mobile ads

KLIK SAYA SOKONG BLOG

Sunday, October 13, 2019

PULAU RUSUKAN BESAR - SATU TINJAUAN

 
RUSUKAN BESAR di W. P. Labuan merupakan sebuah pulau pelancongan yang sesuai untuk dikunjungi kerana beberapa faktur. Penulis blog yang berkunjung kepulau tersebut dapati ia merupakan sebuah taman laut yang memberikan satu kepuasan kepada para pengunjungnya kerana mudah untuk pergi dan balik sesuai dengan program yang diaturkan oleh pengushanya. Di Pulau kecil di Laut China Selatan ini boleh dikunjungi dengan menaiki bot Catamaran Laju milik Lee and Emma Tourism yang mengusahakan chaket dan aktiviti perlancongan di pulau ini. Perjalanan dari Jeti dari Marina Labuan ke pulau ini mengambil masa 20 minit. En Lee yang sempat berbual sedang memperluaskan kawasan pelancongan ini dengan menambah beberpa chaket dan bangunan baru sekitar RM2 juta yang baru diluluakan oelh Perbadanan Labuan. Rombongan seramai 12 orang ini telah diatur untuk setengah hari termasuk kunjungan ke Pulau Papan yang hanya 7 minit sahaja dari Pulau Labuan. Antara yang menarik di Pulau Rujukan adalah Snorkeling, Lawat Pusat Penetasan Penyu, Tanaman Kelapa dan juga aktiviti dipantai yang bersih dan indah ini. Artikel malam ini dalam blog ''Anim Agro Technology'' saya paparkan satu aktiviti agrotourism dan eco-tourism sebagai satu coretan khusus kali ini untuk bacaan semua.


Perjalanan dengan bot laju ini melalui celah-celah kapal besar yang berlabuh dipantau Labuan. Terdapat banyak kapal-kapal yang berlabuh dan ada yang menunggu untuk pembikan dilimbungan. Dilaluan seterusnya ada pusat penapisan minak Petronas dan juga depo simpanan minyak serta station membekal minya kepada kapal-kapal yang ada. Apa yang difahamkan banyak kapal-kal=pal besar berlabuh di Labuan kerana caj yang murah, keselamatan yang tinggi dan juga kedudukannya yang strategik di Laut Cina Selatan. Apa yang lebih menarik penulis blog dimana terdapat 3-5 buah kapal pengerusi minyak (Oil Rigg Explorer) milik beberapa Syarikat Oil and Gas yang berlabuh disepanjang laut menuju kepulau ini. Dikatakan pada masa ini ia hanya berlabuh sahaja dan tidak menjalankan carigali minyak sebab industri OnG ini asih merudum diseluruh dunia tidak seperti beberapa tahun dahulu dimana Labuan dipenuhi dengan 'orang minyak' Memang unik bagaimana pulau yang dahulu amat sibuk kini semakin sunyi apabila kurang petugas pesisir pantai dengan minyak ini berkurangan. Setibanya penulis di pulau ini menaiki jeti kukuh yang baru dibna dengan lantainya dari bahan binaan plastik (Sila lihat foto disebelah). Jeti ini roboh setahun setengah lepas akibat taufan melanda dengan kuat. Jalankaki selama 10 minit sudah sampai pesisir pantai dan rumah tumpangan.


Pulau Rusukan merupakan  salah daripada pulau yang tempat tumpuan pelancong di Wilayah Persekutuan Labuan, sebagai tempat beriadah dan bersuka-ria bersama keluarga (Sila lihat foto disebelah). Keindahan Pulau Rusukan Besar yang mempunyai pantai berpasir yang indah dan air yang jernih untuk para pengunjung berkelah dan mandi-manda bersama keluarga. Di Pulau Rusukan Besar para pengunjung dapat melakukan aktiviti di pantai seperti bermain layang-layang dan membina istana pasir sepanjang hari dan berehat bersama keluarga di situ dan menikmati keindahan alam semula jadi. Pulau Rusukan Besar yang terletak di Wilayah Persekutuan Labuan ini amat popular dikalangan pengunjung tempatan dan luar tempat yang ingin lari daripada kesibukan kota dan mendapat ketenangan dan menikmati suasana pulau yang tenang dengan air laut yang jernih. Tidak hairanlah mengapa para pengunjong yang melawat Wilayah Persekutuan Labuan pasti tidak melepaskan peluang untuk berkunjung ke Pulau Rusukan Besar dan meneroka keindahan pantai dan menikmati suasananya yang sepi dan tenang. Pengunjung ke Pulau Rusukan Besar bukan sahaja dapat menikmati suasana di yang sepi dan tenang, malah pelbagai kemudahan lain turut disediakan seperti aktiviti berkayak, restoran, kemudahan internet dan pakej percutian dengan harga yang berbaloi. Apa yang penulis blog kunjungi ini memang boleh saya rekomenkan orang lain untuk kesana.


Pulau Rusukan Besar merupakan pulau yang terletak di Sabah. Ia menjadi satu tumpuan pengunjung tempatan dan luar ke Wilayah Persekutuan Labuan. Pulau Rusukan Besar memiliki iklim tropika dan airnya kekal suam sepanjang tahun, selesa untuk berenang. Terdapat banyak kekayaan semulajadi seperti batu-batu karang dan hidupan-hidupan laut yang menawan menanti untuk diterokai melalui aktiviti snokel. Penulis blog mengambil masa selama hampir 2 jam untuk snorkeling bersama 'snorkeling guide' yang disediakan oleh pihak pemilik chaet disini. Diberikan jaket keselamatan dan goole untuk snorkeling dan taklimat sebelum turun kelaut dengan baik (Sila lihat foto disebelah). Penulis denga memakai jaket pelampong warna biru memang suka dengan sktiviti snorkeling ini. Pada suhu air berlegar sekitar 29 hingga 30°C sepanjang tahun membolehkan ia dikunjungi sungguhpun ia boleh turun beberapa darjah pada musim tengkujuh pada penghujung tahun. Pulau Rusukan Besar mengadap ke arah laut China Selatan yang luas dimana dengan itu mengalami musim tengkujuh dengan gelombang besar pada penghujung tahun akibat tiupan angin timur laut. Keadaan ini menghalang nelayan daripada turun ke laut dan menjadikan aktiviti mandi-manda kurang sesuai akibat ombak besar dan kuat yang melanda kawasan pantai.


Menariknya pulau yang kecil ini amat cantik dengan pokok kelapa yang ditanam di bibir pantai yang indah ini. Pokok Kelapa (Cocos nucifera) merupakan sejenis tumbuhan yang sesuai dan tahan air masin untuk ditanam di pulau ini (Sila lihat foto disebelah). Benih kelapa diberikan oleh Jabatan Pertanian dalam aktiviti pengindahan pulau ini dan ada sebahagian lagi dibeli oleh pengusaha chalet. Pokok kelapa yang telah matang menghasilkan buah kelapa yang mana ia boleh dipetik sebagai kelapa muda dan dijadikan produk minuman yang diminati pelancong. Bagaimana pun saya dapati penanaman pokok kelapa ini ditambah densiitinya terutama dibeberapa kawasan tertentu yang sesuai. Ancaman angin ribut bagaimana pun pernah merosakkan pokok kelapa dipulau inii beberapa kali dan sulaman perlu sentiasa dijalankan. Terpacaknya pokok kelapa ditepi pantai membelakangkan laut amat canti dijadikan lokasi fotograpi. Mungin penanaman kelapa pandan (AC6) bersama kelapa tinggi Malaya (AC1) sesuai diusahakan di pulau ini.


Pusat Penetasan Penyu di Pulau Rusukan Besar ini dikendalikan oleh Jabatan Perikanan Labuan. Semasa tinjauan kami ke pondok penetasan berpagar terdapat 5 kurungan kawat berwarna hijau dimana satu kawat kurungan sudah ada sekitar lebih 30 anak penyu yang sedia untuk dilepaskan kelaut (Sila lihat foto disebelah). Hanya penguasa perikanan yang akan melakukan pelepasan anak penyu ini diwaktu malam hari untuk elakkan ia dimakan pemangsa jika dilepaskan kelaut pada malam hari. Antara jenis penyu yang mendarat untuk bertelur dipulau ini adalah Penyu Agar dan juga Penyu Belimbing. Pada musim penyu bertelor akan ramai pengunjung yang datang untuk melihatnya sendiri. Difahamkan dimana santuary penyu ini merupakan antara yag produktif menghasilkan telur dan membuat penetasan. Semuga tulisan artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca anim agro technology kali ini. Wasallam!!..
PULAU RUSUKAN BESAR...DIMANA...
WP LABUAN... SENANG PERGINYA...
BOLEH MANDI...SNORKELING SAMA...
NAMPAK IKAN... TERJUMPA KIMA....

By,

M Anem,
Senior Agronomist,
Room 717, Royal Suite,
Hotel Dorsett, Labuan,
Malaysia.
(7 Safar 1441H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...