di Malaysia (Sumber: Booklet Statistik, Jabatan Pertanian Malaysia Tahun 2018). Negeri Pahang merupakan antara yang paling luas menanam nangka terutama varieti Tekam Yellow (J33) dikawasan Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) yang dikelolakan oleh Jabatan Pertanian dengan seluas 2,146 hektar dan menghasilkan sebanyak 9,218 metrik tan pada tahun 2018. Di TKPM Lanchang sahaja terdapat seluas 1,900 hektar tanaman nangka yang telah berbuah yang merupakan kawasan tanaman nangka paling luas di Malaysia pada satu lokasi. Kawasan lain negeri yang luas menanam nangka adalah di Johor seluas 848 hektar dan Negeri Sembilan seluas 616 hektar. Kebanyakan nangka yang ditanam adalah varieti Tekam Yellow sementara varieti lain yang ditanam seperti Nangka Mantin, Nangka Mastura, Nangka Kristal, J29, J30, J31 dan beberapa lagi. Nangka ini kebanyakanya adalah untuk pasaran segar walau pun sebahagian lagi diproses menjadi kerepek nangka, jus nangka dan yang terkini adlah aiskrim nangka. Artikel petang Jumaat ini sempena Perintah Larangan Pergerakan Kerajaan bagi menangani Covid-19 saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai aiskrim nangka sebagai bahan bacaan dan rujukkan anda semua.


Penulis blog pernah membuat ujirasa aiskrim nangka Mastura semasa bertugas di Pahang dahulu. Aiskrim ini telah di laporkan oleh akhbar Harian Metro dengan tajuk "Aiskrim Nangka' dimana berita yang dipetik dari Bandar Temerloh ini menceritakan produk aiskrim nangka.  Laporan menyebut dimana penggunaan sebanyak 100 tan nangka jenis J33 dan Mastura sebulan bagi menghasilkan aiskrim PASFA Arto serta pes dapat mengatasi lambakan buah berkenaan yang banyak dihasilkan di negeri ini. Pengurus kilang pengeluaran aiskrim nangka Pertubuhan Peladang Negeri Pahang (PASFA) Saiful Hafiz Ahmad dakwa bagi memenuhi permintaan maka pihaknya turut menyediakan nangka sedia dimakan untuk pasaran tempatan. Kini kilang yang beroperasi di Kawasan Perindustrian Songsang, sudah memerlukan lebih satu tan nangka jenis J33 dan Mastura sehari bagi menghasilkan aiskrim, pes serta nangka sedia dimakan. PASFA turut juga bertindak sebagai pembekal nangka segar kepada syarikat di Rawang, Selangor yang menghasilkan beberapa produk hiliran seperti jem untuk pasaran tempatan dan luar negara. Biasanya pengeluaran nangka di negeri ini dua kali setiap tahun iaitu pada Mei hingga Julai dan kemuncaknya pada November hingga Disember. Jika tidak ada usaha untuk mempelbagaikan produk maka lambakan akan berlaku. Apa pun pengeluaran aikrim nangka ini pernah dihentikan untuk beberapa ketika semasa ada masaalah operasi kilang yang ditambahbaik.


Kemudiannya pihak PASFA mengambil pendekatan menghasilkan aiskrim PASFA Arto dan pes khusus untuk pasaran tempatan. Sambutan terhadap produk berkenaan begitu menggalakkan dan kualiti produk masih ditambahbaik. Beberapa pihak lain terlibat dengan teknologi menghasilkan airkrim ini termasuk pihak MARDI, Jabatan Pertanian dan UMP yang berikan beberapa bantuan didalam pembanguna resepi. Kini mereka menggunakan varieti nangka Mastura banyak ditanam di daerah Temerloh, Maran dan Raub walau pun varieti Tekam Yellow J33 belum diproses kerana ia mendapat permintaan menggalakkan peminat buah-buahan tempatan dari dalam dan luar negara dengan harga lebih tinggi. Dilaporkan dimana sebelum ini kebanyakan pekebun yang menanam nangka jenis Mastura hampir berputus asa selepas setiap tahun berlaku lambakan hingga ada yang bertindak menukar tanaman lain. Bagaimana pun selepas PASFA berjaya membuka kilang menghasilkan aiskrim dan pes, lambakan buah tidak berlaku lagi. Mereka menyasarkan sebanyak 3,000 cawan aiskrim nangka dikeluarkan sehari bertujuan hanya untuk pasaran tempatan. Aiskrim nangka mempunyai penggemarnya dan usaha mempromosi akan terus dilakukan. Nangka Mastura mempunyai beberapa ciri-ciri khas hasil daripada program kacukan melibatkan 6 varieti nangka terpilih selama 6 tahun dijalankan aktiviti didalam penyelidikan. Diantara ciri yang baik pada varieti ini adalah seperti saiz buah yang besar (purata mencecah seberat 25 kg keatas sebiji), warna isi buah yang kuning keemasan dan juga mempunyai bau atau aroma yang kuat. Saya pernah menanam dan banyak kali makan nangka mastura segar yang mempunyai rasa yang manis, rangup (crunchy) , saiz ulas yang besar dan bahagian isi yang tebal. Anda boleh membaca lebih lanjut mengenai nangka mastura dengan pautan artikel saya sebelum ini (Sila klik disini). Nangka ini juga sesuai ditanam di banyak lokasi di Malaysia.


Dalam pada itu ada pula usahawan lain yang membuat Aiskrim Malaysia dengan perisa aiskrim nangka. Membuat aiskrim Malaysia memang mudah dilakukan sendiri dirumah dengan beberapa keperluan yang mudah disediakan. Bagi tujuan tersebut penulis blog memberikan resepi ais krim Malaysia perisa nangka iaitu 1 kg isi nangka, 250 gram gula pasir dan juga 1,200 ml air serta plastik aiskrim. Cara untuk membuatnya dimulakan dengan merebus nangka bersama air dan gula sehingga mendidih dan empuk. Pastikan guna nangka yang telah masak betul dari jenis yang sesuai dan warna yang menarik. Kemudian apabila nangka sudah empuk maka boleh di tutup api dan sejukkan. Kemudian perlu dikisar (blender) isi nangka bersama air rebusan tadi. Pastikan mengisar sehingga hancur dan tuangkannya ke dalam jug. Sebaiknya jika terlalu manis maka anda boleh tambahkan air masak secukupnya. Seterusnya air jus nangka tersebut di tuang didalam plastik sehingga tigasuku penoh dan kemudian dihujung plastik perlu diikat. Pastikan cara mengikat plastik aiskrim dengan ketat dan kemas. Kemudian ia dimasukkan kedalam 'freezer' peti ais sehingga ia membeku sepenohnya. dan pada keesookan harinya boleh diambil untuk dinikmati. AisKrim Malaysia perisa buah nangka ini amat mudah disediakan sama seperti perisa buah lain yang boleh dibuat seperti perisa tembikai, mangga, oren, jambu batu, nanas dan sebagainya. Diharap akan ada lebih ramai usahawan yang akan membuat aiskrim berasaskan buah-buahan tempatan dimasa akan datang. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca anim agro technology kali ini. Wasallam!....
SUDAH DITANAM.... BUAH NANGKA...
TEKAM YELLOW... ADA JUGA MASTURA...
DIMAKAN SEGAR... AISKRIM BOLEH JUGA...
MEMANG SEDAP... SELEPAS BUAT UJIRASA...

By,
M Anem,
Senior Agronoomist,
Precint 11, Putrajaya,
Wilayah Persekutuan,
Malaysia.
(3 Syaaban 1441H).

Friday, March 27, 2020

CHLOROQUINE DARI POKOK CHICHONA

POKOK CINCHONA (Cinchona pubesens) atau Quinine tree atau Quina merupakan sejenis tumbuhan dari keluarga Rubiaceae yang di ketahui oleh dunia perubatan sebagai tumbuhan yang dapat menyembuhkan penyakit Malaria. Bagaimana terkini apabila ada pandemik Covid-19 ada didakwa ia mampu digunakan untuk elakkan virus maut ini. Dalam internet telah banyak diperkatakan mengenai bahan 'Chloroquine' yang akan dikaji keberkesanannya didalam mengawal wabak Covid-19 ini. Saya telah menulis mengenai pokok chichona ini dalam blog ini pada tahun 2011 (Sila klik disini).  Banyak negara diseluruh dunia ini yang mana telah menjalankan perintah 'Lockdown' termasuk Malaysia didalam memaksa rakyatnya berada dialam rumah untuk elakkan merebaknya virus covid-19. Lockdown ini selama 30 hari ini merupakan langkah halang atau memutuskan rantaian renakan viris ini. Berbalik kepada bahan chloroquine ini yang dipercayai dihasilkan daripada tumbuhan yang dikatakan mempunyai 38 spesis dan ianya dipercayai berasal atau natif daripada Amerika Selatan dan hutan tropika. Bagaimana pun dipercayai tumbuhan ini boleh di tanam dan hidup subur di Malaysia dan Indonesia kerana ianya memang sesuai di sini. Tumbuhan ini didakwa telah disebarkan oleh penjajah Inggeris dan Belanda dan dilaporkan kini banyak di tanam di Sri Lanka dan Indonesia. Nama Cinchon berasal dari keluarga raja Countess of Chinchon dari negara Sepanyol yang telah sembuh dari penyakit Malaria setelah mereka menggunakan kulit kayu tersebut pada kurun ke 17 dana nama ini kekal digunakan sehingga sekarang. Artikel kali ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya mengupas beberapa maklumat mengenai Pokok Quinine atau Pokok Cinchona berdasarkan kepada pembacaan daripada buku " An introduction of the botany of tropical crops" karangan L.S. Cobley terbitan Longman pada tahun 1975 dan produk choloquine yang didakwa mampu merawat wabak pandemik covid-19 yang belaum dipastikan lagi keberkesanannya walau pun terbukti ia adalah ubat terbaik merawat malaria. 


Pokok Chinchona atau Pokok Quinine ini tumbuh liar secara semulajadi di kawasan hutan di pergunungan tropika Amerika Selatan dan khususnya di Peru. Kini tanaman cinchona ini ditanam dibeberapa negara di Asia khususnya di Sri Lanka dan Indonesia (khususnya Pulau Jawa) dan di benua Afrika dengan anggaran keluasan sekitar 2,500 hektar CHE. Pokok ini dipanggil juga sebagai Chinchona, Chinchona Bark, Peruvian Bark dan Quinine Bark. Tumbuhan ini adalah berbentuk pokok yang menegak dengan ketinggian kira-kira 5-25 meter bergantung kepada spesis dan kesuburan tanah. Daunnya berwarna hijau dengan cara susunan bertentangan (opposite) berbentuk 'lancolate' bulat dengan ukuran 10-40 cm panjang. Bunganya berwarna putih , pink atau ungu yang terbit di bahagian pucuk panicle yang lazimnya berbebtuk memanjang. Kadang-kadang bunganya diseliputi rambut-rambut yang menyebabkan bentuk bunga agak kurang jelas. Buah Cinchona terbentuk dalam kapsul yang mengandungi banyak biji. Pokok chichona didakwa boleh mula di tuai pada umur 4-6 tahun selepas ditanam bergantung kepada spesis dan cara pengurusan tanaman. Kaedah menuai dibuat dengan melakukan penjarangan dan iaitu mencabut pokok tersebut sehingga berumur 10-12 tahun dimana semua pokok akan di tuai. Kaedah ini berbeza mengikut spesis dan negara iaitu jika pokok jenis besar cuma di kopek kulitnya sahaja. Kaedah menuai adalah dengan mencabut semua pokok bukan dengan menotong atau mencantas kerana kandungan alkoloids dalam bahagian kulit bawah dan dalam akar adalah lebih banyak daripada bahagian dahan atas dan pucok. Selepas di cabut maka kulit bahgian akar dan batang di kopek dan kemudian di keringkan dibawah panas matahari atau oven pengering dengan suhu terkawal. Kulit yang telah dikeringkan akan di gredkan dan disimpan sebelum dijual sebagai bahan untuk menghasilkan quinine. Kini bentuk serbuk menjdi pilihn pembeli produk quinine kerana lebih mudah dan senang untuk digunakan.

Berita TV SCTV Indonesia yang bertajuk "Disebut Jadi Obat Corona, Apa Itu Avigan dan Chloroquine?" sesuai dipetik dari Jakarta mengenai perkara ini. Dilaporkan dimana  Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) umumkan negara itu akan mengeluarkan penawar chloroquine iaitu ubat anti-malaria yang diuji sebagai bentuk perawatan COVID-19. Menurut beliau sebuah syarikat farmaseutikal milik kerajaan, PT Kimia Farma akan menghasilkan penawar yang diekstrak dari pokok cinchona yang biasa didapati di negara Indonesia itu. Pokok ini yang berasal daripada Peru dan Amerika Selatan telah dibawa oleh penjajah Belanda untuk ditanam di Indonesia. Ia hisup subur dikawasan hutan tropika.Sehingga artikel ini ditulis memang banyak laporan dihasilkan dimana memang belu atau tidak ada ubat atau antivirus untuk COVID-19, tetapi kita mengambil pengalaman dari negara-negara lain dimana chloroquine didapati dapat digunakan untuk membantu pesakit sembuh dari penyakit. Presiden Jokowi menyatakan demikian semasa membuat lawatan di perkampungan atlet Sukan Asean di Kemayoran, Jakarta yang telah dijadikan hospital khas untuk merawat pesakit COVID-19. Jokowi berkata dimana penawar itu tidak boleh didapati di kedai ubat kerana ia hanya akan diberi selepas mendapat kelulusan doktor. Jelasnya lagi, kerajaan juga telah memperoleh tiga juta tablet chloroquine yang mana boleh didapati di hospital. Chloroquine yang lazim digunakan untuk merawat malaria juga telah disyorkan oleh China yang mendakwa ia berkesan dalam memerangi penyakit ini. 

Laporan berita Liputan 6 juga menyatakan dimana seorang profesor farmakologi dan farmasi klinik di Universiti Padjadjaran, Keri Lestari berkata yang negara Indonesia mengimport chloroquine sebagai bahan mentah untuk menghasilkan ubat anti-malaria akan tetapi tidak mustahil untuk menghasilkan semula penawar itu dengan semua bahan tempatan. Indonesia dilaporkan boleh menghasilkan penawar dari bahan yang sama yang dipanggil quinine sulfate. Bagaimana pun lebih banyak kajian diperlukan untuk para saintis dapat menilai keberkesanannya. Menurut Prof Keri lagi pihak kerajaan perlu memanfaatkan kemungkinan mengeluarkan penawar menggunakan bahan tempatan akibat kekurangan stok global. Indonesia dilaporkan mempunyai makmal di Universiti Padjadjaran, Universiti Airlangga dan Universiti IPB untuk menjalankan ujian yang diperlukan. Amerika Syarikat kini dilaporkan menguji chloroquine untuk menentukan sama ada ia sesuai untuk rawatan. Penawar ini masih bagaimana pun masih di bawah percubaan klinikal di Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), bersama dengan ubat anti-flu favipiravir, yang juga dikenali sebagai Avigan; gabungan dua ubat HIV, lopinavir dan ritonavir; dan penawar Ebola.

Sementara itu di Arizona USA dilaporkan dimana seorang lelaki maut akibat ambil chloroquine untuk cegah COVID-19. Ia dilaporkan telah meninggal dunia selepas menelan chloroquine phosphate kerana ia dipercayai dapat melindungi diri daripada dijangkiti COVID-19. Isterinya yang turut mengambil bahan kimia tersebut kini menerima rawatan di hospital dan berada dalam keadaan kritikal. Bahan toksik yang diambil oleh pasangan tersebut bukan merupakan ubat yang sering digunakan untuk merawat malaria. Sebaliknya, bahan yang diambil mereka adalah terkandung dalam rawatan parasit yang digunakan untuk ikan. Dalam satu temubual bersama media tempatan NBC News, isteri mangsa tersebut mendapat tahu tentang bahan itu apabila Presiden AS, Donald Trump dalam satu sidang media telah mengemukakan beberapa manfaat mengambil chloroquine. Walaupun masih tiada ubat yang disahkan mampu menjadi penawar atau pencegah COVID-19, terdapat beberapa kajian yang mencadangkan bahawa bahan tersebut boleh digunakan untuk tujuan terapi. “Saya lihat [rawatan parasit ikan] terletak di rak dan terfikir, bukankah itu bahan yang disebut di televisyen?” kata isterinya. Justeru, pasangan dalam lingkungan usia 60-an tersebut mencampurkan chloroquine bersama cecair lain untuk diminum dengan harapan untuk elak dijangkiti koronavirus. “Kami takut sekiranya jatuh sakit,” katanya.  Hanya dalam tempoh masa 20 minit, kedua-dua mereka mula rasa sakit dan pening. “Saya mula muntah. Suami saya pun mula mengalami masalah pernafasan,” kata wanita tersebut kepada NBC News. Susulan itu, wanita berkenaan menghubungi talian kecemasan dan sejurus tiba di hospital, suaminya meninggal dunia. Semuga artikel ini memberi infoo berguna kepada anda pembaca anim agro technology kali ini. Wasallam!...
 POKOK CHICHONA... ADA GUNA...
DAHULU DIGUNA...RAWAT MALARIA..
PANDEMIK COVID-19... SATU DUNIA...
SETELAH BACA... ADA MAKLUMATNYA..

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Preciint 11, Putrajaya,
Wilayah Persekutuan,
Malaysia.
(2 Syaaban 1441H).
STAY HOME... ELAKKAN JANGKITAN COVID-19.

Thursday, March 26, 2020

FAKTA EPAL DAN KESIHATAN

EPAL (Malus domestica) merupakan sejanis buah yang sangat popular didunia daripada keluarga Rosaceae. Ia juga dipanggil apple (Inggeris) dan Tuffah (Arab) serta beberapa nama lain. Biasanya bahagian yang dimakan dan digunakan adalah buahnya yang isinya berwarna putih dengan kulitnya yang berbagai warna seperti hijau, merah, kuning, ungu dan sebagainya (Sila lihat foto diatas). Didunia sekurang-kuranya ada dilaporkan dimana sebanyak 55 juta tan epal ditanam dengan pengeluaran sebanyak 64.25 juta metrik tan (Sumber: FAOSTAT). Dianggarkan nilai ekonomi buah epal  di seluruh dunia pada tahun 2015 bernilai kira-kira USD10 bilion (RM42 bilion). Direkodkan dimana negara pengeluar epal terbesar di dunia adalah China menghasilkan kira-kira 27.51 juta metrik tan epal atau 2/5 daripada jumlah tersebut. Ini diikuti dengan USA (4.23 juta mt), Iran (2.66 jta mt), Turki (2.26 juta mt) dan beberapa negara utama lain seperti Rusia, Itali, India, Perancis, Chile dan Argentina. Kombinasi pengeluaran epal dari China dan USA merangkumi sebanyak 75% pengeluaran epal dunia. Di Malaysia memang tidak ada penanaman epal walau pun pernah dicuna di Cameroon Highland, Long Semado, Borneo Height tetapi sudah tiada dilaporkan masa kini. Indonesia menanam epal dan berjaya menghasilkan lebih 415,000 metrik tan epal terutama di Malang, Kota Batu dan juga Pasuruan. Di USA dilaporkan dimana lebih 60% daripada semua epal yang dijual secara komersil ditanam di negeri Washington. Epal yang diimport dari New Zealand dialporkan memberi saingan hebat kepada pengeluar epal daripada USA. Malaysia merupakan negara pengimport tegar buah epal dengan nilai dagangan tinggi sepanjang tahun. Buah epal merupakan sejenis buah yang mudah didapati dipasar buah, pasaraya, pasar malam, pasar tani dan kedai runcit diseluruh negara. Artikel subuh ini dalam bloh "Anim Agro Technology" saya paparkan fakta mengenai buah epal dan aspek khasiat serta kesihatan yang boleh didapati dari buah epal untuk rujukkan anda semua.


Dari segi sejarah dilaporkan dimana pokok epal berasal dari Asia Barat di mana pokok induk liarnya ditemui. Kini terdapat lebih daripada 7,500 kultivar (baka) epal yang dikenali diseluruh dunia yang ditanam dan ia mempunyai pelbagai ciri-ciri yang sesuai untuk dikomersilkan. Kultivar epal berbeza dari segi hasil tanaman dan saiz sebenar atau bentuk pertumbuhan pokoknya walaupun benihnya dibuat dari pokok penanti yang sama. Penulis blog berpeluang melawat banyak kebun epal di Indonesia, Korea, China, Jepun, Austria, Hungary, Jerman, Netherland, Czech Republic dan beberapa negara lain lagi (Sila lihat foto disebelah)Pokok epal kecil dan berdaun luruh dimana ia mampu mencapai ketinggian 3 - 12 meter dengan sstem perabangan yang lebar dan selalunya banyak ranting. Lazimnya pokok epal akan mempunyai jenis daun tersusun berselang-seli dan berbentuk bujur ringkas berukuran 5 -12 cm dan selebar 3 - 6 cm pada petiol 2 - 5 cm dengan hujungnya yang tajam. Pada daun matang biasanya dibahagian tepi bergerigi dan di bahagian bawahnya yang sedikit berbulu. Bunga epal mekar pada musim bunga dengan serentak sama dengan masa pengeluaran pucuk daun baru selepas musim sejuk. Dalam pada itu bunganya yang berwarna putih dengan baur merah jambu yang beransur pudar dan lazimnya mempunyai sebanyak lima kelopak. Bunga berukuran diameter 2.5 - 3.5 cm dan akan menghasilkan bbuah selepas proses pendebungaan. Buah epal akan masak pada musim luruh dimana ia biasanya berukuran 5 -  9 cm dengan ada bahagian teras buah epal mengandungi lima karpel yang tersusun seperti bintang lima mata. Biasanya bagi setiap satunya mengandungi 1 - 3 biji benih.


Keseluruhan buah epal adalah boleh dimakan termasuk isinya dan kulitnya kecuali bahagian bijinya boleh jejaskan sesetengah pengguna (Sila lihat foto disebelah). Selain daripada buah epal dimakan segar ia boleh dijadikan jus minuman, serbuk dan juga cuka epal. Antara produk dari buah epal seperti jus epal, cuka epal, mentega epal, jelly epal dan sebagainya. Epal merupakan jenis buah dianggap sebagai buah 'pencuci mulut' yang banyak dihidangkan di hotel, majlis perkahwinan, barang hantaran pertunangan dan sebagainya dalam masyarakat kita.  Pai Epal (apple pie) dan Epau Puree merupakan makanan yang popular berasaskan epal. Kalau sesiapa ke rangkaian restoren McDonald tentu boleh makan Apple Pie MCD yang enak dan manis. Bagaimana pun dalam penyimpanan buah epal penting diketahui dimana jika ada sebiji epal yang rosak dalam bekas maka ia didapati boleh merosakkan kesemua biji epal yang lain didalamnya. Ini kerana epal yang rosak akan keluarkan gas etilin yang mana banyak dan boleh merosakkan buah epal yang lain dengan agak cepat. Sebaiknya jika anda mempunyai simpanan buah epal yang banyak perlu selalu periksa dan buang buah epal atau asingkan buah epal yang telah rosak keluar dari dalamnya.


Buah Epal memang kaya dengan zat dan berkhasaiat dengan kandungan bahan Antioksidan, Fitonutrien, Polifenol, Vitamin C, Serat dan juga Asid Ursolik serta bahan mineral. Dalam dunia perubata dilaporkan dimana buah epal boleh mengurangkan risiko barah kolon, barah prostat dan barah barah paru-paru. Bahan antioksidan dalam buah epal dikaitkan dengan mengurangkan oksidasi lemak sel membran. Makan buah epal mampu elakan serangan jantung tersumbat kerana pengiksidan asid lemak elakkan masaalah jantung yang kronik.  Fitonutrien dalam epal mampu mengawal gula dalam darah dengan cara ia dapat menyeimbangkannya. Kndungan bahan Polifenol dalam epal juga mampu mengurangkan penyerapan glukosa dari saluran penghadaman dimana ini mampu menlakukan kawalan gula dalam darah. Epal biasa bekalkan sebanyak 8 miligram vitamin C dan bahan serat yang tinggi kepada mereka yang memakannya. Serat epal membantu pergerakan usus secara lembut dan mengurangkan akan kesan risiko barah kolon. Kajian saintis di USA melaporkan dimana terdapat banah Asid Ursolik dalam epal yang mampu mengekalkan tahap kolesterol dalam darah baik untuk ibu yang menyusukan anaknya.  


Dalam dunia perubatan juga perlu kita ketahui akan kehebatan buah epal ini. Bagi masaalah sembelit sebaiknya diambil sebiji epal dimakan selepas makan malam mampu elakan sembelit. Bagi mereka yang kekurngan darah dgalakan makan buah epal setiap hari. Bagi atasi luka yang parah diambil pembalut herba daripada belahan buah epall dan campur dengan minyak zaitun ditampal pada kulit. Masaalah cirit birit diatasi dengan ambil 7-10 biji epal dan diparut dan diberikan kepada pesakit 3 hari berturutan kemudian diikuti dengan makanan oat. Makan buah epal juga tatasi masaalah kentut selalu kerana ia akan selesakan perut anda. Selain itu buah epal didapati baik merawat kutu dikepala dengan melumatkan 4 biji bawang putih dicampur cuka epal dan disimpan dalam botol untuk fermentasi selama 8 hari. Kemudian cecair ini disapukan dikepala dan dipicit kulit kepala dimana semua kutu akan mati. Buah epal juga didakwa merawat masaalah Reumatisme, Badan terlalu kurus, masaalah sukar buang air kecil (kencing), kanak-nanak yang cirit, selsema atau Influenza dan juga sakit telinga. Bagi mereka yang ada masaalah sembelit kronik boleh makan sebiji epal sebelum tidur dan minum 500 ml air dan elakkan minum susu. Buah epal juga didakwa mampu membuang racun atau asid urik didalam badan dengan memakan epal selepas makan malam dan sebiji selepas gosok gigi pagi hari. Jika ada masaalah demam panas juga boleh dirawat dengan membuat jus epal dan diminum apabila sejuk setiap 4 jam. Sebaiknya juga diberikan air asam jawa atau air jus timun. Semuga artikel ini mampu memebri info berguna kepada anda semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!...
MAKAN EPAL... MUDAH MEMBELINYA...
BANYAK JENIS... ADA BEBAGAI WARNA...
BAGUS... VITAMIN C, ANTIOKSIDAN ADA..
AMALKAN SELALU... SIHAT SENTIASA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Persmpangan Bukit Beruang,
Bandar Melaka, Melaka,
Malaysia.
(4 RabiulAwal 1441H).

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...