mobile ads

KLIK SAYA SOKONG BLOG

Saturday, June 6, 2020

CARA MENGETAHUI PISANG TUA

TANAMAN PISANG (Musa spp) merupakan satu aktiviti bidangusaha petani yang popular dalam penghasilan buah-buahan tropika. Pisang adalah tanaman daripada keluarga Musaceae yang mempunyai beratus-ratus spesis dan sekitar 16 jenis yang di komersilkan di Malaysia. Saya ada banyak menulis berpuloh-puloh artikel tentang pisang sebelum ini untuk dibuat rujukkan (Sila klik disini), (Sila klik disini), (Sila klik disini), (Sila klik disini) dan banyak lagi. Penulis blog merujuk data dimana di Malaysia seluas 35,156 hektar pisang ditanam pdada tahun 2018 dengan pengeluaran hasil sebanyak 375,690 metrik tan (Sumber: Booklet Statistik Tanaman, Jabatan Pertanian Malaysia 2018). Antara jenis oisang yang luas ditanam termasuk varieti Pisang Berangan, Pisang Tanduk, Pisang Emas, Pisang Nangka, Pisang Nangka, Pisang Embun, Pisang Cavendish dan beberapa lagi. Pisang yang ditanam ini adalah untuk pasaran domestik dan sebahagian lagi ada yang dieksport. Masaalah serangan Penyakit Moko yang disebabkan oleh sejenis bakteria iaitu Ralstonia solanacerum telah banyak memusnahkan tanaman pisang di Malaysia dan kini penanaman semula dengan benih yang lebih tahan telah dimulakan dengan agressif. Artikel mengenai pelbagai jenis penanaman pisang ada saya tuliskan dan juga mengenai aalan agronomi penanaman pisang daripana penyediaan tanah, menanam sehingga kepada aktiviti proses lepas tuai. Bagaimana pun baru-baru ini ada pertanyaan rakan saya dari Burnei DS untuk menulis mengenai bagaimana hendak mengetahui penuaian pisang matang yang betuk dan beberapa tips mengenali buah pisang yang masak sesuai untuk dibeli. Walau pun perkara ini ada dibincang secara tidak langsung didalam artikel yang saya tulis tetapi kali ini di bincangkan dengan lebih spesifik. Artikel subuh Isnin ini walau pun masih diperingkap PKPB saya teruskan menulis dalam ''Anim Agro Technology'' mengenai beberapa petua bagaimana cara-cara untuk mengetahui sama ada buah pisang dipokok itu sudah tua atau matang atau belum untuk rujukkan anda semua.

Pengalaman menanam pisang komersil penting dalam menentukan amalan agronomi baik (MyGAP) yang betul. Penanaman pisang dimulakan daripada kerja-kerja penyediaan tanah, mencari benih dan menanamnya sehingga waktu menuai dan amalan selepas penuaian. Memang panjang proses menanam pisang di lakukan untuk mempastika pulangan yang lumayan kepada pengusahanya. Memang dari tinjauan penulis blog di seluruh negara kepada penanam pisang didapati tidak semua petani mampu mengesan dengan tepat bagaimana buah pisang sudah tua atau belum. Kualiti buah pisang yang dituai menyebabkan harga yang diterima untuk jualan tidak menentu jika tindakan pembetulan dilakukan. Ada jalangan beberapa petani terutamanya yang baru mencuba tanaman pisang belum boleh untuk membezakan antara pisang sudah tua atau belum. Perkara ini mungkin berlaku pada setiap kali penuaian buah pisang yang diketahui memang mempunyai ciri atau pun karakteristik tersendiri. Secara umum petani mungkin hanya mengesan pada buah pisang yang sudah tua tetapi sebenarnya petani boleh memeriksa juga secara langsung pada bagian kulit buahnya. Bagi tanaman pisang dimana buah pisangnya berkulit kuning (contohnya pisang Emas) perlu dilihat dimana kulitnya pada umumnya sudah secara keseluruhan berwarna kuning cerah. Biasanya diikuti dengan adanya jantung pisang yang mulai mengecil dan ia mula jadi busuk atau reput. 


Penulis blog dapati bagi buah pisang yang berkulit hijau (contohnya pisang kapok, pisang embon, pisang nangkal) sebaiknya cara mengenalpasti adalah dengan penuh yakin pada permukaan kulit pisng itu berwarna hijau tua dan jika dipegang buahnya sudah nampak beris. Petua terbaik adalah pengalaman melalui beberapa praktikal dan amali. Perkara ini juga sama halnya bagi jenis buah pisang yang memiliki kulit berwarna ungu (agak kemerahan). Pisang berkulit ungu yang matang boleh dikesan apabila sudah nampak padat berisi dan juga pada permukaan kulitnya bercorak ungu terang (Sila lihat foto disebelah)Selain disebabkan oleh rasa pisang masak yang yang enak dan harganya yang sangat terjangkau lazimnya buah pisang juga memiliki beragam kegunaan lain seperti kandungan zat mineral, karbohiderat, vitamin, serat dan sebagainya untuk kesihata tubuh. Dalam sebiji buah pisang dimakmal telah dianalisa ia mengandungi berbagai nutrisi penting iaitu seperti Vitamin B6, Manganese (Mn), vitamin C, Serat, Potasium (P) dan Magnesium (Mg). Selain itu didakwa dimana kandungan tenaga (kalori) dalam pisang yang tinggi juga mampu memberikan rasa kenyang sehingga sering mereka yang memakannya akan menjadikan pisang sebagai makanan alternatif bagi mereka yang sedang berdiet. Penulis blog sering membeli pisang untuk dimakan selalu dan jika tidak habis akan dijadikan jemput-jemput pisang, kek pisang dan sebagainya.


Bagaimana hendak mempastikan buah pisang yang sesuai untuk dimakan segar sama ada semasa membeli dikedai atau pisang sendiri semasa diperam atau dipetik. Terdapat 5 petua untuk anda mengetahuinya didalam perkara ini. Pertama dengan anda melihat dari warna kulitnya. Lebih baik mempastikan anda faham semasa memilih buah pisang iaitu dengan memeriksa warna kulitnya. Pilihlah pisang yang berwarna kuning cerah sebab selalunya ciri ini merupakan tanda dimana buah sudah matang dengan sempurna. Elakkan dengan menghindari buah pisang dengan kulit kuning berbintik coklat. Perkara ini adalah disebabkan buah tersebut berkeadaan buah yang memiliki rasa yang terlebih manis (overipe fruit) dibanding dengan pisang berkulit kuning mulus. Petua ke 2 adalah dengan memerhatikan akan keadaan tandan pisang.  Biasanya selain kulit apa yang dapat perlu diperhatikan sebelum membeli pisang adalah keadaan tandannya. Pilihlah buah dimana tandan pisang masih lagi berwarna hijau disebabkan perkara ini juga menandakan pisang masih dalam keadaan segar dan baru dipetik dari kebun. Jika warna tandan pisang tersebut sudah berubah menjadi warna hijau kecoklatan dan terlihat kering maka ia lazimnya pisang itu sudah tidak terlalu segar.


Petua ke 3 dimana anda perlu memeriksa tekstur buah pisang. Ini kerana selalunya semasa dalam memilih buah pisang yang bagus adalah dengan memegang atau menekan pisang (Sila lihat foto disebelah). Apa pun anda harus cermat kerana jika pisang terasa keras maka buah terrsebut pasti masih mentah dan belum layak dikonsumsi. Sebaliknya semasa menekan buah pisang apabila terasa ianya lembik maka buah pisang itu tergolong terlebih masa (over riped) yang elakkan membelinya. Apa pun sebaiknya pilihlah pisang yang sesuai dengan apa sebenarnya kehendak anda. Jika tujuannya untuk dimakan terus maka sebaiknya pilihlah pisang dengan tekstur yang agak lembik dan warna menarik. Jika berniat untuk menjadikan pisang kepada jenis makanan lain maka pisang dengan tekstur yang agak keras atau agak lembik boleh dijadikan pilihan alternatif. Seterusnya petua ke 4 adalah dengan melihat tanda-tanda kerosakan pada kulit pisang. Penulis blog nasihat agar anda menghindari membeli pisang dengan kulit yang hancur atau rosak. Ini disebabkan oleh kerana perkara ini menunjukkan bahawa pisang tersebut telah lama disimpan dalam keadaan yang kurang ideal. Selalunya tahap kerosakan pada kulit pisang menunjukkan dimana buah pisang tersebut tidak matang secara sekata atau mengalami proses masak tidak serentak. Seterusnya yang ke 5 adalah dengan memilih buah pisang yang disimpan di udara terbuka. Pastikan kedai atau gerai yang menjual pisang ini terbuka dan ada udara bebas. Elakkan daripada anda membeli buah pisang yang diketahui memang ia disimpan di keadaan tertutup dan terlalu panas atau terlalu dingin sebab buah pisang merupakan sejenis buah yang memang sensitif terhadap sebarang keadaan suhu ekstrim. Semuga artikel ini memberi panduan berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
MENANAM PISANG... BILA TUAINYA...
KIRAAN KELUAR HANTUNG...BILA...
ADA PETUA... PERLU FAHAMINYA...
MEMBELI PISANG...ADA PANDUANNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronoomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(8 Syawal 1441H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...