KLIK SAYA SOKONG BLOG

Tuesday, December 9, 2014

KOPI - TANAMAN INDUSTRI

KOPI (Coffea spp) dikategorikan sebagai tanaman industri kerana ia memang boleh ditanam dengan luas atau secara kecil-kecilan. Kopi mempunyai rasa dan aroma yang unik, ini membuatkan minuman hitam ini banyak digemari. Kopi pertama adalah diminum dalam abad ke Sembilan apabila ia ditemui di tanah tinggi Etiopia. Dari situ ia merebak ke Mesir dan Yemen sehinggalah sampai Itali, seluruh Eropah dan Amerika. Sehingga kini kopi semakin mendapat tempat termasuklah di Malaysia yang turut menjadikan kopi sebagai tanaman ladang di Malaysia.  Permintaan terhadap kopi juga semakin meningkat menjadikan tanaman ini sebagai tanaman industri. Malaysia sebagai sebuah negara yang sedang membangun dan masih mengekalkan aktiviti pertanian bersesuaian dengan kedudukannya di kawasan hutan hujan tropika. Menerima hujan tahunan di bawah 3,000 mm setahun yang turun lebih kurang 200 hari dalam setahun dan cahaya matahari yang diterima di dalam lingkungan 2,200 jam membolehkan banyak jenis dan variati tanaman tumbuh dan mengeluarkan hasil. Artikel malam Jumaat ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai tanaman kopi sebagai sejenis tanaman industri khusus untuk menghasilkan biji kopi untuk diproses menjadi serbuk kopi.

Tanaman kopi dikatakan berasal daripada kawasan Tropika di Benua Afrika. Ianya dibawa ke Semenanjung Malaysia pada tahun 1799 dimana jenis Arabica merupakan jenis kopi yang mula-mula diperkenalkan. Perusahaan kopi tempatan mula berkembang apabila kopi jenis Liberica diperkenalkan oleh Leonard Wray pada tahun 1875. Pada masa ini kopi jenis Liberica sesuai ditanam di Semenanjung Malaysia. Negeri-negeri pengeluar utama jenis kopi ini ialah Johor dan Selangor manakala jenis Robusta pula banyak ditanam di negeri-negeri di utara Semenanjung Malaysia dan Sabah serta Sarawak. Pokok kopi adalah golongan tanaman saka. Tanaman ini boleh hidup sehingga melebihi 25 tahun dan membesar sehingga kepada paras ketinggian 6 – 15 m. Kopi Robusta adalah salah satu kopi yang bermutu tinggi dan sesuai diproses untuk dijadikan bahan utama dalam pembuatan kopi segera disamping kopi Arabica. Oleh itu permintaan terhadap kopi Robusta kini semakin meningkat dan ia digalakkan ditanam bagi mengurangkan import kopi dari negara luar.Menurut kajian yang dijalankan, komponen yang terdapat dalam kopi iaitu Kafien, Catechols dan Npalkanoly-5-hydroxytryptamida mempunyai kesan peransang pada manusia. Semua komponen tersebut adalah bermanfaat untuk menjaga kesihatan.

Terdapat dua spesies utama pokok kopi iaitu Coffe Arabica merupakan kopi tradisional, dan dianggap lebih baik. Coffea canephora (robusta) mempunyai kandungan Kefeina yang lebih tinggi dan boleh ditanam dikawasan yang tidak sesuai untuk Arabica, mendorong kepada enggunaannya sebagai gantian murah bagi Arabica dalam kebanyakan hasil kopi perdagangan. Berbanding Arabica, Robusta cenderung mempunyai rasa pahit dan lebih berasid. Robusta bermutu tinggi digunakan sebagai bahan dalam sesetengah campuran espresso untuk menambah lebih rasa pada kos yang lebih rendah. Bagi tanaman kopi jenis Liberica, pertumbuhan akar tunjangnya boleh mencapai 0.5 – 6.0 m manakala jenis Robusta pula adalah lebih pendek dan tidak melebihi 0.5 m. Kopi Liberica mengambil masa 8 – 13 bulan dari tarikh pengeluaran bunga untuk masak manakala kopi jenis Robusta mengambil masa antara 9 –10 bulan untuk masak. Dalam pada masa yang sama, pokok kopi memerlukan musim kering semasa pembentukan primordial bunga bagi pengeluaran hasil yang baik. Pokok kopi juga memerlukan purata suhu di antara 19°C -28°C serta kelembapan di antara 70-80%. Kopi jenis Liberica mengambil masa 8 -13 bulan dari tarikh pengeluaran bunga untuk masak manakala kopi jenis Robusta pula mengambil masa antara 9-10 bulan untuk masak.

Minuman yang dikenali di seluruhdunia ini mempunyai pelbagai khasiat yang baik untuk kesihatan. Memang dalam dunia kesihatan peminuman kopi harus dapat dihadkan penggunaannya kerana asas kandungan kafiennya. Bagaimana pun disebaliknya terdapat pelbagai faedah minum kopi seperti yang diuji di makmal permakanan. Kajian saintifik telah memeriksa hubungan antara pengambilan air kopi dan kaedah perubatan. Antara faedahnya ialah didakwa ia dapat mengurangkan risiko penyakit jantung, hati, Parkinson, diabetes dan gout. Amalan meminum kopi yang tidak berlebihan akan dapat mengawal dan mengurangkan rasa mengantuk. Kajian yang lebih mendalam menunjukkan kandungan kafein dalam kopi juga menjadi salah satu bahan pelengkap untuk mengurangkan sakit kepala kerana kemampuannya untuk menyempitkan pembuluh darah ke otak. Ia juga dapat mengurangkan dan mampu memecahkan lemak. Jurnal Human Psychopharmacology : Clinical and Experimantal telah membuktikan bahawa saintis mendapati pengambilan kafein dan gula pada masa yang sama akan meningkatkan prestasi otak seperti menguatkan daya ingatan. Begitulah hebatnya kopi dalam masyarakat dunia sekarang sehingga nilai rantaian kopi adalah berbillion dollar setahun. Wasallam.!



TANAM KOPI... SATU CABARAN...
HARGA RENDAH... IKUT BULAN..
DIKISAR SENDIRI...SATU HASILAN... 
KURANG TANAM... KENA IMPOTKAN..

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Petak Tanaman Kopi,
Pusat Pertanian Serdang,
Selangor, Malaysia.
(12 Safar 1436H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...