mobile ads

KLIK SAYA SOKONG BLOG

Wednesday, October 23, 2019

PRODUK IAT KELAPA - MANIS SOKMO!

Tinjauan ke Projek IAT  berasaskan kelapa di Kg Batangan, Marang, Terengganu berjaya memberikan pendedahan kepada penulis blog melihat bagaimana usahawan ini dapat menghasilkan Gula Kerek yang bermutu. Manis Sokmo Enterprise yang terkenal dalam pembuatan dodol daun palas dan penghasilan gula Melaka di Terengganu telah berjaya memperluaskan lagi pemasaran produk berkenaan di luar negeri itu sehingga ke Singapura. Kini antara produk syarikat MFS ini adalah gula melaka serta dodol dodol daun palas untuk peringkat eksport dimana usaha memperkenalkan produk mereka mendapat sambutan amat menggalakkan. Pada penulis blog Gula Melaka atau lebih dikenali sebagai manisan kelapa di kalangan penduduk Pantai Timur juga merupakan antara bahan penting dalam penyediaan kuih-muih tradisional seperti ondeh-ondeh, puteri mandi dan lompat tikam. Lazimnya apabila tiba bulan Ramadan maka syarikatnya “tidak menang tangan” untuk memenuhi permintaan yang meningkat secara mendadak dari penjual makanan dan kuih-muih untuk mendapatkan manisan yang dikenali sebagai “nisang” di negeri ini. Pada bulan puasa pula permintaan mendapatkan “nisang” meningkat berlipat ganda dari 100 keping sehari kepada 1,500 sehingga 2,000 keping sehari. Dalam pada itu selain bulan Ramadan biasanya permintaan terhadap manisan tersebut juga mendapat sambutan pada setiap kali tiba musim perayaan mahu pun musim cuti sekolah. Bagi menampung permintaan yang semakin hari semakin meningkat, beliau berkata beliau telah membina satu lagi tempat untuk memproses manisan dan dodol daun palas di Kampung Batu Putih, Marang. Penulis blog melawat tempat pemprosesan di Kg Batangan bersama pegawai dari Pejabat Pertanian daerah Marang yang menjadi pembimbing usahawan ini diperingkat awal dahulu. Artikel subuh ini dalam blog popular ''Anim Agro Technology'' saya paparkan kejayaan usahawan manisan gula kelapa 'manis sokmo' untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan.


Ketibaan penulis blog ke pusat proses IAT membuat manisan gula kelapa disambut oleh pemiliknya Suri Abdul Ghani yang masih memproses gula pada waktu petang khusus untuk lawatan ini (Sila lihat foto disebelah). Biasanya beliau akan tamatkan memasak dan membuat pembungkusan sehingga tengahari sahaja kecuali mereka mendapat tempahan banyak. Turut sama dalam rombongan ini adalah Pegawai Pertanian Daerah Marang En Nik dan Pegawai APIAT Kawasan serta beberapa pegawai cawangan teknikal Jabatan Pertanian Terengganu. Digantung dihadapan premis lebih daripada 10 sijil-sijil penghargaan dan pengiktirafan termasuk sijil Halal dan MesTI yang meyakinkan pengunjung akan keupayaan syarikat MFS ini. Usahawan gihih ini telah  mengusahakan perusahaan itu bersama keluargnya di Kampung Batangan di sini sejak 12 tahun lalu dimana yang pasti adalah telah berjaya mendapat pengiktirafan sijil halal dari Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT). Produk berasaskan kelapa ini lebih dikenali dengan nama Nisan kerek Manis Sokmo Enterprise yang dihasilkan di Kampung Batangan. Sebenarnya usaha tanpa mengenal erti putus asa adalah resepi utama kejayaan pengusaha manisan kampung atau nisan kerek Manis Sokmo Enterprise iaitu Suri Abdul Ghani yang memulakan perusahaannya yang bermula sejak 2004 itu secara kecil-kecilan sebelum berkembang maju dan dikenali di serata negeri berkat sokongan kerajaan dan juga usaha bersama keluarga.


Diberitahu Pn Suri kepada penulis blog dimana bantuan dan inisiatif yang telah disediakan kerajaan banyak membantunya untuk mengembangkan perusahaan produk makanan itu. Dia yang bermula dengan bangsal kecil pada 2004 namun selepas menyertai Amanah Ikhtiar Malaysia telah banyak ilmu yang diperolehi terutama untuk menjadi seorang usahawan berjaya. Dari situlah beliau tahu cara untuk membesarkan perniagaan dimana dakwanya banyak  kursus-kursus yang dianjurkan bagi mengajar dia untuk mencari bahan mentah, membuat pembungkusan, mencari pasaran luar dan banyak lagi. Dimaklumkan dimana pada peringkat awal pembabitannya dalam projek IAT ini beliau memang jelas nyatakan menerima banyak bantuan perniagaan daripada Jabatan Pertanian Malaysia. Katanya pada masa itu memang kebetulan Jabatan Pertanian ada menyediakan peruntukan kepada usahawan kecil berasaskan kelapa. Berkat kesungguhan tersebut beliau dapat peruntukan tersebut dan digunakan untuk membaiki bengkel serta membeli mesin bagi meningkatkan kualiti dan kuantiti manisan kampung ini. Kini mesin tersebut masih digunakan malahan beliau telah menambah beberapa mesih dan peralatan dengan membelinya sendiri. Pengalaman membuat manisan gula melaka atau gula kerek ini membolehkan dia cepat dan cekap mebuatnya (Sila lihat foto disebelah). Pada penulis blog pengalaman dan ketabahan mampu membuat gula ini sehingga ribuan biji seminggu.


Produknya kini mulai dikenali apabila boleh didapati di pasaraya-pasaraya besar sekitar Terengganu dan Pasar Payang. Selain nisan kerek dimaklumkan dimana ada produk keluarannya yang lain iaitu manisan ori, dodol daun palas dan gula-gula kelapa. Dalam pada itu pada awalnya produk-produknya hanya dibekalkan di pasar sekitar Marang sahaja namun apabila permintaan makin meningkat, ia mula memasuki pasaraya-pasaraya. Sekarang ini produk-produk saya boleh didapati di Pasaraya Mydin, Sabasun, Nirwana, Tunas Manja, Hock Kee Seng, Tree Leaf dan sebagainya disebabkan saya dah dapat apa yang dikehendaki untuk masuk ke dalam pasaran. Turut juga dalam menghasilkan nisan kerek asli yang diperbuat adalah daripada 100 peratus air nira. Terdapat lebih daripada 160 ekar tanaman kelapa di kampong Pasir Putih bersebelahan sekitar 1 km daripada premis IAT beliau. Lazimnya bagi membuat nisan kerek usahawan ini membuat empat jenis atau 4 kategori. Pertama 100 peratus asli, kedua kita ada ori iaitu campuran air gula 10 peratus, ketiga (50 peratus gula) dan yang paling murah dan senang didapati adalah 90 peratus gula. Dakwanya apa yang paling istimewa adalah asli 100 peratus kerana ianya sukar diperolehi di mana-mana tempat. Kebiasaannya produk ini dibuat berdasarkan hanya kepada tempahan sahaja dan kita buat dalam kuantiti sedikit kerana harganya lebih mahal.


Dalam pada itu keinginan menimba ilmu dalam bidang perniagaan dan keusahawan membolehkan seorang pekerja kilang kini memegang status 'tauke' syarikat dalam industri kecil dan sederhana (IKS). Syarikat Manis Sokmo Enterprise dimiliki Suri Abdul Ghani berumur 40 tahun kini turut menjalankan perniagaannya secara talian melalui laman webnya www.manissokmo.com. my. Dia yang memulakan perniagaan membuat produk makanan Terengganu termasuk kandi kelapa, manisan pulut dan dodol daun palas sejak lama. Asalnya dia bekerja kilang dan anak-anak saya tidak mahu tinggal dengan nenek mereka dan meminta saya berhenti kerja. Dia mendapat idea apabila seorang jiran yang sakit meminta saya membuat manisan pulut. Ibu kepada lima anak 4 hingga 19 tahun itu berkata, beliau bersama suaminya, Mohd. Kahni Habsu, 44, kemudian memulakan perniagaan secara kecil-kecilan dahulu. Dia  pernah bekerja di sebuah kilang di Marang ketika mula berniaga sendiri. Lawatan penulis blog kepremis mendapati dimana manisan sangat sinonim dengan masakan yang digunakan sejak zaman-berzaman, namun bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat oleh sebuah syarikat iaitu Manis Sokmo Enterprise menyediakan manisan secara moden. Moto seperti cara lama dimensi baru dan slogan ini bertepatan dengan pembuatan manisan kerek kerana ramuannya masih dikekalkan, tetapi cara pembuatannya mengikut peredaran zaman. Penggunaan teknologi dalam penyediaan makanan tradisional menjadikan perusahaan itu mampu untik ianya dikomersialkan dengan lebih meluas. Bagi menyediakan manisan kerek, air nira kelapa, gula dan daun mengkuang perlu digunakan dimana kini setiap hari, 40 liter air nira kelapa diperlukan dan ia diambil dari kebun kelapanya di Kampung Jenang, Marang. Biasanya 20 batang pokok kelapa dicaras mayangnya sebelum ditadah untuk mendapatkan air nira dan kerja itu perlu dilakukan setiap hari.


Dalam pada itu bekalan daun mengkuang diperoleh daripada penduduk berhampiran dengan harga RM45 bagi 100 helai manakala upah bagi mengeringkan daun berkenaan pula RM25 bagi 100 helai. Kerek dibuat setiap hari dengan menganyam (Sila lihat foto disebelah)Setiap hari dakwanya perlu sebanyak 5,000 keping manisan perlu disiapkan bagi memenuhi permintaan pasaran dan dibekalkan ke Pasar Marang, Pasar Chabang Tiga, Kuala Terengganu dan Pasar Du­ngun, selain dihantar kepada lapan pasar raya di negeri ini. Perusahaan yang diusahakan sejak 11 tahun lalu itu mendapat pensijilan halal pada tahun 2007 dan Skim Pensijilan Makanan Selamat Tanggung­jawab Industri (MeSTI). Beliau menyertai pelbagai kursus anjuran agensi kerajaan bagi mendalami ilmu perniagaan. Jika ada tempahan biasanya meningkat setiap kali musim cuti dan perayaan sehingga membolehkannya menjual antara 10,000 ­sehingga 15,000 keping manisan sehari. Berikutan dengan jumlah permintaan makin meningkat, teknologi terkini seperti mesin pengacau dan dapur gas diperlukan bagi tujuan menggantikan dapur kayu api dan teknik mengacau secara manual. Tiga jenis manisan kerek dihasilkan iaitu manisan yang bahan campurannya terdiri daripada 90 peratus air nira kelapa dan 10 peratus gula dinamakan manisan asli, bagi campuran masing-masing 50 peratus air nira dan gula pula dipanggil manisan tuak. Bagi manisan biasa pula, nisbahnya ialah 90 peratus gula dicampur dengan 10 peratus air nira dan masing-masing dijual dengan harga RM1.70, RM1.20 dan RM1. Kini dengan bantuan enam pekerja tetap dan 12 sambilan, saya mampu mengusahakan produk sampingan antaranya dodol upih dan manisan kelapa. Konsep cara lama demensi baru bersesuaian dalam penghasilan manisan berikutan penggunaan air nira kelapa dan daun mengkuang masih dikekalkan. Terkini dia kini berdepan masalah untuk mendapatkan bekalan daun mengkuang. Dia kini telah  bekerjasama dengan agensi kerajaan yang kini menjalankan kajian mencari alternatif bagi menghasilkan bingkai atau kerek yang lebih efisien. Asalnya idea untuk menjadi pengusaha timbul apabila dia sering membantu jirannya menyiapkan manisan. Dia pernah bekerja kilang dengan pendapatan hanya RM350 sebulan. Memikirkan gaji rendah dan tidak setimpal dengan kudrat, timbul minat dan tekad untuk mengusahakan manisan. Majoriti penduduk kampung ini membuat manisan secara tradisional dan melalui ilmu dan pengalaman kini dia mampu mengembangkan perusahaan ini secara tradisional kepada komersial. Semuga artikel iini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
PROJEK IAT... MANISAN GULA NIRA...
IA KOMERSIL...TRADISIONAL PULA...
PASARAN TEMPATAN... KESINGAPURA...
USAHAWAN GIGIH... SUDAH BERJAYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 417, Grand Puteri Hotel,
Jalan Masjid Abidin,
Kuala Terengganu,
Terengganu, Malaysia.
(4 Muharam 1441H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...