Support My Blog

Saturday, May 29, 2021

PAPAYA MERAH DELIMA - APA DIA?

TANAMAN BETIK
atau PEPAYA (Carica papaya) merupakan diantara buah tropika yang popular di Malaysia dan negara jiran Indonesia. Malaysia menanam betik daripada beberapa jenis seperti Betik Sekaki, Betik Subang, Betik Eksotika dan beberapa lagi untuk pasaran domestik dan juga eksport. Bagaimana pun tanaman betik popular juga di Indonesia terutama dikawasan tanah dataran rendah dengan pelbagai varieti tempatan dan varieti baru yang dihasilkan melalui penyelidikan. Penulis blog merujuk kepada data daripada Kementerian Pertanian Indonesia dimana penghasilan betik terus meningkat daripada sebanyak 643,451 metrik tan pada 2006 kepada lebih 887,591 metrik tan pada 2018 (FAO Statistic, 2019). Ini menjadikan negara Indonesia adalah  pengeluar ke lima terbesar betik dunia setelah India Brazil, Mexico dan Republic Dominica. Bagaimana pun dilaporkan dimana dari segi nilai eksport iaitu Nilai Betik Malaysia lebih tinggi dari eksport betik dari Indonesia disebabkan oleh kualiti dan varieti betik yang di hasilkan oleh Malaysia adalah jauh lebih berkualiti dan manis. Faktor nilai eksport betik daripada Malaysia meningkat dengan jauh lebih baik setelah varieti baru Betik Eksotika Papaya di hasilkan untuk pasaran eksport dan Malaysia pernah direkodkan sebagai salah satu negara pengeksport betik segar didunia dahulu sebelum berlaku kes serangan oleh Penyakit Papaya Dieback (PD) dan Penyakit Papaya Ringspot Virus (PRSV). Di Indonesia pula walau pun berlaku peningkatan pengeluaran buah betik dilaporkan masih banyak isu dan masalalah kualiti buah yang dihasilkan seperti penghasilan masih rendah, ukuran buah tidak seragam dan tidak memenuhi kehendak piawaian antarabangsa, kadar kemanisan tidak mencapai 12° Brix, terbatasnya varieti unggul berkualiti dan jangkamasa hidup tanaman pendek. Berlaku juga ancaman cuaca dimana pokok betik yang ditanam di kawasan tanah sawah sering berlaku banjir dan kekurangan air semasa kemarau. Jawapan kepada persoalan tersebut adalah menanam varieti betik unggul yang dapat mengatasi isu tersebut seperti Betik Merah Delima dan Betik Callina yang kini semakin popular ditanam. Artikel subuh Jumaat dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai varieti Betik Merah Delima yang diperkenalkan dinegara Indonesia dijadikan bahan rujukan pembaca semua.

Dilaporkan dimana petani tempatan lebih
menyukai buah betik yang mana ia mesti mempunyai penghasilan tinggi sepanjang musim, cepat berbuah, ukuran buah kecil sehingga ukuran buah sedang, ciri-ciri isinya yang tebal, citarasa manis, tidak lembik dan tahan lama apabila ianya disimpan. Lazimnya bagi tjuan menentukan varieti betik yang sesuai dengan ciri-ciri dan yang sesuai dengan keinginan pembeli dalam satu varieti memang agak sukar diperolehi dan masih sangat terbatas. Seperti ciri-ciri khas yang ada pada Betik Callina, Betik Semangko dan Betik Dampit dimana ia mempunyai isi buah tebal tetapi dari segi sitarasa kurang manis dan warna daging buah kurang merah (ukuran buahnya terlalu besar yaitu lebih dari 2kg bagi Betik Semangko). Pernah di tanam varieti Betik Arum Bogor, Betik Carysa atau Betik Eksotika mempunyai rasa manis tetapi isunya dimana isi daging buahnya agak tipis. Di Indonesia terdapat beberpa jenis pepaya tempatan (local) dan varieti baru yang sudah diperkenalkan seperti Variieti IPB dan juga Varieti Balitbu Tropika iaitu pada tahun 2002. Bagi varieti  Balitbu Tropika sudah diperkenalkan dua varieti iaitu telah dinamakan dengan Betik Sari Gading dan Betik Sari Rona. Institut Pertanian Bogor telah melepas Varieti Betik Arum Bogor, Betik Hawai dikenali dengan nama Carisya dan Betik California iaitu BETIK CALLINA. Selain itu juga terdapat beberapa jenis varieti betikyang dibawa masuk daripad aluar negara yang masih didalam kajian dan penyelidikan adaptasi sedang dilakukan.

Salah satu varieti betik yang dihasilkan oleh Balai Penelitian Tanaman Buah Tropika telah mempunyai ciri terbaik adalah Betik MERAH DELIMA. Betik ini dilaporkan mempunyai warna isi daging buahnya iaitu merah oren, daging buah tebal (lebih dari 3cm tebalnya), rasa sangat manis (TSS capai 11-14 Brix), produktiviti  mencapai lebih daripada 70 mt/ha, ukuran buah sedang dengan purata beratnya sekitar 1.2kg sebiji. Perkara ini penting bertujuan untuk mengetahui kestabilan sifat morfologi dan kualiti mahu pun dari segi faktor kuantiti buahnya. Didakwa dimana Betik MERAH DELIMA mempunyai karakter kualitatif yang hampir mirip dengan Betik Callina dimana antara perbezaannya hanya pada penampilan punggung buah dan bentuk rongga tengah. Pada pepaya Callina punggung buah relatif lurus dan rata sedangkan pepaya Merah Delima punggung buah agak bergelombang. Demikian juga dengan bentuk rongga tengah Callina tidak teratur sedangkan pepaya Merah Delima mempunyai bentuk rongga seperti bintang bersudut lima. Keunggulan lain Betik Merah Delima iaitu isi daging buah lebih tebal, rasanya lebih manis dengan kadar gula (TSS ) rata-rata 14°Brix dan jumlah buah sepokok bila pokok berumur  4 bulan mencapai 80 biji sepokok. Produktiviti tanaman betik ini dapat mencapai 90 mt/ha/empat bulan iaitu dengan jumlah populasi pokok 1,200 sehektar. Betik Merah Delima ini didakwa sesuai ditanam dengan jarak tanam 2mx 2m dimana ini akan memberikan kadar penghasilan buah sehektar jauh lebih tinggi. Betik ini boleh dituai pada pokok berumur  7- 8 bulan setelah ditanam dan umur produktifnya dilaporkan boleh bertahan sehingga mencapai 2 - 3 tahun bergantung kepada beberapa aspek penjagaannya. Betik ini akan dapat masih diperingkat awal pengenalannya kepada petani dimana pengeluaran benihnya masih belum mencukupi untuk kegunaan diperingkat nasional. Apabila penanaman betik ini semakin meluas dan piawaian diselaraskan maka kemungkinan besar betik ini boleh disasarkan untuk pasaran ekport dimana akan datang.

Beberapa fakta asas mengenai Varieti Betik Merah Delima ini dikaitkan dengan warna isi daging buahnya merah oren dimana selalu mempunyai ketebalan isi daging melebihi 3 cm dan memberikan rasa isi yang sangat manis (TSS :11-14 Brix), penghasilan mencapai lrbih 70 mt sehektar dengan purata berat buah sekitar 1.2 kg sebiji. Dilaporkan dimana hasil dari pemerhatian dan kajian penanaman betik Merah Delima adalah berprestasi baik dikawasan kebun sawah dan paya serta tanah gambut oleh  Balai Penelitian Tanaman Buah Tropika di Desa Lamunti Kapuas Kalimantan Tengah. Betik ini mampu hidup subur dan beradaptasi dengan baik dan berhasil selepas lapan bulan setelah ditanam dan telah memberikan hasil yang sangat menggembirakan petani. Dilaporkan purata ukuran buahnya sengaja dirancang sedang hanya seberat antara 900g - 1,400 g sebiji iaitu ianya cukup untuk dimakan oleh dua orang penggemar buah betik malah ada kalangan mereka yang buat ujirasa merasa tidak puas memakan hanya sebiji buah sahaja. Setiap pokok mampu berbuah antara 30 -  40 biji buah pada masa penuaian kali pertama dengan kekerapan menuai sebanyak dua kali dalam seminggu. Ketahanan daya menyimpan betik ini mencapai 10 hari setelah ianya dipetik delam keadaan biasa. Kualiti buah varieti ini juga dilaporkan tidak mudah mengalami kerosakan lepas tuai walau pun ianya dibawa kelokasi yang agak jauh. Keistimewaan betik merah delima ini menjadikan lebih ramai petani dan pemborong betik memperluaskan penanaman varieti ini di Indonesia sama dengan varieti Betik Callina. Sebagai contoh dimana ramai petani di Lubuk Alung Padang Pariaman Sumatera Barat sudah mengembangkan betik varieti ini seawal tahun 2005 walau pun dipasaran ianya lebih dikenali dengan nama sebagai Betik Callina. Petani betik di Lubuk Alung yang tanam betik ini memberikan pendapatan baik dan dilaporkan memang sangat menguntungkan. Buah betik Merh Delima berjaya menembusi pasaraya dengan dijual pada harga runcit sekitar Rp 5.500/kg (RM1.60/kg) dibandingkan dengan betik tempatan (lokal) hanya dijual runcit pada harga Rp2,000/kg (RM0.60/kg). Antara ciri Betik Merah Delima adalah dimana panjangnya (21-30 cm), Ukurlilit Buah (30–40 cm), Berat Buah (0.8 - 1.9 kg sebiji), Kadar Kekerasan isi buah (0.35 - 0,80 (kg/cm2), Kekerasan kulit buah (0.68 - 0.88 (kg/cm2), Bentuk buah nya (Selinder), Warna isi buah (Oren kemerahan), Kadar Kemanisan (TSS : 11-14.50 Brix) dan peratus yang dapat dimakan (70 - 86%). Buah ini juga mempunyai kadar tebal Isi buah (2.5 - 4.5cm), Bentuk rongga buah (Berbintang sudut lima), Tekstur daging buah masak (Kenyal) dan kandungan Vitamin C (43.40 - 98.25 mg/100g). Biasanya umur berbuah diantara 2-3 bulan setelah tanam dengan masa menuai bagi buah pertama boleh dilakukan 7 - 8 bulan setelah ditanam. Biasanya ketinggian buah pertama 45 - 60 cm dari paras tanah dengan jumlah penghasilan sekitar 70 - 90 metrik tan sehektar setiap empat bulan. Jarak tanaman yang disyorkan adalah 2.5m x 2.5 meter dengan jumlah kepadatan sebanyak 1,200 pokok sehektar dan terbaik apabila didakwa varieti ini tahan daripada serangan perosak Kutu Thrips dan Aphids. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca bog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
VARIETI MERAH DELIMA... DIMANA...
NEGARA JIRAN TANAM... INDONESIA...
ISINYA MANIS... SAIZNYA SEDERHANA..
ANDA SEMUA.. SUDAHNYA UJIRASA?...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya, 
WP Putrajaya,
Malaysia.
(16 Syawal 1442H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...