LEMAK HAIWAN (Animal Fat) merupakan sejenis lemak tepu yang mana ia biasanya diekstrak dari tisu lemak mentah daripada haiwan darat dan haiwan laut atau ikan. Lemak ini juga boleh merangkumi lemak yang berasal dari bakteria. Lemak haiwan mempunyai lemak tepu (satu komponen besar dalam lemak) merangsang penghasilan kolestrol dalam badan dan oleh itu lemak binatang memberi sumbangan dua hala kepada aras kolestrol. Biasanya aras kenaikan kolestrol dalam darah akan dikaitkan dengan sakit jantung dimana tiada terdapat hubungan secara langsung di antara pengambilan kolestrol dengan aras kolestrol dalam darah dan antara fungsi hati adalah mengawal aras kolestrol dalam darah. Dalam pada itu dilaporkan dimana Lemak Haiwan dan Lemak Sayuran mempunyai sifat dan komposisi fizikal yang berbeza. Adlah tidak sukar untuk membezakan antara satu sama lain oleh petunjuk luaran pada kedua jenis minyak ini dimana lazimnya pada Lipid sayuran adalah minyak yang mengalir sementara bagi lemak haiwan adalah pepejal. Pengecualian pula hanya kepada jenis minyak ikan kerana ia berada dalam keadaan cair. Dalam pada itu kajian menunjukkan dimana perbezaan dilihat kepada komposisi lemak tersebut dimana Lipid tumbuhan lebih banyak dikuasai oleh Asid Lemak Tidak Tepu dan ia mempunyai titik lebur yang rendah. Berbeza dengan jenis komposisi lemak haiwan yang mengandungi sejumlah besar Asid Lemak Tepu yang hanya akan cair pada suhu tinggi. Sumber lemak ini berlainan sumber dimana lemak haiwan daripada haiwan dan minyak sayuran daru tumbuhan dimana kedua jenis lamak ini akan digunakan secara berbeza oleh tubuh manusia. Tepung, seperti palmitik atau stearic, diperlukan sebagai bahan energik. Perlu diketahui bahawa jika ada lebihan asid lemak tepu membantu meningkatkan kadar kolesterol dan menimbulkan gangguan metabolik. Antara ciri umum lemak haiwan adalah ianya cepat dicerna, mempunyai kesan pencahar, meningkatkan potensi seksual akan tetapi bukan jenis makanan yang baik. Adalah lebih baik pembaca blog tidak menyalahgunakan makanan berlemak kerana boleh menyababkan kesan berbahaya kepada tubuh (hati, organ dalaman lain, sistem vaskular dan saraf). Bagaimana pun jika amalan memakan herba seperti air halia, rempah-rempah dan pelbagai sayur sayuran didakwa adalah sesuai diambil atau diminum bersama lemak dengan jumlah berpatutan. Artikel malam ini dari Tingkat 6 Hotel Sabah di Sandakan saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai lemak haiwan sebagai bahan bacaan dan rujukkan anda semua.
Biasanya lemak haiwan peliharaan seperti yang terdapat pada daging lembu, daging kambing, daging babi, tulang, kadang-kadang gajah dilaporkan ada digunakan terutamanya untuk tujuan menggoreng. Antara yang digoreng termasuk masakan daging dan membuat doh dengan sedikit tambahan daging serta digunakan untuk menggayakan hidangan daging. Kadang kala digunakan bersama campuran minyak sayuran dimana lemak haiwan digunakan untuk menggoreng sayuran bagi menambahkan kelazatan makanan. Jenis lemak haiwan seperti produk Ghee mempunyai bau tertentu dimana ia tidak boleh digabungkan dengan semua jenis makanan. Sebagai contoh dimana dilaporkan iaitu lemak babi dan lemak daging lembu tidak sesuai untuk menggoreng produk tepung dengan topping manis serta didalam cara menyediakan kaserol bijirin. Dilaporkan dimana kebanyakan jenis lemak haiwan yang diambil didalam bentuk minyak (sekurang-kurangnya 30 g sehari) membantu untuk dapat meningkatkan keceriaan atau pun bahan yang bertindak sebagai mengurangkan tekanan (antiderpession). Bagi yang tidak mengambil lemak haiwan dengan serius (vegetarian) lazimnya golongan ini lebih cenderung menghadapi 'mood' dan kemurungan yang buruk. Bagaimana pun jika ada yang cuba mematuhi diet sihat semula jadi dimana disebebkan oleh kesukaran untuk mencerna lemak haiwan akan menyebabkan kandungan kolesterol menjadi tinggi. Adalah lebih baik jika dapat meminimakan penggunaannya lemak haiwan didalam semua masakan atau menggunakan minyak atau lemak mentah yang mengandungi enzim yang membantu dalam proses pencernaan. Dalam pada itu untuk tujuan perubatan, lemak dan minyak haiwan telah digunakan selama berabad-abad dalam diet makanan dan dalam bentuk pelbagai jenis lemak sederhana dan kompleks.
Bagi negara-negara tertentu dilaporkan banyak lemak yang diambil daripada lemak babi (termasuk lemak yang diambil daripada organ dalaman haiwan ternakan tersebut) kemudian dibersihkan daripada sisa daging, dibasuh dengan air sejuk atau dalam larutan garam yang lemah. Bahagian produk Lard mentah akan dicincang kemudian ia akan disalurkan melalui penggiling daging dan menyalakan api kecil ke dalam piring untuk ianya dipanaskan. Lazimnya bagi mengelakkan pembakaran lemak dan untuk memastikan pemanasan lemak yang lebih seragam daripada sel-sel yang mengandungi lemak maka jisim lemak sentiasa dicampurkan sehingga kelembapan dari sel-sel meruap. Antara kriteria tanda lemak telah siap tersedia untuk diproses apabila telah hilang gelembung yang telah menjadi petunjuk bahawa air telah meruap. Lemak ini kemudian akan melalui proses penapisan dengan menggunakan ayak yang ada kain kasa sebagai penapis dipasangkan. Lemak sejuk dicurahkan ke dalam balang kaca dan kemudian ia ditutup rapat dan disimpan di tempat yang sejuk. Apabila dilakukan proses pembersihan lemak haiwan yang berlebihan maka kesannya kekuatan minyak akan habis dimana sekiranya tidak lemak mencukupi maka semakin kurang proses pencernaan. Lemak yang boleh dimakan selalunya adalah bertujuan untuk penyimpanan jangka panjang, dirawat dengan butil-sitoluena, butiloksi anisol dan antioksidan lain. Bahan-bahan walaupun dibenarkan dalam jumlah tertentu oleh Kementerian Kesihatan sebenarnya ia masih merupakan sebatian kimia buatan yang tidak berbahaya bagi tubuh. Dalam membincangkan beberapa perkara mengenai beberapa ciri farmakoterapi lemak haiwan dilaporkan lemak haiwan memang dijadikan beberkapa jenis ubatan tetapi yang paling terkenal dan sering digunakan dalam industri makanan, perubatan dan kosmetik.
Kajian mendapati dimana lemak panas kambing (lamb) selalunya akan diperolehi dengan mencairkan kambing atau bebiri dari bahagian tisu lemak segar yang dibersihkan dan kemudian ia dicincang. Lemak ini akan meruap pada suhu З0-45 ° С dan mencair pada suhu sekitar 44-55 ° С. Ia mempunyai ciri rasa dan bau kambing bebiri dengan mempunyai warna daripada warna putih putih hingga kuning pucat (Sila lihat foto disebelah). Lemak kambing ini dilaporkan memang agak sukar diserap oleh badan (sebanyak 74-84%). Dalam pada itu dilaporkan dimana lemak haiwnan daripada mamalia laut terdiri dari ikan paus, ikan paus sperma, anjing laut serta beberapa ikan seperti ikan kod. Biasanya minyak ini akan menggunakan cara yang sama seperti minyak ikan. Lemak lembu pada suhu bilik merupakan jenis lemak kristal padat dengan bau dan rasa yang khas. Warna lemak lembu adalah dari kuning pucat hingga kuning. Ghee daging lembu cair menjadi jelas tetapi ia akan membeku pada suhu 34-38 ° С dan mencair pada 42-52 ° С. Sukar diserap oleh badan (75-88%). Lemak Putih sering digunakan sebagai jenis makanan berkalori tinggi. Lemak Tulang selalunya diperolehi daripada proses pencernaan tulang segar haiwan peliharaan yang dihancurkan. Bergantung pada jenis haiwan atau jenis tulang yang diproses selalunya lemak tulang yang dihasilkan akan mempunyai tekstur yang cair, berminyak atau padat. Lemak yang diperoleh dari tulang lembu meruap pada suhu 9-38 ° С dengan titik lebur lemak tersebut adalah dari 16 - 44 ° С. Warna lemak tulang dari putih hingga kuning dimana ia selalu mempunyai rasa dan bau tertentu. Didakwa lemak tulang mampu untuk meningkatkan jumlah sperma, merawat penyakit sendi, luka terbakar, penyakit telinga, sakit kepala dan rahim. Dalam pada itu lemak mamalia laut diambil daripada pelbagai organ haiwan laut (ikan paus, anjing laut, anjing laut, singa laut dan lain-lain) dipanaskan dari tisu adiposa. Biasanya dalam keadaan semula jadi, lemak mamalia laut ini akan mempunyai bau yang kuat dan kaya dengan asid lemak tidak tepu. Ia digunakan secara meluas dalam makanan oleh masyarakat di kutub dan sejuk. Dalam bentuk yang diproses pula lazimnya lemak haiwan laut adalah sebahagian daripada beberapa jenis marjerin. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam...
MINYAK SAPI... MINYAK BABI DIGUNA...
ADA KHASIAT... JUGA ADA BAHAYANYA...
BACA BLOG... DAPAT MEMAHAMINYA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 627, Executive Suite,
Sbah Hotel, Jalan Utama,
Sandakan, Sabah,
Malaysia.
(29 Syaaban 1442H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.