mobile ads

KLIK SAYA SOKONG BLOG

Sunday, October 20, 2019

KELOMPOK NANAS KG ADONG, MIRI

KELOMPOK NANAS KAMPUNG ADONG DI MIRI, SARAWAK merupakan salah satu kelompok yang berjaya menanam nanas (Ananas comosus) untuk pasaran domestik dan eksport ke negara Brunei DS. Penulis blog membuat tinjauan teknologi ke kelompok tersebut dan disambut oleh seramai 30 orang petani dimana kebanyakannya adalah dari kaum Orang Ulu dan beberapa kaum Iban. Kawasan tanah gambut dalam ini menurut Timbalan Pengarah Jabatan Pertanian Sarawak Encik Ngap Dolah adalah dari jenis tanah gambut dalam. Kawasan tanah gambut disini telah diberikan kebenaran pihak kerajaan untuk diusahakan dengan tanaman makanan sejak 5 tahun dahulu dan tanaman nanas merupakan jenis tanaman yang mampu menghasilkan pendapatan baik kepada petani disini. Menurut Pegawai Pertanian Daerah Miri, En Wargo dan Pembantu Pertanian kawasan En Raymond dimana hanya tahun 2018 dan 2019 sahaja kelompok disini mendapat bantuan infrastruktur yang sesuai iaitu sistem perparitan dan bangunan pusat pengumpulan hasil dari kerajaan. Kawasan penanaman disini adalah seluas sekitar 100 ekar dimana seluas 40 ekar adalah ditanam dengan nanas. Tanaman lain yang diusahakan adalah seperti Kelapa Sawit, Pisang, Buah-buahan bercampur dan sedikit sayuran. Terdapat beberapa lot masih kosong dimana ianya tidak diusahakan pemiliknya. Artikel malam ini dalam ''Anim Agro Technology'' saya dapat menulis mengenai penanaman nanas Moris (AC1) iaitu di Kelompok Nanas Sg Adong di Miri untuk bahan bacaan anda semua.


Setibanya penulis blog ke pondok pusat pengumpulan hasil disambut oleh beberapa AJK Klompok Nanas dan terus dihidangkan buah nanas Moris (Sila lihat foto disebelah). Hasil dari ujirasa nanas moris disini memang tidak mengejutkan penulis blog kerana sama dengan nanas moris tanah gambut yang dulu luas ditanam di Johor. Penulis blog memang sebenarnya sudah terbiasa dengan nanas premium MD2 dan memang sudah lama juga tidak makan nanas moris ini dapat kata ''manis juga nanas ini'' kepada AJK projek. Nanas Moris adalah nenas dari kumpulan QUEEN dengan mempunyai berat buah sekitar 0.5 - 1.5 kg sebiji. Buah nenas moris yang matang berbentuk kon ke bentuk Kon Selinder dengan mempunyai warna kulit yang hijau gelap. Penulis yang memeriksa beberapa kebun nenas moris mendapati bilangan  mata buah adalah 100 - 120 dengan purata lebar empulur buah sekitar 2.0 cm. Nenas moris mempunyai isi yang berongga dengan tekstur yang rapuh dan berwarna kuning. Daripada analisa mendapati tahap kemanisan nenas moris diantara 15-17% iaitu dikira sebagai varieti buah yang manis sesuai untuk dimakan segar. Kandungan asid citrik 0.4 - 0.7%. Warna permukaan atas braktea adalah merah jambu gelap dengan mempunyai ciri khusus iaitu mata bebuah timbul. Buah nenas moris merupakan varieti yang sesuai dimakan segar dan juga serng digunakan untuk masakkan seperti paceri nenas dan makan lemak ikan masin. Bagaimana pun nanas dari Kg Adong ini berbagai grednya.


Penulis blog ambil sebiji nanas moris gred 'A' yang akan dihantar ke Brunei DS sedia untuk diambil peraih dari sana (Sila lihat foto disebelah). Petani sudah mengumpulkan beberapa longgok nanas gred ini untuk pasaran Brunei. Pada saya nenas moris sebaiknya mempunyai ciri-ciri marfologi varieti pokok nenas moris. Tabiat pokok ini adalah dimana ia tumbuh secara menegak dengan mana ia biasanya kedudukkan buah nenas adalah 'terlindung' ditengahnya. Jika diteliti akan dilihat buahnya berbentuk kon ke kon selinder dengan warna dominan pada kulit hijau kekelabuan (Green to grey) seperti foto disebelah. Penulis dapat lihat bentuk nnas moris adalah berbentuk 'Kon' atau 'Kon Selinder' dengan jelas. Warna dominan kulit nenas moris adalah Hijau Kekelabuan (Green greyish) dan ia juga mempuyai warna pedunkel permukaan atas sebagai Merah Jambu Gelap. Nenas moris adalah jenis nenas yang dahulu sangat popular ditanam oleh petani kerana ia merupakan jenis nenas yang lasak. Negeri Johor terutamanya telah menanam nenas moris sebagai varieti yang sesuai untuk kawasan tanah gambut. Pokok nenas moris juga mudah dijaga berbanding dengan varieti lain seperti MD2 dan beberapa jenis lagi. Walau pun kini ramai petani telah menukar varieti kepada nenas MD2 dan Nenas Gandul atau Nenas N36, masih ramai petani yang masih setia dengan tanaman nenas morris.

Semasa penerangan kepada AJK dan penanam nanas di Kg Adong ini mereka hanya menanam secara tradisional sahaja pada asalnya. Bagaimana pun kemudian pihak Jabatan Pertanian dan juga LPNM Sarawak ada datang membuat lawatan seterusnya mengadakan beberapa siri kursus tanaman nanas. LPNM memberikan bantuan berupa benih dan input pertanian dan juga bantuan sama oleh Jabatan Pertanian dikawasan lain oleh petani yang berlainan sehingga tanaman nanas menjadi tanaman utama dikelompok ini. Hanya nanas moris yang ditanam disini kerana hanya varieti tersebut sahaja yang dibekalkan oleh pihak berwajib dan mampu dibeli oleh petani sendiri. Walau pun ada keinginan ereka untuk menanam nanas lain seperti nanas Josapine, Nanas Gandul dan Nanas MD2 akan tetapi terlalu jauh untuk medapatkan benih tersebut. Ada beberapa petani yang membawa balik sendiri benih nanas MD2 sekitar 200- 500 pokok nanas dan ditanam akan tetapi banyak mati akibat banjir, diserang penyakit dan tidak dijaga dengan baik. Kini mereka lebih tumpukan tanaman nanas Moris sahaja sebab senang dijaga, cepat berhasil dan masih ada pasaran baik di Miri dan Brunei. 

Penulis blog terangkan agar kelompok disini membuat 'ladang benih' nanas moris dengan membuat pemilihan (selection) pada pokok nanas yang sihat, buah premium, tiada penyakit dan sebagainya dan dimasukkan dilokasi khas tanaman benih. Ini kerana jika mereka guna semula semua sulur nanas moris daripada sumber induk tanaman sedia ada maka selama itu mereka tidak mampu untuk mendapatkan varieti premium nanas moris. Kaedah ladang benih nanas ini membolehkan mereka tidak keluarkan buah akan tetapi diladang benih ini akan dikeluarkan khas untuk benih nanas berkualiti sahaja dengan mencantas selepas di hormon. Kawalan rumpai dan pembajaan nanas dikelompok ini mengikut pakej tanaman nanas moris ditanah gambut seperti yang disediakan oleh Jabatan Pertanian dan LPNM. Nanas moris akan dihormon mengikut mingguan dan jadual pemasaran. Baja tidak diberikan selepas menghormon pokok nanas moris. Terdapat laporan dimana ada masaalah serangan penyakit buah hantu dan reput atau patah batang buah pada musim tertentu.

Penuaian buah dipilih daripada buah yang hampir masak untuk tujuan penggunaan tempatan dan dihantar ke Brunei. Buah yang besar dan cantik akan dikumpulkan dan disusun dimana kebanyakan buah tersebut beratnya melebihi 1.5 kg sebiji sehingga 2.0 khg sebiji dengan warna hujau kekuningan (Sila lihat foto disebelah). Buah ini dijual dengan harga RM3.00 - RM3.50 sekilogram iaitu bergantung kepada ianya Gred A atau gred AA. Lazimnya menurut Pn Ana, buah ini akan tahan selama 3 minggu lamanya jika dijaga baik penyimpanan dan tahap kesegarannya. Buah yang dipetik terlalu masak pula akan dijual degan harga RN2.00 sekilogram atau harga sebiji bergantung kepada lokasi penjualan. Pada masa ini kebanyakan buah nanas dari Kelompok Nanas Kg Adong ini dijual segar dan belum ada aktiviti memproses buah nanas. Adalah disyorkan agar kelompok ini membuat industri asas tani dari buah nanas. Satu perancangan rapi diantara Jabatan Pertanian Sarawak denga petani perlu dibuat untuk mereka mendapatkan persijilan MYGAP kerana bagi pasaran ke Brunei mereka mengiktiraf MyGAP untuk menjamin kualiti buah. Beberapa isu pemilikan tanah boleh diatur dengan pejabat tanah dan peserta bagi membolehkan proses persijilan MYGAP ini berjalan lancar seperti digesa oleh ahli kelompok nanas disini. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam..!!
KELOMPOK NANAS...DI MIRI JAUHNYA...
NANAS MORIS... LUAS DITANAM MEREKA...
TANAHNYA GAMBUT... BANYAK BUAHNYA...
PASARAN KE BRUNEI...MYGAP DILAKSANA...

By,
M Anem,
Senir Agronomist,
Room 1216, Executive Suite,
Hotel Mega,
Miri, Sarawak,
Malaysia.
(5 Safar 1441H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...