Support My Blog

Friday, December 26, 2014

KOPI - NILAI PERMAKANAN

KOPI (Coffea) adalah jenis minuman yang sangat popular didunia selain daripada minuman teh, oren dan sebagainya. Kopi diminum oleh seramai 1.4 juta orang sehari diseluruh dunia atau 42 juta sebulan atau 510 juta orang setahun. Kalau purata harga kopi secawan sekitar RM2.00 sahaja bermakna ia bernilai sebanyak RM1,022 juta. Kehebatan kopi adalah kerana aroma dan citaranya yang pahit sedikit. Rasa kopi sebenar lazimnya diminum dalam bentuk Kopi-O dimana tidak dicampur dengan bahan perasa yang lain. Kopi dihidangkan pada setiap masa daripada semasa sarapan pagi sehingga hidangan 'supper' sebelum tidur. Ia juga diambil oleh pelbagai golongan masyarakat daripada seluruh dunia tanpa mengira kedudukan kewangan dan tempat tinggal. Kajian penulis juga mendapati secara umumnya permintaan kopi terbagi atas dua jenis iaitu Jenis Arabica dan Jenis Robusta walau pun di Malaysia hanya menanam Jenis Kopi Liberica. Kebanyakan jenis kopi Arabika akan digunakan dalam bentuk 'coffee blend' yang akan dapat memberikan kesan aroma yang berkualiti serta jenis kopi robusta yang unggul untuk rasa dan tekstur. Penggunaan kopi arabika diseluruh dunia sebanyak 70% sementara untuk jenis kopi robusta hanya 28% dan peliknya jenis liberica cuma 2% daripada 10.12 juta hektar kawasan tanaman kopi didunia. Apa pun artikel petang ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai khasiat atau nilai nutrisi minuman kopi sekadar menambah ilmu pengetahuan penulis dan pembaca blog ini yang purata harian pengunjung blog ini adalah seramai 8,000 orang sehari.


Meminum secawan kopi tentunya akan memberikan banyak khasiat didalamnya. Kajian oleh pakar permakanan mendapati komposisi secawan kopi atau pun untuk satu gelas kopi tanpa gula (237 ml) dikatakan mengandungi tenaga Kalori (2kkal),  Lemak (0 gram),  Protein (0.3 gram), Bahan Sodium (5 mg), Kalsium (4.7 mg), Kalium (116 mg) dan juga bahan Kafein (94.8 mg). Bahan penting dalam kopi adalah dinamakan Kafein (Caffeine). Bahan ini dikenali kerana ia sebagai stimulan yang meningkatkan tahap pada kewaspadaan dan mencegah rasa mengantuk. Kajian juga menunjukkan bahwa kafein bersifat thermogenesis dan membantu membakar kalori. Bahan makanan tambahan sebanyak 100 mg kafein dapat meningkatkan kadar untuk metabolisma sehingga 3-4% selama 150 minit. Selain itu didakwa bahan kafein dapat meningkatkan pembakaran lemak, Performance dan Endurance selama bersukan kerana meningkatnya kadar bahan Epinephrine dalam tubuh. Kandunag dalam kopi dari segi nilai permakanan adalah bahan dinamakan sebagai Asid Chlorogenic. Chlorogenic acid merupakan bahan antioksidan yang diperlukan oleh manusia. Beberapa kajian menunjukkan bahawa pengaruh zat ini mampu menurunkan risiko masaalah diabetes tahap 2, mencegah penyakit Parkinson, kanser kolon serta dapat menyebakan pengerasan hati. Kajjian lain pula menunjukkan bahawa chlorogenic acid dapat membantu menurunkan kadar berat badan dengan membakar lemak.


Bahan kopi adalah kaya dengan mineral seperti Magnesium dan Chromium. Bahan kandungan magnesium dan chromium dalam kopi dapat meningkatkan kesan aktiviti dalam penggunaan insulin oleh tubuh. Ia dapat membantu mengawal kadar gula dapat berjalan lebih baik.  Seterusnya dalam kopi adalah bahan Kahweol dan Cafestol. Ia merupakan sejenis diterpenes yang terkandung dalam kopi. Unsur tersebut dapat membantu mencegah peradangan dan luka pada hati. Seterusnya adalah bahan Quinides dimana unsur ini didakwa dapat membantu menurunkan berat badan dan membakar lemak. Kajian lain mendapati analisis nutrisi kopi bagi setiap unit (Food Weight) 100 gram dari 100% bahagian yang boleh diambil seperti berikut. Laporan ini menyatakan kandungan tenaga sebanyak 352 kilokalori, Protein (17.4 gram), Lemak Kopi (1,3 gram), Karbohidrat Kopi (69 gram), Kalsium Kopi (296 miligram), Phosforan Kopi (368 miligram), Zat Besi Kopi (4 miligram), Vitamin A Kopi (0 IU), Vitamin B1 Kopi (0 miligram) dan Vitamin C Kopi (0 miligram).


Bahan Kafein dalam kopi merupakan zat stimulan dan memberi kesan yang berbeza kepada setiap orang. Ada orang yang sensitif terhadap kopi boleh merasa berdebar-debar, gelisah, bahkan mengalami gangguan tidur setelah mengambil bahan kopi.  Bagi mereka yang memang ada masaalah pening kepala cuba elakkan daripada minum kopi atau cuba mengurangkan tahap pengambilannya. Pengambilan kopi yang berlebihan juga menjejaskan kesihatan kerana ia menjadikan gangguan kepada saraf dan aliran darah. Laporan ada menyatakan pengambilan kopi yang banyak menyebabkan kepada penyerapan bahan kafein berlebihan menyebabkan kesan seperti insomnia, rasa gelisah, jantung berdebar dengan keras, sakit kepala, diare dan kekurangan bahan cairan.  Kafein juga dapat mengakibatkan peningkatan tekanan darah dan hormon stres kortisol secara sementara. Kafein yang bersifat bersifat diuretik akan meningkatkan pengeluaran urine atau kerap kencing. Pastikan untuk kita banyak minum air putih setelah minum kopi. Ia bagus dalam mengurangkan kesan caffien dalam badan melalui kencing yang kerap. Digalakan mengambil kopi atau bahan kafien tidak melebihi 300 mg per hari atau setara dengan 3 cawan kopi. Jika ada yang ingin menikmati rasa dan aroma kopi tanpa mengalami kesan stimulant dari kafein disyorkan agar cuba ambil jenis 'decaffeinated coffee'. Cara ini adalah kopi dengan kandungan kafein yang dikurangi hingga 0.1%. Perkara ini pelu diketahui kepada mereka yang ketagih kopi. Wasallam!

NUTRISI KOPI... APA DIANYA,,,
KAFFIEN... ANTARA BAHANNYA...
STIMULAN OTAK.. AKTIF SAJA...
BACA ARTIKEL... SERONOKNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Kebun Kopi Wak Amat,
Kg Tampok Laut,
Pontian, Johor,
Malaysia.
(2 Muharam 1436)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...