Support My Blog

Sunday, November 4, 2018

MALAYSIA FAIR 2018 - TOKYO

MALAYSIA FAIR 2018 telah berjaya menjadi satu indikator yang terbaik bagi negara Malaysia didalam mempromosikan  negara ini di kalangan rakyat Jepun. Program ini yang dibuat di Shinjuku Central Park, Shibuya, Tokyo dari 2 - 4 November 2018 merupakan program julung kali disusun atur oleh Kedutaan Malaysia di Tokyo dengan penglibatan Agriculture Consulate Officer Jepun (ACO) telah pun berjaya dalam menggabungkan pelbagai Kementerian, Swasta dan juga Kesatuan di Malaysia-Jepun didalam usaha untuk menjayakannya. Beberapa penglibatan pihak kementerian seperti Kemterian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia yang melibatkan LPNM (Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia) dan MADA serta beberapa usahawan dibawah agensi masing-masing dilibatkan sama tujuan dalam usaha mempromosikan produk makanan Malaysia dan hasil pertanian terpilih ke Jepun. Selain itu PETRONAS, MIDA, KRAF Terengganu, AYAM BRAND, BRAHIM'S dan banyak lagi. Program ini dirasakan amat perlu kerana beberapa negara ASEAN yang lain amat aktif didalam mempromosikan kebudayaan, makanan dan peroduk pertanian mereka di Jepun. Program seperti ini yang akan memberikan pendedahan kepada rakyat Jepun mengenai keunikan Malaysia amat bertepatan dengan hubungan baik diantara Malaysia dengan Jepun. Perasmian Malaysia Fair 2018 disempurnakan oleh Duta Besar Malaysia ke Jepun iaitu Dato' Ahmad Izlan. Dalam ucapannya beliau nyatakan amat berbesar hati kerana akhirnya Malaysia Fair 2018 dapat dibuat dengan kerjasama banyak pihak. Turut hadir dalam Majlis Perasmian adalah Duta Filipina, Duta Thailand, Duta Thailand, Ketua Pengarah LPNM, Japan Deco (co-organizer) dan beberapa jemputan VIP Lain (Sila anda lihat foto diatas). Artikel subuh ini saya teruskan menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai Malaysia Fair 2018 untuk dikongsi bersama. 


Banyak gerai makanan Malaysia yang di sediakan untuk pengunjung Malaysia Fair 2018 dimana ramai yang beratur panjang untuk mendapatkannya. Mereka akan membawa makanan tersebut di meja makan yang disusun ditengah-tengah tapak ditaman ini dan tangga serta kerusi didalam taman (Sila lihat foto disebelah). Antara jenis makanan yang disediakan untuk pengunjung seperti kuih mueh tempatan (goreng pisang, karipap, roti jala), mee kari, laksa penang, mee goreng, meehoon goreng, nasi lemak, roti canai, burger halal dn banyak lagi. Bagi sudut lain disediakan juga sup baku-teh. Pengunjung sanggup berbaris paling panjang untuk mendapatkan hidangan sate yang mana ia merupakan tarikan utama. Ini kerana sate ayam yang disediakan amat menarik minat dikalangan masyarakat Malaysia di jepun dan penduduk tempatan juga. Sate disini dijual dengan harga amat baik sama juga dengan produk makanan lain. Pinggan dan sudu boleh buang disediakan dengan mereka akan membuangnya dalam tong sampah disediakan. Kebersihan dalam Malaysia Fair 2018 yang dibuat di taman bunga dihadapan bangunan Tokyo Municipality dan Government Complexs ini berkonsepkan santai untuk keluarga dan orang ramai.


Diantara gerai yang melibatkan MoA adalah gerai oleh LPNM dan MADA. LPNM mempromosikan produk nanas segar MD2 dan Josapine melibatkan 4 pengusaha. Syarikat tersebut adalah Aqina, Jutawan Enterprise dan Gadong Sari serta seorang usahawan Kopi Nanas iaitu Quasander Sdn Bhd (Sila lihat foto disebelah). Nanas segar MD2 telah dipromosikan ke banyak negara termasuk ke Jepun dalam bentuk produk nanas segar premium. Penerimaan pengguna di Jepun didapati amat menggalakan dimana banyak inquiry untuk nanas ini. Nanas MD2 Malaysia boleh dihantar ke Jepun dengan melalui kapal laut dan kapalterang sama ada dalam bentuk 'whole fruit' atau dalam bentuk Proses Minima (MP). Pada masa ini konsaiment nanas segar ke Jepun masih lagi dalam kuantiti yang minima dan ia mempunyai potensi pasaran amat luas. Difahamkan oleh ACO Jepun dimana harga nanas segar di Jepun agak tinggi semasa musim sejuk. Pengunjung amat teruja apabila merasa potongan nanas MD2 dari Malaysia kerana menurut mereka selama ini hanya dapat nanas yang masam. Selain daripada aromanya yang harum, mereka menyatakan kemanisan nanas MD2 amat menarik sekali. 


Antara faktor wow! Malaysia Fair kali ini adalah kehadiran produk kopi nanas dan penyanyi rock lagenda Amy Search. Beliau telah dibawa oleh LPNM bertujuan untuk mempromosikan produk kopi nanas. Ini kerana kopi nanas merupakan produk baru dipromosikan oleh LPNM sebagai satu produk yang berpotensi dipasarkan di peringkat domestik dan antarabangsa. Kehadiran produk Kopi nanas Phewit ini menceriakan lagi Malaysia Fair 2018 kerana pemiliknya adalah artis popular dimana pengunjung 'exited' berjumpa belia (Sila lihat foto disebelah). Kopi nanas adalah produk minuman berasaskan kopi dengan ada rasa dan aroma nanas didalamnya. Satu pek mengandungi 10 sachet kopi nanas dangan hanya ambil 4 langkah mudah untuk menyediakannya. Kehadiran penyanyi Amy Search lebih memeriahkan apabila beliau menyumbangkan 4 lagu popularnya di atas pentas ditonton oleh beribu orang. Antara lagu yang didendangkan adalah semestinya lagu 'Isabela' dan beberapa lagu popular lainnya. Promosi kopi nanas Phewit ini adalah yang paling berjaya menarik minat kalangan pengunkung untuk bergambar bersama artis. Dari penilaian pihak kedutaan dan ACO didapati program ini aamat berjaya dan sebaiknya diadakan setiap tahun untuk memberikan pendedahan menganai produk Malaysia untuk rakyat Jepun. Anda boleh melihat dalam youtube majlis perasmian program ini dengan membuat pautan  pada URL  https://www.youtube.com/watch?v=mTOdPYvG4PM.      
Semuga artikel subuh ini memberikan info berguna kepada pembaca blog anim agro technology kali ini, Wasallam!!!


MALAYSIA FAIR 2018... DITOKYO JAUHNYA...
PELBAGAI MAKANAN... DIPROMOSIKNNYA...
NANAS MD2... DILIBATKAN 4 PENGUSAHA...
KOPI NANAS... AMY SEARCH CERIAKANNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 1213, APA Hotel and Resort,
Nishishinjuku, Sibuya-Ku, Tokyo,
Japan.
(3 November 2018).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...