Support My Blog

Wednesday, October 2, 2019

HARI KOPI SEDUNIA - APA DIA?

HARI KOPI SEDUNIA (International Coffee Day) disambut pada tarikh 1 Oktober telah dipilih sebagai Hari Kopi Sedunia oleh Pertubuhan Kopi Antarabangsa. Ia telah dianjurkan sebagai meraikan kopi sebagai antara minuman paling digemari masyarakat dunia masa kini. Penulis blog diberitahu air mineral merupakan jenis air minuman paling banyak diminum oleh manusia dimukabumi ini dan ia diikuti dengan minuman kopi. Saya sudah menulis mengenai teknologi kopi dari segi varieti, penanaman, pemprosesan, khasiat dan sebagainya dalam blog ini melebihi daripada 6o buah artikel dimana ianya menjadi rujukan utama di Malaysia, USA dan Indonesia mengikut Global Ranking. Anda boleh membuat akses sebahagian daripada artikel pasal kopi dengan pautan (Sila klik disini), (Sila klik disini), (Sila klik disini), (Sila Klik Disini), (Sila klik disini) dan berpuloh lagi. Kopi yang mengandungi bahan Caffien merupakan satu daya tarikan kenapa semakin ramai penduduk dunia meminum kopi. Persaingan hebat kini berlaku diantara syarikat-syarikat restoren penyedia minuman kopi bertaraf antarabangsa seperti Starbuck, DoiChang Cofee, World Coffee dan sebagainya menjadikan minuman kopi ini semakin dinaikkan kelasnya. Kalau dahulu minum kopi 'O' hanya RM0.50 secawan akan tetapi kini mencecah kepada lebih M50.00 secawan sepeti minuman Kopi Luwak (Kopi Tahi Musang) yang dianggap premium. Bagaimana pun minuman kopi adalah berasal daripada tanaman kopi yang diambil bijinya dan diproses melalui pelbagai cara sehingga menghasilkan serbuk (powder), cecair (liquid) atau  dalam bentuk lain yang boleh dijadikan minuman atau bahan perisa makanan lain (kek, roti, bekeri dan sebagainya). Bagaimana pun pada 1 Oktober 2019 ini dalam blog ''Anim Agro Technology'' saya menulis megenai Hari Kopi Sedunia yang disambut sebagai mengikuti saranan oleh Pertubuhan Kopi Sedunia untuk dijadikan bahan rujukan anda semua.


Penulis blog membuat sedikit rujukan dimana didakwa bahawa minuman kopi telah diambil manusia sejak kurun ke 9 lagi dimana bahan caffiene yang ada didalamnya dapat memberikan kepuasan kepada peminumnya. Peminum biasanya akan merasai ''pahit'' pada tekak selepas meminum kopi dan kajian penulis blog menunjukkan ramai orang Malaysia yang minum kopi bersama gula atau dengan susu dipanggil Kopi Susu atau Kopi sahaja. Kopi yang dicampur dengan gula sahaja di Malaysia dipanggil sebagai ''Kopi - O'' atau kopi hitam. Di hotel-hotel atau pejabat yang disediakan mesin pembancuh kopi canggih pula dimana ada pelbagai jenis jenama kopi yang di sediakan seperti Kopi Mocha, Kopi Expresso, Kopi Latte, Kopi Americano, Kopi Cappucino, Kopi Affogato, Kopi Machianto, Kopi Picolo, Kopi Black-White dan juga Cafe Au Lait. Kesemua jenis minuman berasaskan kopi ini dibezakan mengikut seduhan dan cara pembuatannya serta campuran yang digunakan. Sebagai contoh Expresso adalah minuman kopi yang gunakan 'single  shot' ekstrak kopi atau dipanggi ' 1 shot expresso'. Sementara itu Kopi Latte yang selalu juga penulis blog minum apabila kombinasi membuatnya dengan satu shot expresso dengan satu shot steam dan buihnya (campuarn 2/3 expresso dan 1/3 air). Jenis Kopi Mocha pula adalah minuman kopi disediakan dengan expresso bersama susu dan coklat dimana kadar komposisinya adalah 1/5 susu, 2/5 coklat dan 2/5 expresso. Penulis blog sering juga tekan butang Cappucino (sedap namanya) dimana ia disediakan dengan satu shot expresso dengan susu stim dan buih yang lebih tebal dengan komposisinya adalah 1/3 buih susu dan 1/3 susu. Semua ini ada dipaparkan dalam pautan berikut (Sila klik Disini). Apa pun dulu saya tidak kenal dengan nama-nama minuman kopi ini akan tetapi kini sudah pandai memilihnya apabila ada yang percuma. Bagaimana pun saya elakkan minum kopi sebelum tidur kerana susah untuk tidur dimalam hari.


Dalam kapalterbang Business Class dari KLIA ke Miri pada 1 Oktober 2019 penulis blog membaca suratkhabar The Star dimana ada dinyatakan 'What Do You Know about International Coffee Day' yang menarik minat penulis blog. Di tulis fakta dimana kopi ada dua jenis utama iaitu ARABICA dan ROBUSTA. Dia tidak menyebut langsung pun Kopi LIBERICA. Ini kerana penggunaan kopi dunia 70% adalah dari jenis Arabica dan 28% dari jenis robusta sementara 2% sahaja dari lain jenis termasuk Liberica. Peliknya di Malaysia 95% kopi yang dijual dikampong dakwanya adalah datang daripada kopi Liberica yang hanya ditanam 1% sahaja dalam dunia. Fakta ini penulis blog tidak setuju kerana Malaysia kini mengimport banyak kopi Arabica dan Kopi Robusta terutama dari Indonesia dan Vietnam untuk diproses. Dalam pada itu dilaporkan The Star dimana KOPI LUWAK merupakan minuman kopi paling mahal didunia sehingga ia mencecah US$500 (RM2,000) sekilogram. Kopi Luwak atau Kopi Tahi Musang kini dihasilkan dengan komersil di Indonesia (Sila klik DIsini). Fakta seterusnya dinyatakan dimana biji kopi mentah biasanya ada 3 warna iaitu MERAH, KUINING dan HIJAU sebelum ianya digoreng (roasted). Pelik tetapi benar kerana kopi adalah produk dagangan kedua tertinggi didunia selepas PETROLIUM. Dalam pada itu dinyatakan dimana jika Krim (cream) dicampurkan akan membolehkan minuman kopi dalam keadaan panas dengan lebih lama.  Bahayanya dimana jika minum kopi dengan dos berlebihan iaitu 30 cawan diminum sekali dalam masa sama maka ia boleh menyebabkan KEMATIAN (Lethal). Orang Findland (Finn) dilaporkan pengguna paling tinggi kopi didunia dengan setiap rakyatnya meminum sebanyak 12.5 Kg kopi dalam setahun. Biji Kopi Merah didakwa mempunyai aroma terbaik serta kurang berasid serta hasilkan kopi yang lembut (lighter coffees). 'White Coffee' yang popular di Malaysia di goreng dua kali dimana semasa gorengan kedua dicampurkan gula, margerin dan garam untuk menambahkan keenakan perisa kopi tersebut. Sila baca tulisan sebelum ini (Sila klik disini).  Penulis blog berpengalaman melawat lebih daripada 75 buah kilang kopi diseluruh negara semasa menjaga pengimportan biji kopi mentah pada tahun 2014 - 2016. Kopi Pheewit oleh Penyanyi Rocker Amy Search adalah sejenis campuran minuman kopi dengan nanas yang enak (Sila lihat foto disebelah). Kopi nanas kini menjadi popular hasil kempen oleh Bekas Ketua Pengarah LPNM lepas iaitu saya sendiri. Terkini terdapat 5 syarikat pengeluar kopi nanas di seluruh negara yang beroperasi.


Mengenai Hari Kopi Sedunia wajar kita mengetahui akan 10 fakta mengejutkan tentang kopi. Kopi paling mahal di dunia berharga RM220 secawan dibayar oleh mereka yang fanatik terhadap minuman kopi. Sempena dengan sambutan ini, mari kita lihat 10 fakta menarik tentang kopi yang mungkin mengejutkan pembaca blog. Pertama adalah kisah dimana sekumpulan masyarakat etnik di Ethiopia dikatakan antara yang pertama mengesan khasiat kafein dalam kopi. Ia terjadi apabila ternakan kambing peliharaan mereka mula menunjukkan keaktifan luar biasa selepas diberi kopi. Kedua adalah jika anda biasa minum kopi sebaik sahaja bangun tidur sebenarnya adalah tidak perlu!. Ini kerana manusia akan menghasilkan sejenis hormon iaitu dipanggil cortisol apabila bangun daripada tidur. Hormon ini sudah lebih dari cukup untuk menyedarkan anda daripada rasa mengantuk. Sebaiknya anda minum kopi selepas kira-kira sejam anda bangun. Fakta ke 3 adalah dimana buah kopi dipanggil 'coffee berries'. Ia sejenis buah yang boleh dimakan dengan biji kopi di dalamnya. Ramai memanggilnya sebagai 'bean' atau 'kacang' kerana bentuk buah itu yang menyerupai kacang. Ke 4 dimana di negara Turki, pada satu ketika dahulu memang pernah melaksanakan undang-undang yang menyatakan seorang isteri boleh menuntut cerai jika suaminya tidak memberikannya bekalan kopi dengan jumlah yang mencukupi!... Ini budaya yang aneh. Ke 5 dimana kopi kini berada di tempat kedua dalam senarai minuman paling popular di dunia iaitu selepas air kosong (plain water). Ke 6 dimana hasil kesan kopi boleh dirasai selepas hanya kira-kira 10 minit selepas meminumnya dimana dalam Mesyuarat ASEAN Cofee and Tea di Doi Chang yang saya hadir dibuat ujian tersebut oleh pakar kopi dunia. Pergunungan Doi Chang di urata Thailand adalah kawasan penanaman kopi organik yang popular didunia (Sila klik disini).  Ke 7 dimana diantara unsur kebaikan kopi adalah mencegah penyakit Alzheimer, Demensia, Parkinson dan jantung. Ia juga membantu anda membakar lemak. Fakta ke 8 dimana kopi paling mahal di dunia adalah Black Ivory Coffee dimana ia diperbuat daripada najis gajah. Harga kopi ini secawan adalah kira-kira AS$50 (RM220). Fakta ke 9 adalah dimana jika meminum 100 cawan kopi sehari cukup untuk ianya membunuh seorang manusia. Fakta yang ke 10 adalah dimana sebenarnya Kopi segera (instant coffee) dicipta oleh lelaki bernama George Washington pada tahun 1906 dimana anda boleh paut terus tulisan saya (Sila Klik Disini). Ia bagaimanapun tidak mendapat sambutan kerana rasanya yang teruk.


Dalam pada itu sempena Hari Kopi Sedunia yang disambut pada 1 Oktober setiap tahun terdapat pelbagai pihak meraikannya dengan pelbagai program bertujuan untuk tujuan meningkatkan kesedaran masyarakat kita mengambil minuman berkenaan secara sihat. Menyokong usaha itu jenama kopi terkemuka Nescafe mengambil inisiatif menganjurkan kempen Jom Sama-Sama Raikan Hari Kopi Sedunia dengan Nescafe. Syarikat minuman kopi terbesar itu turut meraikan ulang tahunnya penubuhannya ke-80 di negara ini dan mereka kini mengambil inisiatif memulakan kempen dengan siri jelajah ke seluruh negara. Kempen itu bermatlamat untuk merayakan dan memperingati saat indah sejak mula dicipta di Switzerland. Pihak Syarikat berusaha membina jenama kopi terbaik dunia, terutama di Malaysia. Pengeluar kopi ini berbangga dengan hakikat bahawa selama 80 tahun, Nescafe sentiasa mencipta inovasi menghidangkan secawan kopi terbaik kepada semua dalam cara yang paling digemari mereka. Mereka kini mempelopori pengalaman minuman kopi yang inovatif sejak tahun 1938 iaitu apabila Nestle ditugaskan mencari kaedah memproses biji kopi yang tidak tahan lama di Brazil. Setelah menjalankan penyelidikan dengan penuh dedikasi dimana Nestle membuat serbuk yang dapat mengekalkan perisa kopi. Kini jenama ini terus komited menawarkan saat dan pengalaman indah minum kopi setiap hari. Sempena jelajah pada kempen ini pelbagai aktiviti menyeronokkan dianjurkan antaranya dalam permainan seperti Cabaran Puisi Laju; Putar dan Menang dan tawaran cabutan bertuah untuk pengunjung. Semuga artikel kali ini memberi info berguna kepada smeua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
HARI KOPI SEDUNIA... 1 OKTOBER DIA...
KEDUA TERBANYAK... DIMINUM MANUSIA...
PERTAMA PETROLIUM...DAGANG KOPI KEDUA...
BACA ARTIKEL... BARULAH FAHAM SEMUANYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 1216, Executive Suite,
Hotel Mega, Miri,
Sarawak, Malaysia.
(2 Safar 1441H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...