Support My Blog

Monday, March 7, 2016

NEKTAR AKASIA - ANUGERAH TERHEBAT

POKOK AKASIA (Acacia mangium) merupakan tumbuhan yang hidup liar terutama disepanjang kawasan pesisir pantai atau dikawasan hutan akasia yang memang ianya tidak dipedulikan semenjak sekian lama. Senario ini telah berubah apabila kini kawasan tumbuhan akasia menjadi rebutan ramai orang terutama dikalangan penternak Lebah Madu dan khususnya Penternak Kelulut untuk mengutip madu asli. Penulis membuat beberapa tinjauan teknikal kekawasan penternakan kelulut dibanyak lokasi terutama dibeberapa negeri di Pantai Timur iaitu di Pahang, Terengganu dan juga di Kelantan. Semasa membuat tinjauan tersebut, penulis dapat rasakan penternak hanya tahu bahawa pokok akasia adalah sangat sesuai untuk penternakkan kelulut tetapi tidak berapa pasti akan bagaimana nektar tersebut dikeluarkan. Lawatan penulis kekawasan penternakkan sering membawa kamera dan memberitahu penternak bagaimana dan dimana nektar dari pokok akasia dikeluarkan. Akhirnya foto diatas yang diambil dengan kamera Nikon dihasilkan dimana ia jelas menunjukkan antara lokasi dibahagian pucuk daun akasia yang menghasilkan nektar. Foto yang diambil sekitar jam 10.45 pagi ini dengan jelas menunjukkan dimana lokasi atau 'node' yang mengeluarkan nektar dilihat dengan jelas. Kawasan lain disekelilingnya pula kelihatan 'secretion of nectar' dilihat dengan tanda permukaan daun pucuk yang berkilat. Titisan nektar yang jernih ini akan dipungut oleh kelulut, semut, lebah, kerengga yang berkunjung setiap beberapa saat atau beberapa minit. Artikel tengahari Ahad ini sambil menonton Berita TV3 jam 1.30 tengahari saya terus menulis artikel ke 3,899 dalam "Anim Agro Technology" satu temuan penulis bagaimana nektar dari pucuk daun akasia dihasilkan untuk dibuat rujukkan.


Meneliti lanjut pucuk pokok akasia, penulis menunjukkan ada bonjolan jelas pada bahagian pucuk yang terus mengeluarkan nektar. Bahan nektar yang dipanggil sebagai 'extrafloral nectary' pada pokok akasia mengeluarkan nektar daripada bahagian luar ranting pucuk pokok iaitu dilokasi yang dipanggil sebagai 'Axadial side ' berada dipangkal setiap daun akasia dewasa (Sila lihat foto disebelah). Penelitian penulis dengan mata kasar dapat melihat ketulan nektar tersebut dengan jelas. Dalam kajian dimakmal oleh saintis dengan menggunakan mikroskop elektron mendapati terdapat bentuk sesalur nektar (nectary cavity) terdiri daripada sel-sel 'parenchyma' yang mana ia berfngsi mengeluarkan cairan manis ini. Bentuknya adalah seperti 'pancake' diman asalnya membesar bergantung kepada saiz tangkai daun pada cabang pokok. Apabila pokok sudah matang lazimnya ia mempunyai saiz sama besar dengan ukurlilit tangkai daun. Lazimnya sel-sel parenchyma ini akan bertindakbalas dengan safranin yang terdapat disekeliling tisu yang terbahagi kepada banyak tisu nektar (nectariferous tissue) atau sel Tisu Epithelial yang membolehkan ia menghasilkan cairan manisan nektar. Cairan ini akan dikeluarkan melalui rongga-rongga (cavity) disekitar pangkal daun pokok Acasia mangium yang dewasa. Penulis membuat bacaan daripada beberapa buku mengenai perkara ini dengan tujuan untuk mengetahui akan keunikan pada pokok akasia ini. Ini kerana rasa ingin tahun bagaimana pokok akasia mampu menghasilkan nektar dengan kuantiti yang banyak dan sesuai untuk dijadikan lokasi menternak lebah madu terutama Jenis Lebah Import (Apis mellifera). Selain itu ternakan ada Lebah Keran (Apis cerana) dan Kelulut (Trogona itama dan Trigona thoracica) juga sesuai dikawasan hutan akasia.


Nektar dari pokok akasia merupakan lelehan semulajadi manisan pada celah-celah daun dipangkal dahan (leaf petiol) terutapa pada dun muda dan dibahagian pucuknya. Nektar ini yang dikeluarkan (secretion process) oleh pokok akasia dimana ia kini telah pun dikenalpasti mempunyai potensi yang tinggi untuk dikutip melalui penternakan lebah madu dan ternakan kelulut (Sila lihat foto disebelah). Pokok akasia merupakan pokok yang mudah tumbuh disesuatu kawasan jika mempunyai kawasan tanah yang telah ada pokok akasia. Pokok akasia hidup di kawasan hutan dan ada yang ditanam sebagai pohon hiasan dan ketinggian boleh mencapai 15 meter. Mempunyai bunga berwarna kuning dan agak wangi, buahnya leper, berkulit keras berisi kekacang dan apabila masak akan bergulung. Ia digunakan sebagai Pokok hiasan jalan ini dapat mencegah hakisan tanah. Tumbuhan ini juga pernah di laporkan untuk digunakan sebagai julap iaitu ubat sembelit untuk kanak-kanak. Ia juga mempunyai aktiviti yang mengurangkan ketegangan dan ‘anti-anxiety’ serta antifilaria untuk kegunaan manusia. Kajian menunjukkan ada kesan keracunan dimana racun pada tumbuhan ini berkebolehan merencat sistem saraf pusat atau otak, menghalang aliran urin, merosakkan buah pinggang, bengkak di kawasan alat kelamin dan kegagalan hati berfungsi secara normal serta memberi kesan toksik kepada sperma. Bagaimana pun penanaman pokok akasia secara komersial adalah untuk mendapatkan sumber bekalan seperti KAYU, MADU ASLI, TANIN, MAKANAN TERNAKAN dan KARBON. Ia juga kini telah ditanam oleh Jabatan Perhutanan dikawasan bekas hutan sebagai gantian dan dijadikan projek bernilai tinggi.


Daripada beberapa buku rujukan yang penulis baca dilaporkan madu asli yang dihasilkan dari kawasan pokok akasa memberikan kualiti madu yang sangat berkualiti. Dalam kajian keratan rentas nectary menunjukkan terdapat organ dinamakan 'slit-like nectar cavity' pada peringkat awal pembentukan tisu yang menghasilkan nektar. Kajian makmal terhadap kualiti manisan nektar daripada akasia mendapati kandungan nektar terdiri daripada bahan gula iaitu 60% adalah Sukros, 25% adalah Glucose dan 15% adalah Fructose. Manisan ini amat digemari oleh semua jenis serangga yang hidup disekeliling pokok akasia seperti Semut, Kerengga, Lebah Madu dan kelulut yang akan menyedut manisan tersebut berulang-ulang kali sehingga habis. Nektar ini akan dibawa balik kesarang kelulut dan menyimpannya didalam kantung madu (Sila lihat foto yang penulis ambil disebelah). Jika tidak ada serangga yang mengambilnya, maka cairan nektar ini akan mengering akibat tersejat oleh panas sinaran matahari atau pun ditiup angin. Jika hujan juga maka nektar ini akar cair terlarut oleh air hujan. Kesan daripada kawasan nektar yang kering lazimna akan dapat dilihat ada kelihatan warna berkilat atau kehitaman kerana terdapat jelaga yang tumbuh. Nektar dari pokok akasia dihasilkan dengan banyaknya daripada bulan Januari sehingga Ogos sebelum ia mengurang pada musim hujan pada hujung tahun. Lazimnya pokok akasia dewasa akan banyak hasilkan bunga dan debunga pada bulan September sehingga Disember setiap tahun. Semuga foto dan artikel ini berjaya memberi info berguna kepada anda. Wasallam!. 

POKOK TERBIAR... ITULAH AKASIA...
DAUN PUCUK... 'NEKTAR' DIJANA...
SERANGGA DATANG... KUTIPNYA...
KELULUT LEBAH...MADU HASILNYA...

By..
M Anem,
Senior Agronomist,
Projek Ternakan Kelulut, 
Kg Chendor, Kuantan,
Pahang, Malaysia.
(24 JamadilAwal 1437H) 

Sunday, March 6, 2016

BUNGKUS BUAH FIGS - INOVASI


BUAH FIGS (Ficus spp) merupakan sejenis buah yang kini semakin menarik ramai usahawan dan orang ramai di Malaysia. Seorang peminat tanaman buah figs yang penulis telah jumpa telah mengamalkan membungkus buah figs dengan menggunakan karung pembungkus telur untuk majlis perkahwinan untuk menghalang serangan dari Lalat Buah (Bactocera  spp atau Daucus spp). Cara yang diamalkan ini selain daripada mudah, murah dan dilihat cantik tetapi juga merupakan teknik yang sangat praktikal (Sila lihat foto diatas). Teknologi amalan agronomi penanaman pokok buah figs ini semakin maju dengan pelbagai inovasi baru dimana ia disesuaikan dengan tanaman pokok buah tersebut yang dilihat sensitif dengan cuaca di Malaysia. Penanaman pokok figs dibawah struktur pelindung hujan membolehkan ia hidup subur dengan sistem fertigasi dan terlindung daripada hujan lebat dan sinaran terik matahari. Pokok buah figs yang ditanam sekarang dipercayai asal benihnya diimport dari luar negara dengan pelbagai varieti. Anda boleh baca beberapa varieti tanaman buah figs dengan merujuk artikel tulisan saya sebelum ini (Sila klik disini) dan (Sila klik disini). Tanaman pokok buah figs kini semakin popular dimana ia sering di viralkan dalam internet oleh beberapa NGO dan usahawan yang terlibat dengan tanaman ini. Malahan ada beberapa kelompok atau kumpulan menubuhkan lamanweb mereka sendiri mengenai potensi tanaman buah figs dalam negara. Anakbenih buah figs daripada yang dijual murah sehingga beratus-ratus ringgit sepokok menjadi satu komoditi yang amat dicari oleh peminat dan usahawan penanaman buah figs. Faktur cara pembiakan benih, jenis varieti dan sumber siapa penjualnya merupakan antara faktur menentukan harga benih dan membantu industri tanaman buah figs terus berkembang. Apa pun artikel kali ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" bagaimana En Hasnor yang mengamalkan membungkus putik buah figs menggunakan jaring pembungkus telur (Karung mini) untuk mengelakkan serangan serangga lalat buah untuk dijadikan satu teknologi yang praktikal.

Pokok figs dari pelbagai varieti ditanam oleh 'Hasnor and the gangs' dikawasan sekitar Pejabat Pertanian Bera, Pahang untuk dijadikan petak pemerhatian. Terdapat sekitar 8 jenis varieti pokok figs yang ditanam dibawah struktur pelindung hujan semenjak lebih setahun lalu (Sila lihat foto disebelah). Pokok ini ditanam didalam bakul plastik yang besar disebabkan lokasi penanaman adalah mudah dinaiki air semasa musim banjir. Apabila berlaku musim hujan dan akan berlaku kejadian banjir maka bakul plastik besar tersebut boleh dipindahkan kelokasi lain yang lebih tinggi. Kedudukan lokasi tanaman bersebelahan dengan Sungai Pahang telah mengalami kejadian banjir besar pada tahun 2014/2015 yang menenggelamkan keseluruhan kawasan tanaman. Inovasi menanam pokok buah figs dalam bakul plastik membolehkan tanaman ini diselamatkan dari musnah akibat banjir. Pokok ditanam didalam bakul plastik yang diisikan dengan media tanaman campuran tanah dan cocopeat dan dipasang sistem fertigasi melalui sistem 'piping' secara titis. Ini membolehkan pokok figs hidup subur dengan baik dan menghasilkan bunga dan buah. Selain daripada plot ini dijadikan plot pemerhatian dilaporkan ia juga menjadi plot untuk menghasilkan bahan tanaman atau benih yang disediakan melalui pembiakan vegetatif. Beberapa dahan ditut dengan teknik betul untuk memberikan kualiti anakbenih pokok figs yang tulin dan 'true-to-type'.


Jenis karung pembungkus berjaring yang digunakan boleh dibeli dari kedai yang menjual bahan majlis perkahwinan atau kedai runcit biasa. Terdapat berbagai bahan atau material bagi diisi dengan telur ayam rebus atau telur pindang untuk diagihkan kepada tetamu dalam majlis perkahwinan dan beberapa majlis-majlis keramaian lain. Antaranya seperti material kotak kertas, kaca, seramik, kain, gelas dan juga karung kain kasa. Lazimnya material ini dijual dalam unit 50 unit satu set dengan kebanyakannya adalah buatan dari Negara China. Harga yang murah dan ketahanannya membolehkan karung mini ini sangat baik untuk digunakan beberapa kali. Karung yang dibuat dari kain kasa ini dibuat dengan banyak corak yang menarik tetapi warna gelap adalah menjadi pilihan kerana ia mampu mengelakkan lalat buah nampak putik buah figs. Karung mini ini berjaring dengan udara boleh berlegar dan memberikan kondisi terbaik untuk buah figs membesar dan menerima cahaya. Jika menggunakan plastik atau kertas ia menghalang peredaran udara dan cahaya yang menjejaskan warna buah figs yang dihasilkan. Cara pasang karung mini ini amat mudah dengan membuka ikatan lubang karung dan masukkan putik buah figs kemudian ia perlu diikat semula dengan kemas. Penulis mencuba memasang karung mini ini dalam beberapa saat sahaja sudah siap bagi setiap biji (Sila lihat foto disebelah). Buah yang masak boleh dilihat dengan jelas dari luar dan boleh dipetik. Karung mini ini boleh diguna semula selepas buah figs ini dipetik.


Hasil daripada tanaman buah figs masa kini masih menjadi persoalan kerana belum banyak buah ini dijual dipasaran. Bagaimana pun penulis dapat merasa kesemua jenis varieti buah figs yang ditanam dan membezakan rasannya (Sila lihat foto disebelah)Buah Figs rupanya orang kita di Malaysia lebih kenal dengan panggilan 'Buah Tin' iaitu sejenis buah daripada keluarga Moraceae dan ia merupakan sejenis tumbuhan yang didapati natif dari kawasan Timur Tengah dan Asia Barat yang kini banyak ditanam di kawasan temperate secara komersil. Antara jenis figs terbaik adalah varieti yang dipanggil sebagai "Brown Turkey" yang mana ia mempunyai kulit coklat kemerahan, isi warna merah dan rasa yang manis. Kebanyakan buah figs ditanam dikawasan Mediterranean seperti Turki, Iran dan Mesir dan juga beberapa negara seperti Sepanyol, Portugal serta Greece. Kini tanaman buah figs telah berkembang meluas ke USA, Argentina, Australia dan telah pun ditanam secara komersil penanamannya untuk pengeluaran buah segar. Apa yang saya baca daripada buku "Temperate and Sub-tropical Fruit Production" terbitan CABI International (2011) menyatakan, buah figs merupakan jenis buah yang dikaitkan dengan keagamaan sama ada agama Islam dan agama lain seperti Kristian, Budda, Hindu dan sebagainya. Semakan saya mendapati anggaran pengeluaran buah figs seluruh dunia sekitar 700,000 mt pada tahun 2010 (Laporan FAO Statistics). Negara utama yang menghasilkan buah figs didunia masa ini adalah Turki (sebanyak 255,000 mt/tahun) diikuti dengan negara Mesir (185,000 mt/tahun), Algeria (99,000 mt/tahun), Iran (76,500 mt/tahun) dan Morocco (74,000 mt/tahun). Tanaman ini di Malaysia merupakan tanaman yang baru diminati dan terus berkembang dengan cepat. Teknologi membungkus putik buah figs dengan karung jaring iaitu jenis pembungkus telur merupakan satu kaedah yang sangat praktikal, mudah dilakukan, murah dan yang paling utama adalah mampu melindungi buah daripada serangan serangga Lalat Buah. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada anda semua. Wasallam!. 
TANAM FIGS... PERLULAH DIJAGA...
PUTIK BUAH... LALAT BUAH SUKA...
DIBALUT AWAL...PELBAGAI CARA...
KARUNG DIPASANG...MUDAH SAJA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room A4, Hotel Sireh,
Wakaf Che Yeh, Kota Bharu,
Kelantan, Malaysia.
(23 JamadilAwal 1437H)
Ditulis semasa bercuti pada Mac 2016.

Saturday, March 5, 2016

KELULUT DAN 'SUNFLOWER'


TERNAK KELULUT dengan POKOK BUNGA MATAHARI? ..... Ini merupakan satu inovasi baru yang dilakukan oleh usahawan muda di Felda Bukit Mendi, Bera, Pahang. Encik Osman merupakan seorang usahawan muda dimana bapanya Pak Cik Zakaria adalah peneroka FELDA yang memulakan aktiviti ternakan kelulut diperkarangan rumahnya semenjak setahun setengah lalu. Kini terdapat sebanyak 24 koloni kelulut disekeliling rumahnya dengan jenis Trigona itama. Semua bekalan kelulut ini pada asalnya hanya 10 koloni sahaja dimana ia dibekalkan oleh usahawan lain dari kawasan sekitar Kuantan. Kini dia berjaya menambah 14 lagi koloni dengan membeli 10 koloni tambahan dan memasang perangkap sendiri sehingga berjaya membiakkan koloni baru kelulut iaitu sebanyak 4 koloni diletakka disekeliling rumahnya (Sila lihat foto diatas). Beliau menanam pelbagai tumbuhan untuk makanan kelulutnya seperti Pokok Salak (Salacca endulis), Pokok Bunga Honolulu Creepers (Artigonon leptopus), Bunga Balung Ayam (Celosia argentea), Bunga Tunera (Tunera diffusa) dan yang saya paling suka lihat adalah Bunga Matahari atau Sunflower (Hellianthus anuus). Keseluruhan disekeliling rumah bapa beliau penuh dengan pelbagai tanaman makanan untuk kelulut dan ini menjadikan ia memberikan suasana redup dan sejuk yang sesuai untuk habitat kelulut. Kanopi oleh pokok rambai, pokok duku dan beberapa pokok salak (17 pokok) dibelakang rumahnya memberikan lindungan kepada kelulut yang diternak. Dibahagian hadapan rumahnya pula penuh dengan bunga seperti bunga matahari ditanam diatas tanah beberapa baris sehingga kelihatan seakan-akan taman bunga. Hiasan struktur kerangka tambahan seperti pondok menggantung pasu bunga menambahkan kecantikkan taman tersebut. Beberapa jenis bunga yang memberikan aroma wangi seperti bunga cempaka juga ditanam dalam pasu. Susun atur tanaman pokok hiasan dan ornamental ini amat teliti dengan sentuhan ibunya sendiri.  Artikel malam ini sambil menonton TV perlawanan bolasepak diantara JDT dengan FELDA United, saya menulis dalam "Anim Agro Technology" satu teknologi menternak kelulut dengan pelbagai jenis tanaman makanan termasuk bunga matahari sebagai hasil lawatan penulis kepada usahawan Encik Osman di Felda Mendi untuk dijadikan satu bahan rujukkan.


Beberapa koloni kelulut betul-betul diletakkan didalam barisan tanaman pokok bunga matahari (Sila lihat foto disebelah). Ini menjadikan inovasi beliau saya fikir kreatif kerana memudahkan kelulut mendapatkan makanannya terutama sumber debunga dan nektar hanya bersebelahan sarangnya sahaja. Batang kayu dan Kotak Super diletak setinggi 2 kaki dari paras tanah dengan tiang yang dibubuh minyak agar tidak diganggu oleh serangga seperti semut dan kerengga. Ia ditutup diatasnya dengan tikar getah terpakai untuk tujuan melindungi kayu daripada hujan lebat dan mengurangkan kepanasan dari sinaran matahari. Penanaman bunga matahari menurut En Osman menggunakan biji benih yang dibeli daripada Kuching, Sarawak oleh rakannya yang juga tinggal dalam kawasan Felda tersebut. Benih bunga tersebut disemai dahulu dalam polibeg kecil yang diisi dengan media cocopeat dan berperingkat-peringkat semasa menyemai. Benih tersebut kemudian dialihkan diatas batas tanaman didepan rumah dengan susunan disebelah kiri dan kanan halaman rumah. Saya mengira sendiri dimana terdapat sebanyak 62 pokok bunga matahari yang ada dengan mempunyai 3 peringkat penanaman. Ada pokok yang sedang berbunga dengan banyak dan ada yang baru mula belajar berbunga serta ada yang baru sahaja ditanam. Walau pun dahulu beliau memberikan baja kimia jenis NPK 15:15:15 yang digunakan pada peringkat awal penanaman dan baja NPK 12:12:17:2 apabila ia mula berbunga, kini beliau menggunakan baja organik formulasi sendiri. Beliau yang juga usahawan mengeluarkan baja organik untuk tanaman kelapa sawit merupakan graduan universiti tempatan yang berhenti kerja dengan pihak swasta untuk menjalankan perusahaan mengeluarkan baja organik. Kini beliau sering ke Kuantan untuk menguruskan pengedaran baja organik keluarannya di seluruh Pahang.


Penelitian penulis mendapati iaitu aktiviti kelulut selama 10 minit mengira jumlah kelulut berulang alik daripada sarangnya kepada bunga matahari. Didapati kelulut akan berulang alik setiap 2-3 saat sahaja dikunjungi (Sila lihat foto disebelah). Foto yang diambil menggunakan kamera Nikon ini amat jelas menunjukkan 2 ekor kelulut sedang menyedut nektar dan dibahagian hujung kakinya ada melekat debunga berwarna kekuningan. Kunjungan kelulut kepada bunga matahari paling aktif diantara jam 9.30 pagi sehingga jam 11.30 pagi setiap hari. Paling saya suka adalah dimana bunga matahari akan berubah kedudukannya daripada waktu pagi sehingga kepetang mengikut kedudukan matahari. Kunjungan kelulut pada waktu petang kepada bunga matahari yang berwarna kuning ini juga berlaku tetapi tidak begitu aktif seperti pada waktu pagi. Dalam membuat pemeriksaan dalam kotak koloni didapati debunga bunga matahari ada disimpan sedikit dibahagian tengah kotak super dalam beberapa kotak tertentu. Ini kerana lazimnya debunga akan disimpan dalam bahagian batang kayu berhampiran dengan anak dan telur. Hanya madu dan nektar saha yang sering disimpan dalam kotak super.
Inovasi En Osman menanam bunga matahari disekeliling rumahnya menjadi satu kaedah baru dalam aktiviti atau pengurusan penternakan kelulut. Bunga matahari mampu bertahan hidup dalam masa 3-4 bulan malah mungkin lebih lama lagi jika dijaga dengan baik terutama jika banyak menggunakan baja organik. Penulis mendapati pokoknya telah tinggi (lebih tinggi daripada penulis) bermaka ia hidup subur dan dijaga dengan baik (Sila lihat foto diatas). Kalau anda teliti dalam foto diatas juga ada sepokok Durian Belanda yang baru ditanam dicelahnya. Menurut En Osman dia menanam durian belanda untuk dijadikan sumber makanan kelulutnya apabila buahnya masak kelak. Penulis menyarankan agar beberapa jenis buah-buahan diberikan kepada kelulut ketika musim hujan berpanjangan dimana kelulut boleh mendapatkan makanan dari buah yang diberi. Setakat ini tuaian madu telah dijalankan dua minggu sekali atau sebulan sekali bergantung kepada keadaan musim dan kandungan kuantiti madu kelulut didalam super. Madu kelulut yang dijual dengan harga sekitar RM150 - RM180 sekilogram lazimnya dibotolkan dalam botol kecil yang jualan runcitnya sekitar RM25 sebotol. Ramai pelanggan yang membeli adalah mereka yang ada masaalah kesihatan seperti kencing manis, darah tinggi, lemah ingatan dan ulser dalam perut. Tanaman bunga matahari dikawasan penternakan kelulut selain dapat membekalkan makanan kepada kelulut ia juga amat memberi kesan indahkan taman disekeliling rumah. Wasallam!.

BUNGA MATAHARI... KUNING WARNA...
MUDAH DITANAM...AMAT CANTIKNYA...
ADA KELULUT...DICELAH-CELAHNYA....
INOVASI BARU... BOLEH LAKSANA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room A4, Hotel Sireh,
Wakaf Che Yeh,
Kota Bharu, Kelantan,
Malaysia.
(4 March 1437H)

Friday, March 4, 2016

PLANT BOOSTER - INOVASI BARU

PRODUK ORGANIC Plant Booster
telah didakwa mampu untuk meningkatkan pertumbuhan dan hasil tanaman serta ketahanan pokok yang manghasilkan makanan. Pada masa ini di negara kita, penggunaan mikroorganisma tempatan dilihat mempunyai prospek yang luas dan dijangka menjadi satu pencetus industri baharu yang akan menyokong lagi tentang perkembangan industri pertanian khususnya dalam aktiviti pertanian organik di Malaysia. Pelbagai kaedah untuk penghasilan mikrob berfaedah (Beneficial microbe) secara semula jadi dilaksanakan oleh Jabatan Pertanian Malaysia. Antaranya kaedah pemerangkapan mikrob di bawah pokok buluh atau hutan, kaedah pemeraman yang menggunakan bahan-bahan seperti susu, sayur-sayuran dan buah-buahan serta pemeraman isi perut haiwan ruminan. Kebanyakan kaedah ini menghasilkan kumpulan beberapa jenis mikrob seperti Lactobasillus sp, Fotosintetik bakteria dan yis. Kebanyakan kaedah-kaedah atau teknologi yang diamalkan di negara ini adalah seperti pemerangkapan mikrob daripada kawasan pokok buluh yang dikenali sebagai Indigeneous Mikroorganism (IMO) yang diperoleh dari Korea dan juga pemeraman mikrob daripada haiwan ruminan serta susu yang dikenali sebagai Beneficial Indegeneous Microorganism (BIM) diperoleh dari Jepun. Kini penggunaan nama IMO dan BIM hanya untuk membezakan dua kaedah serta sumber kedapatan mikrob yang berbeza. Terpulang kepada petani untuk memilihnya mengikut keadaan setempat serta kepada kebolehan mendapatkan bahan-bahan tersebut. Jabatan Pertanian Malaysia juga memperkenalkan teknologi penghasilan baja cecair seperti Fish Amino Acid (FAA), Fermented Plant Juice (FPJ), Fermented Fruit Juice (FFJ) dan kompos. Artikel kali ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai inovasi 'Plant Booster' yang dihasilkan oleh Jabatan Pertania dan dilaporkan oleh Akhbar Kosmo untuk dijadikan bahan rujukan anda.


Bahan untuk membuat Plant Booster ini terdiri daripada belacan, nanas, pisang, betik dan kangkung perlu dikisar separa halus sebelum dimasukkan ke dalam satu bekas yang telap cahaya. Kesemua produk ini bertindak sebagai baja dan pelengkap untuk kesuburan tanah serta tanaman. Seiring dengan perkembangan inovasi negara, kaedah pemerangkapan ini sentiasa berkembang mengikut kreativiti dan keupayaan untuk digunapakai oleh para petani. Secara tidak langsung, penambahbaikan ini berjaya menghasilkan satu kaedah baharu yang lebih mudah, cepat dan berkesan untuk diaplikasi dalam sektor pertanian. Hasil gabungan teknologi pertanian dari Korea, Jepun dan India terciptalah satu kaedah inovasi baharu daripada Jabatan Pertanian Malaysia yang diberi nama Organic Plant Booster (OPB). OPB adalah teknologi yang menggabungkan unsur-unsur seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan susu yang menghasilkan kumpulan mikroorganisma berfaedah, enzim-enzim dan hormon-hormon pertumbuhan semula jadi. Ia tidak dikategorikan sebagai baja kerana mempunyai nilai nutrien yang sangat rendah bagi memenuhi keperluan tanaman. Oleh itu, ia lebih berfungsi sebagai merangsang tanaman untuk meningkatkan pertumbuhan dan hasil serta ketahanan pokok melalui pengambilan nutrien yang lebih efisien. Bagi penyediaan OPB sebanyak 80 liter, antara bahan yang digunakan adalah molases/gula merah sebanyak 3 kilogram (kg), belacan (3kg), buah nanas (5kg), telur (10 biji), susu (5 liter), buah pisang (5kg), buah betik (5kg), buah labu (5kg), kangkung (3kg), ragi (5 biji) dan air (50 liter). Membuat sendiri plant booster memang mudah dilakukan sendiri.


Apa pun s
etelah bahan-bahan tersebut diperoleh, kaedah pembuatan OPB adalah seperti berikut. Pertama bagi bahan belacan, nanas, pisang, betik dan kangkung perlu dikisar separa halus dan dimasukkan ke dalam satu bekas yang telap cahaya. Langkah kedia dimana bahan yang dikisar tadi dicampur dengan telur, susu segar atau susu tepung, gula merah dan air dan ke 3 dimana kemudian, bahan tersebut dimasukkan ke dalam bekas yang sama dan dikacau sehingga sebati. Seterusnya ke 4 dimana masukkan buah labu yang dipotong nipis dengan ketebalan 2 milimeter, panjang (5 hingga 6 sentimeter) dan lebar (2 hingga 3 sentimeter). Akhir sekali taburkan ragi yang telah dipecahkan di atas permukaan labu atau media dan kacau sehingga sebati. Pastikan air yang digunakan untuk mengisar buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sebanyak 50 liter. Langkah ke 5 adalah dimana bekas tersebut ditutup secara separa anaerobik dan diperam melalui proses fermentasi antara tujuh hingga sepuluh hari di tempat yang gelap. OPB ini dianggap matang apabila terdapat miselium putih tumbuh di atas permukaan media dan berbau masam manis. OPB (tidak mengeluarkan miselium dan tidak berbau masam manis), sebanyak 0.5kg molases atau gula merah disyorkan untuk dimasukkan ke dalam bekas tersebut. Kacau sehingga sebati dan bekas tersebut ditutup secara separa anaerobik dan diperam semula melalui proses fermentasi selama seminggu. Seterusnya langkah ke 6 dimana setelah matang, OPB dikacau dan ditapis sebelum digunakan pada tanaman. Bagi tujuan penyimpanan stok, OPB perlu disimpan di tempat yang gelap. Sebaiknya tempoh hayat penyimpanan OPB adalah enam bulan dan boleh dilanjutkan penyimpanan sehingga setahun dengan menambah 20 gram urea dan 500 gram gula merah.


Bagaimanakah cara Aplikasi pada tanaman?. Sebaiknya OPB dicairkan bersama air bersih dan dimasukkan ke dalam tong semburan mengikut sukatan yang telah disyorkan. Larutan tersebut dikacau sehingga sebati kemudian disembur pada keseluruhan pokok dan tanah/media tanaman. Bagi penanaman secara fertigasi, selain semburan pada pokok dan media tanaman OPB juga boleh dilarutkan bersama baja fertigasi yang dimasukkan ke dalam tangki larutan. Perlu diingatkan OPB bukan baja. Jadi, aplikasi baja sangat penting sebelum mengaplikasikan OPB. Contoh sukatan aplikasi OPB ke atas tanaman cili adalah seperti berikut iaitu 1 dan 3 (15 ml/liter), 5 dan 7 (20 ml/liter) dan 9 dan keatas (30 ml/liter) selepas ditanam. Apa pon hasil dari testimoni dimana kesan OPB kepada tanaman dapat dilihat jelas. Hasil pemerhatian dan beberapa tinjauan yang dilaksanakan bersama petani oleh Jabatan Pertanian Malaysia sudah dapat disimpulkan bahawa OPB ini boleh membantu dalam mempercepatkan pertumbuhan pokok, meningkatkan hasil tanaman antara 20 antara 30 peratus, penjimatan dalam penggunaan baja, mempercepatkan tempoh masa dalam proses pembungaan, memanjangkan tempoh hayat tanaman dan meningkatkan ketahanan penyakit pada tanaman. Justeru itu, penggunaan OPB ini adalah sangat digalakkan kepada semua peringkat seperti petani dan suri rumah. Kepada anda yang ingin mendapatkan info tambahan boleh berhubung dengan Pusat Pertanian Serdang (Bahagian Hortikultur), Selangor atau merujuk kepada lamanweb mengenai perkara tersebut. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!.
PLANT BOOSTER... PRODUK APA...
BUAT SENDIRI... CARI BAHANNYA...
JENIS MIKROB...HASILKAN BAJA...
POKOK SUBUR... HASIL DIJANA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Pusat Pertanian Serdang,
Serdang, Selangor,
Malaysia.
(17 Syaaban 1436H)
Kemaskini pada 27 November 2023).

Thursday, March 3, 2016

PADI MR 263 - VARIETI BARU

VARIETI PADI MR263 merupakan jenis varieti padi baru yang dihasilkan dalam negara kita untuk digunakan oleh pesawah. Padi (Oryza sativa) merupakan tanam penting dan strategik dalam negara kerana nasi daripada beras yang dihasilkan pesawah adalah manjadi makanan asasi rakyat Malaysia. Terdpat seluas lebih 600,000 hektar sawah padi yang ditanam diseluruh negara dengan purata penghasilan padi dalam negara sekitar 4.5 metrik tan sehektar (Sumber: Laporan CCS Padi, Jabatan Pertanian Malaysia). Penulis juga mendapati penggunaan varieti MR219 dan MR220 yang meluas dengan liputan lebih 90% daripada kawasan penanaman padi adalah varieti padi digunakan paling lama dalam sejarah. Varieti ini itelah ditanam lebih daripada 20 musim (10 tahun) dan dimana ia berkemungkinan akan jejaskan pengeluaran dan industri padi jika sekiranya berlaku serangan wabak penyakit atau perosak. Dilaporkan terdapat beberapa kes menunjukkan bahawa tahap kerintangan terhadap varieti MR219 dan MR220 terhadap penyakit karah padi semakin menurun. Kebergantungan kepada hanya satu atau dua varieti padi dalam negara amat mengundang risiko tinggi jika berlaku penuaian hasil rendah yang disebabkan oleh seragan penyakit, perosak dan faktor lain. Dibeberapa negara yang menanam padi dengan meluas, mereka sering menukarkan varieti padi dalam kurang dari 3-5 tahun demi menjaga industri pengeluaran padi. Negeri China dan Jepun sebagai contoh mempunyai berpuloh-puloh varieti padi baru untuk digunakan oleh petani mengikut jangkamasa yang ditentukan kerajaan. Adalah amat perlu pihak tertentu untuk menghasilkan varieti baru padi untuk tujuan keselamatan makanan, kedaulatan makanan dan mengurangkan risiko tidak cukup bekalan makanan asasi dalam negara. Walau pun SSL padi sekitar 70% setahun diperolehi masa kini, ianya perlu terus dipertingkatkan dengan menggunakan teknologi dan varieti baru untuk peningkatan produktiviti padi dalam negara. Pengenalan beberapa varieti padi seperti Padi Aerob, Padi Wangi dinegara kita masih belum mencapai tahap memuaskan. Artikel malam Jumaat ini saya meulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai varieti padi baru MR263 sekadar dijadikan bahan rujukkan. Risalah daripada gerai pameran Bahagian PTIF semasa sambutan 110 tahun di Dewan A, MAEPS, Serdang sempena keujudan Jabatan Pertanian Malaysia saya jadikan bahan rujukkan artikel tulisan kali ini.


Padi MR263 adalah hasil dari kacukan dua baka mutan iaitu SPM158 dan MR221. Varieti SPM158 adalah vareti yang dihasilkan dari mutasi aruhan varieti tradisional Kurau Wangi manakala varieti MR221 adalah baka hasil daripada mutasi aruhan baka kualiti Q31. Kacukan diantara SP158 dengan MR221 ini dilakukan pada Musim Utama tanaman padi tahun 2000/2001 yang bertujuan untuk meningkatkan hasil tuaian padi dalam negara. Ia juga dilakukan untuk meningkatkan kadar kerintangan terhadap perosak utama tanaman padi. Pemilihan titisan seterusnya dilakukan secara konvensional dan baka tersebut telah pun berjaya dinajukan untuk aktiviti penilaian hasil pada Musim Luar 2006 dan dinilai lagi pada sessi percubaan dalam penyesesuaian pada Musim Utama 2007/2008. Hasilnya adalah dimana padi varieti MR263 ini telah sesuai diedarkan dan ditanam dikawasan utama jelapang padi di Malaysia. Padi MR263 mwmpunyai masa matang yang cepat iaitu sekitar 97 - 104 hari selepas ditabur iaitu sekitar 8 hari lebih awal daripada MR219. Ia mempunyai ketinggian pokok lebih rendah daripada MR219 dengan 59 -71 cm berbanding dengan ketinggian 83-87 bagi varieti MR219. Pokok padi yang rendah lazimnya lebih tahan daripada masaalah rebah berbanding dengan padi yang tinggi. Walau bagaimana pun daun pengasuhnya agak panjang tetapi melentur sedikit jika terlalu panjang (Sila lihat foto hiasan disebelah). Mengenai komponen panjang tangkai padi, ia didapati memang setanding dengan MR219 dengan bentuk biji padi yang boleh dikategorikan sebagai bujur tetapi tidak sebujur MR219. Ini disebabkan oleh bijinya yang lebih pendek dan lebih lebar berbanding dengan MR219. Berat bijinya juga lebih rendah sedikit berbanding MR219. Pencirian tersebut membolehkan padi ini dijadikan varieti utama untuk ditanm oleh pesawah.


Varieti padi MR263 didapati mempunyai tahap kerintangan yang lebih baik daripada MR219 berdasarkan kepada prestasi yang ditunjukkan. Walau pun kedua-dua varieti ini dikategorikan sebagai sederhana rintang terhadap karah daun namun MR263 adalah lebih baik lagi. Namun kedua-dua MR219 dan MR263 adalah rentan terhadap karah tangkai (Sila lihat foto disebelah). Begitu juga dengan tahap kerintangan terhadap penyakit2 lain seperti hawar daun bakteria, penyakit merah virus dan serangan bena perang. Kajian psaintis juga mendapati varieti MR263 adalah lebih rentan berbanding dengan MR219 dari segi serangan Hawar Seludang. Laporan juga menyatakan peratus perolehan beras MR263 adalah lebih baik daripada MR219. Peratus perolehan beras kepala adalah 10% lebih tinggi daripada MR219. Walau pun ukuran biji berasnya hanya 6.21 mm panjang tetapi ia masih lagi dikategorikan dalam kategori beras panjang. Kandungan Amilos dalam beras varieti MR263 adalah rendah sedikit (1%) kurang daripada MR219. Beratnya juga sama kategori dengan beras MR219. Menganalisa mengenai kualiti, dari segi kelembutan dan juga kelekitan apabila dimakan adalah setanding. 


Prestasi hasil daripada percubaan dalam penyesesuaian baka padi varieti MR263 dilaporkan hanya sebanyak 2.63 metrik tan sehektar. Penanaman padi ini dinilai di lima lokasi iaitu di MADA, IADA Pulau Pinang, IADA PBLS, IADA Seberang Perak dan KADA. Pada umumnya hasil MR263 adalah lebih tinggi daripada hasi varieti MR219 yang mencatatkan 5.58 mt sehektar. Walau pun berlaku perbezaan hasil dituai varieti baru ini dengan MR219 akan tetapi kebanyakannya menyatakan dan medapati ia memang lebih tinggi hasilnya. Kajian menunjukkan varieti MR263 sesuai ditanam disemua kawasan jelapang padi  dan juga dikawasan tanah kurang subur berbanding dengan varieti MR219. Pakej amalan teknologi seperti 'Rice Check', MyGAP dan amalan agronomi tanaman padi varieti MR219 boleh digunakan untuk varieti MR263 kerana keduanya mempunyai keupayaan dan juga cara tindakbalas terhadap pembajaan yang sama. Penulis berharap dengan ujudnya varieti MR263 ini membolehkan pesawah akan dapat hasil pendapatan lebih baik dan kestabilan bekalan beras negara. Malaysia mensasarkan untuk meningkatkan tahap pengeluaran tanaman padi dan mengurangan pengimportan dimana akan datang. Wasalam!.
VARIETI MR263... BARU JENISNYA...
TANAM DI KADA...DAN JUGA MADA...
5.63 MT SEHEKTAR...POTENSINYA...
PESAWAH TANAM... JADI GEMBIRA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 111, Hotel Leverage,
Jalan Mergong, Alor Setar,
Kedah, Malaysia.
(7 Safar 1437H)      

Wednesday, March 2, 2016

BAGAI AYAM DIASAK MALAM

BAGAI AYAM DIASAK MALAM adalah satu peribahasa lama yang membawa maksud 'Tidak ada daya upaya lagi'. Apakah dan bagaimana peribahasa ini dicipta oleh bijak pandai bahasa orang kita dulu-dulu dan kenapa ia dibuat?. Ini adalah perkara yang saya akan bincang kali ini sebagai satu daripada tajuk artikel teknologi pertanian dalam usaha cuba mengulas kekayaan peribahasa atau bidalan melayu ini untuk artikel ke 3,689. Ayam adalah haiwan jenis burung (Birds /Avians) yang berkaki dua yang berkepak dan berparuh. Terdapat banyak jenis Ayam (Galus galus domesticus) iaitu haiwan daripada keluarga Phisianidae dengan populasi sebanyak 24 billion setahun diseluruh dunia. Pada masa dulu orang kampong hanya kenal Ayam Kampong dan Ayam Hutan tetapi kini maysarakat moden hanya kenal 'ayam karen' atau apa yang dimaksudkan dengan Ayam Pedaging dan Ayam Penelur. Daging Ayam merupakan daging dan sumber protin yang paling penting dalam kehidupan rakyat Malaysia dan penduduk dunia lain. Ia diperlihara secara komersil dengan sistem terbuka atau sistem tertutup untuk pasaran domestik dan eksport. Penulis telah pun membuat rujukkan dengan Laporan Agromakanan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani 2014 dimana ia ada menyatakan yang perkapita pengambilan daging ayam rakyat Malaysia sebanyak 35 kg seorang setahun dan pengambilan telur ayam pula sebanyak 295 biji seorang setahun. Ini menunjukkan bertapa pentingnya industri ternakan ayam di Malaysia. Rangkaian Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) menghidangkan daging ayam goreng sebagai menu utamanya yang sangat popular dengan rangkaian diseluruh dunia. Ayam kampong biasanya diternak secara bebas berkeliaran mencari makan disekeliling rumah dan bila malam hari akan masuk reban. Reban ayam selalu berada dibelakang rumah akan diletakkan beberapa kayu untuk ia tidur bertenggek. Ayam ini akan masuk reban sendiri pada waktu petang dan keluar pada esok paginya. Oleh itu orang tua saya dahulu hanya akan tangkap ayam untuk disembelih pada malam hari kerana ia mudah ditangkap. Artikel petang Ahad ini sambil menonton Perlumbaan Motor Cup-Prix Petronas di TV1 saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai peribahasa bagai ayam diasak malam untuk dibincangkan dan perkra berkaitan haiwan ayam dengan peribahasa ini.


Rekod daripada Kementerian Pertanian dan Jabatan Perkhidmatan Veriterinar (JPV) menunjukkan terdapat seramai 43,310 penternak Lembu dan 3,925 penternak Kerbau yang terlibat dalam industri ini sama ada berskala besar, sederhana dan berskala kecil. Penternak kambing atau bebiri pula direkodkan ada sebanyak 25,509 orang sementara jumlah penternak Ayam seramai 76,925 orang, penternak itik seramai 8,779 orang dan penternak babi seramai 887 orang. Pada keselurohannya negeri Kelantan merupakan negeri paling ramai bilangan penternak lembu iaitu seramai 26,186 orang tetapi kebanyakannya adalah penternak yang berskala kecil-kecilan mempunya kurang dari 5 ekor lembu diikuti dengan Negeri Terengganu seramai 5,283 orang. Negeri Johor merupakan negeri paling banyak menyumbang sektor ternakan negara terutama dalam Ternakan Ayam (Lebih 60 juta ekor setahun), Ternakan Kambing (70,000 ekor/ tahun) serta jumlah sembelihan lembu dan kambing di Malaysia. Industri Ternakan Ayam / Itik di Malaysia merupakan industri yang paling utama didalam sektor ternakan. Sebanyak 225,789,620 ekor ayam atau ringkasnya 225 juta ekor ayam dikeluarkan pada 2010. Populasi itek pula sebanyak 7.927 juta ekor. Daripada jumlah tersebut sebanyak 1.295 juta metrik tan daging ayam dan juga daging itek dihasilkan dengan nilai sebanyak RM 5.776 billion. Permintaan dan penggunaan daging ayam di Malaysia adalah sebanyak 1,013 jut mt setahun berbanding dengan bekalan sebanyak 1.295 mt/setahun bermakna negara mempunyai lebihan bekalan daging ayam pada tahun 2010. Hampir 30% kawasan pengeluaran ayam di Malaysia adalah Johor dengan sebanyak 60.1 juta ekor setahun diikut i oleh Negeri Sarawak (32 juta ekor) dan Perak (18.8 juta ekor). Tidak ada laporan mengenai aktiviti penternakan ayam di Wilayah Persekutuan. Pengeluaran Telur dinegara kita mencapai9.826 billion biji pada tahun 2010 iaitu jika dibanding cuma sebanyak 7.38 billion biji pada tahun 2005. Jika dikira dari segi berat pula adalah sebanyak 540,000 metrik tan yang bernilai RM 2.4 billion. Kadar penggunaan telur di Malaysia adalah sebanyak 8.515 billion biji setahun dan ini bermakna kita mengekspot telur sebanyak 1.3 billion biji telur setahun. Telur ayam dijual dengan harga runcit mengikut gred iaitu Gred A (32 sen/biji), Gred (31 sen/biji), Gred C (30 sen/biji) sementara telur itek dijual pada harga 55 sen sebiji (Gred Besar) dan 50 sen sebiji (Gred Sedang). 


Ayam memang tidak dapat melihat dalam keadaan yang gelap. Mata ayam adalah jenis mata bebentuk bulat sepasang dibahagian kiri dan kanan (Sila lihat foto disebelah). Mata Ayam memang tidak melihat apa-apa dimalam hari tetapi ia mempunyai deria lain mengesan musuh yang mendekati reban ayam sama ada musang, ular atau pencuri dan menghasilkan bunyi kuat yang kita mudah dengarnya di malam hari. Apa lagi maka angkat senapang dan pergi ke reban ayam kemudian disuluh dengan lampu picit dan bedil sahaja musang atau ular yang datang. Ini merupakan kehidupan penulis dikampong zaman dulu yang masih segar dalam ingatan. Memang benar ada peribahasa kata 'bagai ayam diasak malam' iaitu tiada upaya lagi boleh dibuat dalam keadaan tertentu. Bertawakallah. Dalam kes lain penulis membawa kepada bidalan 'Rabun Senja' atau 'Rabun Ayam' dimana dalam bahasa perubatan dinamakan sebagai Nyctalopia. Penyakit ini adalah keadaan mata yang tidak mampu melihat dalam keadaan yang redup. Rabun senja kadang kala disebut rabun ayam kerana aduan yang sering dirasakan pesakit waktu senja atau menjelang malam. Orang yang sedang menjalani rawatan masaalah Glaucoma juga boleh dia mengalami rabun senja sama seperti dimaksudkan. Ini disebabkan kesan atau efek sampingan dari ubat-ubatan glaucoma yang mengakibatkan pupil mata mengecil sehingga mata sukar menangkap sinar.


Penyebab Utama rabun senja atau rabun ayam adalah kekurangan vitamin A merupakan penyebab terbanyak dari rabun senja. Vitamin A merupakan vitamin larut dalam air yang diperlukan tubuhbadan untuk berbagai tujun (Sila lihat foto disebelah). Vitamin A ini akan membantu merubah singnal molekul dari sinar yang diterima oleh retina untuk menjadi suatu pancaran (projection) gambar kepada otak kita. Retinol merupakan organ yang berperanan utama dalam perkara tersebut . Organ retinol bersama dengan bahan rodopsin seterusnya akan dapat membentuk kompleks pigmen yang sensitif terhadap cahaya untuk membuat transmisi signal cahaya kepada otak. Akhirnya maka kekurangan vitamin A di dalam tubuh amat penting untuk kesihatan mata anda. Kekurangan vitamin A diambil boleh menyebabkan kerosakkan kepada organ penglihatan iaitu MATA. Pada umumnya pengambilan vitamin A yang diperlukan tubuh sekitar 5,000 International Unit (IU) sehari. Jumlah vitamin A ini dapat diperoleh dari makanan seperti susu, telur, hati, daging, ayam, sayuran hijau, lobakl, ubi, bayam, brokoli, mangga dan tomato. Kalau rabun senja yang terjadi ini disebabkan oleh rabun jauh maka sebaiknya pergi kekedai cermin mata dan tempah yang sesuai. Bagi megatasi rabun senja yang disebabkan oleh kesan sampingan pengambilan ubat seperti Glaucoma sebaiknya cuba kurangkan atau hindarkan pengambilannya. Akhir sekali adalah cara pembedahan mata (eye surgery) kepada mereka yang menderita katarak dan rabun senja. Begitunya yang penulis dapat rungkaikan dari peribahasa 'bagai ayam diasak malam' yang berkarya dalam masa 2 jam mencari bahan rujukan. Wasallam!...

AYAM KAMPONG... JINAK TABIATNYA...
DISIANG HARI... LIAR IA GERAKNYA...
MALAM HARI.... TAK NAMPAK JADINYA...
JANGAN DIASAK...IA TIADA UPAYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
Wilayah Persekutuan,
Malaysia.
(20 Muharam 1437H)

Tuesday, March 1, 2016

PROJEK HALIA - KG JANDA BAIK

TANAMAN HALIA (Zingerber officinale) oleh Encik Isnin dari Kg Janda Baik, Bentong, Pahang merupakan satu jenis tanaman yang diusahakan oleh beliau bersama tanaman Buah Markisa (Passiflora endulis) semenjak lebih 10 tahun lalu. Penulis berpeluang melawat aktiviti penanaman halia dan markisa pada 18 Febuari 2016 dalam program tinjauan teknologi dan pengamalan agronomi kedua jenis tanaman tersebut. Tanah seluas 1 hektar ini merupakan Tanah Pajakan Sementara (TOL) juga dimajukan dengan tanaman makanan lain sepertii sayuran buah seperti cili, petola dan sebagainya. Tanah yang bercerun ini mendapat sumber air daripada aliran anak sungai yang mengalir jernih dan dibuat empangan kecil. Air dialirkan kekawasan kebun dengan gunakan polipaip 2 inci dan tidak memerlukan pam air berjentera kerana tekanan graviti membolehkan air dialirkan kekawasan tanaman dengan baik. Laluan kebun sejauh 5 km daripada Kg Janda Baik melalui jalan tanah yang sukar tidak menghalang Encik Isnin memajukan tanaman halia dan markisa yang bernilai tinggi ini sebagai pilihannya. Selain daripada beliau, terdapat seramai 7 pengusaha lain dengan tanaman markisa, cili padi, kantan, agrotourism dan tanaman sayuran yang beroperasi dikawasan persekitaran. Salah seorang petani En Zaini menanam kantan seluas 0.5 hektar dimana ia mula dikutip hasil setiap 2 minggu untuk dihantar ke pasaran sekitar Lembah Kelang (Sila baca artikel tanaman kantan En Zaini - Sila klik disini). Tanaman halia jenis Halia Bentong merupakan satu aktiviti penanaman yang memerlukan kawasan khusus untuk mengekalkan kualitinya seperti disekitar tanah tinggi bercerun di Kg Janda Baik dan Tanah Tinggi, Bentong, Pahang. Halia Bentong telah mendapat pengiktirafan sebagai 'Geographical Indication' atau GI sebagai mengiktiraf halia tersebut amat sesuai dengan keadaan persekitaran tersebut. Dalam daftar GI dikatakan Halia Bentong sesuai ditanam dengan ketinggian 700 meter dari paras laut dan menerima hujan 187 mm sebulan atau sekitar 2,000 mm setahun. Tanah subur dan cuaca sejuk sekitar 24-28 C diperlukan halia bentong untuk ditanam. Halia Bentong telah ditanam oleh kaum China dikawasan ini bermula daripada tahun 1963. Artikel malam ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai penanaman halia bentong oleh Encik Isnin sebagai satu kajian kes dan bahan rujukkan pembaca blog ini. 


Penanaman Halia Bentong memerlukan kemahiran dan modal yang besar berbanding dengan tanaman lain. Kos terbanyak mengikut En Isnin adalah untuk pembelian benih dimana ia memerlukan sebanyak 1 mt benih halia tua untuk ditanam dikawasan kebun seluas 1 hektar (Sila lihat foto disebelah). Lereng bukit disediakan jalur dan teres untuk menanam benih halia sekitar 4-5 cm dengan mempunyai tunas. Jarak tanaman diamalkan 0.25 m x 0.25m yang selalunya memberikan sebanyak 60,000 rumpun. Benih yang digunakan oleh En Isnin adalah hasil tuaian musim lepas dimana ia dipilih daripada rizom helia tua melebihi 12 bulan untuk dijadikan benih tanaman. Dengan menggunakan 3 pekerja upahan buruh asing, beliau telah siap menanam 80% daripada kawasan menggunakan benih sendiri. Ia memerlukan masa selama 12 tahun untuk menuai halia tua dan 6 bulan untuk halia muda. Kadang kala jika ada permintaan dengan harga baik beliau akan menuai dalam masa 8 bulan sahaja. Antara masaalah yang dihadapi dalam aktiviti penanaman halia adalah serangan penyakit reput umbisi dan kawalan rumpai terutama diperingkat awal penanaman. Menjadi amalan dimana kawasan bekas tanaman halia akan dibiarkan lama sebelum ia ditanam semula dengan tanaman halia. Sistem giliran tanaman ini dilakukan kerana menurut En Isnin jika kawasan tanah sama berterusan ditanam dengan halia ianya tidak sesuai seperti yang diharapkan. Menurutnya sebaik masa untuk kawasan dibiarkan tidak ditanam halia adalah selama 4 tahun.


Daripada segi pengurusan amalan agronomi, En Isnin yang telah menanam halia selama 10 tahun memahami jenis baja dan Amalan Pertanian Baik yang sesuai. Sumber benih halia didapati dari kebunnya atau dibeli dari penanam yang berhampiran. Lazimnya apabila sebanyak 1 metrik tan benih yang ditanam maka ia mampu menghasilkan sekitar 5 metrik tan hasil halia tua segar. Didalam kebun seluas 1 hektar ini Encik Isnin menanam seluas 0.5 hektar dengan Halia Bentong dan 0.5 hektar lagi dengan tanaman Markisa. Dibantu oleh 3 pekerja asing dan 2 ahli keluarga, sistem tanaman dijalankan berterusan dengan dua tanaman utama iaitu Halia Bentong dan Buah Markisa serta ada tanaman cili diantara tanaman markisa. Cili yang ditanam adalah dari jenis Cili Api (Capsicum frustecens) yang mendapat harga pasaran baik di Lembah Kelang. Semeasa memeriksa tuaian hasil halia yang dipikul oleh tenagakerja Nepal penulis mendapati ia adalah jenis berkualiti. Halia ini akan digredkan dahulu dengan mengasingkan umbisi halia yang rosak, ganjil, busuk atau kurang berkualiti semasa menuai. En Isnin juga pernah menuai halia ditanam dalam peringkat umur 8 bulan apabila harga tinggi dan permintaan amat banyak. Mendakwa mengenai jangkamasa tanaman halia adalah banyak bergantung kepada caa penjagaan tanaman. harga dipasaran serta tahap serangan perosak dan penyakit. Bagi tanaman markisa ia adalah dari jenis Kuning yang mula berbuah selepas 5 bulan dan akan memetik hasilnya sehingga bulan ke 16. Buah markisa dijual kepada peraih Cina di Bukit Tinggi dengan harga purata sekitar RM3.00 - RM5.00 sekilogram. Semuga tulisan ini memberi sedikit info kepada pembaca semua. Wasallam!.
ENCIK ISNIN...MENANAM HALIA...
DIJANDA BAIK... KAWASAN DIA...
HARGA BAIK... RM 30/KG SAHAJA...
BERILMU ... TIDAK BERANI CUBA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Kg Janda Baik,
Bantong, Pahang,
Malaysia.
(16 Jamadilawal 1437H)

  

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...