Support My Blog

Tuesday, May 25, 2021

RAMEN - APA ISUNYA?

RAMEN
adalah sejenis mee yang sering dimakan dikalangan orang Jepun dan Korea Selatan dan kini sudah diminati dikalangan orang muda di Malaysia. Ramen dibuat daripada tepung gandum yang mana bentuknya ada yang seperti lidi kecil dan ada pula yang pipih dan lebar. Di beberapa premis makanan di Jepun dan Korea ia ada dijual dalam keadaan segar walau pun secara umumnya ia banyak dijual dalam bentuk ramen kering seperti mee kering biasa. Cara untuk membuat ramen menyamai dengan mee kering yang mana ia harus direndam dalam air mendidih atau direbus beberapa minit sehingga lembut lalu ditoskan. Ramen mudha kini sudah mudah dibeli di beberapa pasaraya di Malaysia sama ada jenis ramen yang diimport atau produk tempatan. Dalam bebeapa penyataan didakw dimana r
amen merupakan sejenis makanan khas Jepun dari bahan utamanya mee yang ada berkuah. Ciri khas dari ramen adalah bentuk mee yang tipis dan berwana kuning dimana ia dimasukan kedalam sebuah mangkuk yang berisi kuah yang terbuat dari berbagai jenis bahan lain seperti daging, rempah, sos serta perasa (Sila lihat foto diatas). Penulis blog telah membuat beberapa kali ujirasa ramen halal di Tikyo pada tahun 2018 semasa membuat promosi nanas di Pesta Makanan Malaysia Tokyo 2019. Dari segi sejarah dilaporkan sebenarnya ramen merupakan sejenis makanan yang berasal dari China dimana lazimnya dalam ramen mereka gunakan Chasiu (daging babi panggang merah) atau disebut juga daging barbekyu manis atau danging barbekyu China. Namun begitu seiring perubahan citarasanya daging babi ini telah disesuaikan atau di gantikan dengan dagin lainnya seperti ayam, seafood atau daging lembu. Ramen Halal pula semestinya menggunakan bahan asas yang hlal sahaja yang boleh dimakan oleh orang Islam. Ada yang dakwa makanan berasal dari China ini ini dipopularkan di Jepun pada pertengahan abad ke-19 ketika mana negara Jepun mula membuka sempadannya ke seluruh dunia dan pelancong, pedagang dan pendatang luar. Makanan seakan sup mee Cina segera ini menjadi popular kerana berkhasiat, enak, dan sangat murah dimana ia meledak setelah Perang Dunia II. Bagaimana pun orang Jepun mengubahsuai dan mengadaptasi resipi Cina sehingga kini ramen ada dijual diseluruh dunia. Apa pun antara ciri hebat yang menentukan ramen Jepun dengan sup mee Cina adalah kedapatan kelainan kuah didalamnya. Artikel petang Isnin ini saya terus menulis dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai ramen dan beberapa kisah menarik mengenainya untuk dijadikan bahan rujukkan semua.

Di Malaysia kini usaha mengeluarkan ramen halal dilakukan oleh FGS dengan media melaporkan '
FGV, Samyang akan buka kilang ramen halal' menarik untuk dirujuk. FGV Holdings Bhd memeterai memorandum persefahaman dengan Samyang Foods Co Ltd dari Korea Selatan bagi menubuhkan kemudahan pengilangan ramen halal di Malaysia (Sila lihat foto disebelah). Kerjasama itu adalah sebahagian daripada hala tuju FGV untuk mereka dapat mengembangkan perniagaan hilirannya dengan cara mempelbagaikan penawaran produk dan menembusi pasaran baharu. FGV berharap meneroka peluang bagi kedua-dua pihak untuk menubuhkan kilang pengeluaran mi segera dan ramen halal di Malaysia. Kini pasaran makanan halal global adalah antara segmen paling pesat berkembang dalam industri makanan dan dijangka bernilai lebih daripada AS$740 bilion (AS$1=RM4.11) menjelang 2025. Perkongsian itu juga akan memberi FGV akses kepada rantaian bekalan Samyang Food, termasuk minyak masak, lemak sayuran dan gula untuk kilang ramen sedia ada di Wonju, Korea Selatan. Samyang Foods adalah jenama global yang mantap dan sehubungan itu inilah prospek perniagaan yang hebat untuk FGV untuk meneroka dan akhirnya akan memberi manfaat kepada Malaysia dengan meletakkan kedudukannya sebagai hub Halal bersepadu bagi pasaran global. FGV akan dapat memanfaatkan kepakaran tempatan dalam industri halal termasuk akreditasi halal Malaysia yang diiktiraf di seluruh dunia. Dilaporkan produk ramen halal adalah diantara produk yang mendapat permintaan baik di Malaysia. 

Portal berita lain dengan artikel bertajuk '
Restoran tawar ramen, nasi Jepun asli halal' menarik juga dirujuk bagaimana setiap hari seawal 5 pagi seorang tukang masak di Ichikokudo Hokkaido Ramen masuk dapur untuk memasak air rebusan bagi hidangan ramen yang ditawarkan restoran Jepun halal itu. Dilaporkan setiap periuk air rebusan itu terdiri daripada 20 kilogram ayam, ramuan rahsia dan beberapa jenis sayur yang direbus selama tujuh jam. Sekurang-kurangnya empat periuk air rebusan itu disediakan sehari dengan setiap periuk dapat menghasilkan 128 mangkuk ramen. Menurut dari pengasas restoran di besmen satu Suntec City iaitu Encik Tatsuya Hasegawa dimana air rebusan tersebut menjadi asas bagi empat jenis hidangan ramen yang ditawarkan. Bagi Shoyu Ramen, pes sos soya ditambah ke dalam air rebusan itu dan dicampur dengan rumpai laut dari Hokkaido serta ikan kembung Jepun. Ramen jenis Daichi Tomato pula terdiri daripada air rebusan yang dicampur pes tomato dan perisa bawang putih. Bagi Hokkai Jigoku, air rebusan itu dicampur dengan miso pedas. Miso ialah pes kacang soya yang ditapaikan. Ramen jenis Hokkai Seafood pula terdiri daripada air rebusan yang dicampur garam yang menghidupkan rasa 'umami' daripada makanan laut segar yang digunakan. Pes yang digunakan bagi sup ramen itu juga hasil buatan cef restoran tersebut. Mi yang digunakan merupakan resipi sendiri, menggunakan tepung gandum Hokkaido yang terkenal dengan mutu tinggi. Restoran Ichikokudo Hokkaido Ramen telahmendapat sijil halal. Jenama yang memaparkan konsep bandar dari Hokkaido daripada segi menu dan hiasan dalamannya. Encik Hasegawa memutuskan untuk membuka restoran menjual sajian Jepun halal setelah mendapati kekurangan pilihan ramen halal yang asli di sini. Menu bagi restoran tersebut mengambil masa dua tahun disiapkan memandangkan beberapa bahan yang biasa digunakan di Jepun, seperti mirin (wain beras manis) dan sake (wain beras Jepun) memang perlu diganti dengan bahan halal. Beliau berjanji untuk mengekalkan keaslian sajian Jepun di restorannya dimana dia perlu mengurangkan kemasinan hidangan selepas mengambil kira maklum balas pelanggan. Dilaporkan hidangan Hokkai Ramen Gifts from the Sea pula memaparkan pelbagai jenis makanan laut segar seperti kaki ketam salji, kekapis dan udang harimau dalam mangkuk berisi mi dan sup cair. Selain ramen, restoran itu telah menawarkan hidangan nasi seperti Donburi Karaage, Donburi Toji, Donburi Grill dan Donburi Seafood. Terdapat 18 jenis hidangan ramen dan 15 jenis hidangan nasi ditawarkan, selain hidangan sampingan dan pencuci mulut aiskrim yang menggunakan susu Hokkaido. Restoran Ichikokudo Hokkaido Ramen boleh memuatkan 85 pelanggan pada satu-satu masa dan turut menawarkan ruang menjamu selera secara tatami di mana pelanggan duduk bersila dan makan di meja rendah.

Dalam pada itu kini terdapat produk '
Ramen Melayu' iaitu sejenis produk mee ramen halal buatan Melayu Muslim Malaysia. Kepada pembaca blog yang minat memakan ramen cuba mendapatkan Ramen Melayu yang dilaporkan halal seperti portal JenamaprodukMuslim.com yang penulis blog rujuk kali ini. Didakwa dimana produk ramen Korea ini dihasilkan oleh pengusaha Melayu mengikut citarasa Malaysia. Walau pun penulis blog belum lagi dapat ujirasa ramen ini tetapi daripada foto didalam portal memang agak menarik untuk dimakan kerana dilaporkan ia lazat, enak dan menyelerakan. Ramen ini didakwa pedas akan tetapi tidak seperti ramen asli dari korea yang tidak tahu statusnya dan sangat pedas pula. Diukur tahap kepedasannya dimana ia duduk tangga ke 8/10 mata dimana masih boleh diterima oleh lidah orang Malaysia yang sukakan makan pedas seperti sambal nasi lemak dan sambal belacan. Dinyatakan dimana prosuk Ramen Melayu ini adalah HalalanToyibban dengan perisa yang sesuai untuk orang Malaysia. Harga runcit disenaraikan adalah RM6.00 bagi satu kotak atau satu bungkusan dengan memang amat mudah untuk menyediakannya sama dengan membuat Maggie Mee Kari sahaja. Bungkusan ini mengandngi mee, chopstick, rempah, cheese, minyak cili, bijan dan cendawan shiitake. Apa yang penulis blog rujuk dimana ada dua tahap kepedasan yang dipasarkan iaitu PEDAS BIASA dan juga PEDAS TING TONG. Bagaimana pun kurang pasti akan kedua perbezaan tahap kepedasan produk ini kerana belum membuat ujirasa. Produk ini juga mudah dibawa kemana-mana termasuk jika travel keluar negara dengan kadar hidangan satu bugkus untuk satu hidangan untuk seorang dewasa. APa pun dilaporkan perasa shiitake cheese merupakan produk yang paling disukai ramai peminat dimana ia sesuai dibawa semasa bercuti atau camping didalam atau diluar negara. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!..
NAMA RAMEN... SEJENIS MEE SAJA...
POPULAR DI JEPUN... DAN DI KOREA...
RAMEN HALAL... DAH ADA DI MALAYSIA...
MASA DI TOKYO...SAYA DAPAT UJIRASA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(12 Syawal 1442H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...