Support My Blog

Wednesday, May 12, 2021

DEBUDU - APA DIA?

DEBUDU
merupakan satu produk baru yang menggabungkan antara perkataan 'DEBU' dan 'BUDU'. Ia merupakan sejenis produk baru yang dihasilkan oleh para saintis di Malaysia untuk dijadikan sebagai salah satu produk pilihan kepada mereka yang meminati makanan tradisional ini. Walau pun penulis blog tidak suka makan budu akan tetapi memang pernah membuat ujirasa makanan budu ini semasa membuat tinjauan di pantai timur beberapa kali. 
Budu lazimnya dinikmati dalam bentuk sos akan tetapi kini makanan tradisional bagi ramai kalangan masyarakat di Pantai Timur Semenanjung itu boleh didapati dalam bentuk serbuk (Powder). Budu serbuk atau ‘Debudu’ merupakan inovasi sekumpulan penyelidik dari Pusat Pengajian Sains dan Teknologi Makanan (PPTSM) Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dibuat kajian dengan kerjasama Institut Penyelidikan Perikanan Malaysia (FRIM) dimana mereka yang mengambil inisiatif itu dengan matlamat untuk menembusi pasaran antarabangsa. Inovasi yang dihasilkan ini bertujuan untuk menjadikan makanan budu ini lebih mudah untuk dibawa oleh 'travellers' kemana sahaja dengan menjadikan budu yang biasanya cecsir kepada dalam bentuk serbuk dalm pembungkusan yang selamat. Dilaporkan dimana aroma budu asli itu sendiri dan pembungkusannya menyebabkan produk ini sush untuk dikomersilkan. Kini produk budu didalam bentuk serbuk ini lebih mudah untuk dibawa, jimat ruang, mudah dimakan dan juga boleh digunakan untuk pelbagai produk lain. Mungkin kalangan pembaca blog ini ingin mengetahui bagaimana budu cair ini boleh dijadikan serbuk.  Budu Asli yang cair ini perlu ditukarkan kepada bentuk serbuk dengan sejenis alat yang dinamakan sebagai Ultra Sonic Spray Dried iaitu teknologi mesin yang digunakan untuk menghasilkan susu tepong. Hasilnya produk Debudu ini boleh dibancuh dengan air sahaja untuk tidak mengubah bau, rasa dan kualitinya. Kehebatan produk baru ini dimana produk Debudu inii sebenarnya sangat sesuai untuk dijadikan sebagai Serbuk Perasa untuk ditabur diatas daging masak BBQ atau makanan lain yang sesuai. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai produk DEBUDU atau Budu Serbuk sebagai satu produk dibanggakan untuk bahan rujukkan semua semua pembaca.

Dalam akhbar Berita Harian dilaporkan satu artikel menarik bertajuk '
Debudu: Budu dalam bentuk serbuk' yang saya suka kongsikan bersama semua. Berita dipetik daripada Kuala Nerus menyatakan dimana budu yang lazimnya dinikmati dalam bentuk sos akan tetapi kini makanan tradisional masyarakat di Pantai Timur Semenanjung itu boleh didapati dalam bentuk serbuk. Dilaporkan dimana Budu serbuk atau ‘Debudu’ merupakan inovasi sekumpulan penyelidik dari Pusat Pengajian Sains dan Teknologi Makanan (PPTSM) Universiti Malaysia Terengganu (UMT), dengan kerjasama Institut Penyelidikan Perikanan Malaysia (FRIM), yang mengambil inisiatif itu dengan matlamat untuk menembusi pasaran domestik dan juga pasaran antarabangsa. Menurut Ketua penyelidik, Dr Fisal Ahmad dimana kaedah pembungkusan sedia ada menjadi halangan untuk budu menembusi pasaran luar negara ekoran sos ikan bilis itu berbentuk cecair dan mempunyai aroma yang sangat kuat. Kini dengan inovasi budu dalam bentuk serbuk mempunyai banyak kelebihan dan sesuai untuk tujuan komersial kerana cirinya yang lebih ringan, tahan lama, mudah dibawa, menjimatkan ruang dan kos serta kegunaan yang  pelbagai.  Pengguna hanya perlu melarutkan kembali serbuk budu ke dalam bekas menggunakan air kosong dan ia akan kembali seperti keadaan cecair asal tanpa ada atau berlaku perubahan warna serta rasa. Didakwa dimana proses mengekstrak budu cecair kepada serbuk dengan teknologi menggunakan mesin Ultra Sonic Spray Dried bagi tujuan menghasilkan produk inovasi iaitu budu serbuk atau 'Debudu' ketika ditemui di UMT baru-baru ini. Penulis blog fikir produk baru ini mampu dipasarkan dengan lebih meluas apabila sudah dikomersilkan dipasaran.

Dalam portal berita AstroAwani laporan 'Debudu: Oh! Budu dalam bentuk Serbuk' juga menarik untuk ditulis semula akan kandungannya. 
Budu lazimnya dinikmati dalam bentuk sos, tetapi kini makanan tradisional masyarakat di Pantai Timur Semenanjung itu boleh didapati dalam bentuk serbuk. Budu serbuk atau 'Debudu' merupakan inovasi sekumpulan penyelidik dari Pusat Pengajian Sains dan Teknologi Makanan (PPTSM) Universiti Malaysia Terengganu (UMT), dengan kerjasama Institut Penyelidikan Perikanan Malaysia (FRIM), yang mengambil inisiatif itu dengan matlamat untuk tujuan menembusi pasaran antarabangsa. Ketua penyelidik Dr Fisal Ahmad berkata kaedah pembungkusan sedia ada menjadi halangan untuk budu menembusi pasaran luar negara ekoran sos ikan bilis itu berbentuk cecair dan mempunyai aroma yang sangat kuat (Sila lihat foto disebelah). Dilaporkan  dimana inovasi budu dalam bentuk serbuk mempunyai banyak lagi kelebihan dan sesuai untuk tujuan komersial kerana cirinya yang lebih ringan, tahan lama, mudah dibawa, menjimatkan ruang dan kos serta kegunaan yang pelbagai. Pengguna hanya perlu melarutkan kembali serbuk budu ke dalam bekas menggunakan air kosong dan ia akan kembali seperti keadaan cecair asal tanpa ada perubahan warna serta rasa. Katanya pasukannya mengambil masa enam bulan untuk menjalankan kajian dengan sokongan dana sebanyak RM100,000 daripada Jabatan Perikanan Malaysia. Menurut Fisal sebenarnya teknik penghasilan budu serbuk sama seperti susu tepung iaitu menggunakan mesin Ultra Sonic Spray Dried. Apa yang berlaku ialah larutan budu ditapis dan dicampur dengan maltodektri, iaitu sejenis bahan yang boleh mengekalkan perisa dan membantu pembentukan pepejal serbuk budu semasa proses pengeringan berlaku. Larutan tersebut akan disedut masuk melalui bahagian kepala semburan mesin yang akan menukar cecair tadi kepada bentuk semburan halus. Hasilnya kerja keras kumpulan ini membolehkan mereka menggondol beberapa anugerah iaitu pingat perak pada Konvensyen Antarabangsa, Pameran Inovasi dan Teknologi (ITEX) 2009, pingat emas Pameran BioMalaysia KLCC dan tempat pertama Pertandingan Inovasi Kebangsaan Melalui Pameran 2018, menerusi produk Debudu yang diinovasi dalam bentuk serbuk perasa. Produk inovasi yang dihasilkan oleh Pusat Pengajian Sains dan Teknologi Makanan (PPTSM) Universiti Malaysia Terengganu (UMT) iaitu budu serbuk atau 'Debudu'. Pada masa ini, UMT sedang mencari syarikat atau agensi yang berminat untuk tujuan mengkomersialkan produk Debudu ke pasaran tempatan dan luar negara dalam usaha memartabatkan makanan tradisional masyarakat Pantai Timur itu. Produk Debudu telah dihasilkan pada 2009 akan tetapi usaha memasarkannya terhenti seketika kerana saya melanjutkan pelajaran ke luar negara manakala anggota yang lain sibuk dengan komitmen sebagai pensyarah dan sebagainya. Bagaimanapun kami ingin memajukan kembali produk ini supaya ia dapat menembusi pasaran luar sekali gus membantu melonjakkan ekonomi masyarakat tempatan yang terlibat dalam industri perikanan.Fisal berkata produk Debudu dihasilkan dalam tiga variasi iaitu perasa asli, perasa tambahan (cili dan bawang) serta serbuk perasa yang sangat lazat jika digunakan bersama daging burger dan masakan yang dipanggang atau dibakar.

Dalam lawatan penulis blog kebeberapa perusahaan budu di Kelantan, terdapat persamaan cara asas memproses budu. Saya ada menulis beberapa artikel mengenai budu untuk dirujuk dengan embuat pautan (Sila klik disini), (Sila klik disini) dan beberapa artikel lagi.  Bahan-bahan yang selalu digunakan untuk membuat budu tradisional adalah seperti ikan bilis, Garam kasar secukupnya, Asam Jawa (isi sahaja), Nisæ, Gula melaka atau manis lain. Mulanya ikan bilis dibersihkan dan kemudian ditoskan. Seterusnya kita bahagikan garam kepada 5 bahagian sebelum ia ditaburkan bahagian pertama garam di dasar bekas biar rata (bekas untuk memerap budu). Kebanyakan pengusaha atau seeloknya di pakai bekas tembikar atau bekas porselin yang bersih dan tahan. Gaulkan ikan bilis dengan asam jawa sampai rata. Kemudian ia dibahagikan kepada 4 bahagian. Proses seterusnya adalah memasukkan nisæ atau gula melaka dan gaul rata. Langkah berikutnya adalah ditaburkan ikan bilis ini di atas lapisan garam dalam bekas tadi. Kemudian taburkan pula selapis garam lagi di atas ikan bilis pula. Buat hingga habis semua bahan tersebut. Pastikan ia dibuat berlapis-lapis sehingga akhirnya adalah lapisan garam. Tutup permukaan bekas dengan kain kasa (lampin bayi pun boleh). Biarkan kain ini tegang di permukaan mulut bekas. Sebelum ditutup botol tersebut taburkan garam terlebih dahulu (bagi tujuan mengelakkan lalat bertelur). Kemudian tutup bekas ini dengan penutupnya dengan ketat. Simpan di tempat gelap selama 1 bulan atau hingga semua nya hancur. Jangan dedah bekas budu tadi kepada cahaya atau udara luar kerana ini boleh mengakibatkan budu berulat. Sesekali jenguk lah hasilnya. Tetapi jangan di kacau. Bila semuanya sudah hancur, tapiskan pati budu ini dan gunalah seperti biasa. Simpan budu ini didalam peti sejuk untuk lebih tahan lama. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!..
PRODUK DEBUDU... BARU DICIPTA...
BUDU SERBUK... SENANG DIBAWA...
DITAMBAH AIR... CAIR SAMA ASALNYA...
HENDAK MEMBELI... BAGAIMANA CARA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(24 Ramadan 1442H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...