mobile ads

KLIK SAYA SOKONG BLOG

Thursday, November 29, 2018

PELANCARAN KOPI PHEWIT DI MAHA 2018

KOPI NANAS PHEWITT telah dilancarkan di Laman Nanas MAHA 2018 olrh YB Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani pada 25 November 2018 sempena MAHA 2018. Turut hadir dalam maljis pelancaran tersebut adalah Penyanyi Amy Search selaku pemilik jenama tersebut, Ketua Pengarah LPNM Dato' Hj Mohd Anim, Ahli Parlimen Jeli Dato Mustapha Muhamad, Pengerusi FAMA En Ishak Ismail dan beberapa pegawai kanan di bawah MoA dan LPNM (Sila lihat foto diatas). Majlis pelancaran ini bertujuan untuk mejadikan produk berasaskan nanas seperti kopi nanas sebagai produk minuman baru berkhasiat yang semakin popular di Malaysia. Di Laman Nanas sempena MAHA sebenarnya beberapa produk hebat berasaskan nanas telah diperkenalkan seperti minuman terhebat PINACOLAMA, NANAS PANGGANG, PINEQAF PINEAPPLE ICECERAM, Nanas Varieti MADU KACA, JUS NANAS MD2, FOTO KERTAS NANAS, BENANG NANAS, COKLAT NANAS, BROMELIADS, KOSMETIK NANAS  dan sebegainya menarik minat pengunjung. Kopi Nanas ini merupakan minuman gabungan diantara serbuk kopi (Coffea spp) dengan serbuk nanas (Ananas comosus) yang dipelopori oleh KP LPNM sendiri didalam mempelbagaikan produk berasaskan nanas. Pada masa ini terdapat beberapa syarikat swasta yang telah menceburi penghasilan kopi nanas seperti kopi nanas NGENCES yang telah penulis blog laporkan sebelum ini (Sila klik disini). Memang kopi nanas menjadi kegemaran ramai terutama mereka yang menyukai minuman perisa kopi dan juga mempunyai aroma dan rasa nanas didalamnya. Kopi yang ada dipasaran pada masa ini mempunyai pelbagai kombinasi seperti kopi herba, kopi jantan, kopi Latte, Starbuck Coffee, Capucino dan berpuloh jenis lagi. Apa pun pada penulis blog kopi perisa nanas ini paling unik kerana ia memberikan citarasa kopi dengan buah nanas yang amat unik. Artikel subuh ini saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai pelancaran Kopi Nanas Phewit sebagai satu info untuk dikongsi bersama pembaca semua.


Suhaimi Abd Rahman atau lebih popular sebagai Penyanyi Lgenda Rock Amy Search amat popular dengan beberapa buah lagu seperti Isabella, Fantasia Bulan Madu, Rozana, Kejora dan banyak lagi kini menceburi bidang perniagaan lain. Penulis blog yang juga meminati laggu-lagu Amy sempat berkenalan untuk menjadikan kopi nanas menjadi realiti (Sila lihat foto disebelah). Dalam kenyataan Amy semasa memberikan taklimat pelancaran, beliau telah lama merancang menghasilkan produk seperti kopi nanas, teh tarik dan pelbagai produk makanan lain dengan jenama 'Phewit' semenjak 2013 lagi. Beliau telah mendapatkan kerjasama baik daripada LPNM dalam membagunkan produk kopi nanas dimana telah dipasarkan di Malaysia, Indonesia, Brunei malahan sampai ke Tokyo, Jepun. Beliau telah memasarkan produk kopi nanas Phewit di Malaysia Fair Tokyo dari 1-3 Oktober 2018 dimana mendapat sambutan amat menggalakkan disana (Sila klik disini). Beliau dalam ucapannya mengucapkan terimakasih kepada MoA, KP LPNM dan lain-lain yang bersama-sama dalam memperkenalkan produk kopi nanas di Malaysia. Beliau berhasrat untuk menambahbaik didalam usaha untuk kaedah pembungkusan, strategi pemasaran dan promosi dimasa akan datang. Kopi nanas secara tidak langsung membantu usahaawan dan penanam nanas di negara ini.


Menteri Pertanian dalam ucapannya pula menyatakan apabila ada sifat kesungguhan dan usaha gigih sesiapa juga akan mampu berjaya seperti ditujukkan oleh artis Amy Search. Walau pun beliau adalah seorang penyanyi lagenda yang popular tetapi apabila menghasilkan produk seperti kopi nanas akan memerlukan perancangan strategik dan promosi sesuai dengan produk makanan seperti ini. YB Menteri berharap usaha Kopi Nanas Phewit ini akan disusuli dengan banyak produk makanan lain berasaskan nanas akan dimajukan dimasa akan datang. Kopi nanas sama dengan beberapa jenis minuman lain merupakan satu produk yang akan menjadi produk tempatan yang dipilih rakyat tempatan. YB Menteri juga ada menyatakan kelebihan sebagai artik rock membolehkan Amy Search mudah untuk melaksanakan strategi pemasarannya. Amy yang berasal daripada Johor Bahru, Johor katanya perlu menjadikan buah nanas yang paling luas ditanam di Negeri Johor untuk menjadikannya satu produk berasaskan nanas yang dibanggakan rakyat Johor. Kilang memproses kopi nanas Phewit ini juga berada di Johor Baru juga. Kopi Phewit ini boleh dibeli melalui On-line atau terus mendapatkannya daripada beberapa agen penjual yang lain.


Dalam akhbar Utusan Malaysia pada 25 Nov 2018 dengan tajuk "MAHA 2018: Amy Search usahawan kopi berperisa nanas" dipaparkan. Foto disebelah juga menunjukkan YB Menteri Salahuddin Ayub mencuba Kopi Nanas Phewitt yang dibancuh Amy Search. wartawan KhairulAnuar Yahaya melaporkan dimana penyanyi rock legenda, Amy Search menjadi antara empat usahawan pertama kopi berperisa nanas di Malaysia. Amy Search menggunakan jenama Kopi Nanas Phewitt sementara tiga jenama lagi adalah Kopi Nanas Maisara, Kopi Nanas Anasia dan Kopi Nanas NgencesKopi nanas hasil usahasama antara Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) yang dibangunkan menggunakan biji kopi dan buah nanas terpilih di Malaysia.  Pengurusan Kopi Nanas Phewiit merupakan idea asal Amy di bawah syarikat Qasander KL Sdn. Bhd. Kopi nanas dijangka akan mendapat sambutan kerana rasanya yang tersendiri hasil kreativiti dan inovasi yang mampu menarik minat orang ramai dan pengguna serta pelancong. Kopi ini akan menghasilkan rasa dan aroma nanas yang lazat dan unik. Pasarannya telah menembusi Indonesia, Singapura dan Brunei. Kopi Nanas Phewitt juga menarik perhatian rakyat Jepun ketika dipromosi di Malaysia Fair Tokyo 2018 pada awal bulan lalu. "Selama tiga hari kita di sana. Hari pertama sahaja kopis nanas ini habis dijual. Saya terpaksa minta rakan sekerja datang ke Jepun malam tu jugak sebab stok habis. "Hari kedua juga habis stok yang dibawa. Memang rakyat Jepun gemarkan perisa kopi campur nenas," kata Amy pada majlis pelancaran, hari ini. Kopi Nanas Phewitt dilancarkan oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Salahuddin Ayub di Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Antarabangsa (MAHA) 2018.- UTUSAN ONLINE.
Pelancaran rasmi kopi nanas Phewit ini memeriahkan Featival MAHA 2018 yang dirasmikan oleh YB Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia. Semuga tulisan ini memberikan info terbaik kepada pembaca anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...

KOPI NANAS... PHWEITT JENAMANYA...
AMY SEARCH...DIA PENGASASNYA...
SUDAH DILANCAR...MAHA LOKASINYA...
BILA LANCAR...DIAKAN IA BERJAYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 960, Hotel Mariott,
Putrajaya, WP,
Malaysia.
(21 RabiulAwal 1440H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...