mobile ads

KLIK SAYA SOKONG BLOG

Thursday, June 4, 2020

BAGAIMANA MENUAI PISANG

TANAMAN PISANG (Musa spp) merupakan satu aktiviti bidangusaha petani yang popular dalam penghasilan buah-buahan tropika. Pisang adalah tanaman daripada keluarga Musaceae yang mempunyai beratus-ratus spesis dan sekitar 16 jenis yang di komersilkan di Malaysia. Saya ada banyak menulis berpuloh-puloh artikel tentang pisang sebelum ini untuk dibuat rujukkan (Sila klik disini), (Sila klik disini), (Sila klik disini)(Sila klik disini) dan banyak lagi. Penulis blog merujuk data dimana di Malaysia seluas 35,156 hektar pisang ditanam pdada tahun 2018 dengan pengeluaran hasil sebanyak 375,690 metrik tan (Sumber: Booklet Statistik Tanaman, Jabatan Pertanian Malaysia 2018). Antara jenis oisang yang luas ditanam termasuk varieti Pisang Berangan, Pisang Tanduk, Pisang Emas, Pisang Nangka, Pisang Nangka, Pisang Embun, Pisang Cavendish dan beberapa lagi. Pisang yang ditanam ini adalah untuk pasaran domestik dan sebahagian lagi ada yang dieksport. Masaalah serangan Penyakit Moko yang disebabkan oleh sejenis bakteria iaitu Ralstonia solanacerum telah banyak memusnahkan tanaman pisang di Malaysia dan kini penanaman semula dengan benih yang lebih tahan telah dimulakan dengan agressif. Artikel mengenai pelbagai jenis penanaman pisang ada saya tuliskan dan juga mengenai aalan agronomi penanaman pisang daripana penyediaan tanah, menanam sehingga kepada aktiviti proses lepas tuai. Bagaimana pun baru-baru ini ada pertanyaan rakan saya dari Burnei DS untuk menulis mengenai bagaimana hendak mengetahui penuaian pisang matang yang betuk dan beberapa tips mengenali buah pisang yang masak sesuai untuk dibeli. Walau pun perkara ini ada dibincang secara tidak langsung didalam artikel yang saya tulis tetapi kali ini di bincangkan dengan lebih spesifik. Artikel subuh Isnin ini walau pun masih diperingkap PKPB saya teruskan menulis dalam ''Anim Agro Technology'' mengenai beberapa petua bagaimana menuai pokok pisang dan mengenai buah pisang yang masak untuk rujukkan anda semua.

Sebenarnya ciri-ciri tandan pisang yang telah matang dan sesuai untuk dituai adalah berbeza-beza mengikut varieti pisang, kegunaan buah pisang dan juga faktur cuaca serta logistik. Secara umumnya pokok pisang akan berjantung dalam masa 7-10 bulan selepas ditanam.bergantung kepada jenis dan kesuburan pokok, Sebagai contoh bagi jenis Pisang Mas pula hanya mengambil masa 6 - 7 bulan untuk berjantung dan buah boleh dikutip lapan minggu kemudian. Pisang Berangan pula berjantung anggaran dalam masa 9 bulan selepas menanam dan buah boleh dikutip dalam masa 11-12 minggu kemudian. Bagaimana pun bagi mengelakkan buah tercedera antara etua yang sesuai dilakukan adalah dengan menebang pokok pisang kira-kira 0.5 meter dari tandan buah. Cara mem0tong sedikit-sedikit dimana sebelah tangan lagi memegang tandan pisang dimana melindungi tandan pisang agar buah tidak terhempas di tanah yang menyebabkan lebam dan rosak. Penulis blog yang berpengalaman menuai pisang mendapati kerja ini memerlukan kepakaran khusus terutama dengan memilih tandan buah yang masak untuk ditebang pokoknya. Bagaimana pun bagi penanam pisang komersil mereka akan menandakan pada plastik pembalut tandan pisang waktu menuai yang tepat. Bergantung kepada jenis pisang lazimnya dianggarkan penghasilan pisang adalah sekitar RM13,800 sehektar (RM5,600/ ekar). Dilaporkan pada keluasan 2.0 hektar petani mampu meraih pendapatan bulanan sebanyak RM10,000 sebulan. Menanam pisang jika mengikuti amalan agronomi merupakan pilihan tanaman sesuai dan menguntungkan. 

Apa yang penting adalah petani telah mengetahui atau mempunyai ilmu asas bagaimana mengira indeks penuaian tandan buah pisang selepas proses keluar jantung pisang mengikut varieti. Penulis blog merujuk kepada artikel dari Jabatan Pertanian Malaysia dan jumpa beberapa orang penanam pisang komersil di Pahang dan Johor untuk memahaminya. Bagi jenis Pisang Berangan sebaiknya pisang boleh dituai selapas 11-14 minggu selepas berjantung. Pisang Berangan merupakan antara pisang makan segar yang luas ditanam kerana ciri buahnya yang manis dan diminati ramai. Bagi Pisang Cacendish (luas ditanam di Ulu Bernam Selangor) dan Kota Tinggi diJohor ia boleh dituai hasilnya selepas 20 - 23 minggu selepas berjantung. Pokok pisang cavendish biasanya akan disokong pokoknya denga kayu atau buluh bagi mengelakkan pokok tumbang atau patah seperti mana yang saya lawat diladang mereka dahulu. Bagi jenis Pisang Embun pula sbaiknya tandan pisang boleh ditebang selepas 12-15 minggu selepas berjantung. Bagi Pisang Rastali pula ia sesuai dituai apaila tandan buah berumur 11 -13 minggu selepas pokok berjantung. Seterusnya adalah jenis Pisang Nangka yang enak digoreng atau dibuat kuih Nagasari yang sesuai dituai selepas 22 bulan ianya berjantung. Akhirnya adalah Pisang Tanduk atau Pisang Lang yang perlukan masa 20 bulan selepas berjantung untuk ianya dituai. Bagaimana pun bagi tujuan menuai pisang perlu juga melihat secara fizikal detiap pokok sebelum menebangnya dan lihat indikator yang ditulis pada plastik pembungkus tandan.

Berlainan pula bagi kita yang hendak pergi membeli buah pisang yang beraneka jenis, tahap kematangan dan juga kegunaannya. Apa pun sebagai petua berikut adalah 5 ciri-ciri buah pisang sudah matang untuk diperiksa sebelum membelinya. Apa pun membeli buah memang perlukan keperihatinan khusus supaya tidak salah pilih. Apalagi pisang kerana ada orang yang seringkali kecewa membeli pisang yang warnanya sudah kuning akan tetapi semasa dibuang kulit untuk makan isinya mentah malahan sepet dan bergetah. Pisang yang matang ternyata tidak boleh ditentukan dengan perubahan warna kulitnya saja yang kuning kerana ia mukin buah mentah yang diperam dengan karbid. Berikut beberapa ciri-ciri lain yang perlu anda perhatikan supaya tidak salah lagi dalam membeli pisang. Ciri pertama adalah melihat kulit berwarna kuning yang cerah merata. Kini anda mungkin beranggapan dimana pisang yang matang itu kulitnya berwarna kuning. Bagaimana pun sebenarnya tidak semua pisang yang berkulit kuning seperti pisang masak hijau (Pisang Nangk). Umumnya pisang yang matang dengan baik memiliki kulit berwarna kuning cerah dan merata. Kalau warna kuningnya tua bererti pisang tersebut sudah terlalu matang. Sebaliknya pula kalau warna kuningnya muda dan masih ada sedikit warna hijau di pinggir-pinggirnya maka berkemungkinan pisang tersebut masih belum matang. Kedua melihat dimana terdapat bintik-bintik coklat di kulitnyaBintik-bintik coklat yang ada pada kulit pisang biasa disebut dengan 'sugar spot' dimana dengan adanya bintik-bintik coklat ini di kulit pisang merupakan tanda kalau pisang sudah manis dan matang. Penting penulis blog ingatkan agar jangan menganggap semakin banyak bintik cokelat maka pisang semakin manis. Sebaiknya fahami pisang dengan banyak bintik coklat berada kulitnya itu sudah terlalu matang dan akan segera jadi busuk. Perhatikan dimana buah pisang yang matang dengan baik akan mempunyai jumlah bintik-bintik coklatnya tidak terlalu banyak dan menyebar di seluruh permukaan kulit. Rasa manisnya sesuai dan teksturnya masih sangat lembut.

Petua ke 3 adalah dengan melihat bentuk pisang membulat kerana biasanya semasa pisang tersebut m mentah apa yang penulis blog perhatikan ia mempunyai siku-siku pada seluruh bahagian buahnya. Kalau sudah matang lazimnya siku-siku ini akan hilang dan bentuk pisang pun akan membulat dan isinya padat. Cara termudah untuk menilai apakah pisang sudah membulat atau belum adalah melihat ujung bawah pisang. Jika bentuknya masih menyerupai kotak dan seakan terpisah dari buah itu tandanya pisang belum matang akan tetapi kalau sudah terlihat seperti menyatu dengan buah maka pisang tersebut  sudah matang dan sesuai dimakan segar. Petua ke 4 dengan melihat akan permukaan kulit pisang terasa halus dan lembut. Ini kerana semasa membeli pisang sebaiknya di raba pada permukaan kulitnya. Lazimnya pisang yang sudah matang memiliki kulit yang halus dan lembut. Kalau permukaannya masi ada rasa kesat memang pisang tersebut belum sesuai dimakan. Daging buahnya masih terasa kelat dan bergetah semantara di permukaannya terasa lembik dimana itu tandanya pisang sudah terlalu tua dan kurang baik untuk digunakan. Ke 5 petuanya dengan melihat tandannya masih segar dan hijau. Biasanya tahap kematangan pisang juga boleh dilihat dari keadaan pada tandannya. Tandan psang sendiri merupakan bonggol besar tempat menempel pisang di setiap sisirnya. Pisang yang sudah matang dengan baik akan memiliki tandan yang masih berwarna hijau segar. Elakkan dari membeli pisang yang tandannya sudah kering dan kecoklatan sebab itu tandanya buah pisang tersebut sudah dipetik lama dan sudah tua. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
 MENANAM PISANG... MUDAH DIJAGA....
SELEPAS BERJANTUNG.. BERBUAH DIA...
SIAP DITUAI... MENGIKUT PETUANYA...
MEMILIH PISANG ... PASTIKAN CIRINYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(9 Syawal 1441H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...