KLIK SAYA SOKONG BLOG

Friday, December 5, 2014

KOPI - JENIS KOPI

KOPI (Coffea spp) merupakan tanaman minuman dari keluarga Rubiaceae yang mempunyai 3 jenis utama. Jenis kopi dikelaskan kepada Kopi Arabica (Coffea arabica), Kopi Robusta (Coffea robusta atau Coffea canephora) dan Kopi Liberica (Coffea liberica). Kesemua jenis-jenis kopi ini mempunyai ciri-ciri yang berbeza dari segi marfologi pokok, pengurusan tanaman, kualiti biji kopi dan kesesuaian tanaman. Dikaji dari segi marfologinya, pokok kopi mempunyai dua jenis dahan iaitu dahan yang tumbuh menegak keatas dan dahan yang tumbuh mendatar. Lazimnya daun pada dahan-dahan ini disusun berpasangan tetapi aturannya berbeza diantara keduanya. Daun pada dahan-dahan menegak diatur berselang seli dan daun pada dahan mendatar diatur pada paras yang sama. Dahan menegak juga dijadikan dahan pembiakan (reproductive branch). Bunga dan buah dikeluarkan dicelah-celah ketiak daun pada ranting-ranting yang dibentuk oleh dahan-dahan mendatar. Bunga disusun dalam kumpulan dan lazimnya ada 4-6 kuntum bunga pada satu kumpulan. Disetiap ketiak daun ada tiga kumpulan (kelompok). Setiap ruas (internode) diranting terdapat dua ketiak daun. Oleh sebab itu tiap-tiap satu ruas akan terdapat lebih kurang 30 kuntum bunga. Bunga kopi mekar serentak dan ia dipengaruhi oleh keadaan cuaca. Itu merupakan kata-kata asas untuk saya mengenali tanaman kopi yang kini dikategorikan 'sunset industry' di Malaysia. Bagaimana pun artikel malam ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" buat julung kalinya mengenai ciri-ciri 3 jenis kopi untuk dijadikan bahan rujukan dan bacaan semua.


KOPI ARABICA 

Kopi Arabica (Coffea arabica) merupakan jenis kopi yang paling baik untuk minuman kerana mempunyai rasa dan bau yang sedap. Pokoknya lebih kecil jika dibandingkan dengan kopi robusta dan liberica. Cabang sisinya mendatar dan kedudukan berlawanan didalam pasangan. Daunnya berwarna hijau gelap berkilat, berukuran 12-15 cm panjang dan lebihkurang 6 cm lebar. Penulis dapati ia mempunyai bentuk daun yang ulat atau hampir bulat. Bunganya berwarna putih dan mempunyai tangkai bunga yang pendek. Buahnya berbentuk BUJUR berukuran 1.5 cm panjang yang berwarna hijau semasa muda bertukar kepada merah atau kuning apabila ia masak. Bijinya berukuran 8.5-12.7 mm panjang.  Kopi arabica cepat berbuah (selepas 2 tahun ditanam) tetapi ia mudah diserang penyakit karat (Coffee rust) dan memerlukan keadan iklim dan tanah yang sesuai (16 - 20 Celcius). Jenis ini banyak ditanam di kawasan Amerika Latin. Jika ditanam dan diuruskan dengan baik, jenis arabica boleh menghasilkan sebanyak 400 - 1,000 kg sehektar setahun.  


KOPI ROBUSTA
Kopi Robusta (Coffea (robusta) mempunyai pokok yang besar merimbun (umbrella-shaped) dengan mempunyai daun yang besar dan lembut seperti kulit kisut dan lebih lembut daripada kopi liberica. Bunganya berwarna putih dan mempunyai 5-6 kelopak bunga. Buahnya adalah lebih kecil daripada jenis arabica dan berkelompok. Apabila masak buahnya bertukar menjadi warna merah. Penulis dapati bahagian kulit luar (mesocarp) dan kulit bijinya (endocarp) adalh nipis. Kopi robusta berkehendakkan keadaan tanah dan iklim yang sesuai (21-24 Celcius) dan ia tidak tahan kepada keadaan tanah yang masam. Kopi robusta juga tidak sesuai dikawasan tanah liat tepi pantai. Ia banyak ditanam di Afrika dan hanya ada sedikit ditanam di Malaysia. Ia berbuah selepas 3 tahun ditanam jika diuruskan dengan baik. Kajian menunjukkan anggaran hasil adalah 1,000 - 1,250 kg sehektar setahun.


KOPI LIBERICA

Kopi Liberica (Coffea Liberica) meupakan jenis kopi yang banyak ditanam di Malaysia. Ia mengeluarkan saiz buah kopi yang paling besar dikalangan 3 jenis kopi. Serbuk kopi yang dihasilkan mempunyai perasa dan bau yang kuat. Pokoknya tumbuh tegak dengan ketinggian maksima 9 meter jika tidak dicantas dengan elok. Daunnya besar berkilat, kisut dan tirus dibahagian hujungnya. Bunganya berwarna putih, besar dan berkelompok. Buah yang dihasilkan adalah besar, bulat dan keluar berkelompok-kelomppok serta mempunyai kulit luar (mesokarp) yang tebal. Jenis ini tahan kepada keadaan kearau dan boleh hidup dikebanyakkan jenis tanah. Ia sesuai ditanam ditanah rendah atau tanah liat atau tanah lanar dan tanah berorganik (tanah gambut). Penulis dapati kopi liberica berbuah selepas 4-5 tahun ditanam dan berpotensi menghasilkan sekitar 750 - 1,000 kh sehektar setahun.

Berdasarkan penulisan diatas memang hanya kopi liberica yang menjadi pilihan kebanyakan petani di Malaysia. Penanaman kopi liberica terluas di Sabah diikuti dengan Johor dimana ia diusahakan oleh pekebun kecil. Walau pun ada dahulu penanaman kopi robusta di Kedah dan Pulau Pinang, rekod terkini mendapati ia sudah pupus (Sumber : Laporan Statistik Jabatan Pertanian 2014). Kekurangan insentif komoditi kopi, harga tidak menentu, kekurangan minat petani, penukaran kepada tanaman lain dan persaingan dengan kopi impot menjejaskan lagi industri penanaman kopi di Malaysia. Bagaimana pun penggunaan perkapita kopi dijangka meningkat daripada 0.86 kg sehektar pada tahun 2013 kepada 1.0 kg seorang setahun pada tahun 2010. Pengeluaran kopi tempatan sedia ada menampong keperluan sedia ada dan program pembangunan industri kopi di negara kita boleh dikaji semula. Kos mengimpot biji kopi roested akan terus meningkat naik dan prorgram penanaman kopi semakin di pinggirkan di negara kita. Penjelasan mengenai jenis-jenis kopi di atas diharap memberi ruang difikiran kita apaha jenis kopi yang penting diketahui petani.  Wasallam!.

POKOK KOPI.. 3 JENIS SEMUA...
KOPI TERBAIK..KOPI ARABICA...
KEDUA POPULAR ... ITU ROBUSTA..
LOW CLASS... ITULAH LIBERICA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
Wilayah Persekutuan,
Malaysia.

(10 Safar 1436H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...