Support My Blog

Wednesday, October 6, 2021

TEKNIK MENANAM SAWI SENDIRI

MENANAM SAWI
(Brassica spp) di rumah merupakan satu aktiviti yang semua orang yang berminat boleh melakukannya. Sawi merupakan sejenis sayurn berdaun yang cepat berhasil daripada keluarga Cruciferae dimana menjadi salah satu sayur jenis daun yang sangat popular di Malaysia. Penulis blog mendapati seluas 11,462 hektar dengan jumlah penghasilan sebanyak 146,894 metrik tan ditanam di Malaysia pada 2020
(Sumber: Booklet Keluasan Tanaman, Jabatan Pertanian Malaysia 2020). Penulis blog percaya keluasan ini adalah tidak termasuk tanaman sawi keliling rumah persendirian secara hobi oleh mereka yang melakukannya sendiri. Penanaman sawi di Malaysia kebanyakannya oleh petani komersil yang menanam secara sistem penjadualan matrik dimana mereka menanam setiap hari ada penuaian dilakukan bersama dengan sayur daun jenis lain seperti kangkung, bayam, Kailan, daun bawang, daun salad dan beberapa lagi. Pasaran utama sawi adalah untuk keperluan domestik sementara hampir 25% lagi adalah dihantar ke Singapura. Tanaman sawi adalah sejenis sayuran daun singkat masa iaitu dalam tempoh 4 minggu sahaja untuk dituai yang terdiri daripada beberapa varieti popular antaranya Sawi Bunga, Sawi Hijau, Sawi Putih, Sawi Kerinting, Sawi Jepun dan sebagainya. Penulis blog juga ada mendapati kebanyakan benih sawi adalah diiport dari luar negara untuk memenuhi keperluan negara. Sayur sawi sering dimasak sebagai sayur masak air, tumis, masak lemak dan banyak dijadikan komponen didalam membuat mee goreng, mee sup, mihun goreng, kuih tiow goreng, mee bandung dan banyak lagi menu makanan kegemaran ramai. Harga runcit sayuran sawi adalah murah berbanding dengan sayuran lain dan ianya naik sedikit semasa musim hujan monsoon (banjir) atau kemarau yang kritikal di kawasan kebun. Artikel pagi Selasa inii dalam blog "Anim Agro Technology" saya terus menulis mengenai teknik menanam sawi sendiri dengan pelbagai kaedah dirumah untuk dijadikan bahan rujukan pembaca semua.

Penulis blog beberapa kali ditanya rakan b
agaimanakah cara tanam sawi yang betul?. Jadinya dalam artikel ini saya kongsikan beberapa teknik yang mudah dan betul untuk menanam sayuran sawi  terutamanya di rumah sendiri untuk jadi panduan. Penanaman sawi di rumah adalah amat digalakkan memandangkan sawi merupakan sayur yang senang bagi ditanam dan sawi digunakan di dalam pelbagai masakan. Sebaiknya aktiviti ini melibatkan seluruh ahli keluarga dirumah termasuk anak-anak untuk bersama-sama dapat menjayakannya (Sila lihat foto disebelah). Namun begitu ilmu dalam menanam sawi perlu didapatkan dahulu sebelum menanamnya.  Ini kerana perla tahu beberapa cara yang perlu diamalkan supaya tanaman sawi tumbuh segar dan sihat. Jika kawasan rumah ada luas mencukupi sebaiknya menanam sawi didalam batas tanaman yang dibuat pada tanah yang cukup cahaya atahari. Boleh juga menanam sawi didalam polibeg, pasu atau bekas buangan seperti tin biskut, kontena plastik dan sebagainya. Bagi aktiviti penyediaan batas adalah sangat penting sama ada batas di tanah ataupun batas di dalam pot tanaman. Penggunaan pot tanaman adalah lebih mudah digunakan sekiranya laman rumah adalah terhad. Seterusnya menetukan media tanaman seperti tanah dan media lain yang sesuai. Jenis tanah yang digunakan pula sebaiknya tanah campuran mengikut skala 3:2:1 dimana 3 tanah: 2 kompos: 1 pasir sama ada dibuat sendiri atau beli sahaja di kedai pertanian yang telah siap campurannya. Sekiranya tiada kesempatan untuk menyediakan tanah mengikut skala ini apa pun sebaiknya menggunakan tanah hitam yang dibeli di kedai juga boleh digunakan. Masukkan tanah ke dalam pot tanaman sehingga ¾ paras pot tanaman. Ada yang menggunakan campuran baja organik dan cocopeat sebagai media tanaman. 

Penanaman jenis sawi perlu dikenalpasti benihnya dahulu kerana varieti sawi yang berlaian umumnya memerlukan penjagaan yang sedikit berbeza. Paling biasa ditanam adalah Sawi Hijau, Sawi Bunga dan Sawi Jepun kerana ia agak mudah untuk mendapatkan bekalan benihnya. Biji sawi adalah bersaiz sangat kecil dan sekiranya ditanam dengan ditabur begitu sahaja maka ia akan menyebabkan pertumbuhan yang sangat rapat. Jika sawi tumbuh begitu rapat akibatnya sawi tidak menerima nutrien yang cukup, berebut cahaya matahari dan ruang sedikit yang menyebabkan hasil sawi mana ia bersaiz kecil. Bagaimana pun teknik yang boleh digunakan ialah dengan mencampurkan benih sawi dengan sedikit pasir dan setelah itu ditabur mengikut barisan diatas batas secara lurus. Cara penanaman yang teratur akan membuatkan tanaman tumbuh secara seragam. Setelah batas telah siap disediakan maka kemudian ia di tabur benih yang telah dicampur bersama pasir. Bagi penanaman didalam pasu atau polibeg lebih mudah kerana cuma bubuh beberapa biji sahaja didalam pasu atau gunakan anakbenih sawi yang dipindahkan dari semaian. Kemudian mesti disiram secara perlahan-lahan dimana disyorkan adalah lebih baik disiram menggunakan alat spray. Disyorkan untuk menyiram 2 kali sehari iaitu pada waktu pagi dan lewat petang kecuali ada hujan pada masa tersebut. Elakkan dari menyiran terlalu banyak kerana benih dan anak pokok sawi akan mati kelemasan. Pastiman membeli anakbenih sawi yang berkualiti dari pembakal atau jenama yang telah dipercayai ramai petani. Jika peratus percambahan kurang baik atau berlaku serangan perosak dan penyakit diperingkat awal sebaiknya tanam semula yang baru.

Proses berikutnya adalah apa yang dinamakan aktiviti penjarakkan atau penjarangan anak sawi. Disyorkan dimana setelah 3 atau 4 hari menanam benih maka biji sawi akan bercambah. Sekiranya sawi telah mencapai saiz 3 inci ataupun sebaiknya pada hari yang ke 10 hingga hari ke 14 maka aktiviti penting iaitu penjarakkan atau penjarangan sawi perlu dilakukan. Dilakukan di mana setiap pokok sawi perlulah mempunyai sedikit jarak iaitu 10cm diantara satu sama lain untuk proses pertumbuhan yang optimum. Jika sawi disemai tanpa bercampur bersama pasir biasanya sawi akan tumbuh terlalu rapat dan proses penjarangan akan sukar untuk ianya dijalankan dan akan menyebabkan ada pokok yang patah. pa pun penuli blog cadangkan penjarangan pokok dibuat bagi memberikan ruang dan nutrien yang cukup pada tanaman sawi. Seterusnya adalah proses pembajaan sawi dimana ia mesti mencukupi jika digunakan baja organik sama ada yang dibeli ataupun dibuat sendiri dari sisa dapur semestinya sudah sesuai untuk digunakan. Cara membeli baja komersil adalah disyorkan seperti jenis baja NPK 15:15:15 untuk diberikan kepada tanaman sawi boleh dilakukan mengikut jadual yang disyorkan. Pemberian baja tersebut pada kadar 40 gram hingga 50 gram sepokok dengan cara menabur baja disekeliling pokok. Sebaiknya tidak terlalu rapat sehingga terkena batang pokok. Setelah membaja dimana pokok perlu disiram supaya baja lebih mudah diserap masuk ke dalam tanah dan diambil oleh akar pokok. Tanaman sawi tidak dapat dielakkan dari gangguan penyakit dan juga perosak. Kawalan penyakit dan perosak juga adalah penting dalam tanaman sawi kerana perosak gemar dengan sayuran berdaun dan tanpa kawalan yang rapi, daun akan dimakan oleh perosak dengan cepat. Memang digalakkan untuk menggunakan kaedah Kawalan Perosak Bersepadu (IPM) termasuk secara biologi ataupun kawalan secara organik. Racun organik campuran boleh digunakan dengan menggunakan cili padi, bawang putih, serai wangi, daun kesum dan beberapa repellent yang lain boleh membantu didalam mengurangkan serangan perosak dan penyakit sawi. Penjagaan baik membolehkan tanaman sawi dituao dalam masa 28 hari atau 30 hari selepas pemindahan anak benih. Sawi dipotong pada bahagian batang paling bawah dan akar boleh dibairkan sehingga menjadi kompos. Tanaman lain boleh ditanam di kawasan tersebut seperti bayam, kangkung atau jenis sayur yang lain. Penukaran jenis tanaman pada kawasan yang sama adalah amat digalakkan bagi memelihara nutrien di dalam tanah. Pada penulis blog penanaman sayur sawi di halaman rumah tidaklah begitu merumitkan dan amalan tanaman sayur-sayuran terutamanya dengan menggunakan kaedah organik adalah amat digalakkan. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.
MENANAM SAWI.. MUDAH KATANYA..
SEDIA BATAS... ATAU PASU SAHAJA...
BENIH DISEMAI... SIRAM JANGAN LUPA...
CUKUP SEBULAN... MENUAILAH ANDA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(28 Safar 1443H).

Tuesday, October 5, 2021

ANJING DAN BAKA ANJING TERLARANG

ANJING (Dogs)
 adalah sejenis haiwan mamalia yang telah mengalami 'domestication' daripada haiwan serigala sejak 15,000 tahun yang lalu dan ada laporan menyatakan ia bahkan mungkin ada semenjak 100,000 tahun yang lalu diketahui keberadaannya berdasarkan bukti genetik berupa penemuan fosil dan analisa DNA. Proses domestikasi anjing adalah belum begitu lama berbanding kewujudannya. Anjing telah membiak kepada beratus-ratus jenis dengan terdapat banyak variasi. Perbezaan pada anjing juga sangat besar julatnya daripada warna bulu, bentuk badan, bentuk gigi dan taring, jenis makanannya, ciri-ciri kegarangan, sifat kemanjaan, habitat keberadaan (sejuk dan panas) dan sebagainya. Apa pun jangka hayat biasa anjing berbeza-beza antara baka akan tetapi untuk kebanyakannya berjulat dari 10 tahun hingga 13 tahun. Bagi anjing yang dari jenis baka dengan jangka hayat terpendek ialah seperti Anjing Dogue Bordeoux iaitu hanya sepanjang purata 5.2 tahun sahaja tetapi bagi sesetengah baka seperti Baka Bulterier Kecil (jenis anjing pemburu darah) pula dari Ireland mampu hidup selama 6 - 7tahin. Dalam Islam dinyatakan dimana anjing ini adalah sejenis binatang yang boleh dijinakkan dan ia mempunyai gigi taring yang tajam. Hukum asal dalam Islam berkenaan anjing ialah Najis Mughallazoh (najis berat) yang wajib disucikan dengan 1 kali air bercampur tanah dan 6 kali air bersih atau mutlak iaitu  apabila bersentuhan dengannya samada dalam keadaan kering atau basah. Setengah pendapat menetapkan hanya bersentuhan dalam keadaan basah sahaja. Dalam media dilaporkan diman asejak kebelakangan ini terdapat ramai umat Islam di negara ini, terutamanya yang Melayu membela anjing walaupun haiwan itu termasuk dalam kategori najis berat (Najis mughalazzoh) iaitu jika terkena air liur atau terpegang badan anjing yang basah maka wajib dibasuh dengan air yang bercampur tanah sekali diikuti dengan enam kali air yang bersih. Menurut ensaiklopidiamuslim.blogspot.com dinyatakan kenapa najis kedua ini diwajibkan membasuhnya tujuh kali dan salah satunya dengan tanah? Kajian sains moden ada jawapannya. Dilaporkan dimana sebanyak 79.7 peratus penderita barah payudara ternyata sering berdampingan dengan anjing seperti memeluk, mencium, menggendong, memandikan dan semua aktiviti perawatan anjing. Hanya 4.4 peratus pesakit yang tidak memiliki haiwan peliharaan. Dilapornan di negara Norway sebanyak 53.3 peratus daripada 14,401 pemilik anjing mengidap barah. Ternyata barah pada anjing dan manusia disebabkan oleh virus yang sama iaitu Mammary Tumor Virus (MMTV). Dalam satu kajian oleh para penyelidik Munich Universiti mengenai kuman yang dibawa oleh anjing dan kesannya pada manusia yang telah juga menunjukkan 80 peratus punca penyakit payudara berpunca daripada kuman yang dibawa oleh anjing. Artikel pagi Isnin ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya tulis semula berkaitan laporan akhbar BH mengenai lebih 2,000 baka anjing yang tidak boleh dibawa masuk kenegara ini untuk dijadikan bahan rujukkan semua.

Memang agak menarik tajuk rencana iaitu '
Lebih 2,000 anjing baka terlarang dalam negara' tulisan wartawan Fahmy A Rosli untuk difahami semua kisahnya. Ini kerana dizaman moden ini didakwa dimana pembiakan baka anjing terlarang dilakukan di premis persendirian semakin berleluasa. Dilaporkan dimana ada premis atau tanah persendirian seperti kawasan rumah dan ladang dijadikan tempat pembiakan haram baka anjing terlarang meskipun pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) melarang baka berkenaan diimport ke negara ini. Kawasan sedemikian yang dijadikan tempat membiak baka terlarang itu sukar dikesan penguat kuasa JPV dan pihak berkuasa tempatan (PBT). Baka induk pula boleh dikatakan mudah diperoleh secara haram dari pembekal luar negara. Difahamkan dimana Thailand adalah antara negara pembekal baka anjing terlarang terutama membabitkan spesies American Pitbull Terrier. Baka anjing American Pitbull Terrier adalah antara tujuh baka anjing yang dilarang import ke negara ini oleh JPV dan oleh pihak Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS). Enam baka lain yang turut dilarang ialah American Bulldog, Neapolitan Mastiff, Japanese Tosa, Akita, Dogo Argentino dan Fila BrazilieroDi Malaysia dimana baka anjing jenis American Pitbull Terrier adalah baka paling mendapat permintaan dalam kalangan penggemar anjing kerana ia dikatakan bijak, gagah dan pantas walaupun tubuhnya bersaiz sederhana. Dalam pada itu untuk menampakkan riak yang bengis, ada pemilik anjing baka berkenaan mengerat kedua-dua telinga sehingga kelihatan separuh atau kecil supaya muka anjing itu lebih bengis.

Difahamkan kepada wartawan BH dimana baka anjing terlarang mudah menyelusup masuk ke negara ini bukan sahaja melalui laluan tikus malah ada pihak berani dan secara terang-terangan menggunakan laluan ‘sah’ iaitu melalui pintu sempadan negara. Perkara ini sudah tentu ianya membabitkan pintu sempadan Bukit Kayu Hitam dan Durian Burung masing-masing terletak di sempadan Kedah-Thailand. Dalam pada itu di Sabah dan Sarawak pula dimana baka anjing American Pitbull Terrier erkenaan dipercayai diseludup melalui jalan air dari Filipina dan Vietnam (Sila anda lihat foto disebelah). Terdapat pelbagai kaedah digunakan individu terbabit untuk menyeludup masuk baka berkenaan ke negara ini bagi memenuhi permintaan pasaran berikutan seekor baka anjing American Pitbull Terrier mampu mencecah harga pasaran sehingga RM2,000 seekor bagi yang berusia empat minggu. Anak anjing baka terlarang pada usia empat minggu sering menjadi pilihan untuk diseludup berikutan ia kelihatan seperti anjing biasa. Kaedah yang selalu digunakan adalah dengan mencampurkan anak anjing baka terlarang dengan baka biasa yang lain. Ini kerana dilihat dari segi luaran anjing itu kelihatan sama dengan anjing biasa lain. Difahamkan juga dimana di negara kita ada terdapat empat saluran untuk membeli baka berkenaan. Saluran pertama adalah melalui penjual persendirian. Mereka mendapat ‘stok’ anjing terlarang daripada pembiak dari Johor, Perak dan Pulau Pinang. Ada juga yang memperoleh baka berkenaan dari pembiakan luar negara seperti Thailand. Saluran kedua adalah dengan cara membeli terus daripada pembiak tempatan atau dari luar negara yang mengiklankan khidmat mereka secara dalam talian melalui media sosial seperti Facebook dan platform membeli-belah dalam talian. Saluran ketiga pula dengan cara membeli daripada kedai haiwan peliharaan yang dipercayai beroperasi secara sah apabila memiliki permit dan lesen berniaga daripada PBT atau dibenarkan agensi penguat kuasa terbabit. Saluran keempat adalah dimana terdapat kakitangan daripada persatuan anjing tempatan yang ‘mencadangkan’ nama beberapa ahli berdaftar di bawah persatuan bukan kerajaan (NGO) itu untuk membeli anjing daripada individu berkenaan.

Menurut Presiden Persatuan Haiwan Malaysia iaitu Arie Dwi Andika, berkata berikutan penyeludupan dan pembiakan haram yang dilihat kian berleluasa tanpa penguatkuasaan dimana kini sudah terdapat 2,000 hingga 3,000 kor eanjing baka terlarang terutama membabitkan jenis American Pitbull Terrier di negara ini. Dakwanya anggaran itu diperoleh dengan berdasarkan pengalaman pihaknya menemu bual kumpulan dan komuniti pembiak anjing di negara ini. Terdapat 'public group Pitbull Malaysia' dengan keahlian seramai 9 ribu orang (Sila lihat foto disebelah). Kewujudan pasaran dan permintaan kerana baka anjing terbabit dianggap unik, gagah dan bijak untuk dijadikan haiwan peliharaan ataupun pelindung namun urusannya berlaku secara tertutup. Anjing dan kucing umur muda dibawa masuk melalui sempadan Thailand. Tidak dapat dinafikan dimana ada banyak anjing dan kucing diseludup tanpa proses pemeriksaan dan kuarantin. Maknanya ia juga ikut jalan gelap sebagaimana pengedaran dan penyeludupan benda haram lain seperti rokok. Persatuan tersebut  juga tidak menafikan, ada baka anjing ini diseludup guna jalan laut. Ada masuk dari Filipina ke Sabah dan terus dibawa ke Semenanjung Malaysia guna jalan laut. Persatuan telah  mendedahkan dimana anjing terlarang banyak dibela di rumah seperti kondominium sehingga ia sukar untuk dikesan PBT atau JPV. Walhal, katanya, kawasan terbabit tidak sesuai dijadikan tempat memelihara haiwan itu berikutan ia memiliki sifat agresif dan menyerang, sekali gus ianya akan ada risiko yang menyebabkan ia tidak sesuai dipelihara. Apabila masuk ke Malaysia seterusnya maka ia akan dibiakkan. Ada pembiak yang kacuk (baka anjing terlarang dengan baka biasa) dengan pemilik lain dan semakin jadi berleluasa. Beliau juga tidak  nafikan dimana kebanyakan penghuni kondominium bela dalam rumah. Banyak mereka yang membela dan seterusnya berselindung dalam rumah. Ada juga bela dalam kawasan ladang sebab anjing itu bersifat menyerang. Dalam satu petisyen akan dihantar kepada Datuk Bandar Kuala Lumpur supaya satu baka terlarang iaitu American Pitbull Terrier dibenarkan untuk dipelihara. Mengetuai gerakan itu adlah S. Selvam, 30, pemilik anjing baka terlarang jenis American Pitbull Terrier yang menetap di Jalan Klang Lama. Bekerja sebagai jurutera, beliau sedaya upaya mengumpulkan sebanyak 1,000 tandatangan melalui satu petisyen. Matlamat petisyen itu antara lain bagi mewujud dan menyebarkan kesedaran kepada orang awam dan pihak berkuasa supaya memahami situasi sebenar mengenai anjing. Dia cuba jelaskan bahawa jika pemilik anjing itu ajar benda salah, kemungkinan besar anjing itu turut akan bermasalah. Jika pemiliknya bertanggungjawab, anjing ini akan jadi betul. Dia yang tinggal di sebuah kondominium dekat Jalan Klang Lama. yang juga ada kalangan orang Melayu, Cina dan India. Untuk pengetahuan dimana semua aktiviti saya bersama anjing dilakukan di kawasan kondominium ini. Reaksi mereka positif dan mereka juga terkejut anjing American Pitbull yang dia bela dalam keadaan baik. Seterusnya dia sedang menyebarkan kesedaran kepada semua supaya orang faham situasi sebenar dan tidak pukul rata. Usaha ini dapat mengelak persepsi buruk terhadap anjing. Apa pun, semua bergantung sepenuhnya terhadap pemilik anjing. Kalau tidak bersedia, nasihat saya jangan bela anjing dakwanya kepada BH. Seterusnya Selvam berkata, bukan mudah memelihara anjing sekiranya anjing itu daripada baka yang agresif dan memiliki stamina tinggi. Misalnya, beliau berkata, anjing terlarang yang dipelihara hampir empat bulan lalu memerlukan rutin latihan intensif secara berterusan supaya haiwan itu dapat menggunakan tenaga dimiliki dengan sebaik mungkin. 

Baka anjing jenis American Pitbull Terrier sememangnya anjing yang berstamina tinggi selain begitu aktif bermain. Anjing yang dia bela ini memerlukan latihan kerana ia gemar bermain. Ia juga bermaksud dimana anjing ini jenis yang aktif dan memang memerlukan saya untuk selalu dapat membawanya keluar seperti berlari atau berjalan. Rutin sebegini amat diperlukan supaya ia dapat membina fizik serta mental yang sihat. Perhatian secukupnya atau komitmen tinggi perlu diberikan. Anjing ini bukan sekadar bela begitu saja tetapi kita perlu sentiasa meluangkan masa untuk bermain dengannya. Dia ambil masa kira-kira dua bulan untuk melatih anjing ini supaya ia patuh arahan. Saya kena ajar ia bersabar, cara makan dan minum. Kalau lepas tali pun anjing itu tidak akan lari,” katanya. Beliau berkata dimana pemilik yang pasif boleh menyebabkan anjing peliharaan bertukar ganas sehingga berisiko tinggi mencederakan orang sekeliling. Jual beli anjing baka terlarang turut dibuat secara dalam talian tanpa kawalan pihak berkuasa. Ia adalah sesuai pelihara di kawasan ladang bukan rumah. Seorang penjual anjing beranggapan baka anjing terlarang boleh dibela di ladang dan bukan di kawasan perumahan. Mahu dikenali sebagai Mohan dimana lelaki berusia dalam lingkungan lewat 40-an itu berkata, jika sesiapa mahu membela di kawasan ladang, mereka tidak memerlukan sebagai dokumen kebenaran seperti permit untuk berbuat demikian. Dia yang kini menjalankan perniagaan itu di Johor Bahru, Johor juga mengakui terpaksa mendapatkan baka anjing terlarang itu di negeri lain. Dakwanya tidak payah (perlu) permit kalau (bela) dalam ladang. Tak payah apa-apa pun (dokumen) kerana anjing Pitbull tak boleh simpan di kawasan rumah. Kalau ladang orang tak mengadu. "Sebenarnya, tak banyak (di Johor) sebab tak ramai yang biak Pitbull dan kena cari di negeri lain juga dimanan memang ada orang biak di Pulau Pinang, Perak, Melaka dan Kuala Lumpur. “Harga RM1,000 hingga RM1,500 seekor (Pitbull). Tempah hari ini, dalam dua minggu sampai. Nak bela tak ada risiko,” katanya. Seorang pembiak anjing, Muzaffar Ishak, 47, pula berkata terdapat komuniti yang membela anjing terlarang di negara ini yang bergerak secara rahsia. Selain membela dan meminati, katanya, kumpulan itu juga ada menganjurkan ‘kelas’ mengajar cara membiak baka terbabit. “Ada komuniti tetapi kumpulan rahsia. Kalau kita ingin sertai mereka di Facebook, mereka susah benarkan. Mereka akan siasat latar belakang kita dahulu, barulah boleh sertai mereka. “Kita di Malaysia, setiap minggu kumpulan itu buat program (ajar biak anjing). Persatuan anjing pun ada ajar bagaimana untuk biak anjing,” katanya kepada BH. Muzaffar yang berpengalaman membiak anjing dan kucing hampir 10 tahun mendakwa, baka anjing terlarang mudah masuk ke negara ini ketika ia berusia empat minggu. Pada usia sebegitu, katanya, pegawai pemeriksa di lapangan sukar mengenal pasti rupa bentuk anjing itu sama ada berasal daripada tujuh baka anjing terlarang atau sebaliknya. Membawa masuk dalam bentuk puppy (anak anjing). Usia empat minggu selepas cerai susu ibu. Apabila puppy, lepaslah (pemeriksaan sempadan). begitulah panjang lebar rencana agak informatif BH untuk dijadikan bahan rujukan semua. Semuga ia memberi faedah kepada pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.
NAMANYA ANJING... HAIWAN MAMALIA...
BANYAK JENISNYA... MENGIKUT BAKA...
ANJING TERLARANG... ADA DI MALAYSIA...
PEMBIAKAN BERLAKU...ITU MACAMANA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(29 Safar 1443H).

Monday, October 4, 2021

ARTIKEL KE 6,666 - BLOG ANIM AGRO TECHNOLOGY


ARTIKEL KE 6,666
telah berjaya saya tulis dalam Blog "Anim Agro Technology" pada 3 Oktober 2021 iaitu seminggu sebelum hari Sambutan Ulangtahun Hari Lahir tahun ini. Kejayaan menulis didalam blog dimana memang setiap hari dibuat posting satu artikel tanpa gagal selama lebih daripada 13 tahun membolehkan ianya sebagai satu sumbangan kepada sektor pertanian negara. Saya mula menulis rencana pada tahun 2009 semasa bertugas sebagai Pegawai Pertanian Daerah Muar, Johor dimana sosmed diinternet baru sahaja bermula masa itu. Sehingga artikel ini ditulis seramai 29,598,449 (menghampiri 30 juta) pembaca telah membuat view didalam blog ini (tidak termasuk 3 awal tahun yang tiada data). Purata mereka yang membaca blog ini diantara 10,000 - 15,000 sehari dimana arahan 'Stay at Home' semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat ancaman oleh pandemik covid19 pada Mac-April 2020 mencecah kadar kunjungan  yang agak tinggi. Purata jumlah pengunjung kepada blog ini sekitar 350,000 - 450,000 sebulan dengan warganeraga Malaysia adalah seramai 84% daripada mereka yang singgah. Ia diikuti dengan pengunjung daripada Indonesia, USA, Singapura, Jerman, Brunei DS dan beberapa negara lain. Walau pun blog ini mempunyai hanya 2,363 followers akan tetapi ia bukan penyebab ramai mengikutinya. Ramai juga bloggers lain yang membuat 'link' dan salin semula dengan blog saya sama ada di Malaysia dan banyak di Indonesia juga. Saya ada mempunyai blog berkaitan teknologi pertanian iaitu berbahasa Inggeris iaitu "Anim Agriculture Technology" dengan pautan pada animagro.blogspot.com untuk mereka yang ingin membacanya. Artikel malam Isnin ini sambil menonton Berita Astro Awani 531 saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology" artikel yang ke 6,667 terhadap kejayaan menulis artikel ke 6,666 untuk dijadikan bahan bacaan semua.


Artikel pertama di tulis dan dibuat posting adalah pada 7 Julai 2009 dimana masa itu saya bertugas sebagai Pegawai Pertanian Daerah Muar di Jalan Kamariah, Muar, Johor. Masa itu saya menulis beberapa tajuk slam beberapa hari iaitu artikel bertajuk 'Inovasi Periskop Jelapang Padi (BJP)' yang memenangi Naib Johan Anugerah Inovasi Jabatan Pertanian, 'Alat Pembalut Putik Cempedak' (Juara Pertandingan Anugerh Inovasi Pertanian Kebangsaan 2001), Anim Agro Tunelling the world'  dan 'Analisa Projek TKPM Sekijang'. Kisah mengenai penulis blog yang masuk kedalam terowong bawah tanah paling menarik untuk dikongsikan iaitu pernah masuk terowong DMZ sempadan negara Korea Selatan dengan Korea Utara di Paju, Korea Selatan (1993). Penulis blog juga memasukki Center of Piramid Giza di Mesir (2006) dan tunnel ketiga adalah Cu Chi Vietcong Tunnel di Vietnam (May 2009). Lazimnya saya menulis pada waktu subuh dan malam semasa bertugas dahulu akan tetapi selepas bersara ini sudah mampu menulis disepanjang waktu tanpa masaalah. Pernah menulis sebanyak 5 artikel sehari pada tahun Ogos 2021 (lebih 16 jam) dimana semua artikel tersebut adalah berkait dengan industri ternakan dan ternakair. Ada artikel yang mengambil masa selama 25 hari untuk disiapkan kerana terlalu teknikal dan perlu membuat rjukan banyak sumber dan membuat tinjauan teknologi dimana perlu. 

Melihat analisa rencana popular dimana daripada 29.7 juta mereka yang pernah melawat blog ini dimana 5 yang terpopular adalah seperti rajah diatas. Artikel bertajuk 'Kelapa- Menanam Matag dan Pandan' adalah yang paling banyak dilihat dimana mencecah seramai 72.3k diikuti dengan artike bertajuk 'Durian Musang King - 30 bulan berbuah' sebanyak 40.4k. Artikel mengenai 'Cili Padi - senang tanamnya' menerima kunjungan seramai 39.8k diikuti artikel yang bertajuk 'Racun Rumpai - Cara Tindakan' seramai 33.6k dan yang ke lima adlah artikel bertajuk 'Pokok Semambu - Banyak Gunanya' iaitu seramai 31.1k. Lain-lain artikel yang turut dilihat adalah seperti 'Pokok Semambu - banyak gunanya', 'Pokok Selasih - cara menanam', 'Khasiat Sacha Inchi - Apa dia?', 'Ayam Kampong - Cara Ternak' dan yang ke 10 adalah artikel bertajuk 'Petua halau monyet berkesan'. Sempena sambutan ulang tahun penulis blog pada Oktober 2021 ini dipohon doa dari semua pembaca dan rakan taulan untuk saya terus hebat berkarya, diberikan  kesihatan, kelapangan masa dan ketajaman fikiran demi menghasilka artikel lebih berkualiti. Semua artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!.
MENULIS BLOG ...SUDAH LAMA...
CAPAI 6,666... RASA GEMBIRA...
SEBARKAN ILMU... AMALAN JUA...
JUMLAH PEMBACA...DEKAT 30 JUTA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(30 Safar 1443H).
(HBD pada 11 Oktober 2021).

Sunday, October 3, 2021

TEKNOLOGI FERTIGASI - JADIKAN PETANI JUTAWAN?

TEKNOLOGI FERTIGASI
kini didakwa membolehkan usahawan menjadi jutawan jika berjaya dilaksanakan mengikut amalan agronomi terbaik. Itulah yang dinyatakan oleh Timbalan Menteri Kementerian Pertanian dan Industri Makanan dalam satu webminar teknologi ini anjuran Jabatan Pertanian pada September 2021. Saya ada banyak menulis mengenai teknologi fertigasi dalam blog ini untuk dijadikan bahan rujukkan juga. Pada penulis blog fertigasi adalah merupakan satu kaedah penanaman yang menggunakan campuran air bersama baja yang dialirkan terus kepada tanaman. Kaedah penanaman ini dapat membantu tanaman untuk mengambil nutrien dengan lebih cekap dan dapat mengelakkan pembaziran bahan input baja dan air. Sistem fertigasi tidak menggunakan tanah sebaliknya ia hanya ada menggunakan campuran media dengan komposisi yang tertentu. Apa yang penulis blog membuat tinjauan mengenai sistem fertigasi diseluruh negara kebanyakan petani akan menggunakan media tanaman seperti sabut kelapa hancur atau cocoapeat atau peatmoss bergantung kepada keadaan. Penulis sering meninjau tanaman Tembikai Susu atau Buah Melon dengan kaedah fertigasi dimana teknologi fertigasi ini adalah yang terbaik sehingga kini diamalkan. Tanaman fertigasi gantung bagi cili kini semakin popular (Sila lihat foto diatas). Penanaman secara fertigasi ini ada banyak teknologi dan kaedah. Antaranya seperti Sistem Fertigasi Terbuka, Sistem Fertigasi Gantung, Sistem Fertigasi di bawah Struktur Pelindung Hujan (SPH) dan juga ada Mini Fertigasi. Sila baca pautan tersebut (Sila klik disini), (Sila klik disini) dan beberapa artikel lagi. Penulis blog juga telah  berjaya menemui Sistem Fertigasi Bantal, Sistem Fertigasi Tong Cat dan beberapa sistem inovasi petani sendiri. Apa pun tujuan penggunaan teknologi fertgasi kin telah menjadi amalan penanaman semakin popular diseluruh negara diatas banyak faktur. Penanaman sayuran dan kontan dikawasan tanah tinggi di Cameroon Highlands sebagai contohnya banyak mengamalkan sistem tanaman secara fertigasi untuk memberikan pulangan yang cepat, berkualiti dan moden. Tanaman tomato, salad, timun jepun, cili bengalla (capsicum), strawberry merupakan antara tanaman yang menggunakan sistem fertigasi dikawasan tanah tinggi bersujuk ini. Sistem Fertigasi Terbuka dinyatakan sebagai satu sistem penanaman yang menggunakan kaedah fertigasi tetapi terdedah terus kepada persekitaran luar. Sistem ini banyak diamalkan oleh petani kerana kos pembangunannya yang rendah dan pengeluaran hasil yang tinggi serta ia berkualiti telah menjadi galakkan usahawan muda terutamanya untuk diamalkannya. Di Malaysia penulis blog dapati teknologi fertigasi terbuka banyak digunakan untuk menanam sayuran dari keluarga Solanaceae seperti Cili, Terung walau pun ada juga sayuran dari keluarga Cucurubitaceae yang diusahakan seperti Timun dan tembikai wangi. Penulis blog mendapat maklumbalas daripada En Zulkifli yang menanam 3,000 polibeg cili Kulai di Kg Sg Ular, Kuantan, Pahang yang telah hampir 2.5 tahun menanam cili cara fertigasi ini. Menurutnya cara ini dia perlu mempelajari bagaimana mencampurkan baja Set A dan Baja Set B dimana dia menggunakan alat mengukur tepat (EC meter) didalam membekalkan air campuran baja. Selain daripada hasil cili yang tinggi dan berkualiti, beliau mendakwa dapat menjadualkan jumlah pengeluaran hasil cili mengikut hari jualan dengan mudahnya. Dalam Agrimaths dinyatakan bagi tanaman timun dengan jarak tanaman 35~45 cm x 165 cm memberikan kepadatan tanaman 12,800 ~ 16,450 pokok sehektar (keluasan 9,500 meter perseg). Bagi tanaman tembikai wangi pula ditanam dengan jarak 35 ~45 cm x 165 cm memberikan kepadatan tanaman 12,800 ~ 16,400 pokok sehektar. Ia juga sama dengan kepadatan tanaman cili sebanyak 12,800 ~16,450 pokok sehektar. Bagaimana pun bagi terung ditanam dengan jarak 70 ~80 cm x 165 cm memberikan kepadatan 7,200 ~ 8,225 pokok sehektar. Garispanduan ini membolehkan seseorang usahawan membuat perancangan rapi sebelum memulakan projek tanaman secara fertigasi. Bagi Sistem Fertigasi dibawah Struktur Pelindung Hujan (SPH) ianya memang sistem yang memerlukan kos untuk membina SPH yang tinggi dan sistem kelengkapan lain. Sistem ini juga merupakan teknologi dimana penanaman dimana ia boleh dilakukan dibawah SPH dimana faktur persekitaran dapat dikawal bagi peningkatan pengeluaran hasil. Kepadatan tanaman bagi satu rumah SPH atau satu bay berbeza mengikut jenis tanaman, sistem penanaman dan juga luas kawasan tidak bertanam untuk dijadikan lorong laluan. Kepadatan tanaman untuk Melon dengan jarak tanaman 90cm x 60cm x 30 cm adalah sebanyak 400 pokok. Kepadatan tanaman Cili dalam SPH dengan jarak tanaman 90 cm x 45 cm x 45 cm sebanyak 300 pokok. Bagi tomato pula dengan jarak tanaman 90 cm x 60 cm x 30 cm mendapatakan sebanyak 800 pokok sehektar. Dalam pada itu Agrimaths ada dipaparkan satu gambarajah mengenai pelan lantai SPH dengan ada dinyatakan keluasan untuk penanaman sebanyak 87.15% dan kawasan tidak bertanam 12.85%. Luas SPH standard adalah 6 meter x 30 meter dengan pelbagai sistem bumbung dan juga rekabentuk SPH. Penulis blog ada banyak melawat sistem tanaman fertigasi dibawah SPH tertama didalam Projek Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) dan ladang swasta. Sila baca bagaimana tanaman tomato dengan sistem fertigasi di bawah SPH di Gunung Benom, Raub, Pahang oleh syarikat Benom Height Sdn Bhd untuk rujukkan (Sila klik disini). Artikel dalam blog "Anim Agro Technology" kali ini mempaparkan berita daripada sumber beberapa media tempatan bagaimana fertigasi membolehkan usahawan menjadi jutawan untuk dijadikan bahan rujukan pembaca semua.

Beberapa portal media tempatan telah melaporkan '
Kaedah fertigasi, teknologi bantu usahawan tani jadi jutawan' seperti dinyatakan oleh YB Ahmad Hamzah ketika merasmikan Webinar Fertigasi secara atas talian di Putrajaya. Jabatan Pertanian terus mempromosikan kemajuan teknologi baharu kepada rakyat khususnya usahawan tani melalui pelbagai sesi webinar bagi meningkatkan produktiviti dan kualiti termasuk hasil tanaman makanan. Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan mendakwa ia antara usaha jabatan itu yang antara lain mengembangkan kaedah penanaman secara fertigasi yang ketika ini menjadi pilihan utama kerana penggunaan input pertanian efisien dan mesra alam sekitar. Pengurusan bagi tanaman fertigasi juga lebih mudah walaupun kos awalan pembangunannya jauh tinggi berbanding sistem konvensional selain kaedah ini memiliki banyak kelebihan. Program seminar berlangsung selama dua hari itu melibatkan sejumlah 1,100 peserta yang telah mendaftar secara talian dengan sebanyak 10 kertas kerja meliputi pelbagai tajuk dibentang termasuk perkongsian dalam kalangan pegawai, penyelidik dan pengusaha fertigasi yang berjaya serta turut disiarkan secara langsung melalui saluran khas YouTube TV Pertanian. Sistem fertigasi lebih lestari selain sudah digunakan secara meluas dalam pengeluaran tanaman makanan utama negeri seperti cili, tomato, salad, melon dan haliaPenggunaan fertigasi jelasnya, juga sejajar Revolusi Industri (IR) 4.0 apabila sistem tanaman itu boleh diintegrasikan dengan teknologi internet kebendaan (IoT), kecerdasan buatan automasi dan robotik yang aman sistem fertigasi secara pintar membolehkan aspek pengurusan dan pemantauan diperingkat ladang dapat dilaksanakan lebih cekap tanpa berlaku pembaziran. Di bawah Rancangan Malaysia Ke-12, kerajaan turut ambil kira aplikasi IR 4.0 dalam program pembangunan pertanian yang dicadang untuk dilaksanakan sehingga 2025 memandangkan sektor pertanian kini berdepan pelbagai cabaran bagi melonjak pengeluaran dengan sumber tanah terhad dan perubahan iklim dunia tidak stabil. Pembangunan aplikasi teknologi moden dapat menjamin kelangsungan pertanian negara serta menarik pengusaha tidak kira umur dan taraf pendidikan menceburi bidang itu kerana sektor pertanian jika diuruskan baik mampu memberikan prospek kejayaan dan pendapatan lumayan.

Dalam laporan lain bertajuk '
Manfaat teknologi fertigasi' dalam portal berita mediaprima wajar dikongsikan. Daripada jurutera kepada usahawan tani. Itu yang menjadi pilihan Mohd Najib Latif (35 tahun) kira-kira enam tahun lalu kerana dia juga berasakan bidang pertanian mampu memberikan kehidupan yang lebih baik berbanding bekerja makan gaji (Sila lihat foto disebelah). Baimanapun, perkara itu tidak mudah dicapai dan dilhat dari mata kasar kerana kejayaan tidak datang dalam sekelip mata dimana disepanjang bergelar usahawan tani, dia bukan tidak pernah berpaling kepada kerjaya sebelumnya kerana hampir putus asa dengan pendapatan yang tidak mampu atau pun  mencukupkan komitmen bulanan. Perkara itu berlaku dua tahun selepas dia mengusahakan kebun seluas kira-kira 0.4 hektar yang disewanya. Dia sebenarnya tidak mempunyai ilmu langsung dalam bidang ini. Segala-galanya bermula daripada kosong selain hanya belajar dengan kawan berpengalaman. Ramai yang lihat orang yang berjaya hari ini sebenarnya bukan mudah kerana mereka juga melalui proses dari bawah yang sukar dimana itu pengajaran untuknya. Perkara paling penting ialah ilmu pengetahuan untuk terus kuat mengusahakan tanaman yang diinginkan termasuk proses memasar dan menguruskan perniagaan. Dia yang pada awalnya hanya mengusahakan tanaman terung dan tidak tahu cara yang betul. Maksudnya memastikan bekalan tanaman tidak putus selepas hasilnya diperoleh. Kemudian dia belajar daripada kawan yang berpengalaman dan mengikuti kursus disediakan pelbagai pihak seperti Jabatan Pertanian dan lamanweb. Dia mula belajar mengenai teknologi pertanian bagi mengusahakan tanaman sayur-sayuran yang lebih mampan semasa berkursus. Daripada mengusahakan tanaman secara konvensional pada 2015, saya beralih kepada fertigasi untuk tanaman terung, cili, timun dan labu pada 2017. Menerusi teknologi fertigasi, pemberian baja akan dapat disukat dengan lebih tepat sesuai dengan keperluan tanaman harian dan juga air. Jelasnya, ia lebih baik berbanding kaedah konvensional yang baja ditabur dengan banyak, apabila hujan terdapat pembaziran dan jika panas air tidak mencukupi. Teknologi fertigasi ini juga membantu memudahkan operasi siraman yang bersifat automatik dan tidak membazirkan air. Hasil penggunaan teknologi ini juga membantunya mendapatkan produk tanaman yang lebih bermutu daripada segi gred dan saiz. Malah tempoh matang juga lebih cepat dalam tiga hari berbanding sistem secara konvensional. Kini, Mohd Najib mengusahakan tanamannya di tanah seluas sekitar empat hektar yang disewa daripada Jabatan Pertanian sejak 2019. Dia juga mengamalkan tanaman secara bermusim mengikut giliran sayur-sayuran. Setakat ini, untuk musim cili saya mampu menghasilkan purata 1,500 hingga 2,000 kilogram (kg), terung 4,000kg dan timun empat tan. Tempoh matang setiap tanaman juga berbeza. Contohnya pokok cili hanya memerlukan dua bulan setengah hingga tiga bulan dan timun sekitar 40 hari. Selain tanaman fertigasi, Mohd Najib juga mengusahakan tanaman kontan iaitu ubi kayu dan keledek yang menjadi pendapatan sampingan untuk jangka masa panjang. Baginya, sebagai usahawan tani, kesabaran paling utama bagi memastikan usaha yang dilakukan tidak terhenti di tengah jalan. Seperti dikatakan pada awal tadi, saya sudah hampir putus asa dengan kembali ke kerjaya asal, tetapi apabila difikirkan semula, ini adalah cita-citanya dan perlu diteruskan walaupun terdapat cabaran. Tempoh masa untuk mendapat hasil matang tanaman adalah cabaran utama akan tetapi apabila kita telah belajar supaya ia berterusan, maka perniagaan ini dapat berjalan dengan baik. Ilmu itu penting.

Kejayaan sistem fertigasi kini semakin menjadi pilihan ramai petani terutama golongan petani muda. Di Terengganu dilaporkan bagaimana '
Kaedah fertigasi bantu usahawan tani pada musim tengkujuh' amat baik dikongsikan kisahnya. Kecanggihan teknologi dalam bidang pertanian menjadikan usahawan tani dari Marang, Terengganu tidak lagi gentar untuk mereka meneruskan projek tanaman mereka meskipun musim tengkujuh semakin hampir. Tinjauan Bernama di beberapa lokasi mendapati banyak projek tanaman yang masih diusahakan seperti cili, terung dan timun menggunakan kaedah fertigasi yang lebih moden dan selamat daripada ancaman kemusnahan. Bagi Mohd Shafie Sulong, 48, beliau tidak begitu risau dengan kehadiran musim tengkujuh kerana telah mempraktikkan kaedah tanaman fertigasi untuk 1,400 pokok cili Sekata 461 yang mula ditanam berperingkat sebelum musim tengkijuh. Dia turut menutup setiap polibeg cili ini dengan bekas polisterin untuk tujuan bagi mengelakkan pembaziran baja sekiranya berlaku hujan lebat dalam tempoh yang lama. Melalui kaedah ini, baja akan tetap kekal di dalam polibeg dan cili tidak akan ditenggelami air sekiranya hujan lebat kerana diletakkan di atas tempat yang tinggi dari aras tanah di kebunnya seluas 0.5 hektar dekat Kampung Mak Kemas, Marang. Fertigasi berasal daripada dua perkataan Inggeris, ‘fertilization’ (pembajaan) dan ‘irrigation’ (pengairan) yang mana ia mampu mengeluarkan hasil berkali ganda berbanding kaedah konvensional, penggunaan baja dan racun organik yang efisien, serta tidak memerlukan kawasan yang luas. Mohd Shafie berkata usahawan perlu menimba ilmu sebanyak mungkin sebelum memulakan projek tanaman bagi mengelak risiko kerugian seperti jangkaan tempoh tuaian serta ramalan cuaca sepanjang projek berjalan. Apabila kita mempunyai persediaan rapi, insya-Allah tengkujuh bukanlah penghalang untuk usahawan tani. Dia yang menjangka harga cili akan melonjak kepada RM15 sekilogram untuk harga pemborong pada musim banjir nanti berbanding hanya RM8 hingga RM10 sahaja ketika ini. Beliau yang mengeluarkan modal sebanyak RM30,000 juga bersyukur kerana sering mendapat bimbingan nasihat daripada Jabatan Pertanian Negeri Terengganu untuk memaksimumkan pengeluaran hasil tanaman cilinya itu. Jabatan Meteorologi meramalkan Terengganu akan menerima taburan hujan yang lebat antara empat hingga enam episod berserta dengan angin kencang bermula akhir Oktober hingga Mac 2020 yang akan menyebabkan impak banjir sama seperti tahun 2016 dan 2017. Bagi seorang lagi usahawan tani, Mohd Faizal Zakaria, 35, beliau sangat gembira apabila berjaya mengutip hasil tuaian yang pertama semalam apabila 600 pokok cili Sekata 461 yang ditanam dua bulan lalu sudah matang. Dia memang membuat perancangan rapi bilakah masa sesuai untuk memulakan tanaman ini agar dapat menuainya sebelum musim tengkujuh dengan tunjuk ajar ramai rakan usahawan tani lain, saya dapat mengaplikasikan ilmu mereka di kebunnya dan setakat ini, tanaman memang tidak terjejas lagi. Melalui teknik fertigasi, usahawan masih boleh untuk meneruskan tanaman cuma yang penting ialah penjagaan lebih rapi perlu dilakukan bagi memastikan putik buah tidak mudah luruh dan elak menyemai benih baharu ketika musim tengkujuh. Selain kaedah menutup polibeg dengan polisterin, usahawan tani juga memasang struktur pelindung hujan (SPH) berjaring untuk menghalang kemasukan air hujan dan berlaku serangan serangga perosak tanaman. Semuga artikel ini memberi info terbaik kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.
SISTEM FERTIGASI... SUDAH LAMA...
MEMANG SESUAI... UNTUK SEMUA...
PETANI SENANG... URUSKANNYA...
JADI JUTAWAN.. ITU MENTERI KATA...

By,
M Anem,
Senior AGronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(24  Safar 1443H)
1 Oktober 2021.

Saturday, October 2, 2021

BAWANG GORENG - APA DIA?

MAKANAN BAWANG GORENG
(Crispy fried shallot condiment) merupakan sejenis makanan diperbuat daripada bawang merah (shallot) atau bawang besar (onion) yang dipotong nipis dan digoreng dengan minyak panas. Proses menggoreng sebaiknya dilakukan dengan teliti sehingga ia bertukar berwarna keperang-perangan dan berbau harum lalu diangkat dan ditoskan (Sila lihat foto diatas). Jika bawang tersebut digoreng terlalu lama maka ia akan menjadi agak hangus dan rasanya menjadi pahit. Tekstur bawang goreng ini ialah rangup (crunchy) iaitu keras dan berbunyi apabila ianya dikunyah. Bawang goreng disajikan dengan ditaburkan di atas pelbagai jenis makanan dan masakan Malaysia yang sudah dihidang dan bukannya sebagai bahan masakan. Antara jenis makanan yang sering dibubuh bawang goreng adalah seperti pelbagai jenis sup (sup daging, sup ayam, sup tulang dsb) mee goreng, meehon goreng, bubur nasi (bubur ayam, bubur plain, bubur lambuk), kuih tradisional (talam keladi, qasidah dsb) dan beberapa lagi. Penulis blog suka makan bawang goreng segar dirumah kerana rasanya yang lemak, manis dan juga rangup dimakan. Bagaimana pun jika dibiarkan begitu sahaja selepas menggoreng makan ia akan menjadi lebik dan tidak rangup lagi. Sebaiknya bawang goreng disimpan didalam bekas kedap udara untuk pemyimpanan yang lebih lama. Jika tidak mahu membuat bawang goreng maka pembaca blog boleh membeliny terus dari kedai runcit atau pasaraya yang berhampiran. Bagaimana pun semasa membeli periksa dahulu tarikh membuat dan tarikh tamat diguna (expiry date). Ini kerana jika sudah lama maka ia kurang sihat untuk dimakan apa lagi jika plasti atau bekas pembungkusnya telah bocor maka isinya sudah tidak berkualiti. Pernah viral dimana ada berita bawang goreng komersil dicampurkan atau dimasukkan plastik (straw minuman) agar ia lebih tahan lama disimpan dan sentiasa rangup. Benarkah berita viral itu pembaca blog boleh mencarinya sendiri dilamanweb. Artikel pagi Selasa ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kongsi nfo mengenai industri bawang goreng dan beberapa kisah menarik untuk dijadikan bahan rujukkan semua.

Bawang 
goreng selalunya dijadikan bahan penghias makanan dan pelengkap selera bagi pengemarnya. Biasanya ia akan diguna dan memang sedap ditabur dalam masakan seperti sup, bubur, mi dan sebagainya dimana aromanya memang menambah selerau. Bagaimana pun ramai berpendapat dimana jika membeli bawang goreng yang sudah siap dijual dipasaran memang susah untuk menepati citarasa yang diinginkan. Apa pun sebaiknya membuat sendiri bawang goreng yang penulis blog dapati merupakan satu proses yang sangat mudah dan mendapat hasil gorengan yang terbaik. Pembaca juga pasti boleh hasilkan bawang goreng yang sedap dan wangi selain terjamin kebersihannya. Dilaporkan semakin kurang pengguna membeli bawang goreng komersil dipasaran selepas isu viral ia dicampur dengan bahan plastik untuk kekas rangup. Paling enak apabila bawang goreng ini dibubuh pada mi rebus, mi goreng, bubur dan sebagainya sebelum mula makan. Apa pun rahsia sebenar didalam menyediakan dan menyimpan bawang goreng perlu diikiti dengan baik. Hanya beberapa bahan digunakan untuk menyediakan bawang goreng iaitu Bawang Kecil (ramai yang suka dnegan jenis Bawang Merah Rose India atau Bawang Besar Terpilih, 2-3 sudu tepung jagung dan pastinya minyak masak. Bawang merah terlebih dahulu di kupas kulitnya dan terus cuci dan toskan airnya. Kemudian dengan menggunakan pisau tajam dan alas ia di hiris halus. Tips terbaik adalah jangan dihiris baru duci dengan air kerana apabila digoreng kelak tidak akan garing sampai bila-bila. Ada yang terus menggoreng hirisan bawang akan tetapi ada juga yang membubuh tepung jagung yang ditabur-tabur sahaja. Seterusnya di panaskan minyak dalam kuali dengan kuantiti banyak dan apabila sudah sederhana panas masa taburkan sedikit garam didalamnya. Masukkan bawang yang dah dihiris ke dalam minyak panas dan kacau sekejap dengan teliti menggunakan sudip penapis dengan api yang besar untuk selama selama 1 minit dimana kemudian kecilkan api. Kacau selalu supaya hirisan bawang tersebut tidak mudah hangus dan perlu banyak bersabar kalau mahu hasil yang terbaik. Dilihat apabila sebahagian bawang dah mula bertukar warna kekuningan maka teruskan kacau-kacau sampai bawang mula bertukar warna kekuningan semuanya dan pastikan api sentiasa kecil untuk bagi dia masak dengan sempurna. Angkat kuali daripada api dan teruskan kacau lagi sampai dapat warna kecoklatan yang diingini. Jangan sampai gelap sangat warnanya sebab nanti rasanya pahit. Angkat bawang goreng dengan sudip penapis tu sambil toskan minyaknya. Seterusnya boleh dihidangkan atau boleh dialihkan ke dalam bekas yang kita sediakan tadi. Biarkan betul-betul sejuk dimana apabila sudah sejuk mula leraikan bawang goreng tu perlahan-lahan ye untuk meleraikan isi bawang yang melekat. Simpan dalam pembungkusa yang kedap udara dan labelkan.

Penulis blog agak dimana tentunya banyak kalangan pembaca blog ini yang telah pun mencuba bawang goreng walau pun sekali  seumur hidup. Penulis blog sendiri apabila makan meehon sup memang akan dapatkan bawang goreng dan sambal kicap agar boleh digunakan sebagai pembuka selera (Sila lihat foto disebelah). Aroma bawang goreng akan menambahkan keenakan meehoon sup tersebut. Walaupun aromanya agak unik bagi bawang goreng akan tetapi sebenarnya ia mempunyai rasa yang sangat ringan. Saintis mendakwa selain menambah keenakan rasa dimana kandungan asid askorbik didalamnya akan
 membantu menguatkan sistem ketahanan badan dimana pernah dilaporkan bawang goreng dalam sedikit minyak berguna untuk orang yang terdedah kepada selesema dan SARS yang kerap berlaku satu waktu dahulu. Kajian nutrisi melaporkan dimana didalam bawang goreng terdapat kompopnen zat seperti vitamin B yang diperlukan untuk fungsi normal sistem saraf, Niacin dimana ia mengambil bahagian dalam aktiviti metabolisme lipid dan Asid Folik yang akan mendorong pengeluaran serotonin dan kesannya ia bertanggungjawab untuk mood yang baik. Bahan lain adalah Kolin yang mampu menormalkan metabolisme lemak, jumlah bahan ini yang mencukupi dalam badan menyumbang kepada penurunan berat badan. Bahan Biotin pula akan membantu menguatkan rambut, kuku, memperbaiki keadaan kulit. Didakwa juga sangat berguna bagi wanita hamil untuk makan bawang goreng secara berkala kerana kandungan asid folik yang tinggi. Bahan ini akan membantu mengelakkan kecacatan perkembangan pada bayi yang belum lahir, menguatkan imuniti dimana ia pastinya setiap ibu tahu betapa bahayanya sakit semasa hamil. Dalam bawang, walaupun setelah digoreng diman sebilangan besar zat seperti belerang, kalium dan fosfor tetap ada. Produk ini mempunyai cukup silikon, besi, manganese diman jika sesiapa makan bawang secara berkala memberikan kesihatan. 

Walaupun terdapat senarai khasiat yang cukup banyak dari makanan bawang goreng akan tetapi jika diambil secara berlebihan juga boleh memudaratkan. Didakwa dimana sekiranya seseorang mempunyai masalah dengan perut seperti gastritis (gastrik) atau ulser perut maka sebaiknya perlu hati-hati menggunakan produk ini. Perkara yang sama berlaku untuk mereka yang ada masaalah penyakit pankreas kerana organ ini tidak bertolak ansur dengan makanan berlemak. Oleh itu memang tidak digalakkan makan bawang goreng. Lebih baik menggantinya dengan bawang rebus (walaupun rasa produk akan berbeza dengan ketara). Orang yang sangat sensitif makanan mungkin mengalami reaksi alahan dan juga kalangan kanak-kanak harus diberi bawang goreng dengan penjagaan khas. Ini kerana kemungkinan merka akan menjadi ruam dan warna kemerahan muncul pada kulit akibat radang atau allergik. Bawang goreng dan makanan gorengan lain didakwa boleh menyebabkan kerosakan hati jika diambil berlebihan. Ini disebebkan makanan seperti ini mengendungi banyak lemak yang memberi beban pada organ lebih meningkat. Sekiranya terdapat penyakit hati yang kronik sebaiknya harus menolak makanan istimewa ini atau menggunakan kaedah lain untuk memasak bawang (memasak, membakar, dll.) Makan bawang dalam kuantiti yang banyak juga tidak diperlukan. Tanaman umbisi lazimnya akan mengandungi bahan yang menimbulkan kegembiraan pada sistem saraf dimana ia sangat mungkin apabila seseorang makan berlebihan maka akan bermula, tekanan darah terus meningkat. Pesakit yang ada masaalah tekanan darah tinggi sebaiknya mengelakkan makana seperti ini dan juga mereka berkemungkinan akan diserang masaalah lelah (asma). B
awang goreng sangat tinggi kalori dimana saiz hidangan siap mungkin mengandungi 250 atau lebih kalori dan sebenarnya produk ini tidak boleh disebut sebagai sejenis pemakanan biasa. Hidangan yang berasaskan bawang goreng diambil dengan berhati-hati jika seseorang mempunyai penyakit gastrousus atau ingin menurunkan berat badan. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!.
BAWANG GORENG... APA BENDA...
HIRISAN BAWANG...RANGUPNYA...
DALAM SUP... MENAMBAH SELERA...
BUAT SENDIRI... ATAU BELI SAHAJA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(20 Safar 1443H).

Friday, October 1, 2021

TERNAK BUAYA - SUMBER REZEKI ?

MENTERNAK BUAYA merupakan satu bidangusaha yang masih memberikan rezeki dan masih dianggap merbahaya akan tetapi dilaporkan ia tetap mempunyai potensi yang baik. Aktiviti menternak buaya juga  sebenarnya merupakan aktiviti yang cukup mencabar. Buaya atau 'crocodile' merupakan rumpun reptilia pemangsa besar separa akuatik yang tergolong dalam order Crocodilia (atau Crocodylia). Buaya mula-mula muncul sejak zaman purba iaitu sekitar 83.5 juta tahun dahulu. Sebenarnya menternak buaya sangatlah menguntungkan tetapi untuk memulakannya harus mengeluarkan modal yang cukup banyak terlebih dahulu untuk jangkamasa selama 3 sampai 4 tahun pertama. Pengusaha buaya perlu mengeluarkan banyak wang sebelum buaya itu hidup dan membesar dan sesuai untuk dijual sama ada digunakan untuk diambil kulit atau dagingnya. Meskipun pun begitu di Malaysia tidak ramai penternak buaya berbanding dengan negara Australia dan Indonesia serta Thailand yang merupakan dua negara yang berjaya dalam industri ini. Dilaporkan pulangan daripada penternakan buaya adalah kerana biasanya dilaporkan hanya syarikat yang sudah komersil dan besar selalunya lebih banyak mendapatkan keuntungan daripada peternak buaya yang bersaiz kecil-kecilan. Kepada pemain baru dalam industri ini perlu banyak berfikir mengapakah hendak memasukki industri ini mengapa mereka hendak melakukannya. Ini kerana faktur persiapan kepakaran, modal besar, pengalaman, tempoh masa lama, kemudahan infrastruktur, bekalan benih, pekerja dan juga pasaran perlu dikaji dengan teliti. Walau pun dilaporkan industri menternak buaya mampu memberikan pulangan tinggi akan tetapi beberapa peraturan dan syarat dari pihak berkuasa perlu di dapatkan. Pemilihan lokasi untuk membina kolam dan pusat memproses juga memerlukan persyaratan yang ketat demi keselamatan semua. Penulis sudah pernah membuat tinjauan teknologi di beberapa lokasi penternakan buaya termasuk di Kuantan, Pahang dan di Langkawi, Kedah. Saintis mendpati musim pembiakan buaya adalah sering terjadi pada musim hujan. Selalunya musim bertelur adalah pada bulan November sehingga April dimana dilaporkan bagi seekor induk betina mampu ianya menghasilkan sekitar 30-60 biji telur dan akan menetas dalam tempoh tiga bulan. Suhu yang optimum bagi telur untuk menetas adalah sekitar 31.6 Celcius. Semasa inilah buaya betina akan berubah menjadi sangat ganas dan buas sehingga selalu ia mengancam sesiapa yang berani untuk mendekatinya. Induk betina juga biasanya menyimpan telur-telurnya dengan membenam kedalam tanah atau di bawah rimbunan daun. Pembaca blog perlu tahu dimana induk buaya betina akan menunggu dari jarak beberapa meter dari sarangnya. Buaya umumnya haiwan yang tinggal di habitat perairan air tawar walau pun ada spesis buaya yang hidup di air payau seperti buaya muara. Makanan utama buaya adalah haiwan bertulang belakang seperti ikan, reptilia dan mamalia. Buaya merupakan haiwan purba yang biasanya ia menyimpan makanan mereka sampai busuk di dalam air atau dekat dengan sarangnya. Menjaga buaya memerlukan kepakaran dan pengurusan terbaik agar semua pekerja dan habitat terselamat dari ancaman. Artikel petang Ahad ini saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai potensi menternak buaya sebagai sumber rezeki yang baik untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca semua.

Di Malaysia terdapat 
Garis Panduan Pemeliharaan Hidupan Liar yang mana perlu dibaca kepada sesiapa yang ada berhajat untuk memahaminya. Ini akan membantu pemeliharaan hidupan liar peliharaan orang perseorangan dalam usaha memastikan kebajikan dan husbandri hidupan liar peliharaan terjamin. Garis panduan ini sejajar dengan peruntukan yang terkandung di dalam Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716] di bawah penguatkuasaan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) di Semenanjung Malaysia dan di Sabah serta Sarawak mereka ada akta peraturannya sendiri. Apa pun garis panduan ini diwujudkan untuk menggalakkan pemiliknya bertanggungjawab dan amalan terbaik didalam pemeliharaan hidupan liar kesayangan dengan beberapa pemahaman asas seperti sentiasa memberi kesedaran berkaitan pemilikan hidupan liar sebagai hidupan liar kesayangan berkaitan atau bertujuan memelihara hidupan liar kesayangan. Potensi dan persediaan pemilikan hidupan liar kesayangan dan beberapa etika dan tanggung jawab dalam memelihara hidupan liar kesayangan. Garispanduan menyatakan mengenai tatacara memelihara hidupan liar kesayangan dengan cara memelihara hidupan liar peliharaan mengikut piawaian pengurusan terbaik hidupan liar peliharaan di dalam premis. Asas seperti kebajikan hidupan liar, saiz minimum kurungan, rekabentuk kurungan, kebersihan, keselamatan hidupan liar - manusia, persekitaran serta makanan dan minuman hidupan liar yang dipelihara. Ia juga menyatakan dengan jelas dan menggariskan kod amalan etika pengurusan dan kebajikan hidupan liar kesayangan di dalam premis kediaman. Garispanduan setebal 33 mukasurat ini mudah diakses didalam lamanweb atau berkunjung terus ke portal perhilitan untuk mendapatkannya. Bagaimana pun menternak buaya dilihat tidak ada didalam Jadual Senarai Hidupan Liar yang boleh dipelihara. 

Portal berita suarasarawak.my telah menyatakan dimana 'Ternak buaya sebagai sumber rezeki' yang ditulis semula dan memang baik untuk bahan bacaan. Berita dari Kuching, Sarawak menyatakan dimana apabila menyebut sahaja nama buaya, pasti kita berasa gerun kerana reptilia itu memang sering  digambarkan sebagai haiwan purba yang ganas (Sila lihat foto disebelah). Dilaporkan dimana seekor buaya betina boleh membesar sepanjang tiga meter manakala buaya jantan tiga hingga enam meter dengan berat 640 kilogram (kg) sehingga 1,100 kg seekor. Di Sarawak pula sering diberitakan dimana oleh kerana saiznya yang besar maka ia digelar sebagai sang bedal ini diberikan gelaran sebagai ‘Bujang Senang’ dan mempunyai legendanya yang tersendiri. Mengikut mitos kaum Iban, Bujang Senang adalah jelmaan pahlawan Iban yang disumpah menjadi buaya serta menyimpan dendam untuk membunuh semua keturunan musuhnya jika mereka berada di dalam air (sungai). Sehingga kini, kaum Iban di Sarawak masih percaya dengan mitos tersebut dan tiada sesiapa pun yang berani memakan daging buaya kerana dipercayai sang bedal itu boleh menghidu bau manusia yang memakan atau membunuh ‘saudaranya’. Apa pun bukan sahaja kaum Iban yang percaya dan takut dengan reptilia itu, malahan penulis blog percaya majoriti daripada masyarakat di bumi Kenyalang ini juga memang tidak berani membunuh atau memakan daging buaya kerana dimomokkan dengan mitos tersebut. Malahan sukar untuk menukar pemikiran atau perspektif masyarakat mengenai ancaman buaya, memandangkan konflik antara manusia serta buaya sememangnya wujud sekian lama. Masyarakat perlu belajar untuk menerima hubungan yang ‘harmoni’ dengan buaya sambil menjaga keselamatan diri. Buaya sebenarnya tidak akan menganggu manusia kerana mereka mempunyai habitat sendiri, namun kita manusia sering menceroboh kawasan mereka untuk mendapatkan sumber makanan, apabila habitat atau sarang diganggu maka reptilia ini akan bertindak agresif serta mampu mengancam keselamatan manusia.

Dalam pada itu mengikut peruntukan undang-undang antarabangsa dan tempatan, pelbagai aktiviti, termasuk pemburuan, menangkap, menjual, malah memelihara haiwan berkenaan boleh dikenakan hukuman dan penjara kerana buaya merupakan haiwan terlindung.  Mengikut ordinan yang dipinda pada tahun 1998 iaitu mana-mana individu yang didapati memburu, membunuh, menangkap, menjual, mengimport, mengeksport, memelihara atau menyimpan bahagian atau organ buaya tanpa lesen sah boleh dihukum satu tahun penjara dan denda tidak lebih RM10,000. Adalah diketahui umum dimana kulit buaya mempunyai nilai yang tinggi di pasaran antarabangsa namun untuk memastikan kulit buaya tersebut menembusi pasaran ia perlulah memenuhi kriteria serta standard yang telah ditetapkan. Penternakan buaya perlu dijalankan secara profesional dengan cara yang betul selain mematuhi piawaian antarabangsa. Sesiapa yang berminat untuk menceburi bidang menternak buaya supaya memohon permit dari pihak berkuasa dahulu. Syarat pertama mestikan dapat kelulusan menternak buaya dan seterusnya pastikan sudah mempunyai kawasan yang sesuai iaitu kawasan yang dikhaskan untuk tujuan itu. Sebenarnya untuk membolehkan kulit buaya itu mempunyai nilai yang tinggi maka usia buaya yang sesuai dituai mestilah yang berumur tiga tahun sama ada untuk menghasilkan kulit atau pun dagingnya. Buaya liar disungai itu sebenarnya sudah tidak ada nilai lagi mengikut piawaian jadi tiada untung pun kalau ia dibunuh untuk dijual. Buaya yang layak dituai juga perlu memenuhi kriteria, antaranya mesti mempunyai kulit yang cantik agar mampu menebusi pasaran antarabangsa.

Ada satu laporan dimana '
Ternak buaya, ada berani' seperti dilakukan oleh astroawani.com mengenai Samarahan Crocodile Hunters di Sarawak yang melihat potensi buaya untuk diternak sebagai sumber ekonomi baharu bagi nelayan darat. Pengarahnya Datuk Idris Buang berkata, pihaknya masih mencari teknologi yang sesuai bagi merealisasikan idea tersebut (Sila lihat foto disebelah). Beliau juga masih memerlukan tunjuk ajar, sokongan kewangan daripada kerajaan untuk dapat terus membangunkan industri menternak buaya. Dia dakwa daripada menjadi ancaman adalah lebih baik dibangunkan industri ini. Usaha buaya kecil diternak dimana pada kulit di bahagian perut boleh diambil dan diproses untuk seterusnya dikomersialkan. Syarikat juga akan majukan industri ini dimana ia tidak mustahil dilakukan memandangkan sudah dilaksanakan dengan jayanya di Sabah, Filipina dan Australia.  Samarahan Crocodile Hunters memohon menggunakan lesen dan panduan Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) untuk mengalihkan semua buaya di kawasan hulu sungai. Semua buaya kecil dan telur akan dialih dan meminta SFC agar dapat meletakkan kawasan tersebut sebagai zon buaya. Kawasan tersebut syarikat akan bina pagar dan anak buaya akan diberikan cip pintar untuk mengesan pembesaran dan pergerakannya. bagi buaya besar yang memberikan ancaman hanya akan dibunuh dengan kebenaran pihak berkuasa.  Syarikat akan mengumpul anggota termasuk polis, Angkatan Pertahanan Awam (APM), bomba dan nelayan darat yang tahu dengan sungai termasuk perbadanan kerajaan dalam pasukan ini. Ada beberapa individu di Samarahan mempunyai pengalaman menangkap dan membunuh buaya besar. Ada antara mereka mempunyai lesen senjata api. Mereka yang mana mempunyai lesen yang sah SFC untuk mencari, menangkap dan membunuh buaya boleh dimanafaatkan.  Samarahan Crocodile Hunters ditubuhkan untuk menangani ancaman buaya terhadap penduduk kampung khususnya di Sungai Meranek. Sebagai rekod sehingga kini sebanyak empat ekor buaya berjaya ditangkap. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!.
HAIWAN BERBAHAYA... ITULAH BUAYA...
DIDALAM SUNGAI... ADA JADI MANGSA...
BOLEH DITERNAK... PERMIT PERLU ADA...
KULIT DAN DAGING... MAHAL HARGANYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(19 Safar 1443H).

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...