mobile ads

KLIK SAYA SOKONG BLOG

Monday, October 14, 2019

FAKTA TENTANG - GANDUM

FAKTA TENTANG GANDUM (Triticum aestivum) daripada famili Poaceae akan dibincangkan kali ini dan kaitannya dalam Islam. Pokok Gandum (bahasa Inggeris: wheat) tergolong dalam famili rumput dan merupakan tanaman bijian yang kedua terbesar selepas Jagung (Zea mays) dimana tanaman bijian ketiga terpenting adalah Padi (Oryza sativa). Nama botani bagi gandum secara umumnya adalah sebagai Triticum spp. Bijiran gandum merupakan makanan ruji yang digunakan bagi menghasilkan tepung gandum. Sekamnya boleh dipisahkan dan dihancurkan menjadi bran. Gandum juga ditanam khusus untuk tanaman ragutan bagi ternakan dan untuk menghasilkan jerami. Dalam Islam gandum adalah makanan ruji yang banyak disebut didalam hadis Nabi. Ia adalah makanan penting didalam diet manusia semenjak zaman dahulu sehingga sekarang dimana ia merupakan asas penting untuk penyediaan makanan roti (bread). Gandum juga sejenis makanan rujii yang mana ia boleh disimpan dalam jangkamasa yang lama tanpa ianya akan mengurangkan kualitinya dan penting didalam mengatasi krisis makanan dunia. Dalam Islam juga dikatakan dimana gandum adalah diantara tanaman yang mana hasilnya dikenakan zakat apabila cukup musimnya. Gandum juga adalah sejenis makanan ruji yang menjadi paling ramai dimakan penduduk dunia dari dahulu sehingga sekarang. Beberapa ayat quran yang ada mengaitkan dengan gandum seperti Ayat dalam Surah Yusuf 12:46-48. Artikel subuh ini dalam blog ''Anim Agro Technology'' saya menulis beberapa fakta mengenai gandum dalam prespektif Islam dan juga pertanian untuk rujukkan anda semua.


Tanaman Gandum memang sejenis tumbuhan dari keluarga rumput yang mana ia ditanam secara meluas diseluruh dunia dan ianya juga didagangkan diseluruh dunia dalam pelbagai bentuk (Sila lihat foto disebelah). Gandum hanya sesuai ditanam dinegara yang mana ia mempunyai iklim sederhana daripada Scandivia Utara sehingga ke Argentina Selatan dan ia ada juga ditanam dikawasan tanah tinggi di negara beriklim tropika. Negara Indonesai diantara negara ASEAN yang ada menanam gandum die=negara mereka.  Dalam pada itu penulis blog dapati gandum adalah bijirin yang mengandungi protin paling tinggi dibandingkan dengan bijirin lain seperti jagung (corn) dan beras (rice). Walau pun dari segi pemakannya ia jatuh nombor dua selepas padi akan tetapi jumlah keluaran gandun dunia antara tertinggi mencapai 704 juta metrik tan pada tahun 2011 (Sumber: FAO Statistic). Ddalam pada itu permintaan terhadap gandum terus meningkat sedangkan kawasan ladang untuk penanamannya semakin berkurang menyebabkan negara-negara bukan iklim temperate sudah memulakan tanaman ini walau pun hasilnya masih belum memadai. Tanaman gandum juga didakwa antara jenis tanaman bijirin yang mudah diserang penyakit berbanding dengan tanaman bijirin lain terutama jika musim hujan.  Dalam pada itu dalam pasaran dunia dilaporkan dimana harga gandum putih adalah jauh lebih mahal berbanding dengan gandum merah kerana ia perlu melalui proses pelunturan gandum. Dalam pada itu memang ramai faham dimana biji gandum akan diproses menjadu TEPONG GANDUM. Cara memproses dengan pisahkan sekam (kulit biji gandum) dan dihancurkan menjadi bran. Dalam pada itu jerami daripada tanaman gandum yang telah dituai akan dikumpulkan dan ia dijadikan makan ternakan seperti lembu, kuda, kambing dan sebagainya. 


Dari segi pula khasiat makanan memang dibuktikan dimana makanan berasaskan gandum yang kaya dengan zat protin boleh menyebabkan pengurangan ketara terhadp risiko penyakit seperti diabesti Jenis 2 jika ia dibandingkan dengan bijirin tanaman lain. Memang kita faham makanan berasaskan bijirin adalah sebahagian besar daripada diet harian di Eropah dimana gandum adalah sebagai sunber utama makanan mereka. Bagaimana pun apa yang uniknya sebahagian besar tepung gandum berwarna putih kerana lapisan kulitnya atau tisu peripheral (bran) telah pun di buang dan ia digunakan untuk makanan ternakan. Sebenarnya bahan bran inikah yang mengandungi khasiat tinggi dalam aspek mikronutrien, serat dan juga fitikimianya. Sayang sekali kita hanya makan bahagian yang putih sahaja.Tepung Gandum Cap Sauh di Malaysia merupakan diantara jenama tepong gandum yang popular dimana ia mudah dibeli dimana-mana premis (Sila lihat foto disebelah). Makanan yang dimasak berasaskan tepong adalah makanan sihat akan tetapi jika sudah dicampur dengan pelbagai bahan semasa memakannya seperti minyak goreng, kari, santan, daging merah, gula manis, perasa, garam dan sebagainya ia sudah berlainan pula kesnya. Tepung juga merupakan bahan utama penyediaan makanan seperti roti, oat, bubur, keropok, biskut, lempeng, pie, pastri, donut, kulit karipap, roti canai dan bermacam jenis kuih tempatan. Bermakna kita orang Malaysia memang banyak menggunakan tepong didalam kehidupan seharian selain daripada nasi dan gula.


Dalam pada itu memang belum ada lagi penemuan saintifk berkenaan hubungkait makanan berasaskan gandum dengan kegunaan didalam kesihatan. Ini kerana setiap 100 gram tepong mengandungi bahan tenaga (327 kcal), protin (12.61 g), Karbohiderat (71.18 g), Lemak (1.54 g), Thiamin (Vitamin B1- 0.118 mg), Riboflavin (Vitamin B2 - 0.115 mg), Niasin (Vitamin B3- 5.464 mg) dan vitamin B5 (0.954 mg), Unsur khasiat lain didalam gandum seperti Vitamin B5, Vitamin B6, Vitamin B9 (Filate acid),  Vitamin E, Vitamin K, Kalsium, Zat Besi (Fe), Magnesium, Maganese, Fosforus, Kaliam, Natrium dan Zink. Ada dakwaan dimana kandungan klorofil dalam gandum bertindak sebagai magnet didalam proses megeluarkan toksin dari dalam badan. Gandum yang dijadikan roti akan mengurangkan tahap tekanan (stress) dimana cara mudah dengan memakan roti , dijadikan minuman atau dijadikan bahan disapu pada dahi manusia. Bagaimana pun perlu diingat bahawa penyimpanan produk gandum seperti tepong gandung perlu disimpan ditempat yang dingin, kering dan terlindung daripada sinaran terus daripada matahari.Jika ia disimpan ditempat sejuk, lembap dan berasit menyebabkan tepung ini akan rosak dan kurang nilainya. Dipasaraya dan premis jualan tepung gandum bisanya dibungkus dengan plastik kedap udara dan disimpan dalam tempat yang selamat. Semuga artikel kali ini memberi info berguna kepada anda semua pembaca anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..

BIJIRIN GANDUM... LUAS TANAMANNYA...
IA DIMAKAN... HAIWAN DAN MANUSIA...
DIJADIKAN TEPONG... PELBAGAI GUNA...
MAKANAN ASAS GANDUM..BANYAKNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint P11/D14, WP Putrajaya,
Malaysia.
(14 Safar 1441H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...