Masih ramai yang kurang mengetahui akan perbandingan jumlah pengeluaran spesis Daphnia magna dan Moina macrocopa dalam teknik penternakan yang disenyawakan dengan yis dan juga ammonium nitrat. Dilaporkan dimana kajian menunjukkan hasil purata harian Moina 106 -110 gram setiap semeter persegi. Kadar ini adalah 3 - 4 kali ganda lebih tinggi jika berbandbing hanya sebanyak 25 - 40 gram seiap satu meter persegi bagi Daphnia. Hasil penghasilan harian Moina fitoplankton dan baja organik telah dilaporkan melebihi 375 gram bagi setiap satu meter persegi. Kajian lanjt yang dilakukan mengenai kandungan nutrisi bagi spesis Moina berubah-ubah bergantung kepada umur dan jenis makanan yang mereka terima. Walaupun nilainya berubah-ubah akan tetapi kandungan protein Moina biasanya kekal pada nilai purata 50% daripada berat kering. Moina dewasa biasanya mempunyai kandungan lemak yang lebih tinggi daripada Moina juvana dimana kajian mendapati jumlah lemak per berat kering adalah sekitar 20 - 27% untuk Moina dewasa dan 4 - 6% untuk Moina juvana. Kesemua ini juga bergantung kepada sistem penternakan dilaksanakan. Teknologi asas yang dilakukan semasa menternak ini dengan mengamalkan apabila semua sel-sel kulat, bakteria dan alga dimakan maka biasanya kira-kira 5-10 hari selepas inokulasi. Moina dewasa sepenuhnya sesuai untui dituai dan ternakan untuk pusingan berikutnya. Cara ini amat sesuai diamalkan apabila kuantiti tertentu Moina diperlukan setiap hari kerana pengeluaran harian yang terjamin serta lebih terkawal.
Perkembangan kutu air juga bersaing dan boleh tercemar dengan hidupan air lain dihabitat sama seperti protozoa, rotifers, kopepod atau kehadiran spesis pemangsa larva ikan atau benih (contohnya seperti Hydra, kembali-perenang, kumbang menyelam dan larva pepatung). Larva Pepatung merupakan haiwan pemangsa berada didalam air selama 4-6 bulan dengan memakan hidupan air seperti anak ikan, monia, plankton dan sebagainya (Sila lihat foto disebelah). Aktiviti penternakan kutu air separa komersil perlu dijaga berterusan selama lebih dua bulan bagi membolehkan penuaian dijalankan setiap hari. Penting diperhatikan adalah aktiviti mengawal keadaan air dan juga memeriksa kadar perkembangan populasi kutu air didlamnya. Kegagalan didalam menjga pesekitaran habitat membolehkan Moina akan gagal untuk bertindak balas terhadap proses persenyawaan tambahan dimana dengan jelas bahawa moina ini tidak dapat membiak dengan baik. Moina boleh dihasilkan sama ada dalam gabungan dengan makanannya atau sebagai penternakan yang berasingan. Selalunya cara gabungan adalah yang paling mudah akan tetapi pengeluaran daripada cara yang berasingan memberikan hasil yang lebih tinggi. Cara ternakan yang berasingan adalah dimana tangki yang mengandungi fitoplankton disusun dilokasi berlainan dan mudah dikeringkan walau pun memerlukan lokasi tembahan. Walau bagaimanapun ia bagus untuk mengelakan berlskunys pencemaran, memudahkan aktiviti penggurusan dan mampu mengeluarkan hasil yang lebih konsisten. Apa pun kaedah penternakan yang diamalkan sebaiknya sentiasa dan mesti mengekalkan beberapa populasi Moina untuk memastikan jika bekalannya berkurang disebabkan tiada bekalan. Bekan tangki air berukuran 10 gelen (38 liter) sesuai digunakan untuk menternak Moina. Ada yang menggunakan tangki air dibuat dari bahan keluli tahan karat (stainless steel), tangki simen, tangki fiberglas, tangki plastik dan sebagainya bagi penternakan komersil.
Dalam bekas tangki yang lebih besar apa pun kedalaman air harus tidak lebih daripada 3 kaki (0.9 m). Kedalaman maksimum cuma sekitar 0.4 - 0.5 meter sahaja atau sedalam 16 - 20 inci adalah disyorkan. Jika paras kedalaman air yang cetek ia membolehkan penembusan cahaya matahari yang baik untuk fotosintesis oleh fitoplankton dan menyediakan permukaan yang besar kepada nisbah isi padu untuk resapan oksigen. Cahaya yang sampai kepermukaan air akan meresap sehingga kepada Moina. Tangki yang diletakkan dibawah rumah hijau yang ditutup dengan netting dengan kadar pengurangan cahaya 50-80% adalah ideal. Apa pun sebaiknya tangki inii terlindung daripada gangguan hujan bertujuan menstabilkan pengeluaran dan terlindung daripada gengguan dan menghalang kemasukan serangga liar akuatik. Apa pun perlu diperiksa dimana bbekas ternakan sama ada aquaria, tangki, bekas terpakai atau kolam mesti yang bersih sebelum mulakan penternakan Moina. Amalan menggunakan bahan rawatan membasmi kuman dengan gunakan 30% bahan Asid muriatic atau teknik pengeringan dibawah cahaya matahari boleh dilakukan. Kualiti dan sumber air adalah penting diperiksa. Moina adalah amat sensitif kepada racun perosak, logam (seperti bahan tembaga dan zink - yang mana jika airnya diambil dari air paip komersil), bahan pencuci (sabun), bahan peluntur dan lain-lain bahan-bahan toksik yang terdapat didalam sumber bekalan air. Pastikan bahawa bahan toksin ini tidak dimasukkan secara tidak sengaja ke dalam tengki atau tempat ternakan moina. Sebaiknya lakukan proses pengudaraan (oxygenation) selama sekurang-kurangnya dua jam sebelum air tersebut digunakan. Air paip boleh digunakan jika diudarakan selama sekurang-kurangnya dua hari untuk meneutralkan klorin atau thiosulfate natrium atau peneutral klorin yang terdapat didalamnya. Air bersih daripada mata air semula jadi adalah yang paling ideal. Penggunaan air hujan juga sangat baik untuk Moina jika diambil daripada kawasan yang kurang tercemar sekelilingnya. Air sungai atau air tasik yang ditapis dahulu dan diperiksa kualitinya boleh digunakan juga. Suhu dalam air yang disyorkan dan optimum bagi penternakan Moina sekitar 24 - 31° C. Moina terus membiak dengan baik melebihi 32° C untuk tempoh yang singkat. Biasanya dilaporkan pada keadaan suhu rendah kesannya adalah menyebabkan pengurangan pengeluaran. Artikel ini ditulis didalam 3 segmen iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3 yang perlu dibaca bersama secara berturutan. Semuga artikel ini memberi info berfaedah kepada pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.