Bakal usahawan tanaman petai perlu memahami akan sifat dan pencirian tanaman pokok petai. Pokok petai merupakan pokok saka yang mampu tumbuh sehingga setinggi 20 meter (60 kaki) dimana cara membiakkannya adalah melalui biji yang matang. Biji dari buah petai perlu disemai dalam polibeg sehingga ia sesuai untuk diaihkan kekebun apabila mencapai piawaian (Sila lihat foto disebelah). Bagaimana pun terkini ada penjual benih petai yang menjual benih petai cantuman (okulasi) atau kaedah vegetatif ain agar pokok lebih cepat berbuah berbanding menanam petai daripada benih biji. Bakal usahawan perlu mengenali tanaman ini dengan melihat lebih teliti akan pencirian dan varietinya seperti ciri pada daun yang hijau dan ciri buahnya yang tersusun secara paralel dan berwarna hijau. Bunga petai adalah bersifat majmuk atau mudah dikatakan ia berupa sekelompok kuntum bunga yang terangkai pada satu susunan tangkai-tangkai bunga. Susunan bunga yang unik ini disebut pula dengan istilah inflorensens. Bunga petai selelunya dilihat tertutup oleh benang sari dan putik berwarna kuning. Penulis blog mempunyai beberap pokok petai dikampong yang ditanam oleh arwah bapa dahulu dimana menghasilkan buah petai yang terbentuk dalam satu polong (pod) yang terdiri dari 15 sampai 20 biji. Panjangnya sendiri mampu mencapai 25cm dengan warnanya hijau yang mana bijinya akan diseliputi dengan selaput tebal berwarna coklat. Jika buah petai terlalu masak selalunya ia akan menjadi kering dimana bijinya boleh dijadikan biiji benih untuk semaian bagitanaman baru. Mungkin pembaca dan orang ramai tahu antara ciri khas dari buah ini adalah aromanya yang sangat khas. Walau pun ada banyak yang suka makan petai akan tetapi mungkin ramai lagi yang tidak menyukainya. Buah petai muda bagaimana pun sering dijadikan ulam atau dimasak menjadi pelbagai bahan perisa petai. Antara jenis masakan mengandungi petai seperti Sambal Petai, Sambal Bilis Petai (enak dimakan dengan tomyam), sambal goreng jawa petai dan lain-lain lagi.
Walau pun pokok petai boleh hidup dibanyak lokasi akan tetapi sebenarnya ia hanya berprestasi dengan baik pada keadaan tertentu. Usahawan perlu tahu syarat-syarat penting keperluan tumbuh agar boleh menghasilkan jumlah tuaian hasil otpima. Tanaman petai boleh tumbuh dengan baik pada dataran tanah rendah sehingga dikawasan pergunngan dengan ketinggian 800 meter dari paras laut. Sebaiknya kebun petai bersih dari rumpai dan rumput liar. Jenis tanah yang memiliki tekstur yang halus dengan nilai kemasaman tanah pH 5.5 - pH6.5 dan merupakan kawasan yang lembap persekitarannya serta sedikit basah. Walau pun pokok petai akan tumbuh dengan baik pada tempat terbuka tetapi pada peringkat awl penanaman sebaiknya mempunyai lindungan dahulu. Bila pokok matang sebaiknya menerima cahaya matahari sepanjang tahun dengan semaksima mungkin untuk penghasilan bunga dan buah petai yang optima. Penulis blog dapati ada beberapa foto diinternet yang menunjukkan pokok petai ditanam didalam bekas bakul berbuah lebat menarik untuk dijadikan penelitian (Sila lihat foto disebelah). Tanaman petai yang dijaga baik mampu mula berhasil apabila berumur 4 - 5 tahun selepas ditanam iaiitu bagi pokok ditanam menggunakan benih tut atau benih cantuman. Bagi pokok ditanam dari biji benih pula biasanya lebih lama untuk ianya berbuah. Usahawan perlu tahu dimana jangkamasa daripada proses pendebungaan bunga peai sehingga petai sedia dituai akan mengambil masa selama 3 - 4 bulan. Buah ini biasanya sudah padat isinya dengan mempunyai citarasa dan aroma sesuai untuk dimakan.
Menanam petai perlukan kawasan kebun yang sesuai dimana perlu tanah disediakan sebelum menanam. Tanah sesuai sebaiknya jenis subur mempunyai ketinggian 10 - 80 meter di atas permukaan laut serta terbaik mempunyai saliran sempurna. Lubang penanaman perlu dibuat berukuran 40 x 40 x 40 cm dan diisikan dengan baja organik dan MOP. Pemilihan benih petai adalah penting iaitu sebaiknya menggunakan varieti unggul yang dikenalpasti dan benih disediakan dari hasil pembiakan vegetatif. Benih dalam polibeg berukuran 1.5 meter tinggi aalah ideal untuk ditanam. Usahawan boleh membeli daripada nurseri swasta yang mempunyai kredibiliti menghasilkan benih petai. Buka polibeg dan masukkan abakbenih kedalam lubang dan dipadatkan tanah serta disiram. Amalan agronomi seterusnya adalah memasang sistem pengairan titis (drip irrigation) dan mengawal rumpai sepanjang masa. Jika tidak mampu memasang sistem pengairan maka pokok perlu disiram dua kali sehari terutama pada musim kemarau. Pembajaan pokok petai dibuat selepas 4 bulan ditanam dengan baja NPK 15:15;15 dan baja organik. Ada kalanga pengusaha yang memberikan baja cecari dan baja foliar untuk mencepatkan proses pertmbuhan pokok petai. Pokok petai dijaga baik boleh mengeluarkan hasil selepas 3-4 tahun ditanam dan cara menuai petai perlu betuk sistemnya. Sebaiknya petik buah petai dengan menggunakan galah yang dihujungnya ada pisau atau gunting tajam untuk mengelakkan dahan dan buah petai rosak. Buah petai yang rosak seperti pecah, lebam (akibat jatuh), putus, luka atau cedera menyebabkan kualitinya jatuh dan harganya juga mengurang. Petai yang dituai perlu dikumpulkan dalam bekas bakul atau guni bersih dan dibawa ke pusat pengumpulan hasil untuk digredkan. Penggredan boleh dilakukan mengikut kerosakan, ukuran panjang, saiz biji, tahap kematangan, panjang, jenis dan diikat mengikut sistem pasaran. Pastikan buah petai tidak disimpan bersama dengan barang lain yang boleh merosak buah atau kulitnya seperti buah durian. Sebaiknya elakkan dari tejemur panas matahari dan mempunyai pengudaraan yang baik disekelilingnya. Buah petai tahan segar selama lebih 2 minggu dipasaran jika selalu dijaga dengan berhati-hati. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
BENIH VEGETATIF... PILIH SEMPURNA...
3-4 TAHUN... MULAI BERBUAH DIA...
PISAU TAJAM... ELAKKAN CEDERA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(6 Syawal 1442H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.