Kelapa Sawit (Elaeis guineensis) merupakan salah satu tanaman industri yang telah diperkenalkan di Malaysia sekitar tahun 1870 (iaitu 150 tahun dahulu) dan kini merupakan salah satu komoditi utama menjana pendapatan negara. Semenjak tahun 1960 lagi telah dilaporkan kawasan penanaman kelapa sawit terus meningkat dengan peratus yang amat tinggi berjaya dilaksanakan oleh pisak perladangan, agensi kerajaan (GLC) serta oleh sektor pekebun kecil. Sila baca artikel saya mengenai data kelapa sawit di Malaysia dengan pautan yang berikut (Sila klik disini). Beberapa estet perladangan seperti Sime Darby, IOI, Guthrie, Tabung Haji, SOP dan banyak lagi menjadikan sebanyak 118 syarikat 924 buah estet atau perladangan seluruh negara seluas 1.87 juta hektar dan memiliki sebanyak 209 buah Kilang Kelapa Sawit. Penglibatan agensi kerajaan (GLC) dalam industri penanaman kelapa sawit terus berkembang dengan tertubuhnya banyak agensi seperti FELDA, FELCRA, SALCRA, RISDA Plantation dan banyak lagi. FELDA sebagai contoh memajukan seluas 820,000 hektar kelapa sawit sehingga tahun 2019 yang melibatkan seramai 112,635 orang peneroka dimana 490,000 hektr adalah kawasan ada peneroka dan seluas 330,000 adalah sistem pengurusan perladangan tanpa peneroka. FELCRA pula memajukan kelapa sawwit seluas 212,903 hektar dengan jumlah peserta seramai 111,684 orang. Dalam pada itu di Sarawak SALCRA memajukan seluas 51,072 hektar kelapa sawit melibatkan 19 buah ladang dan 5 buah kilang sawit. PELITA asalah agensi pembangunan tanah-tanah NCR di Sarawak dengan membangunkan seluas 554,523 hektar. Sekktor pekebun kecil yang menanam kelapa sawit menyebar seluruh negara. Rajah diatas menunjukkan daripada seluas 4.197 juta hektar kelapa sawit pada tahun 2011 seluas 4,820 juta hektar (87%) adalah kelapa sawit dewasa sementara seluas 0.637 juta hektar (12.96%) adalah tanaman sawit belum matang.
Walaupun penggunaan racun untuk kawalan rumpai adalah berkesan akan tetapi pengawasan yang betul perlu dilakukan agar kawalan rumpai dapat dilakukan dengan sempurna tanpa merosakkan alam sekitar. Penggunaan racun rumpai yang cuai dan tidak tepat boleh menyebabkan kesan buruk kepada tanaman terutamanya kepada tanaman sawit muda. Contoh kesan racun rumpai ke atas tanaman sawit adalah seperti di dalam Jadual 2 dibawah untuk dirujuk (Sila rujuk). Selain itu adalah digalakkan agar lebih baik jika sistem pengurusan rumpai dijalankan secara bersepadu iaitu dengan kaedah menggabungkan penggunaan racun rumpai dengan kaedah kawalan lain seperti kaedah sungkupan, penanaman kekacang penutup bumi, kaedah mekanikal mengunakan jentera dan juga kaedah biologi seperti integrasi ternakan lembu dan kambing di dalam ladang sawit.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.